Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Unboxing TP-LINK M7350 MIFI 4G LTE

| Unboxing | 18/09/2015

unboxing-tp-link-m7350-mifi-iklanlahpercuma.com

Kena buat kerja di luar?

Bukan semua kerja boleh dilakukan atas smartfon dan tablet jadi kita terpaka usung netbook, laptop atau ultrabook. Masalah utama untuk pengguna komputer mudah alih apabila berada di luar adalah sambungan internet jalur lebar.  Selalunya kita kena pusing mencari WIFI hotspot percuma baru boleh buat kerja.

Banyak sambungan internet juga sembap dan lembap kerana terlalu ramai pengguna yang berkongsi WIFI hotspot percuma tersebut. Jika nasib tak baik, anda akan terjumpa lokasi WIFI hotspot tanpa internet, ini memang lawak tetapi memang ada dan saya sudah banyak jumpa. Jika anda selalu kena kerja luar atau pergi ke kawasan tanpa WIFI hotspot dengan internet jalur lebar, masalah akan timbul.

3G MODEM atau MIFI?

Zaman 3G modem biasa sudah berlalu. Zaman sekarang ini orang guna alat canggih yang terbaru dipasaran kerana fungsinya yang lebih hebat dan berbaloi. Alat tersebut adalah Mobile WIFI atau dengan nama lain MIFI. Alat MIFI canggih ini merupakan satu alat WIFI Hotspot dengan sambungan mobile internet seperti Maxis, Celcom, Digi atau Umobile. Jika kita tidak mahu atau tidak dapat gunakan WIFI hotspot, kita buat WIFI hotspot mudah alih sendiri.

Ia berbeza dengan modem 3G sebelum ini dimana cuma satu alat yang boleh buat sambungan internet. MIFI berfungsi sama seperti WIFI AP, maknanya banyak WIFI client yang boleh kongsi sambungan internet anda. Alat dedikasi khas WIFI hotspot ini dapat mengelakkan smartfon anda kehabisan bateri kerana anda perlu kongsikan internet dengan aktifkan fungsi hotspot. Smartfon adalah alat perhubungan penting, untuk panggilan dan mesej SMS dan WhatsApp. Sudah pasti saya pernah cuba guna, tetapi bateri smartfon cuma dapat bertahan selama 40 minit ke sejam sahaja sebelum luput. Jadi ia sama sekali tidak ptraktikal.

Fungsi hotspot smartfon adalah untuk kegunaan sementara dan bukannya kekal. Tidak digalakkan anda menggunakan smartfon sebagai alat perkongsian internet secara berterusan sehingga anda tidak dapat dihubungi keluarga semasa kecemasan. Jangan ambil risiko tersebut dan gunakan alat MIFI yang lebih sesuai dan direkacipta khas sebagai WIFI hotspot mudah alih.

Pilihan MIFI di Malaysia

Buat masa sekarang tidak banyak alat MIFI yang dijual di pasaran Malaysia. Yang penting kita hendak teknologi MIFI terbaru iaitu dengan kelajuan 4G LTE. Kalau boleh kita nak cari jenama yang dipercayai kerana ia pasti ada waranti. Oleh itu produk MIFI pilihan saya adalah daripada jenama TP-LINK kerana ia mempunyai fungsi 4G LTE yang saya cari. Model TP-LINK M7350 ini sahaja yang menyokong sambungan 4G LTE. Model terdahulu hanya sokong sambungan 3G. Perbezaan yang nyata buat masa sekarang adalah warna alat MIFI. Yang 4G warna hitam, dan yang 3G warna putih. Senang nak bezakan.

 

Persediaan Menggunakan MIFI

Alat MIFI hanya alat untuk perkongsian WIFI. Anda masih perlukan talian Telco tertentu untuk sambungan internet jalur lebar.

maxis-hotlink-4g-lte-iklanlahpercuma.com

Untuk menulis ulasan ini saya beli satu talian Hotlink 4G LTE kerana hendak mencuba kelajuan 4G LTE juga. Anda boleh pilih mana-mana talian Telco yang anda suka.

maxis-hotlink-4g-lte-topup-iklanlahpercuma.com

Selepas itu saya topup menggunakan Maybank2u kerana hendak mengaktifkan data 4G LTE untuk sebulan.

 

TP-LINK M7350 MIFI

unboxing-tp-link-m7350-mifi-001-iklanlahpercuma.com

Kotak TP-LINK M7350 MIFI yang dijual di Malaysia. Pastikan ia model M7350.

 

unboxing-tp-link-m7350-mifi-002-iklanlahpercuma.com

Apabila kotak dibuka, kita boleh nampak MIFI TP-LINK M7350 yang dibungkus kemas dalam plastik.

 

unboxing-tp-link-m7350-mifi-003-iklanlahpercuma.com

Disertakan bersama dalam pakej TP-LINK M7350 adalah manual pemasangan, power adapter untuk caj bateri MIFI dan adapter untuk kad SIM.

 

unboxing-tp-link-m7350-mifi-004-iklanlahpercuma.com

MIFI TP-LINK M7350 yang sudah dibuka. Anda boleh nampak bateri TP-LINK TBL-55A2550 di sebelah kiri dan sticker maklumat WIFI SSID serta password dibelakang penutup. Bateri tersebut dicabut dengan senang daripada ruang disebelah kanan. Di ruangan ini kita boleh masukkan kad SIM dan juga storan kad memori SD sehingga 32GB. Seperti biasa, saya suka jenama TP-LINK ini kerana buatan produknya kemas dan elegan walaupun alat MIFI ini dibuat daripada plastik.

unboxing-tp-link-m7350-mifi-menu-button-iklanlahpercuma.com

Butang untuk akses menu MIFI TP-LINK M7350.

unboxing-tp-link-m7350-mifi-micro-usb-port-iklanlahpercuma.com

Micro USB port untuk buat sambungan internet secara berwayar atau untuk mengecas bateri MIFI TP-LINK M7350.

 

tp-link-m7350-maxis-hotlink-4g-lte-003-iklanlahpercuma.com

MIFI TP-LINK M7350 yang sudah diaktifkan dengan kad SIM Hotlink 4G LTE. Minta maaf, gambar logo Maxis kurang jelas kerana saya berpindah lokasi ke luar rumah. Biasalah dah guna MIFI takkan nak cuba dalam rumah.

tp-link-m7350-maxis-hotlink-4g-lte-004-iklanlahpercuma.com

Skrin menu MIFI TP-LINK M7350 yang boleh diakses apabila kita tekan butang menu di sebelah atas MIFI jika dipegang begini. Navigasi menu menggunakan butang tersebut dan tekan butang power untuk buat pilihan.

 

tp-link-m7350-maxis-hotlink-4g-lte-005-iklanlahpercuma.com

Saya masuk menu Device Info untuk melihat maklumat SSID dan juga password WIFI.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-001-iklanlahpercuma.com

SSID MIFI TP-LINK M7350 dikesan oleh laptop.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-003-iklanlahpercuma.com

Masukkan password MIFI TP-LINK M7350.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-002-iklanlahpercuma.com

Mulakan sambungan ke WIFI hotspot MIFI TP-LINK M7350.

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-004-iklanlahpercuma.com

Sambungan ke WIFI hotspot MIFI TP-LINK M7350.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-005-iklanlahpercuma.com

Saya pilih “YES” kerana ini adalah WIFI hotspot saya sendiri.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-006-iklanlahpercuma.com

Sambungan laptop ke WIFI hotspot MIFI TP-LINK M7350 berjaya.

 

tp-link-m7350-smartfon-wifi-iklanlahpercuma.com

Alang-alang sudah ada WIFI hotspot dengan kelajuan 4G LTE, saya buat sambungan smartfon menggunakan MIFI juga.

tp-link-m7350-unboxing-mifi-speedtest-iklanlahpercuma.com

Kini tiba masa untuk melakukan semakan kelajuan atau speedtest. Cubaan pertama speedtest di atas adalah menggunakan aplikasi Ookla di speedtest.net manakala cubaan speedtest kedua menggunakan speedtest laman Maxis sendiri.

 

tp-link-m7350-unboxing-mifi-speedtest-maxis-iklanlahpercuma.com

Kelajuan 4G LTE Maxis Hotlink terbukti hebat. Lagi laju daripada kelajuan pakej Unifi VIP5 saya dirumah. Ya,  memang ada pakej dengan kelajuan 30Mbps Unifi tetapi perbezaan harganya amat ketara. Kelebihan lain yang tidak dapat dinafikan adalah ia merupakan sambungan jalur lebar mudah alih.

Oleh kerana saya jarang berada diluar, saya cuma akan gunakan alat MIFI bila saya balik kampung atau kerja luar. Saya hanya perlu beli talian prepaid (pakai buang) bila saya perlukannya. Sungguh berbaloi dan berkesan penggunakan alat MIFI TP-LINK M7350. Kelemahan menggunakan MIFI ini adalah pada pakej ISP Telco sendiri iaitu kekangan data bandwith. Ada had penggunaan data download dan juga upload.

tp-link-m7350-web-001-iklanlahpercuma.com

Jika anda perlu menukar sesuatu seperti SSID WIFI Hotspot dan password, anda boleh login ke web admin MIFI TP-LINK iaitu alamat 192.168.0.1 dengan menggunakan username dan password “admin”.

tp-link-m7350-web-002-iklanlahpercuma.com

Menu utama MIFI TP-LINK. Anda boleh nampak statistik penggunaan data upload dan juga download.

tp-link-m7350-web-003-iklanlahpercuma.com

Anda boleh tukar maklumat WIFI hotspot disini.

Sambungan WIFI akan ditutup jika tiada penggunaan internet selepas 15 minit untuk menjimatkan bateri MIFI. Jika anda perlukan ia sentiasa aktif, tukar 15 ke 0.

 

tp-link-m7350-sms-001-iklanlahpercuma.com

Anda boleh semak SMS yang masuk ke kad SIM jika perlu.

 

tp-link-m7350-sms-002-iklanlahpercuma.com

Ini adalah mesej SMS daripada Maxis.

 

Penggunaan MIFI

Ulasan ini tidak lengkap jika saya tidak cerita mengenai penggunaan MIFI dan juga ketahanan bateri.

Mengikut TP-LINK anda boleh membuat sambungan sehingga 15 alat WIFI pada satu masa. Saya tidak dapat mengujinya kerana tidak mempunyai sampai 15 alat WIFI. Perkongsian alat yang banyak juga bermakna kelajuan internet 4G juga harus dikongsi secara adil oleh semua WIFI client. Jika salah seorang rakan WIFI anda menggunakan aplikasi torrent dan hog network, maka pengguna yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana alat MIFI ini bukan router dan tiada fungsi QoS untuk mengawal penggunaan bandwith.

Oleh kerana alat MIFI ini merupakan alat mudah alih, maka ia juga mudah dicuri jika anda berada diluar. Bagi saya, baik simpan dalam bag laptop sahaja. Jangan risau kerana signal WIFI cukup kuat dan tidak ada gangguan sambungan. Ya, sambungan sangat stabil dan tidak terputus sekali pun semasa penggunaan MIFI.

Perlu diingatkan bahawa anda mungkin akan menghadapi gangguan internet berdasarkan pilihan Telco mengikut sokongan 4G kawasan anda. Sambungan WIFI mungkin tiada masalah tetapi gangguan internet adalah berpunca daripada kelemahan jaringan signal Telco anda.  Telco anda mungkin ada masalah untuk kawasan atau zon tertentu dan ini dipanggil blindspot oleh SKMM.

Alat MIFI mudah alih ini diprodukkan untuk kegunaan peribadi jadi tiada isu yang patut timbul mengenai keluasan signal WIFI. Ia mungkin tidak sesuai jika anda hendak menggunakannya untuk bisnes WIFI hotspot kerana ia tidak ada port tambahan untuk memasang antena dbi tinggi. Ia juga tiada fungsi QoS yang amat diperlukan untuk bisnes WIFI hotspot. Anda boleh pilih produk TP-LINK lain yang khas untuk buat bisnes WIFI hotspot.

Keistimewaan lain MIFI ini adalah ia ada fungsi dual band. Ini bermaksud ia boleh membuat sambungan 2.4Ghz dan juga 5Ghz jadi anda tidak perlu risau kerana semua alat WIFI di pasaran disokong.

 

Bateri TP-LINK M7350

Bateri TP-LINK TBL-55A2550 ini mempunyai storan kuasa 2550mAh dan ia dapat bertahan sehingga 10 jam bergantung kepada jumlah WIFI client yang membuat sambungan. Bateri laptop saya cuma dapat bertahan selama 4 jam. Masa bateri laptop luput pun MIFI TP-LINK M7350 ini masih berfungsi dan smartfon saya masih dapat menggunakan sambungan internet 4G LTE. Smartfon saya cuma Zenfone 5 dan ia tidak ada fungsi 4G tetapi dengan menggunakan MIFI TP-LINK M7350 ini ia dapat juga membuat sambungan 4G, sungguh hebat!

Jikalau perlu anda boleh caj MIFI menggunakan adapter jika lokasi anda ada soket kuasa ataupun anda boleh gunakan powerbank. Saya tidak pasti jika TP-LINK menjual bateri TBL-55A2550 secara berasingan atau anda boleh masukkan mana-mana bateri 2550mAh sebagai alternatif. Bagi saya penggunaan powerbank lebih mudah dan sudah memadai.

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan alat MIFI TP-LINK M7350 ini. Jika anda berminat boleh beli MIFI TP-LINK ini di Lazada.

Terima kasih kerana baca ulasan ini dan seperti biasa anda boleh kongsikan menggunakan butang media sosial di bawah.

Anda mungkin suka:

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online