Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Cara Bersihkan Virus Blog (Bahagian 2)

| Panduan & Tutorial | 30/06/2015

cara-bersihkan-virus-blog-iklanlahpercuma

Cara Bersihkan Virus Blog

Ini adalah artikel bahagian 2 sambungan daripada artikel Cara Kesan Virus Blog.

Blog anda ada tanda-tanda sudah dijangkiti malware. Bagaimana cara untuk membersihkan virus atau malware pada blog anda. Bagaimana jika anda sudah kesan virus tersebut? Maksud saya, ada sudah tahu blog anda sudah dijangkiti virus. Minta maaf, servis-servis percuma pengesan virus yang disebut dalam artikel sebelum ini hanya servis percuma dan tidak mampu untuk membersihkan blog anda. Berita buruk untuk anda, tiada software percuma dan cara mudah untuk membersihkan blog anda. Saya sudah nampak semua muka kecewa para bloggers sekalian.

Jangan bimbang, buat apa saya tulis artikel ini jika saya tiada niat untuk tolong anda. Saya berikan anda sedikit tips untuk cara bersihkan virus blog tetapi ia memerlukan sedikit kemahiran admin untuk sistem CMS (content management  system) yang anda guna samada WordPress, Joomla, Blogspot ataupun apa-apa jenis pakej CMS lain.

Tips Bersihkan Virus Blog

Tips atau cara bersihkan virus blog ini tidak halus. Ia lebih kepada kategori kasar doktor-doktor zaman perang dunia kedua dahulu. Kalau kaki kena tembak, kita potong terus kaki agar penyakit tidak melarat. Jika anda memerlukan khidmat pakar bolehlah hubungi dan techie kami akan memberikan anda sebutharga untuk kerja-kerja membaikpulih.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk bersihkan virus blog sendiri:

  1. Buang custom template yang sudah dipasang dan gantikannya dengan template default.
  2. Buang plugin dan widget yang sudah dipasang. Jika ia bukan satu benda wajib atau tidak perlu jangan pasang langsung. Blog lagi selamat dan akan load lebih laju.
  3. Jika virus blog sudah masuk dalam kod atau pengkalan data anda. Memang anda kena kosongkan pengkalan data dan overwrite kod lama dengan kod baru yang dimuat turun daripada pembekal yang sah.
  4. Jangan gunakan file backup anda melainkan anda sudah betul-betul pasti ia selamat dan backup dilakukan sebelum blog anda dijangkiti. Jika anda ada sedikit pun perasaan was-was jangan gunakan backup!

Bukti Blogger Malaysia Kena Virus Blog

Ramai yang yakin mereka selamat kerana tidak menggunakan WordPress dan Joomla. Mereka semua percaya dan ingat mereka tidak mungkin akan dijangkiti oleh virus blog. Semakan saya secara rawak sangat mencemaskan kerana hampir 1/4 blogger di PingJe dan Busuk/Babab sudah dijangkiti virus blog dan mereka semua menggunakan khidmat Blogspot.

Ini adalah salah seorang blogger yang mengaku dijangkiti virus blog pada tahun 2015.

blog-masuk-virus-lagi-iklanlahpercuma

Blogger ini minta maaf kepada para pelawat dan pembaca kerana mereka dijamu dengan gambar-gambar lucah iaitu payload virus blog yang nakal. Gambar-gambar nakal ini bukan sahaja memberikan sumber kewangan kepada para hacker tetapi mungkin mengandungi trojan jpeg menjangkiti PC pelawat yang muat turun  gambar-gambar berkenaan.

Saya sudah terangkan dalam artikel bahagian 1 sebelum ini bahawa blog anda yang dijangkiti virus atau malware ini akan menghadapi masalah SEO yang drastik. Ini adalah bukti dan pengakuan blogger itu sendiri. Virus blog menyebabkan pageviews blog  beliau turun. Cuba tengok graf tersebut, macam nilai matawang ringgit yang jatuh menjunam. Cuba bayangkan sudah berapa banyak wang komisen beliau hilang jika beliau mempromosi Google Adsense atau Nuffnang.

virus-blog-sebabkan-pageview-turun-iklanlahpercuma

Bertindak sekarang sebelum anda juga terkena. Sekali lagi, sila hubungi saya di untuk servis membersihkan blog anda. Servis ini bukan sahaja membersihkan bloganda tetapi  membuang backdoor pintu yangdigunakan hacker untuk masuk. Jika anda sudah terkena jangkitan virus blog, maknanya si pencuri sudah jumpa lubang untuk masuk ke dalam rumah anda. Tuan rumah sahaja yang tidak tahu ikut mana sang pencuri masuk.

Panduan Untuk Elak Jangkitan Virus Blog

Bagaimana untuk elak daripada dijangkiti virus atau malware blog ini?

  1. Sentiasa kemaskini sistem blog anda. Kod sistem yang lama mudah untuk dieksploit oleh hacker.
  2. Hadkan atau sekat terus komen pelawat (menjadi paranoid lebih selamat)
  3. Jangan guna premium blog template “versi lanun” yang dikongsi di forum, blog atau portal torrent. Niat kawan-kawan untuk berkongsi  barang percuma sudah dieksploitasi oleh hacker.
  4. Berwaspada apabila menggunakan blog template percuma. Hacker memang pandai bermain dengan psikologi mangsa. Sasaran utama mereka adalah blogger yang kedekut. Kod malware susah dikesan dengan mata kasar kerana hacker menggunakan crypto dan memanggil kod daripada rangkaian luar.
  5. Hati-hati apabila memasang widget atau plugin percuma. Hanya install widget atau plugin daripada sumber yang boleh dipercayai. Walaupun ia mendapat ulasan baik komuniti pengguna, mungkin semua pengguna masih tidak tahu bahawa masing-masing sudah menjadi mangsa. Para hacker mungkin sudah masukkan trojan dalam widget atau plugin percuma tersebut.

Banyak webmaster yang berpengalaman pun sudah menjadi mangsa virus blog ini. Kehebatan kung foo hacker China, Rusia dan Indonesia jangan dipandang remeh. Saya takut betul dengan mereka ini. Jika anda cuma seorang blogger yang buta IT lagi mudah untuk dieksploitasi oleh mereka.

soak-soak-malware-iklanlahpercuma

Anda harus terima hakikat bahawa virus blog atau malware ini sentiasa akan wujud dalam dunia internet. Virus blog lama masih kekal dan akan muncul virus baru setiap hari. Kalau tak percaya,  sila lihat senarai serangan virus blog terbaru pada hari ini. Anda boleh rujuk sendiri serangan malware di laman web Sophos. Saya bukan bertujuan untuk mencemaskan anda semua tetapi inilah realiti dunia internet. Mana tempat  boleh cari dan buat duit, dekat situ  sang pencuri akan kerumun.

sophos-malware-threat-iklanlahpercuma

Teknologi untuk membersihkan virus blog sudah ada tetapi ia tidak percuma dan ada harga yang mesti dibayar untuk mendapat perlindungan. Saya tahu, soal keselamatan komputer dan blog adalah benda terakhir yang anda mahu ada dalam belanjawan tahunan anda tetapi jika blog anda merupakan mesin jana wang sampingan atau utama anda, sila lakukan pengiraan sendiri kos perlindungan lawan jumlah wang yang bakal anda rugi jika blog anda hilang keupayaan untuk menjana wang.

Oleh itu sila gunakan servis berbayar untuk melindungi blog dan laman web anda. Antara servis yang saya cadangkan anda ambil:

PILIHAN 1 SiteGuarding

siteguarding-iklanlahpercuma

Servis SiteGuarding menawarkan perlindungan yang standard dan bajet untuk blog peribadi anda. Ia lengkap dengan khidmat:

  • pengesanan malware (virus blog)
  • pengesanan website blacklist
  • pengesanan injected spam
  • pengesanan defacement hacker (grafiti blog)
  • website firewall

Berapakah kos anda?

Antivirus PRO Standard
Bayaran bulanan 4.95 USD/domain iaitu RM19.00 (RM228 setahun)
Bayaran setahun 29.95 USD/domain iaitu RM113.00 (diskaun 50%, penjimatan RM115)

* kiraan dibuat berdasarkan tukaran mata wang asing pada 30/6/2015. Apabila nilai RM kembali pulih, bayaran langganan servis ini akan menjadi lebih murah untuk anda.

Anda juga boleh cuba dahulu servis SiteGuarding secara percuma selama 14 hari. Tetapi jika pendapatan blog anda lebih banyak daripada RM10 sebulan, amatlah digalakkan anda mengambil servis SiteGuarding secepat mungkin.

PILIHAN 2 Sucuri

sucuri-iklanlahpercuma

Servis Sucuri menawarkan perlindungan premium untuk blog anda. Ia lengkap dengan khidmat:

  • pengesanan malware (virus blog) dan pembersihan dalam masa 12 jam
  • pengesanan website blacklist setiap 12 jam
  • website firewall 24/7
  • perlindungan DDOS

Berapakah kos anda?

Pakej 2-in-1 Website Antivirus + Website Firewall Basic
Bayaran setahun 199.99 USD/domain iaitu RM755.00

* kiraan dibuat berdasarkan tukaran mata wang asing pada 30/6/2015. Apabila nilai RM kembali pulih, bayaran langganan servis ini akan menjadi lebih murah untuk anda.

Servis Sucuri memang terkenal dalam industri ini kerana jaminan keselamatan mereka. Jika anda menjalankan perniagaan jual beli e-Dagang dengan konsep blogshop ataupun pendapatan blog anda lebih daripada RM60 sebulan amatlah wajar anda mengambil servis Sucuri secepat mungkin. Anda juga dilindungi daripada serangan jahat DDOS hacker atau pesaing perniagaan.

Penutup

Akhir kata berhati-hati di jalanraya siber. Dunia internet ini penuh pancaroba. Semoga blog anda selamat mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Terima kasih kerana membaca. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan blogger anda dengan menggunakan butang media sosial dibawah. Jangan lupa guna khidmat pengiklanan percuma disini untuk promosikan blog anda dengan backlink percuma. Sila maklum bahawa saya akan buang backlink jika blog anda ada virus blog bagi mengelakkan penalti daripada Google.

Jemput datang lagi.

Comments Off

Cara Kesan Virus Blog (Bahagian 1)

| Panduan & Tutorial | 30/06/2015

kesan-virus-blog-malware-alert-iklanlahpercuma Berwaspada Blogger Semua

Anda seorang blogger? Mesti banyak tenaga dan masa anda sudah laburkan pada blog kesayangan anda. Ia mungkin merupakan sumber pendapatan anda yang kedua jika anda ada day job dan pertama jika anda merupakan blogger sepenuh masa.

Anda juga mungkin hanya seorang blogger hobbyist dan kadang kala kemaskini blog apabila ada perkembangan terbaru.

Ini semua tidak dapat menghalang anda daripada dijangkiti virus!

Betul Ke Ada Virus Di Blog

Ingatkan komputer dan laptop sahaja boleh kena virus. Blog pun boleh kena virus! Susah nak percaya? Blog juga dipasang dan berjalan atas kuasa komputer pelayan. Jadi tidak mustahil blog anda juga boleh kena hack dan dijangkiti virus.

Virus untuk blog kebiasaannya dipanggil malware, singkatan untuk malicious software. Antara malware yang boleh jangkiti blog anda:

  • Pharma Hacks – Spam yang di inject terus kepada kod atau database blog anda. Kebiasaan hacker mensasarkan blog WordPress dan Joomla yang mempunyai pengkalan data. Blog anda akan menjadi host kepada iklan-iklan sampah hackers. Antara spam pharma hacks yang terkenal adalah iklan muat turun servis premium ringtone atau antivirus palsu.
  • Backdoors – Jika lokasi server dimana blog anda dihost adalah strategik, hacker akan memasang backdoor dan menjadikan server blog anda batu loncatan atau rumah tumpangan untuk melakukan serangan. Hackers dengan mudah dapat akses shell, ftp atau control panel admin.
  • Drive by Downloads – Blog anda akan menjadi pekerja tanpa rela mengedarkan payload trojan kepada semua pelawat blog. Ada kalanya mesej pop-up ini akan muncul seakan blog anda yang mempromosi aplikasi mudah alih, software atau ebook tertentu tetapi apabila pelawat muat turun, mereka turut membenarkan blog anda memasang virus di komputer mereka.
  • Malicious Redirects/Pingbacks/Backlinks – Ini adalah antara taktik paling usang tetapi masih digunapakai oleh hacker tertentu untuk menjana trafik kepada laman web tertentu. Kumpulan hacker ini lebih terkenal sebagai internet markerter blackhat. Mereka mampu menjual trafik untuk SEO berdasarkan negara kerana mereka sudah menguasai beratus hingga beribu blog dalam rangkaian botnet mereka.
  • Phishing – Ini juga antara taktik usang yang masih laku. Hacker mengumpul data pelawat anda dan akan menjual database ini kepada bakal pelanggan yang ingin melakukan spam email atau whatsapp.

Nampak tak berapa banyak jenis hack yang mampu dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini. Pakar yang sanggup mengeksploitasi kepakaran mereka untuk tujuan jahat. Bukan senang nak kesan virus blog ini jika kerja dilakukan oleh pakar.

Jika anda membiarkan blog anda terus dijangkiti, anda bukan sahaja bersubahat dengan kumpulan hacker ini malah blog anda juga akan kena sekat dan blacklist. Ya, kebanyakkan Antivirus akan sekat blog kesayangan anda daripada dilawati. Pelawat yang memasang Antivirus tidak akan dapat membuka laman blog anda. Buat apa saya nak lawat blog yang ada virus?

avast-iklanlahpercuma

Google sendiri akan blacklist blog anda jika ia kesan virus blog semasa googlebot spider blog anda. Google salahkan blogger sebagai  tuan punya blog kerana membiarkan blog terus dijangkiti virus. Blog yang kena blacklist bukan mudah untuk di unblock. Alamat blog anda akan diedarkan ke dalam semua database blacklist dan spam list.

Anda perlu buat banyak benda rumit bagi membuktikan blog anda bebas virus blog dan tidak akan dijangkiti virus pada masa hadapan. Berurusan dengan techie Google bukan mudah. Proses ini sangat lambat dan leceh. Anda boleh hubungi saya di  jika blog anda kena blacklist untuk servis berbayar menyelesaikan masalah anda. Jangan risau, saya kenakan caj yang berpatutan.

 

google-blocked-iklanlahpercuma

Jika Google blacklist anda maka browser Chrome juga akan sekat semua pelawat anda. Pengguna Crome adalah dalam carta nombor satu pengguna internet.

chrome-block-iklanlahpercuma

Anda rugi yang amat besar jika trafik tinggi yang anda terima selama ini sudah disekat. Penat lelah kerja mempromosi dan mengemaskini blog anda dengan posting terbaru menjadi sia-sia.

Jika anda merupakan seorang Internet Marketer anda harus peka akan hal ini. Jika blog-blog Tier-2 anda semua dijangkiti virus blog ini, maka blog Tier-1 dan Money Site anda akan bermasalah. Kempen SEO anda akan rosak. Google amat tidak suka dengan blog yang dijangkiti malware. Jika terlampau banyak blog dengan malware yang memberi backlinks TF dan CF negatif kepada blog utama anda, maka PR anda juga akan jatuh.

Servis Scan Kesan Virus Blog

Bagaimana caranya untuk mengetahui blog anda sudah dijangkiti virus atau malware ini? Ia amat mudah dan ada servis percuma untuk mengesan malware. Tida perlu buat apa-apa bayaran pun. Tetapi anda harus ingat bahawa servis percuma ini tidak sama dengan servis berbayar. Banyak virus strain yang tidak dapat dikesan dengan servis percuma.

Ini adalah modus operandi sama yang digunapakai syarikat Antivirus PC. Jika mereka beri semua dengan percuma, bangaimana mereka hendak buat duit. Ia adalah satu bisnes dan bukan kerja kebajikan. Sila pergi ke salah satu servis percuma dibawah untuk membuat pengesanan virus blog:

Kenapa saya cadangkan kedua servis di atas? Ia adalah servis dimana satu pengesanan akan dilakukan menggunakan banyak servis-servis dan database virus syarikat lain. Jadi anda tidak perlu melawat setiap satu servis yang ada di internet.

Perhatikan saya menggunakan contoh satu blog rakan kita di Malaysia. Pengesanan virus di blog beliau dapat dikesan oleh BitDefender dan juga AutoShun. Yang pasti Avast menghalang saya daripada membuka blog tersebut. Jangan terkejut jika khidmat pengesan percuma ini tidak dapat mengesan virus dalam blog anda. Ia mungkin menggunakan database virus yang lama dan tidak lengkap seperti database virus yang berbayar. Oleh itu jika ada blog follower yang mengadu tidak boleh akses blog anda, sila lakukan sesuatu.

Bagaimana pula dengan cara membersihkan virus blog ini? Sila tunggu bahagian 2 siri Virus Blog iaitu Cara Bersihkan Virus Blog.

Terima kasih kerana membaca. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan blogger anda dengan menggunakan butang media sosial dibawah. Jangan lupa guna khidmat pengiklanan percuma disini untuk promosikan blog anda dengan backlink percuma. Sila maklum bahawa saya akan buang backlink jika blog anda ada virus blog bagi mengelakkan penalti daripada Google.

Jemput datang lagi.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online