Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

BR1M 2014

| Ulasan | 01/01/2014

BR1M BRIM Malaysia

Anda Berminat Dengan BR1M 2014?

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia ataupun singkatannya BR1M sudah dibuka untuk permohonan rasmi dan akan berakhir pada 31 Januari 2014.

Sudah berapa kali kerajaan  memberi BR1M kepada  rakyat Malaysia? Ini masuk kali ke tiga. Sebelum ini sudah ada BR1M 1.0 dan BR1M 2.0, jadi yang ni dipanggil BR1M 3.0 pula. Kenapa nak ada .0 tu pun saya tak tahu.

BR1M merupakan trend carian terkini yang hangat dan sedang naik mendadak kerana rakyat Malaysia rata-rata tahu mengenai pengumuman pemberian BR1M yang di  buka pada 23 Disember 2013 hari tu. Ramai rakyat Malaysia terpaksa menelan maruah diri dan ambil duit  BR1M ini kerana perlukan wang tambahan bagi menghadapi tahun baru 2014 yang penuh  dengan keperitan. Segala jenis kos barang dan perkhidmatan sudah dan akan naik tahun 2014. Tambahan pula anak nak mula persekolahan lagi. Semua tu nak pakai wang besar.

Permohonan BR1M pula boleh dibuat dengan kaedah atau cara lama dengan menghantar borang fizikal ataupun secara atas talian atau online. Jika nak buat permohonan atas talian boleh terus pergi ke https://ebr1m.hasil.gov.my dan bukan laman lain. Risau juga nanti Ah Long buat laman web BR1M tipu untuk kutip data orang miskin kat Malaysia ni. Senang Ah Long nak buat direct marketing cari mangsa.

Saya sendiri sudah jumpa satu laman khas propaganda BR1M yang nampak lain macam dengan bahasa broken english. Apa tujuan buat laman tu saya tidak pasti melainkan ia di uruskan cybertrooper. Ehem.

Pusat penerimaan borang BR1M adalah seperti berikut:

  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Jabatan Penerangan serta agensi-agensi kerajaan terpilih

 Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2014

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (dapat RM450  dan RM650)
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah (dapat RM650)
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah (dapat RM300)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. MyKad bagi pemohon; dan
  2. MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

 Syarat-syarat Lain

  •  Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian  Kewangan Malaysia.
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Jika anda masih ragu-ragu, boleh call terus hotline BR1M 1-800-88-2716

Apa kesimpulan yang kita dapat daripada pemberian wang BR1M ni?

  1. Kerajaan telah menaikkan garis kemiskinan nasional daripada RM3,000 ke RM4,000. Sekarang jika pendapatan anda kurang daripada RM4,000 dekat Malaysia ni, dah kira miskin dah tu. Toksah nak bangga dengan gaji 4 digit lagi, zaman tu dah berlalu. Gaji 5 digit pun belum tentu kaya kecuali lebih RM20k sebulan.
  2. Duit sogokkan BR1M ni diberi kerana akan ada banyak lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan serta pengurangan subsidi. Dia beri RM650 seorang pada bulan Februari 2014 nanti, tetapi  dia akan ambil balik RM1,300 seorang sepanjang tahun 2014, silap-silap lebih  lagi. Lepas tu ambilan tu termasuk  kepada mereka yang tidak menerima BR1M.

Terima kasih BR1M, jasa mu di kenang :)

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online