Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

CIMB Abaikan Caj IBG & IBFT

| Pengumuman | 31/10/2015

cimb-ibg-ibft-waived-iklanlahpercuma.com

Pindahan Wang IBG dan IBFT

Sesiapa yang biasa dengan perbankan internet memang kenal sangat caj IBG dan IBFT ni.

Apa itu IBG?

Maksud IBG adalah pemindahan wang interbank giro. Caj biasanya adalah RM1 dan sudah dikurangkan oleh pihak bank negara Malaysia kepada 11sen sahaja. Tetapi tempoh pindahan wang ini memakan masa 1 hari bekerja. Jika anda bernasib baik pindah wang pagi dan wang masuk dalam akaun penerima petang.

Tetapi kaedah pindahan wang IBG ni banyak penipuan yang merugikan peniaga online.

Apa itu IBFT?

Maksud IBFT adalah pindahan wang segera. Wang akan dihantar dan masuk pada masa itu juga. Tiada tempoh masa menunggu. Wang masuk dalam akaun penerima secara langsung. Caj biasanya mahal sikit iaitu RM4 ke RM2 untuk pindahan IBFT.

CIMB Abaikan Caj IBG & IBFT

Apa yang kecoh sangat mengenai artikel ini? Bukti bergambar di atas sudah menunjukkan bahawa caj-caj urusan IBG dan IBFT sudah tiada.

  • IBG fee waived.
  • IBFT fee waived.

Adakah ia dimansuhkan terus? Itu kita tidak tahu dan sudah tentu belum pasti.

Berita baik juga untuk semua rakyat Malaysia dengan akaun CIMB adalah andatidak perlu lagi membayar cukai GST atas semua transaksi pindahan wang keraja tiada caj.

Syukur alhamdulillah kerana bukan senang zaman sekarang ni nak dapat berita baik macam ni.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Sistem CIMB Tergendala Seluruh Malaysia

| Ulasan | 27/01/2014

cimb sistem tergendala

Notis Sistem Tergendala

Ini bukan main-main. Sistem CIMB akan tergendala seluruh Malaysia hujung minggu ini iaitu:

Jumaat 31 Januari 2014 sehingga Isnin 3 Februari 2014

Terkejut saya pada hari Sabtu lepas 25 Januari 2014 kerana menerima satu e-mel daripada CIMB Clicks.

Mula-mula saya ingat ada orang nak pekenakan saya. Tetapi bila saya usul periksa, memang sahih dan sah kerana pihak CIMB sendiri ada meletakkan memo atau notis rasmi di laman web mereka.

Apa Sistem Yang Akan Terbabit?

Jangan main-main kerana ini bukan aktiviti naik taraf kecil-kecilan. Banyak sistem yang akan terlibat dan urus niaga anda dengan CIMB di masa depan juga akan berubah. Sistem-sistem CIMB yang terlibat:

  • kesemua sistem di cawangan bank CIMB dan CIMB Islamic
  • sistem ATM
  • sistem ATM MEPS
  • sistem deposit tunai
  • sistem deposit cek
  • sistem kad debit
  • sistem perbankan internet (CIMB Clicks & OctoPay)
  • sistem mobile banking
  • sistem phone banking
  • sistem bayaran berjadual (IBFT, bayaran bill, kad kredit, bayaran pinjaman)

Banyak tu sistem yang terbabit. Saya tidak dapat ingat kali terakhir berlaku sistem CIMB tergendala satu Malaysia yang besar sebigini pada abad ini.

Perubahan Selepas Aktiviti Naik Taraf

Nombor akaun bank anda akan berubah daripada 12 atau 14 digit kepada 10 digit untuk:

  • akaun simpanan
  • akaun semasa
  • akaun pinjaman

Syabas saya ucapkan kepada pihak CIMB kerana memberi notis awal mengenai aktiviti naik taraf dan sistem tergendala ini. Selain itu masa sistem tergendala juga amat sesuai kerana dibuat pada cuti tahun baru cina iaitu satu long weekend. Aktiviti jual beli mungkin kurang pada waktu ini kerana ramai dalam mood bercuti.

Apa Yang Anda Mungkin Perlu Lakukan

-> Penjual online perlu beri notis kepada pelanggan anda mengenai sistem tergendala CIMB ini. Jika hendak beri backlink terus kepada post ini juga lebih baik untuk menerangkan kepada mereka.

–> Penjual online tidak dapat memeriksa CIMB Clicks untuk bayaran pelanggan sehingga Isnin. Jadi jika anda tiada akaun bank lain, anda mungkin kena tutup kedai sekejap.

–>¬† Pelanggan yang membuat bayaran IBG atau IBFT perlu tunggu sehingga hari Isnin depan untuk bayaran mereka diproses oleh pihak bank.

–> Penjual online juga perlu kemaskini maklumat bank akaun yang sudah bertukar kepada 10 digit pada hari Isnin depan.

-> Jika anda pemegang akaun CIMB, pastikan anda cucuk duit di ATM siap-siap sebelum hari Jumaat. Pastikan bajet cukup sampai hari Isnin. Jikalau tidak kena ikat perut tahan laparlah sekeluarga.

Terima kasih.

Sumber: http://www.cimbclicks.com.my/upgrade.html

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online