Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Wikipedia Minta Derma, Bukan RM2.6 billion

| Pengumuman | 07/08/2015

wikipedia-minta-derma-lagi-title-iklanlahperuma.com

Wikipedia adalah ensiklopedia bebas yang sudah tidak asing lagi bagi pengguna internet. Ensikopledia bebas ini telah berjaya menjatuhkan jualan ensiklopedia Britannica yang menjadi sumber rujukan selama ini. Saya pasti generasi Y pun tidak pernah dengar mengenai Britannica yang terkenal pada suatu ketika dahulu.

Seperti yang kita tahu Wikipedia berjalan atas ihsan penderma-penderma budiman di seluruh dunia. Malam tadi masa saya sedang membuat rujukan, sekali keluar mesej ini.

wikipedia-minta-derma-lagi-iklanlahperuma.com

Kekalkan Wikipedia Bebas Iklan

Secara kasar ia meminta para pembaca sekalian memberi bantuan. Ia bagi menolong Wikipedia berdikari tanpa berjalan tanpa mengiklan barang atau perkhidmatan. Cuma segelintir pembaca yang memberi sumbangan derma dan ini sudah pasti tidak cukup.

Malah ia turut memberitahu jika setiap pembaca memberi sumbangan RM10 maka kempen kutipan derma akan berakhir dalam masa sejam sahaja. Ia adalah harga secawan kopi. Secawan kopi RM10? Mungkin di Amerika. Tetapi di Malaysia secawan kopi panas paling mahal pun adalah RM1.50 melainkan kita pergi ke Starbucks.

Derma Wikipedia

Tetapi bagi mereka yang berpendapatan tinggi, senang cakap anda orang kaya bolehlah menderma untuk kempen ini. Tidak perlu derma sampai RM2.6 billion pun. Hanya perlu beri sumbangan derma RM10 seorang.

wikipedia-minta-derma-lagi-donation-iklanlahperuma.com

Bayaran derma atau donation boleh di buat menggunakan PayPal. Jika anda tergolong sebagai salah seorang penderma yang murah hati, saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada anda.

Terima kasih kerana baca dan boleh kongsikan artikel ini kepada keluarga, rakan atau kenalan dengan menekan butang sosial di bawah.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online