Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Promosi Lazada Gadget Fair & Kupon Diskaun

| Pengumuman | 15/08/2015

promosi-gadget-fair-lazada-iklanlahpercuma.com

Ini dia pronosi Lazada Gadget Fair untuk bulan Ogos 2015.

 

Lazada Gadget Fair

Mana kaki gadget seperti saya boleh jengok Lazada dan tengok mana tahu ada gadget yang berkenan di hati.

Kebetulan saya perlukan memori SD tambahan untuk kamera XiaoYi yang baru dibeli pada bulan lepas. Sekarang cuma guna storan 16GB jadi tidak cukup untuk rakaman HD perjalanan jarak jauh. Oleh itu saya membuat keputusan untuk beli memori SD yang baru dengan saiz yang lebih besar iaitu 32GB.

Kebetulan semasa saya mencari di Lazada ada promosi harga untuk memori SD jenama Sandisk. Jadi saya pilih Sandisk Ultra Micro SD 32GB + adapter. Harga cuma RM52 untuk masa promosi Lazada Gadget Fair dan juga Merdeka Madness. Harga biasa memori SD ini adalah sehingga RM100+ dan harga paling murah di 11street sekarang adalah dalam lingkungan RM80 jadi sudah pasti saya pilih mana yang lebih murah.

Keistimewaan produk ini adalah kerana ia di jual oleh Lazada sendiri jadi tiada kos penghantaran. Ia akan dihantar oleh Lazada kurier. Waranti atau jaminan produk di tanggung sepenuhnya oleh Sandisk Malaysia.

 

Lazada Merdeka Madness

Jangan risau walaupun tarikh kempen Lazada Gadget Fair sampai 17 Ogos 2015 tetapi promosi Merdeka Madness berjalan sepanjang bulan Ogos 2015 ini. Kebanyakkan barang sudah sedia murah dengan diskaun, malah anda boleh gunakan lagi kupon kod di bawah untuk dapatkan diskaun 12% sehingga maksimum RM100 penjimatan.

 

lazada-merdeka-madness-iklanlahpercuma.com

 

Bukan sahaja itu, ada satu kempen promosi kupon diskaun Lazada untuk penggunaan mobile app. Saya ada install aplikasi Lazada atas tablet sebelum ini jadi saya hanya perlu guna shopping cart tersedia untuk melakukan transaksi pembayaran.

lazada-kupon-mobile-app-iklanlahpercuma.com

Tetapi  kerana penggunaan kod MEGA25 memerlukan pembelian sebanyak RM100, saya ambil kesempatan untuk membuat pembelian beberapa barang yang sudah masuk dalam senarai wishlist sebelum ini. Apakah barang-barang tersebut? Anda kena tunggu artikel Unboxing saya yang seterusnya apabila barang-barang ini sampai melalui khidmat kurier pada bulan depan. Kenapa lama sangat? Barang yang dibeli adalah diimport daripada penjual di negara China.

Terima kasih kerana baca artikel ini. Sila kongsikan kepada keluarga, kawan dan kenalan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Misteri Harga Barang Lazada – ASUS ROG Gladius

| Santai | 08/08/2015

misteri-harga-barang-di-lazada-asus-roc-gladius-title-iklanlahpercuma.com

 

Lagi cerita mengenai beli-belah atas talian di laman e-dagang terkenal Lazada. Kebetulan masa saya buka laman Lazada ada promosi harga untuk barang-barang gamer. Mungkin ia kebetulan dengan DOTA2 International 2015 Championship. Ya, ramai kaki gamer yang bersemangat semula untuk menubuhkan pasukan DOTA dan membeli kelengkapan baru selepas mengikuti perlawanan kejohanan DOTA2 secara langsung di Youtube.

 

lazada-gamer-zone-iklanlahpercuma.com

Manakala saya pula sudah tidak ada masa nak main game kerana sibuk dengan kerja. Tetapi nak buat kerja pun ada masalah kerana tetikus atau mouse pula dah uzur dan buat perangai tidak mahu ikut cakap tuan. Kekadang mouse pointer hilang merajuk entah ke mana. Tetapi selalunya tetikus buat perangai degil. Kita suruh gerak ke kanan dia pergi ke kiri. Bila kita paksa juga ia tiba-tiba kena sawan. Ini sudah kes tenat.

Saya terus buka Lazada untuk cari tetikus baru dan jumpa promosi Gamer Zone. Banyak juga mouse menarik dengan harga mampu milik. Tetapi ada satu tetikus yang mencuri perhatian saya iaitu tetikus ASUS ROG Gladius.

 

lazada-asus-rog-gladius-spesifikasi-iklanlahpercuma.com

Memang rekabentuk dan spesifikasi tetikus ini hebat tetapi itu bukan sebabnya. Saya hairan kerana harga yang diiklankan di Lazada amat pelik sekali. Penjual bersaing dengan harga yang sangat berbeza. Kesemua produk tetikus adalah sama dan saya pasti original tetapi ia memiliki tanda harga yang berbeza. Pelik dan misteri betul.

Bukti Harga Barang Lazada

lazada-asus-rog-gladius-RM319-iklanlahpercuma.com

 

Harga ASUS ROG Gladius penjual pertama adalah RM319.

lazada-asus-rog-gladius-RM999-iklanlahpercuma.com

 

Harga ASUS ROG Gladius penjual kedua adalah RM999 pula. Saya ingatkan harga patut lebih murah atau tinggi sedikit, ini sudah naik lebih 3 kali ganda. Biar benar? Ok jika anda rasa itu pelik mari kita tinjau harga penjual ketiga.

 

lazada-asus-rog-gladius-RM2000-iklanlahpercuma.com

Alamak! Harga ASUS ROG Gladius ini adalah RM2,000 pula. Ini harga kena menabung daripada kecil baru boleh mampu beli. Mungkin penjual mensasarkan pembeli daripada kumpulan pemenang DOTA2 kerana seorang pemain dalam kumpulan boleh bawa pulang sehingga USD3 juta. Kalau menanglah. Tetapi dapat masuk saringan pun tidak pulang dengan tangan kosong. Kumpulan pemain daripada Malaysia fnatic bawa pulang ribu raban USD juga setiap seorang.

Jadi apa pendapat anda? Saya jamin bahawa iklan di atas semua bukan oleh penjual yang sama. Anda boleh semak sendiri dengan pergi ke Lazada atau klik sini – ASUS ROG Gladius.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Jika anda suka boleh kongsikan kepada keluarga, rakan atau kenalan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Pengalaman Beli Barang di 11street Malaysia

| Panduan & Tutorial | 06/08/2015

pengalaman-beli-barang-di-11street-malaysia-iklanlahpercuma.com

Pernah beli barang di 11street Malaysia?

Adakah anda seorang shopoholic Blogger 11street Malaysia macam saya?

Ini adalah pengalaman saya beli barang di 11street Malaysia. Sedikit sebanyak ia adalah panduan atau cara membeli dengan betul di 11street Malaysia. Anda boleh jadikan ini rujukan sebelum membeli-belah di 11street jika mahu.

Bukan semua kedai e-dagang sama. Saya jamin pengalaman anda beli barang di 11street malaysia ini sangat memuaskan kerana user interface 11street sangat kemas, bersih dan teratur. Anda pasti suka punya.

Jika anda belum daftar, dinasihatkan anda daftar satu akaun 11street Malayia dahulu. Kenapa? Tawaran dan promosi akan dihantar ke alamat email anda. Inilah rahsia bagaimana harga barang jadi lebih murah di 11street Malaysia. Penggunaan dua kod kupon serentak untuk satu transaksi pembelian. Saya berjaya kumpul 2 kupon diskaun ini:

  • Bonus Coupon 11% Off untuk CIMB Bank
  • Shipping Fee Coupon (RM7.00)

Bagaimana nak ambil kupon-kupon istimewa ini? Anda perlu login ke dalam akaun pembeli dahulu.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step01-iklanlahpercuma.com

Kupon bukan berupa kod tetapi anda perlu klik pautan tawaran dalam email atau laman web untuk muat turun kupon ke dalam akaun pembeli. Penebusan akan dibuat masa proses pembayaran kad kredit. Sila baca betul-betul  terma dan syarat kupon kerana biasanya kupon tidak kekal dalam akaun anda. Ia mungkin lupus selepas 7 hari dan sebagainya. Setelah anda ambil kupon digital 11street Malaysia, baru boleh mulakan proses belian barang.

Sila buat carian produk menggunakan ruang carian 11street Malaysia. Saya nak beli “xiaomi piston v3″. Apa benda ini? Ia adalah earphone mampu milik untuk kegunaan harian. Saya bukanlah seorang audiophile jadi ia memadai dengan keperluan harian saya. Produk ini juga baru keluar pasaran awal tahun ini.shop-11street-xiaomi-piston-v3-step02-iklanlahpercuma.com

Memang semak sikit nak cari satu persatu barang selepas senarai carian keluar,  jadi saya gunakan filter “Price: low to high” untuk menyenangkan proses pemilihan produk. Saya hanya mahu lihat produk dengan harga murah sahaja.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step03-iklanlahpercuma.com

Selepas itu senarai produk 11street Malaysia akan disusun semula mengikut filter yang kita telah pilih. Sila lihat contoh senarai di bawah. Sebelum beli barang sudah pasti kita mesti buat sedikit bacaan mengenai produk. Orang kata kaji selidik. Jangan main hentam sahaja nak beli. Itu yang senang kena tipu atau tertipu kerana kurang ilmu. Salah sendiri, bukan salah sesiapa pun.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step04-iklanlahpercuma.com

Berdasarkan senarai atas, memang ada satu produk dengan harga murah RM46. Bagi mereka yang gelojoh akan terus pilih dan akan menyesal bila barang sampai. Kenapa? Perhatikan betul-betul tajuk katalog produk. Ia adalah produk “Youth Edition”. Walaupun model produk sama iaitu Xiaomi Piston V3 tetapi ia adalah variasi khas untuk kanak-kanak.

Selepas itu jika anda perhatikan betul-betul senarai iklan yang nombor empat tu, produk adalah warna emas dan bentuk lain, ia bukan piston v3. Ini adalah model terdahulu iaitu piston v2, jadi iklan ini agak meragukan kerana gambar produk lain daripada tajuk katalog. Harga pun lagi mahal jadi saya abaikan sahaja.

Tinggal dua pilihan penjual sekarang. Saya buat pilihan penjual nombor tiga kerana ia mempunyai ulasan yang diberikan oleh empat orang pelanggan walaupun harganya lebih mahal 90sen berbanding penjual nombor dua.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step05-iklanlahpercuma.com

Jika anda klik pada produk maka akan tersenarai katalog penuh produk. Boleh buat semakan jika produk yang anda hendak beli ada variasi warna dan sebagainya.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step06-iklanlahpercuma.com

Yang paling penting bagi saya adalah untuk menyemak maklumat penjual 11street Malaysia. Nama penjual produk ini adalah Laterics dan alamat penjual serta alamat pemulangan atau penukaran barang adalah di Kuala Lumpur, jadi tidak jauh daripada rumah saya. Kalau jadi apa-apa, saya tidak perlu berhabis beratus ringgit untuk mencari kedai penjual.

Selain itu penjual ini sudah mendapat rating 11street Malaysia “Power Seller” dengan kepuassan pelanggan 99%. Ia menjadikan saya lebih yakin untuk membeli produk ini. Shopoholic Blogger 11street seperti saya pun perlu buat pengesahan penjual untuk keyakinan dan kepuasan membeli-belah daripada A sampai Z iaitu sehingga kita terima barang.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step07-iklanlahpercuma.com

Kita perlu baca semua ulasan pelanggan untuk produk ini. Ok semua pelanggan puas hati. Seorang sahaja yang tidak puas hati kerana khidmat PosLaju lambat. Saya rasa itu bukan salah penjual. Sekarang anda boleh terus tekan butang merah “Buy Now”.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step08-iklanlahpercuma.com

Bila masuk dalam bahagian “Order/Payment” akan ada paparan borang yang panjang sampai ke bawah. Mula-mula kita masukkan maklumat penerima.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step09-iklanlahpercuma.com

Selepas itu, ini adalah bahagian paling penting jika anda sayang duit. Pastikan jumlah kupon digital ada kerana jika jumlahnya adalah sifar, maknanya tiada kupon dalam akaun pembeli. Sila tutup borang ini dan download semula kupon anda. Jangan biarkan borang ini terbuka kerana sistem tidak berhubung dan tidak akan kemaskini secara automatik. Anda perlu mulakan semula proses belian supaya kupon digital sudah dikemaskini dalam akaun pembeli.

Gunakan butang “Apply Coupon” untuk menebus tawaran anda. Bila ada popup window, sila buat pilihan kupon yang berkenaan. Kalau ada lebih daripada satu, boleh pilih mana yang ada penjimatan lebih. Sila ingat bahawa semua kupon ada syarat-syarat tertentu. Contohnya kupon untuk produk kesihatan dan kecantikan tidak boleh digunakan untuk produk gajet.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step10-iklanlahpercuma.com

Selepas itu anda akan dapati bahawa ada jumlah diskaun yang dikenakan untuk jumlah invois ini. Banyak betul diskaun yang saya dapat. Harga produk Xiaomi Piston v3 ini adalah yang termurah di pasaran Malaysia sekarang. Ini diakui sendiri oleh Shopoholic Blogger 11street Malaysia lain. Cuba bayangkan nilai diskaun lagi tinggi daripada harga barang itu sendiri. Hanya di 11street Malaysia!

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step11-iklanlahpercuma.com

Apa lagi, jangan berlengah dan boleh terus buat bayaran. Klik butang “Proceed to Payment” setelah anda masukkan maklumat kad kredit.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step12-iklanlahpercuma.com

Tunggu ePay Code yang dihantar ke smartfon dan masukkan dalam borang untuk verifikasi pembayaran.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step13-iklanlahpercuma.com

Maka dengan ini transaksi pembelian sudah berjaya! Syukur alhamdulillah. Anda akan terima nombor transaksi jualan sebagai rujukan. Jangan risau, ada SMS dan email yang dihantar kepada anda dengan semua maklumat ini berserta invois yang sah.

Terima kasih kerana membaca pengalaman dan panduan beli barang di 11street Malaysia saya. Jika anda suka boleh kongsikan dengan keluarga, rakan atau kenalan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Cara Guna Kupon Diskaun Lazada

| Panduan & Tutorial | 08/07/2015

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-tajuk-iklanlahpercuma.com

Kenapa anda datang sini? Anda mungkin:

  • Tidak tahu cara guna kupon diskaun Lazada
  • Tidak pernah tahu kewujudan kupon diskaun Lazada
  • Geram kerana pernah terbuat bayaran tanpa menggunakan kupon diskaun Lazada
  • Pelik kerana tidak jumpa ruangan nak masukkan kupon diskaun Lazada

Macam mana nak dapat kupon diskaun Lazada? Ada banyak cara boleh dapat kupon diskaun ini:

  1. Daftar akaun baru dapat kupon diskaun RM10
  2. Langgan newsletter untuk promosi iklan terbaru dapat kupon diskaun RM20
  3. Bila sudah langgan newsletter, anda boleh dapat kupon diskaun promosi terhad dalam email
  4. Muat turun dan  guna aplikasi iOS atau Android Lazada dapat kupon diskaun RM30
  5. Setiap hari Rabu pengguna kad kredit Maybank dapat diskaun 10%.
  6. Setiap Sabtu dan Ahad pengguna kad kredit CIMB dapat diskaun 10%.

Hati-hati kerana kod diskaun kupon mungkin ada syarat terhad. Maksudnya ia mungkin lupus pada bila-bila masa. Ia ada syarat tertentu seperti masa penggunaan dan juga berapa orang sahaja yang boleh guna. Ada juga sesetengah kod kupon diskaun Lazada tidak boleh digunakan terus, boleh guna pada transaksi yang akan datang. Ada juga kod diskaun yang tidak boleh digunakan berkali-kali. Ada juga kod diskaun Lazada yang tidak boleh dicampur dua atau lebih kod diskaun.

Kod diskaun kad kredit dan pembekal tertentu juga tidak perlukan kemasukan kod, tetapi pembelian daripada ruangan tertentu. Oleh itu sila buka laman web Lazada dengan klik pautan yang diberikan. Jangan cari barang secara manual, anda mungkin hilang kod diskaun tersebut apa bila anda navigasi keluar dan mencari barang secara manual.

Kalau di 11-Street dia ada dua ruangan unuk masukkan kod diskaun. Satu ruangan kod diskaun untuk promosi dan satu ruangan kod diskaun untuk shopping cart. Tetapi ruangan kod diskaun hanya ada satu di Lazada dan susah sikit nak perasan.

Oleh kerana saya baru muat turun aplikasi mobile Lazada, jadi kali ini panduan menggunakan kupon diskaun Lazada akan dibuat dengan menggunakan skrin app sahaja. Tetapi jangan risau, langkah-langkah dia hampir  sama sahaja dengan skrin shopping cart laman web.

Anda boleh lakukan belian seperti biasa. Tunggu sampai langkah 4. Perhatikan betul-betul ada tulisan kecil “Add a coupon code” berbentuk pautan bawah ruangan “payment method”.

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-step4-iklanlahpercuma.com

Hati-hati apabila anda klik kerana anda tidak mahu terklik  butang selesaikan bayaran. Rugi nanti. Bila klik akan ada skrin popup untuk anda masukkan kod diskaun Lazada. Lupa pula nak tangkap gambar skrin tadi.

Bagi pengguna shopping cart dilaman pula, seingat saya ia bukan pautan hotlink tetapi ada ruangan khas untuk anda masukkan kod diskaun disebelah kanan bawah kotak “Order Summary”. Ia sangat kecil jadi anda mungkin terlepas pandang.

Lepas anda masukkan kod kupon diskaun Lazada, anda akan dapati jumlah sebutharga sudah berubah.

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-sudah-jimat-iklanlahpercuma.com

Saya sudah jimat lagi RM30 di sini, terima kasih Lazada. Harga barang yang sudah sedia murah menjadi lebih murah hanya di Lazada.

Cuba bayangkan set penuh kamera sukan Xiaomi XiaoYi hanya RM329. Harga pasaran adalah RM600. Harga kamera XiaoYi sahaja paling murah boleh dapat diluar sana RM400. Ini adalah set lengkap dengan bekas kalis air + 16GB microSD kelas 10 jenama Kingston dan satu monopod. Kalau periksa harga setiap satu barang sahaja sudah jadi berapa jumlah semua tu?

Selepas itu boleh klik selesaikan transaksi.

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-berjaya-iklanlahpercuma.com

Sekarang sudah selesai proses saya buat belian menggunakan aplikasi mobile Lazada dan juga panduan atau cara guna kupon diskaun Lazada.

Jom jamu mata koleksi baju raya Rizman Ruzaini untuk tahun 2015 ini. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Sempat lagi nak berbelanja ni.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang sosial dibawah.

Comments Off

Cara Mudah Buka Kedai Online e-Dagang

| Ulasan | 21/06/2015

cara-mudah-buka-kedai-online-iklanlahpercuma

Anda baru sahaja diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi Malaysia. Syukur alhamdulillah anda dapat tawaran VSS yang menarik jadi ada sedikit modal untuk memulakan perniagaan. Anda juga mungkin masih bekerja dan hendak memulakan bisnes kecil-kecilan secara separuh masa.

Masa sudah berubah. Di zaman teknologi dan internet ini, tidak sah kalau anda ingin berniaga tanpa kedai online.

Apa itu kedai online?

Kedai online adalah tapak anda meniaga di dunia alam siber. Orang melayu panggil e-Dagang dan terma ini diambil daripada kata nama khas e-Commerce. Perniagaan kedai online dijalankan di atas alam maya dan urusan jual beli boleh dilakukan dengan menggunakan transaksi perbankan atas talian ataupun menggunakan servis e-Wallet seperti PayPal dan AliPay.

Jika anda buka kedai fizikal, lokasi premis dengan pasaran terhad hanya disekitar kawasan tersebut. Tetapi jika anda buka kedai online, pasaran anda tidak terbatas. Itu yang dinamakan perniagaan global. Billionaire Jack Ma pemilik AliBaba mengatakan perniagaan anda tidak akan berkembang tanpa menceburi pasaran global.

Tips 1 – Produk kedai online

Pemilihan produk adalah sangat penting. Anda boleh memilih antara dua kategori iaitu produk unik ataupun produk yang mendapat permintaan tinggi. Sila lakukan kajian mengenai trend produk-produk terkini. Jangan  menjual produk dengan konsep “syok sendiri”. Cuba test market dengan bertanya kepada keluarga atau kawan-kawan jika mereka berminat membeli produk tersebut. Anda boleh mesej group Whatsapp anda untuk membuat bancian sambutan produk.

Produk unik adalah produk yang sudah diperkenalkan di negara lain tetapi belum ada di pasaran Malaysia. Selain itu anda juga mungkin terjumpa pembekal dengan produk yang tidak mendapat sambutan kerana kurang promosi dan pasaran terhad. Anda boleh berbincang dan ambil produk tersebut untuk dipasarkan di kedai online anda.

Produk permintaan tinggi adalah produk yang senang untuk dijual walaupun margin rendah. Contoh paling senang adalah tudung wanita. Tudung ataupun hijab sudah menjadi trend atau fesyen terbaru wanita Islam di Malaysia. Kalau dahulu sekadar menutup kepala dengan tudung bawal kosong tetapi hari ini kaum hawa malu untuk mengenakan tudung kosong. Wanita moden yang  bekerja mesti hendak ikut perkembangan fesyen  terkkini. Jadi ramai pembekal yang muncul dengan fesyen tudung serba-serbi memberi  peluang kepada peniaga online membuka kedai online.

Tips 2 – Modal buka kedai online

Jangan buat pinjaman apabila hendak memulakan perniagaan. Ini satu tips yang jarang orang kaya cerita. Biasanya usahawan akan menggunakan wang orang lain untuk memulakan perniagaan. Anda cuma buat pinjaman perniagaan untuk modal pusingan apabila perniagaan sudah berjalan dan ada sambutan atau pasaran.

Walaupun anda mempunyai modal yang besar, anda masih perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Perbelanjaan yang membazir akan merugikan anda jika perniagaan tidak menjadi. Contoh paling nyata adalah apabila hendak membuka kedai online. Ramai orang yang buta IT fikir bahawa cara terbaik adalah membayar pakar IT untuk membina kedai online dengan ciri-ciri e-Dagang. Ini adalah kesilapan besar.

Harga yang dikenakan pakar IT mungkin mahal dan mengambil masa yang lama untuk pembinaan. Jika harga terlalu murah, anda mungkin ditipu. Anda juga mungkin mendapat produk yang tidak menepati standard pasaran masa kini. Selalunya harga produk atau kerja pakar IT murah kerana ia hanyalah kerja pemasangan atau install pakej e-Commerce open source sedia ada.

Tahukah anda banyak masalah atau isu yang ada dengan pakej-pakej sedia ada ini. Kebanyakkan pakej masih dalam fasa pembinaan. Banyak bug dan error dan pakej e-Commerce perlu upgrade selalu. Oleh itu anda perlu berulang kali buat bayaran kepada pakar IT apabila pakej e-Commerce tersebut ada upgrade terbaru. Selalunya operasi kedai online anda akan tergendala apabila syarikat webhosting membuat upgrade sistem terkini dan pakej e-Commerce anda tidak sesuai atau mesra dengan upgrade tersebut.

Jika anda memilih untuk  membina sendiri kedai online, anda sebenarnya akan terikat untuk bekerja dengan pakar IT tersebut sampai bila-bila. Masalah akan timbul apabila pakar IT anda hilang. Mencari pengganti pakar IT yang tahu mengenai pakej e-Commerce tersebut bukannya senang. Pengganti pasti akan mengenakan bayaran mahal kerana tahu anda terdesak.

Tidak ada masalah untuk  membayar pakar IT untuk membuat logo, gambar produk, design website dan juga banner promosi. Bayaran ini adalah sekali sahaja tetapi pastikan anda mendapatkan fail Photoshop atau Illustrator jika perlu membuat apa jua penukaran pada masa akan datang.

Tips 3 – Jenis Kedai Online

Jika anda merupakan syarikat besar,  membina kedai online tidak menjadi satu isu. Anda boleh buat pelaburan team web development yang akan membina dan menjaga kedai online tersebut. Tetapi jika anda adalah individu atau syarikat dengan bajet kecil, pilihan terbaik adalah menggunakan kedai online tersedia.

Segala masalah yang disebutkan di atas sebelum ini tidak akan timbul. Semua akan diuruskan oleh syarikat pembekal kedai online. Anda hanya perlu membuat bayaran langganan setiap bulan sama seperti anda membuat bayaran untuk webhosting. Selepas itu anda boleh fokus dan tumpukan kepada bisnes anda. Tujuan utama anda memulakan perniagaan adalah untuk mencari duit. Menjual produk dan bukannya memikirkan mengenai permasalahan teknikal kedai online anda. Teknologi e-Commerce sentiasa berkembang jadi anda boleh serahkan kepada syarikat pakar menjaga kedai online anda.

Kedai online pun ada bermacam jenis ke? Pada mulanya kedai online hanya tertumpu kepada shopping cart jenis laman web atau website. Selepas perkenalan media sosial, banyak peniaga memilih untuk menjual di Facebook. Kuasa promosi media sosial sudah terbukti dimana ramai peniaga dapat berkembang sehingga mampu membuka kedai fizikal kerana populariti kedai online mereka cukup besar. Dengan media sosial juga anda dapat berikan khidmat pelanggan terbaik.

Apabila masuk zaman teknologi gajet mobile seperti tablet dan smartfon, banyak kedai online lama tidak mampu menembusi pasaran ini kerana kedai online mereka menggunakan teknologi paparan lama yang usang. Jika anda sudah mulakan perniagaan dahulu seperti mereka, sekarang anda perlu membuat upgrade laman web untuk membenarkan kunjungan pelawat daripada gajet mobile.

2015-internet-trends-report-mobile-market

Adalah amat rugi jika anda tidak dapat menembusi pasaran gajet mobile kerana mengikut data terbaru pasaran internet dunia 2015, pengguna gajet mobile melepasi pasaran pengguna komputer desktop dan laptop.

mobile-friendly-gains-and-losses

Cuba bayangkan pengguna gajet mobile menggunakan smartfon dan tablet untuk membeli produk anda. Pasaran anda sudah terbuka 2 kali ganda lebih banyak jika kedai online anda menggunakan teknologi terkini ini. Kajian juga sudah membuktikan dengan jumlah trafik yang sama jualan anda bertambah dengan penggunaan kedai online yang membenarkan pelawat gajet mobile. Kerugian akibat pelawat yang tidak dapat membuka kedai online anda dapat dikurangkan dengan banyak.

Dengan bajet promosi yang sama untuk menarik trafik ke kedai online anda, pulangan anda akan berlipat ganda jika kedai online anda membenarkan paparan gajet mobile. Jumlah trafik yang sama tetapi dengan pelawat yang lebih tinggi pasti akan membuahkan jualan yang lebih tinggi.

Tips 4 – Promosi kedai online

Perniagaan online dan offline sama sahaja. Jika anda buka kedai online, anda masih perlu lakukan promosi.  Aktiviti paling penat setelah anda upload keseluruhan katalog produk ke dalam database adalah membuat promosi online. Ia bukan kerja remeh. Bayaran bulanan syarikat besar adalah sebanyak RM20,000 ke RM40,000 sebulan untuk kerja-kerja promosi SEO. Ini belum dimasukkan dengan kos ADEX atau perbelanjaan pengiklanan berbayar.

Jika modal anda besar, anda boleh buat pelaburan dengan menggunakan khidmat pengiklanan berbayar. Jika bajet anda kecil, anda masih ada pilihan menggunakan perkhidmatan pengiklanan percuma seperti IklanLahPercuma.com, tetapi sila baca syarat-syarat laman web pengiklanan percuma tersebut.

Contohnya di IklanLahPercuma.com iklan anda akan disimpan dan terpampang selama 1 tahun. Tidak banyak servis pengiklanan percuma yang membenarkan iklan anda ditayang lama. Kebiasaannya iklan cuma disimpan selama 2 minggu sehingga sebulan. Selepas itu anda perlu menghantar iklan semula. Ada juga tempat yang tidak membenarkan anda mengiklan barang yang sama secara percuma selepas tamat tempoh pengiklanan pertama. Iklan yang lama terpampang akan mendapat SEO yang lebih bagus dan senang dicari orang.

Pastikan iklan anda mempunyai penerangan lengkap produk, gambar produk dan juga maklumat perhubungan. Amatlah rugi jika anda mengiklan tanpa gambar-gambar produk yang menarik. Gambar dapat menarik perhatian bakal pelanggan.

Iklan yang menarik juga tidak bermakna jika anda tidak meletakkan maklumat perhubungan atau alamat kedai online  anda. Pastikan alamat domain betul.

Tawaran Istimewa untuk buka Kedai Online

Memang tidak dinafikan terdapat banyak syarikat pembekal kedai online dengan ciri-ciri e-Dagang. Jika anda masih ragu-ragu untuk membuat pilihan kedai online diluar sana, anda boleh cuba pakej Kedai Online 3 + 1.

sitegiant-kedai-nline-3-in-1

Kenapa saya berikan cadangan ini kepada anda. SiteGiant merupakan kedai e-Commerce yang merangkumi ketiga generasi kedai e-Dagang yang saya sebutkan di atas tadi.

  • laman web e-Dagang
  • kedai Facebook
  • laman mobile

SiteGiant mempunyai banyak pakej mengikut bajet anda:

  • UniCart Basic – RM590 setahun untuk sehingga 500 produk
  • UniCart Plus – RM990 setahun untuk sehingga 3,000 produk
  • UniCart Pro – RM1,090 setahun untuk sehingga 20,00 produk
  • UniCart Premium RM1,790 setahun untuk jumlah produk tanpa batas

Semua pakej SiteGiant datang dengan domain percuma. Apa itu domain? Domain adalah nama kedai anda. Jadi sila buat sedikit kerja rumah sebelum membuat pilihan nama kedai. Seperti kata orang paling kaya di China Jack Ma iaitu pemilik laman e-Commerce AliBaba, pemilihan nama adalah sangat penting. Pastikan nama anda dikenali secara global. Jangan pilih nama kedai dengan konsep “syok sendiri” tetapi orang susah nak kenal dan susah nak ingat.

Setiap pakej juga mempunyai sehingga 20 template dan 100+ rekabentuk. Ini adalah amat penting kerana anda tidak perlu mencari pakar IT untuk membuat rekabentuk dan imej baru kedai online e-Dagang anda.

Bagaimana kedai online anda berfungsi? Ia akan menggunakan sistem shopping cart canggih untuk menerima tempahan dan memproses bayaran.

Bagaimana pula anda hendak terima bayaran? Anda boleh guna sistem MOLPay ataupun eGHL. Dengan menggunakan sistem bayaran berikut dapat mengurangkan risiko anda ditipu oleh pelanggan scammer.

Isu terbaru yang timbul di Malaysia adalah mengenai cukai GST. Bagi anda yang sudah mendaftar akaun GST dengan kastam, sistem SiteGiant ada modul khas untuk menggunakan cukai GST.

Bertindak segera kerana promosi modul pembayaran percuma adalah sehingga akhir bulan ini sahaja.

eghl-promo-banner-2

molpay-promo-banner-2

Oleh itu sila buat pilihan terbaik iaitu dengan mendaftar satu kedai online dengan servis SiteGiant. Semoga pengalaman anda membuka kedai online berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah.

Seperti biasa, sila kongsikan artikel ini dengan keluarga dan kenalan anda dengan menekan butang media sosial di bawah.

Terima kasih kerana membaca.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online