Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Gaji dan Harga Rumah Malaysia

| Ulasan | 30/12/2013

gaji dan rumah tanda taraf hidup dulu dan sekarang

Kenapa Gaji dan Harga Rumah Penting?

Tangga gaji rakyat Malaysia dahulu dan sekarang berbeza sangat. Taraf hidup yang meningkat serta kadar inflasi yang melambung menyebabkan kualiti hidup kita di Malaysia sangat teruk berbanding negara-negara jiran.

Sebelum kita teruskan lagi, lebih baik saya terangkan dahulu maksud beberapa terma untuk anda yang kurang arif.

Maksud  Inflasi

Menurut wikipedia…

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Maksud Kos Sara Hidup

Kos sara hidup merupakan pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup. Pada zaman teknologi dan sains ini keperluan-keperluan asas juga termasuk pendidikan, sambungan jalur lebar dan kenderaan untuk kegunaan harian.

Maksud Taraf Hidup

Taraf hidup pula mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima oleh isi rumah dengan kos sara hidup. Sekiranya peningkatan pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, bererti taraf hidup seseorang dikatakan semakin merosot. Begitulah sebaliknya, sekiranya taraf pendapatan meningkat pada kadar lebih tinggi dari kos sara hidup, taraf hidup dikatakan semakin meningkat.

Maksud Kualiti Hidup

Kualiti hidup biasanya dikaitkan dengan penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal oleh pihak pentadbir di sesuatu negara,  negeri, daerah atau kawasan. Walau bagaimanapun, persekitaran yang baik tidak membawa maksud kualiti hidup juga baik kerana hal ini juga turut berkait dengan penerimaan atau penolakan dan tindak balas penduduk terhadap persekitaran yang disediakan.

Kupasan Artikel The Star

Sedih saya apabila membaca keratan suratkhabar The Star di atas. Tidak terkejut kerana umum tahu harga rumah memang naik melambung tinggi dan gaji pekerja masih di tahap itu  juga.

Gaji Bulanan

Menurut kajian yang telah dilakukan, pada tahun 2012, pendapatan isi rumah atau  gaji bulanan RM3,000 sudah menjurus kepada pendapatan bawah garis kemiskinan. Tetapi pada tahun 1980an amaun tersebut hanya RM377. Apa sudah jadi? Memang ramai yang kerja dan tinggal di Kuala Lumpur  hidup dekat paras-paras hidung sahaja dengan gaji RM3,000 sebulan.

Tetapi bagi saya pemberian BR1M bukannya satu langkah yang bijak untuk menanggani masalah besar ini. Sogokkan wang yang diterima sekali setahun tersebut tidak dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat Malaysia selama setahun.

Jadi rakyat Malaysia pun terpaksalah mencari kerja yang lebih baik gaji bulanannya atau pun kerja part-time dan buat bisnes sampingan.  Kalau tak buat semua tu, macam mana nak hidup? Kerana tu jugalah indeks jenayah negara kita naik tiap tahun. Pecah rumah merata-rata,  ragut sana-sini dan yang pelik sampai mesin ATM pun jadi mangsa keadaan.

Harga Rumah

Tengok perbandingan harga rumah teres dua tingkat cukuplah. Pada tahun 1970an, harga rumah teres dua tingkat adalah sekita RM45,000 ke RM60,000. Tetapi pada tahun 2012 adalah RM500,000 sehingga RM850,000. Aduhaiiii… mahalnya! Bila nak merasa duduk rumah sendiri? Sampai matilah menyewa…

Kalau anda bernasib baik dapatlah beli rumah lelong yang diiklankan pihak bank apabila peminjam tidak dapat bayar duit rumah. Itu pun kalau anda betul-betul bernasib baik, 1,000 dalam satu. Jarang kita dengar mereka yang dapat beli rumah yang kurang daripada harga pasaran semasa.

Mengikut statistik juga, purata rakyat negara ini tinggal di flat atau rumah murah. Harapan saya adalah kerajaan buatlah lebih banyak lagi rumah kos rendah secepat mungkin untuk mereka yang berpendapatan rendah. Jangan janji sana sini aje, terus buat. Kami dah bosan dengan janji. Mana rumahnya?

Cubalah try tengok ada ke rumah yang harga murah di sini.

Terima kasih kerana membaca. Jikalau anda suka, sila kongsikan.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online