Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Penjenamaan Semula Google kepada Alphabet

| Pengumuman | 14/08/2015

penjenamaan semula google kepada alphabet

Selamat tinggal Google.

Eh? Google nak tutup ke? Secara tiba-tiba sahaja tanpa apa-apa amaran pun.

Macam mana dengan semua produk dan servis Google:

  • Gmail
  • Blogger
  • Youtube
  • Adwords
  • Adsense
  • Analytics
  • Google Maps
  • Google Drive
  • Google  Translate
  • Google URL Shortener
  • Chrome
  • Android

Semua produk Google nak tutup ke? Bukan, jangan risau. Semua produk-produk Google akan kekal.

Seperti mana-mana syarikat korporat besar, penjenamaan semula Google kepada Alphabet sudah tiba masanya.

Penjenamaan Semula Google

Penjenamaan semula Google ini adalah supaya syarikat dapat berkembang dengan selesa tanpa kekangan bisnes sedia ada dan agar Google sebagai salah satu entiti dalam kumpulan Alphabet dapat teruskan fokus kepada bisnes utamanya seperti biasa.

Alphabet Inc. akan menggantikan Google Inc. sebagai entiti dagangan awam dan semua saham Google secara automatik akan ditukar kepada kod saham yang sama, dengan segala hak yang sama. Google akan menjadi anak syarikat milik penuh Alphabet. Dua kelas saham Alphabet akan terus berdagang di Nasdaq sebagai GOOGL dan GOOG.

Huruf G cuma satu huruf dalam senarai abjad kita. Ini bermakna Google ingin melebarkan empayar dia masuk dalam semua industri dunia. Penjenamaan semula Google sangat sesuai untuk memberi  mesej bahawa ia sudah bersedia meluaskan empayar teknologi.

Microsoft dan Apple harus berwaspada jika tidak mahu ketinggalan jauh ke belakang.

Pengumuman penjenamaan semula Google dilakukan di blog rasmi Google dan di laman http://abc.xyz dan rata-rata ia disambut baik oleh pemegang saham dan juga orang awam.

Kita nantikan apa perkembangan terbaru daripada Google, eh silap Alphabet.

Comments Off

Google Zeitgeist Malaysia 2013 Politik & Pelancongan

| Ulasan | 19/12/2013

google zeitgeist malaysia 2013

Ini adalah sambungan artikel Google Zeitgeist Malaysia 2013. Jika anda terlepas Google Zeitgeist Malaysia 2013 bahagian 1 sila baca terlebih dahulu.

Seperti sebelum ini saya akan menyenaraikan frasa carian utama bagi tahun 2013 untuk setiap kategori Google Zeitgeist Malaysia dan akan memberi sedikit ulasan peribadi.

 

Ahli Politik Pilihanyara (GE13)

  1. Anwar Ibrahim
  2. Lim Kit Siang
  3. Aspan Alias
  4. Najib Razak
  5. Rafizi Ramli

Woah! Ini isu sensitif jadi saya pun takut nak ulas banyak-banyak. Saya sebenarnya tidak menyokong mana-mana parti. Saya sendiri tidak mengundi atas sebab-sebab sendiri. Tetapi lihat sahaja senarai carian yang tertinggi. Kesian Perdana Menteri kita duduk di tangga ke-4. Saya jamin senarai Google Zeitgeist Malaysia 2013 ini tidak akan masuk suratkhabar atau media cetak umum dan akan disekat 100%… betul tak?

Yang menghairankan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia, bagaimana Facebook Najib mendapat 2 juta pengikut jika carian Google pun kurang. Pelik bukan? Kalau dapat nombor 2 di tangga Google Zeitgeist Malaysia pun kita masih tidak yakin, pasal pengikut Facebook Najib tak silap saya dilaporkan bulan lepas 2 juta orang. Banyak tu…. Sekurang-kurangnya 2 juta rakyat Malaysia pasti akan google keyword “facebook najib” setiap hari untuk mencari laman facebook beliau.

Siapa tahu pun pautan untuk ke sana, mesti nak google. Sedangkan alamat facebook pun ramai tak tahu, kena google “facebook” dulu baru boleh login. Hmmm… ini memberi kesimpulan yang pengikut facebook perdana menteri kita ini di beli. Saya pasti ada diantara anda yang tahu terdapat pakar SEO, internet market dan hacker yang menjual facebook follower.

Gi je cari dekat forum-forum tempatan, bersepah dan murah. Cuma kalau kita beli tu tak beretika aje lah. Kerana itu saya tak heran tengok laman web baru lancar dah dapat beribu pengikut facebook. Boleh beli… hehehe… Alamak, kata tidak mahu ulas panjang-panjang, dah terpanjang pula.

Lokasi Pelancongan

  1. Genting  Highlands
  2. Langkawi
  3. Gold Coast Morib
  4. Pulau Perhentian
  5. Penang

Siapa sangka Genting Highlands menjadi carian nombor satu. Saya teka pasti Langkawi. Rupa-rupanya rakyat Malaysia lagi suka makan angin atau pusat peranginan di tempat sejuk daripada di tepi laut. Mungkin juga kerana di atas sana ada kasino. Siapalah yang tahu. Apa-apa pun saya heran bagaimana Gold Coast Morib boleh masuk senarai.

Kali terakhir saya pergi ke sana masa nama tempat tu Bagan Lalang takde apa-apa pun. Makanan laut pun tak sedap mana dan mahal pula tu. Pantai pun tidak bersih dan bukan untuk berenang macam Port Dickson yang tak masuk senarai. Sepatutnya orang lembah Klang gi ke Melaka kerana lagi menarik, mungkin kerana Melaka jauh sikit banding dengan Sepang.

Ok kita sambung artikel Google Zeitgeist Malaysia 2013 di artikel lepas ini.

Google Zeitgeist Malaysia 2013 Kereta & Fesyen

| Ulasan | 19/12/2013

iklanlahpercuma.com-google-zeitgeist-2013

Apa itu Google Zeitgeist?

Zeitgeist adalah pemikiran manusia pada masa kini. Tetapi dalam digest Google,  ia merupakan trend carian penduduk dunia dan beberapa hari lepas Google telahpun menyenaraikan Google Zeitgeist Malaysia bagi tahun 2013.

Saya akan menyenaraikan top-top keyword carian untuk setiap kategori Google Zeitgeist Malaysia 2013 dan akan memberi sedikit  ulasan peribadi.

Mari kita lihat senarai carian top 2013 untuk Malaysia:

Jenama Kereta

  1. Proton Suprima
  2. Proton Saga SV
  3. Nissan Almera
  4. Kia Cerato
  5. Toyota Vios

Carian utama penduduk Malaysia adalah kereta misteri  Proton Suprima. Antara kereta Proton yang direkacipta khas oleh orang tempatan tanpa meniru design mana-mana kereta import lain. Ramai yang mencari kereta Proton Suprima ini tetapi jualan kereta Proton Suprima tidak seberapa. Kesian, mungkin kerana harga Proton Suprima mahal sikit kot.

Proton Saga SV pula menjadi carian ramai kerana harganya yang bajet. Ramai pemilik kereta Kancil dan Myvi hendak upgrade kereta mereka kerana keluarga sudah bertambah. Kereta ni memang laris macam goreng pisang panas sehingga Proton membuat keputusan mengeluarkan kereta Persona SV.

Jenama Fesyen

  1. Coach
  2. Louis Vutton
  3. Burberry
  4. Gucci
  5. Zara

Tidak menjadi kejutan jenama Coach daripada Amerika ini menjadi carian paling tinggi bagi rakyat Malaysia. Ini kerana pembuatan produknya yang halusi dan berkualiti. Rekabentuknya juga amat menarik dan amat menarik hati kaum wanita.

Yang paling bagus bagi saya adalah rekabentuknya lebih casual dan sudah tentu harganya yang mampu milik. Ia sangat sesuai untuk menjadi jenama penggunaan harian. Susah anda nak nampak wanita pakai Louis Vutton naik LRT, Komuter atau bas kecuali mereka pakai yang ehem ehem, tiruan.

Lebih-lebih lagi Coach mula mempromosi secara besar-besaran di Malaysia tahun lepas. Banyak butik Coach buka di merata Malaysia serta mereka melakukan banyak kempen serta promosi. Kemuncaknya adalah pembukaan Coach outlet di Johor Premium Outlet (JPO) menyebabkan ramai kaum hawa menjadi gila mengejar untuk membeli produk ini.

Carian Louis Vutton mendapat tempat kedua kerana harganya yang tinggi dan jenama ini lebih ekslusif. Tetapi  ramai wanita Malaysia tetap cari, mana tahu ada jual  yang murah di  internet.

Google Zeitgeist Malaysia bagi tahun 2013 bersambung di bahagian kedua…

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online