Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Harga Produk Xiaomi Naik Hari Ini

| Pengumuman | 20/10/2015

harga-produk-xiaomi-naik-iklanlahpercuma.com

Harga produk Xiaomi naik pada hari ini 10 Oktober 2015 tepat jam 12 tengahari.

Notis Harga Produk Xiaomi Naik

Ini adalah petikan daripada Faccebook Xiaomi Malaysia.

Are you currently feeling the pain with the value of Ringgit Malaysia going down? (You must be living in another planet if you don’t!) and that leads to this announcement here.

The prices of several Mi products will be increased effectively tomorrow, 20th October 2015 (Tuesday) at 12PM.

Affected items and updated prices* (6 in total) :
Redmi 2 Enhanced RM 529
5000mAh Mi Power Bank RM 39
10400mAh Mi Power Bank RM 59
16000mAh Mi Power Bank RM 89
Mi Band RM 69
Mi Headphones RM 369
*Price for Mi Note, Mi 4i (16GB/32GB) and other Mi accessories not stated above remains the same.

Stay with Mi ok? Terima kasih.

Nilai matawang ringgit yang jatuh teruk menyebabkan harga barangan import seperti produk-produk Xiaomi naik dalam RM10 setiap satu.

Redmi 2 naik dalam RM70 dan MI Headphone naik RM50.

Sabar sahajalah walaupun harga produk Xiaomi naik pada hari ini.

Sesungguhnya tahun 2015 ini merupakan tahun harga barang naik paling ketara dalam sejarah Malaysia.

Comments Off

Misteri Harga Barang Lazada – ASUS ROG Gladius

| Santai | 08/08/2015

misteri-harga-barang-di-lazada-asus-roc-gladius-title-iklanlahpercuma.com

 

Lagi cerita mengenai beli-belah atas talian di laman e-dagang terkenal Lazada. Kebetulan masa saya buka laman Lazada ada promosi harga untuk barang-barang gamer. Mungkin ia kebetulan dengan DOTA2 International 2015 Championship. Ya, ramai kaki gamer yang bersemangat semula untuk menubuhkan pasukan DOTA dan membeli kelengkapan baru selepas mengikuti perlawanan kejohanan DOTA2 secara langsung di Youtube.

 

lazada-gamer-zone-iklanlahpercuma.com

Manakala saya pula sudah tidak ada masa nak main game kerana sibuk dengan kerja. Tetapi nak buat kerja pun ada masalah kerana tetikus atau mouse pula dah uzur dan buat perangai tidak mahu ikut cakap tuan. Kekadang mouse pointer hilang merajuk entah ke mana. Tetapi selalunya tetikus buat perangai degil. Kita suruh gerak ke kanan dia pergi ke kiri. Bila kita paksa juga ia tiba-tiba kena sawan. Ini sudah kes tenat.

Saya terus buka Lazada untuk cari tetikus baru dan jumpa promosi Gamer Zone. Banyak juga mouse menarik dengan harga mampu milik. Tetapi ada satu tetikus yang mencuri perhatian saya iaitu tetikus ASUS ROG Gladius.

 

lazada-asus-rog-gladius-spesifikasi-iklanlahpercuma.com

Memang rekabentuk dan spesifikasi tetikus ini hebat tetapi itu bukan sebabnya. Saya hairan kerana harga yang diiklankan di Lazada amat pelik sekali. Penjual bersaing dengan harga yang sangat berbeza. Kesemua produk tetikus adalah sama dan saya pasti original tetapi ia memiliki tanda harga yang berbeza. Pelik dan misteri betul.

Bukti Harga Barang Lazada

lazada-asus-rog-gladius-RM319-iklanlahpercuma.com

 

Harga ASUS ROG Gladius penjual pertama adalah RM319.

lazada-asus-rog-gladius-RM999-iklanlahpercuma.com

 

Harga ASUS ROG Gladius penjual kedua adalah RM999 pula. Saya ingatkan harga patut lebih murah atau tinggi sedikit, ini sudah naik lebih 3 kali ganda. Biar benar? Ok jika anda rasa itu pelik mari kita tinjau harga penjual ketiga.

 

lazada-asus-rog-gladius-RM2000-iklanlahpercuma.com

Alamak! Harga ASUS ROG Gladius ini adalah RM2,000 pula. Ini harga kena menabung daripada kecil baru boleh mampu beli. Mungkin penjual mensasarkan pembeli daripada kumpulan pemenang DOTA2 kerana seorang pemain dalam kumpulan boleh bawa pulang sehingga USD3 juta. Kalau menanglah. Tetapi dapat masuk saringan pun tidak pulang dengan tangan kosong. Kumpulan pemain daripada Malaysia fnatic bawa pulang ribu raban USD juga setiap seorang.

Jadi apa pendapat anda? Saya jamin bahawa iklan di atas semua bukan oleh penjual yang sama. Anda boleh semak sendiri dengan pergi ke Lazada atau klik sini – ASUS ROG Gladius.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Jika anda suka boleh kongsikan kepada keluarga, rakan atau kenalan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Harga Rokok Naik Esok 29/6/2015 30sen

| Pengumuman | 28/06/2015

harga-rokok-naik-iklanlahpercuma

Harga rokok yang disemak semula berkuatkuasa esok seperti berikut:

Dunhill RM13.80

Kent RM13.80

Benson & Hedges RM13.80

Peter Stuyvesant RM12.30

Pall Mall RM12.30

Lucky Strike Plain RM14.30

Comments Off

Harga Ikan Patin Mahal Melampau

| Ulasan | 16/05/2014

 harga-ikan-patin-mahal-segar-iklanlahpercuma.com

Raja Ikan Sungai

Anda pernah makan ikan patin? Kalau tengok ikan patin yang segar belum masak memang setengah orang geli geleman kerana ikan besar dan berlendir. Lagi-lagi ikan yang dibela di kolam air tawar kerana penternak beri ikan makan dedak sahaja.

Pada satu ketika dahulu ikan patin ni jadi taboo kerana taukey cina yang bela dikatakan memberi makan najis babi. Jadi kebanyakkan orang melayu boikot tak makan. Tetapi setahun dua ni mula balik trend makan ikan patin, tetapi bukannya yang bela di kolam tetapi ikan sungai. Daging ikan patin sungai ini dikatakan lagi lemak,  ‘juicy’ dan manis berbanding ikan kolam. Baunya juga tidak hanyir dan sebusuk ikan kolam dan kurang lendir dan lemak.

Ikan patin di kolam ni murah sikit kerana diberi makan dedak sahaja. Bilangan ikan yang menjadi pun banyak. Penternakkan ikan patin kolam ni yang penat masa menjala nak tangkap. Ikan bukan saiz kecil cam ikan keli atau talapia. Ikan patin besar tu. Silap haribulan kena sondol kat perut mau senak cam bola sepak kena telur. Masa kecil-kecil dulu kawan seorang ni geng menjala ikan kolam kena sondol ikan patin sampai pengsan, jangan tak percaya. Ikan dia besar, jadi berat nak angkat satu-satu ke atas daripada kolam. Kerja teruk juga lah tetapi tak seteruk kena redah masuk hutan dan panjat bukit bukau untuk cari sungai yang tidak tercemar lagi.

Yang pasti ikan patin sungai ini menjadi kegilaan penggemar makanan eksotik kerana rasanya yang paling sedap dibanding semua ikan air tawar, kira raja ikan sungai lah lebih kurang.

harga-ikan-patin-mahal-masak-tempoyak-iklanlahpercuma.com

Resepi Ikan Patin

Bila dah masuk dapur dan masak tu, kalau kena gaya memang menyelerakan. Tengok sahaja gambar gulai ikan patin di atas dah meleleh air liur.

Raja ikan ini boleh buat masak:

  • gulai darat
  • gulai lemak cili api
  • gulai tempoyak
  • asam rebus
  • asam pedas
  • kukus
  • goreng  berempah

Anda bernasib baik jika:

  • berasal daripada Perak, balik kampung boleh makan
  • kahwin dengan orang Perak, sekali sekala bila balik rumah mertua boleh menjamu selera
  • sedara-mare orang Perak, bila bertandang kalau bernasib baik dapat merasa

Kalau tidak, anda kena gi pusing jalan-jalan cari makan di Perak untuk mencari ikan sungai yang susah nak dapat ni, orang putih cakap ‘rare’. Kalau bernasib baik boleh jumpa restoran masakan melayu kampung yang jual gulai ikan patin.

Tapi jangan terkejut pula!

Tu dia harga ikan sungai ‘rare’ pada tahun 2014:

  • Ikan Patin Buah RM200/kg
  • Ikan Kelah RM350/kg
  • Ikan Jelawat RM150/kg
  • Ikan Kerai RM120/kg

harga-ikan-patin-mahal-restoran-2014-iklanlahpercuma.com

Itu pun nasib baik sahaja kalau dapat jumpa ikan patin sungai. Makan ikan patin kolam pun dah RM20-30 sepotong kecil. Sendiri mau ingat. Kalau nak makan seekor tu, poket kena dalam dan dompet kena tebal.

harga-ikan-patin-mahal-restoran-2008-iklanlahpercuma.com

Kalau berani buat tempahan makan hidang ikan patin sungai, anda mungkin dapat resit dengan harga seperti di bawah ni. Ini pun kira harga restoran masakan melayu biasa sahaja di Perak.

harga-ikan-patin-mahal-resit-2014-temerloh-iklanlahpercuma.com

Kalau teringin sangat nak makan masakan eksotik orang kampung ni di Kuala Lumpur bolehlah pergi ke kampung baru tetapi harap boleh bawa kad kredit emas atau platinum.

Kenapa ya?

Kerana harga hidangan anda boleh mencecah belasan ribu, mampu beli sebiji motosikal atau kereta 2nd hand. Resit dibawah ni adalah untuk seekor ikan patin buah sahaja dah dekat RM7,000. Berapa kilo entah ikan tu ya?

harga-ikan-patin-mahal-resit-2014-kl-iklanlahpercuma.com

Kalau anda adalah golongan penerima BR1M, lebih baik makan ikan sardin sahaja… huhuhu…

Comments Off

Harga Tudung Malaysia

| Ulasan | 06/05/2014

harga-tudung-murah-iklanlahpercuma.com

Harga Tudung Tak Masuk Akal di Malaysia

Bagi kaum muslimah, menutup aurat terutamanya rambut merupakan satu kewajipan semenjak dibangku sekolah lagi.

Tetapi apabila sudah dewasa, menutup aurat bukan sahaja dengan mengenakan tudung bawal corak kosong warna hitam atau putih. Perempuan melayu Islam kita dah pandai  berfesyen.

Berbagai fesyen yang dicari oleh kaum hawa. Memakai tudung fesyen ini bukan hanya di hari raya seperti dulu. Sekarang ni hari-hari mau melaram. Soal harga tudung ini yang menjadi topik kita hari ini.

Harga tudung Malaysia tidak masuk akal. Ada yang terlampau murah dan ada mahal tak ingat.

Harga Tudung Tahun 2014

Bagaimana dengan harga tudung tahun 2014 ni?

Jikalau anda pandai mencari boleh jumpa lagi harga tudung  RM3 sehelai tetapi kena beli sekodi atau 10 helai.

Jikalau anda pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan juga ke Kompleks Kenanga Wholesale City, boleh dapat harga borong  untuk peniaga. Minimum belian adalah sekodi di Jalan TAr dan di Kenanga 6 helai tudung baru dapat harga tudung borong.

Harga Tudung Premium

Bagi wanita-wanita moden  yang bekerja atau meniaga, senang cerita ada duit sendiri lah, boleh membeli tudung premium di kawasan perniagaan melayu maju  seperti Bandar Baru Bangi.

Banyak sungguh butik-butik  tundung dengan harga semua RM250 ke atas.Saya rasa tidak perlu saya senaraikan disini. Butik tudung ni tumbuh macam cendawan.

Saya sebut RM250 tu kira harga diskaun.  Harga biasa RM450-RM500 untuk sehelai.

Sehelai?

Tak percaya?

Lihat bukti gambar tudung dibawah ni. Ini kira harga tudung diskaun cuma 3 helai RM1,000.Rugi kalau tak beli…

harga-tudung-mahal-iklanlahpercuma.com

Murah kan? Murah?!!?!

Jahit tudung dengan benang sutera cina selang seli dengan benang emas kot!

Lepas tu jahit guna pekerja sami tibet kat atas gunung Himalaya. Jadi kos untuk bawa kodi tudung turun pergunungan Himalaya dan logistiks bawa ke Malaysia ni menyebabkan kos tinggi melambung.

Kenapa tudung mahal sangat, pekerja kedai gaji sorang RM5,000 ke sebulan?

Harga Tudung Fesyen

Bak kata seorang pemilik kedai tudung di Bandar Baru Bangi, kalau tak mampu… tak mampu menabung atau tak mampu simpan duit… dengan kata lain miskin, jangan harap nak beli dan pakai tudung fesyen ni.

Tudung fesyen ni hanya sesuai untuk golongan VIP, mak datin, artis dan penggemar fesyen jenis ikat perut. Tak makan sebulan pun takpe, asalkan pakai tudung fesyen. Bulan ni tak bayar ansuran kereta pun takpe, nak bergaya punya pasal.

Bagaimana tudung-tudung  ini mendapat permintaan tinggi walaupun harga mahal tak ingat?

Sebenarnya pemilik kedai pandai selok belok marketing. Demand and supply.

Jika barang itu kurang di pasaran, permintaan akan menjadi gila-gila, lagi-lagi untuk barang orang perempuan ni. Sanggup bercakaran masa jualan murah atau sale.

Walaupun rekabentuk tudung kelakar warna warni macam badut, jika permintaan dibuat-buat, orang ramai akan terikut dengan bandwagon fesyen. Konon itulah fesyen terkini. Sponsor sahaja artis pakai tudung anda dalam drama atau majlis anugerah. Keluar tv artis itu ini pakai jenama anda, gerenti meletup laku tudung!

Kalau yang muda mudi nak berfesyen tu kita faham juga. Kerana status masih solo, nak pikat calon lelaki kaya. Ini makcik yang dah senja dan menunggu panggilan sakratul maut pun terikut sama. Kalau tudung tu tak tutup aurat pun ikut juga sama beli. Dosa tak tutup aurat tu awak yang kena tanggung  sorang ya.

Jadi jangan salahkan pekedai. Pekedai nak untung sahaja. Siapa yang suruh pembeli beratur berjam-jam depan kedai?

 

 

Comments Off

Hard Disk Murah

| Ulasan | 23/01/2014

hard disk murahHarga Hard Disk Murah

Gerenti harga hard disk murah lepas ni. Tak percaya kata saya? Telah berlaku kecurian satu kontena hard disk western digital daripada kilang di tepi highway LDP dekat Sungei Way tu.

Yang best tu kena hijack 200 meter je daripada situ. Memang profesional  betul lah. Sudah sah ada orang dalam yang beri maklumat ni.

Pasti lepas ni anda boleh dapat harga hard disk murah daripada:

  • Jalan Pasar
  • Plaza Low Yat
  • Plaza Imbi
  • Kedai komputer kecil-kecilan
  • Penjual di Mudah.my
  • Penjual di Lelong
  • Kedai komputer online
  • Silap-silap kat pasar malam pun jual  hard disk murah

Biasanya lepas lori ni kena hijack dia akan dibawa lari ke kawasan kilang atau perlabuhan yang banyak kontena. Ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Susah sikit nak kesan kontena curi dalam kawasan banyak kontena.

Saya ingat dulu awal tahun 2000 masa mula-mula kerja dulu. Boss saya ajak pergi ke Glenmarie Shah Alam. Katanya ada jualan murah komputer. Saya tanya komputer lama ke? Dia kata tak, komputer baru. Jual terus daripada kontena secara tunai. Kira cash and carry lah ni.

Modus operandi penjenayah lepas hijack terus buat jualan murah. Takde nak simpan lama-lama barang panas tu pasal polis cepat je hidu, ada pemberi maklumat jalanan. Tetapi zaman sekarang ni dengan khidmat media sosial, sekejap aje mesej jualan murah boleh diedarkan ke pasaran  blackmarket ataupun underground. Orang-orang yang biasa beli aje lah yang berpeluang dapat harga murah hard disk ni.

Sila rujuk petikan akhbar daripada Utusan Online di bawah  untuk berita penuh kejadian:

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Sebuah lori kontena yang membawa pemacu keras komputer yang bernilai RM4.2 juta disamun sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Petaling Jaya, dekat sini semalam.

Difahamkan, lori kontena yang membawa peralatan komputer yang dikeluarkan syarikat teknologi terkemuka berpangkalan di Sungei Way itu baru sahaja bertolak keluar dari kilang dan telah disamun kira-kira 200 meter dari situ.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, kontena yang dalam perjalanan untuk dieksport dikatakan disamun sekurang-kurangnya empat lelaki warga tempatan yang menaiki tiga kereta.

Sumber berkata, empat suspek yang berusia 20 tahun itu datang dengan menaiki kereta jenis BMW, Hyundai Sonata dan Proton Waja.

“Dalam perjalanan ke KLIA, lori kontena itu diiringi oleh sebuah kereta bagi mengawal keselamatan, namun dipercayai tiga kenderaan datang mengepung lori terbabit dan turut menghimpit kereta pengiring itu sehingga terbabas.

“Lori kontena itu dikatakan tidak mahu berhenti, namun salah sebuah kereta suspek menghalang dan cuba melanggar sehingga memaksa pemandu lori menghentikan kenderaannya.

“Tindakan pemandu lori itu tidak mahu keluar dari kenderaan juga telah menimbulkan kemarahan suspek sehingga memaksa mereka bertindak kasar dan memecahkan cermin tingkap lori itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata sumber, suspek yang dilihat seramai empat orang itu turut mengheret keluar pemandu lori terbabit dan melarikan kenderaan tersebut.

“Terkejut dengan kejadian itu, pemandu lori yang berusia 44 tahun difahamkan mengalami sesak nafas dan sakit jantung. Dia telah dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, sumber berkata, dua kenderaan yang digunakan suspek itu Hyundai Sonata dan Proton Waja ditinggalkan di tempat kejadian manakala sebuah lagi BMW dibawa suspek.

“Setelah disiasat, polis mendapati, dua kereta ini merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang termasuklah di Kampung Melayu Subang, baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, polis sedang giat mengesan lori kontena yang membawa barangan komputer bernilai tinggi itu.

“Makluman yang kami terima, lori itu telah disamun dalam perjalanan menuju ke KLIA untuk dieksport. Sehingga kini kita sedang berusaha mengesan lori serta suspek yang melakukan jenayah itu.

“Lokasi kejadian juga tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup,” katanya.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Jadi jika anda terima maklumat ada jualan hard disk murah, lagi-lagi jenama western digital… sudah pasti barang panas kes terbaru ni. Nak beli ke? Tepuk dada tanya selera…

Comments Off

Gaji dan Harga Rumah Malaysia

| Ulasan | 30/12/2013

gaji dan rumah tanda taraf hidup dulu dan sekarang

Kenapa Gaji dan Harga Rumah Penting?

Tangga gaji rakyat Malaysia dahulu dan sekarang berbeza sangat. Taraf hidup yang meningkat serta kadar inflasi yang melambung menyebabkan kualiti hidup kita di Malaysia sangat teruk berbanding negara-negara jiran.

Sebelum kita teruskan lagi, lebih baik saya terangkan dahulu maksud beberapa terma untuk anda yang kurang arif.

Maksud  Inflasi

Menurut wikipedia…

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Maksud Kos Sara Hidup

Kos sara hidup merupakan pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup. Pada zaman teknologi dan sains ini keperluan-keperluan asas juga termasuk pendidikan, sambungan jalur lebar dan kenderaan untuk kegunaan harian.

Maksud Taraf Hidup

Taraf hidup pula mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima oleh isi rumah dengan kos sara hidup. Sekiranya peningkatan pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, bererti taraf hidup seseorang dikatakan semakin merosot. Begitulah sebaliknya, sekiranya taraf pendapatan meningkat pada kadar lebih tinggi dari kos sara hidup, taraf hidup dikatakan semakin meningkat.

Maksud Kualiti Hidup

Kualiti hidup biasanya dikaitkan dengan penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal oleh pihak pentadbir di sesuatu negara,  negeri, daerah atau kawasan. Walau bagaimanapun, persekitaran yang baik tidak membawa maksud kualiti hidup juga baik kerana hal ini juga turut berkait dengan penerimaan atau penolakan dan tindak balas penduduk terhadap persekitaran yang disediakan.

Kupasan Artikel The Star

Sedih saya apabila membaca keratan suratkhabar The Star di atas. Tidak terkejut kerana umum tahu harga rumah memang naik melambung tinggi dan gaji pekerja masih di tahap itu  juga.

Gaji Bulanan

Menurut kajian yang telah dilakukan, pada tahun 2012, pendapatan isi rumah atau  gaji bulanan RM3,000 sudah menjurus kepada pendapatan bawah garis kemiskinan. Tetapi pada tahun 1980an amaun tersebut hanya RM377. Apa sudah jadi? Memang ramai yang kerja dan tinggal di Kuala Lumpur  hidup dekat paras-paras hidung sahaja dengan gaji RM3,000 sebulan.

Tetapi bagi saya pemberian BR1M bukannya satu langkah yang bijak untuk menanggani masalah besar ini. Sogokkan wang yang diterima sekali setahun tersebut tidak dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat Malaysia selama setahun.

Jadi rakyat Malaysia pun terpaksalah mencari kerja yang lebih baik gaji bulanannya atau pun kerja part-time dan buat bisnes sampingan.  Kalau tak buat semua tu, macam mana nak hidup? Kerana tu jugalah indeks jenayah negara kita naik tiap tahun. Pecah rumah merata-rata,  ragut sana-sini dan yang pelik sampai mesin ATM pun jadi mangsa keadaan.

Harga Rumah

Tengok perbandingan harga rumah teres dua tingkat cukuplah. Pada tahun 1970an, harga rumah teres dua tingkat adalah sekita RM45,000 ke RM60,000. Tetapi pada tahun 2012 adalah RM500,000 sehingga RM850,000. Aduhaiiii… mahalnya! Bila nak merasa duduk rumah sendiri? Sampai matilah menyewa…

Kalau anda bernasib baik dapatlah beli rumah lelong yang diiklankan pihak bank apabila peminjam tidak dapat bayar duit rumah. Itu pun kalau anda betul-betul bernasib baik, 1,000 dalam satu. Jarang kita dengar mereka yang dapat beli rumah yang kurang daripada harga pasaran semasa.

Mengikut statistik juga, purata rakyat negara ini tinggal di flat atau rumah murah. Harapan saya adalah kerajaan buatlah lebih banyak lagi rumah kos rendah secepat mungkin untuk mereka yang berpendapatan rendah. Jangan janji sana sini aje, terus buat. Kami dah bosan dengan janji. Mana rumahnya?

Cubalah try tengok ada ke rumah yang harga murah di sini.

Terima kasih kerana membaca. Jikalau anda suka, sila kongsikan.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online