Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Carta Kelajuan Broadband Internet Asia 2015

| Ulasan | 20/06/2015

kedudukan-malaysia-dalam-carta-kelajuan-internetasia-2015-iklanlahpercuma

Nasib baik negara kita Malaysia masuk dalam carta 20 negara terlaju  di Asia. Kalau tidak memang malu nak katakan usaha kerajaan menjadikan negara kita ini antara salah satu negara maju menjelang tahun 2020.

Mengikut kajian survey TechInAsia yang dilakukan bagi tahun 2015 untuk kelajuan internet negara-negara Asia, Malaysia menduduki tangga ke 14 bagi kategori kelajuan internet jalur lebar dan nombor 10 bagi kategori internet selular.

Kelajuan broadband Malaysia dikira pada kelajuan purata 7.2 Mbps walaupun ada syarikat pembekal broadband seperti TM yang memperkenalkan kelajuan internet jalur lebar sehingga 20 Mbps. Saya rasa pengiraan kelajuan ini bukanlah bermakna pakej yang ditawarkan tetapi mengikut purata bancian langganan pelanggan internet jalur lebar di Malaysia.

Dan secara amnya saya rasakan majoriti rakyat Malaysia memilih syarikat TM dengan pakej Unifi VIP 5  iaitu kelajuan 5 Mbps. Tidak dinafikan di Malaysia ada juga pembekal broadband lain tetapi TM adalah syarikat monopoli terbesar dengan jaringan stabil seluruh negara. Jika anda belum melanggan pakej Unifi, anda boleh pilih TM Unifi untuk sambungan internet  jalur lebar yang paling stabil dengan jaringan yang luas di seluruh negara.

Untuk kategori internet selular, Malaysia menduduki tangga ke 10 dengan kelajuan 6.4 Mbps. Ini adalah berita baik kerana Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) membuka lesen untuk pembekal Telco memasuki pasaran negara. Persaingan yang sihat dan sengit memberikan banyak pilihan kepada pelanggan internet selular di Malaysia. Jika tidak puas hati dengan servis atau harga, pelanggan bebas menukar syarikat Telco.

Adakah rumah atau pejabat  anda masih belum ada sambungan broadband? Inilah masanya untuk melanggan. Sila rujuk wakil ejen sah TM Unifi disini dan anda boleh melanggan terus dengan menggunakan Whatsapp. Tidak perlu isi borang online ataupun pergi ke kedai TM Point dan beratur panjang. Boleh klik sini untuk melanggan pakej TM Unifi dengan promosi terbaru iaitu tiada kos permulaan.

Tiada kos?

Ya… tidak ada kos pendaftaran, tiada kos pengaktifan, tiada kos pemasangan dan tiada kos untuk kelengkapan sambungan.

Jom daftar Unifi.

Comments Off

Kelajuan Internet Malaysia Memalukan Negara

| Ulasan | 09/05/2014

kelajuan internet malaysia

Kecoh satu Malaysia semenjak data perbandingan kelajuan internet negara-negara Asean keluar bulan lepas. Kelajuan jalur lebar negara menjadi cemuhan ramai rakyat Malaysia dan negara jiran.

Kita dikalahkan oleh negara seperti Cambodia, Vietnam dan Thailand.

Bukan sahaja negera-negara tersebut mempunyai kelajuan yang tinggi, malah kadar sewaan talian jalur lebar negara-negara berkenaan juga jauh lebih murah.

Usaha kerajaan menjayakan sasaran kadar penembusan internet tertinggi seluruh negara, sehingga jauh ke ceruk seluruh kampung dan pendalaman adalah positif. Ironinya sekarang seluruh rakyat Malaysia mendapat informasi, maklumat dan berita tanpa tapisan dan kekangan kerajaan.

Contoh paling nyata adalah kes laporan kadar kelajuan jalur lebar Malaysia yang jauh ke belakang berbanding negara Cambodia, Vietnam dan Thailand. Bolehkah kita pandang rendah lagi kepada Cambodia, Vietnam dan Thailand lagi?

Persoalannya sekarang adalah bagaimana negara-negara miskin ini mampu berbuat sedemikian. Mungkin kerana kurang projek songlap. Bayangkan negara kita yang kononya negara Islam, tetapi songlap berleluasa sehingga infrastruktur IT kita juga jadi mangsa.

Yang menyedihkan adalah Suruhanjaya Komunikai dan Multimedia (SKMM) serta Telekom Malaysia bermati-matian mempertahankan benang yang basah.

Alasan yang diberi adalah kerana kajian menggunakan metodologi berbeza.

Rakyat Malaysia sudah cerdik dan pandai serta boleh membuat penilaian sendiri. Kenapa pengerusi SKMM dan CEO Telekom Malaysia perlu mengeluarkan fakta mengatakan Malaysia adalah negara dengan kadar penembusan tertinggi sedangkan isunya adalah kelajuan jalur lebar dan harga sewa jalur lebar yang mahal.

Cuba fikir-fikirkan.

 

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online