Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Google Zeitgeist Malaysia 2013 Kereta & Fesyen

| Ulasan | 19/12/2013

iklanlahpercuma.com-google-zeitgeist-2013

Apa itu Google Zeitgeist?

Zeitgeist adalah pemikiran manusia pada masa kini. Tetapi dalam digest Google,  ia merupakan trend carian penduduk dunia dan beberapa hari lepas Google telahpun menyenaraikan Google Zeitgeist Malaysia bagi tahun 2013.

Saya akan menyenaraikan top-top keyword carian untuk setiap kategori Google Zeitgeist Malaysia 2013 dan akan memberi sedikit  ulasan peribadi.

Mari kita lihat senarai carian top 2013 untuk Malaysia:

Jenama Kereta

  1. Proton Suprima
  2. Proton Saga SV
  3. Nissan Almera
  4. Kia Cerato
  5. Toyota Vios

Carian utama penduduk Malaysia adalah kereta misteri  Proton Suprima. Antara kereta Proton yang direkacipta khas oleh orang tempatan tanpa meniru design mana-mana kereta import lain. Ramai yang mencari kereta Proton Suprima ini tetapi jualan kereta Proton Suprima tidak seberapa. Kesian, mungkin kerana harga Proton Suprima mahal sikit kot.

Proton Saga SV pula menjadi carian ramai kerana harganya yang bajet. Ramai pemilik kereta Kancil dan Myvi hendak upgrade kereta mereka kerana keluarga sudah bertambah. Kereta ni memang laris macam goreng pisang panas sehingga Proton membuat keputusan mengeluarkan kereta Persona SV.

Jenama Fesyen

  1. Coach
  2. Louis Vutton
  3. Burberry
  4. Gucci
  5. Zara

Tidak menjadi kejutan jenama Coach daripada Amerika ini menjadi carian paling tinggi bagi rakyat Malaysia. Ini kerana pembuatan produknya yang halusi dan berkualiti. Rekabentuknya juga amat menarik dan amat menarik hati kaum wanita.

Yang paling bagus bagi saya adalah rekabentuknya lebih casual dan sudah tentu harganya yang mampu milik. Ia sangat sesuai untuk menjadi jenama penggunaan harian. Susah anda nak nampak wanita pakai Louis Vutton naik LRT, Komuter atau bas kecuali mereka pakai yang ehem ehem, tiruan.

Lebih-lebih lagi Coach mula mempromosi secara besar-besaran di Malaysia tahun lepas. Banyak butik Coach buka di merata Malaysia serta mereka melakukan banyak kempen serta promosi. Kemuncaknya adalah pembukaan Coach outlet di Johor Premium Outlet (JPO) menyebabkan ramai kaum hawa menjadi gila mengejar untuk membeli produk ini.

Carian Louis Vutton mendapat tempat kedua kerana harganya yang tinggi dan jenama ini lebih ekslusif. Tetapi  ramai wanita Malaysia tetap cari, mana tahu ada jual  yang murah di  internet.

Google Zeitgeist Malaysia bagi tahun 2013 bersambung di bahagian kedua…

Comments Off

Proton Perdana Baru 2014

| Ulasan | 19/12/2013

Proton mendapat kontrak baru lagi membekalkan kereta rasmi kerajaan untuk tahun 2014 iaitu kereta nasional Proton Perdana baru. Tersenyum lebarlah semua pemegang saham, pengarah-pengarah dan pengurus Proton. Pemegang saham dapat dividen  besar dan yang penting semua warga Proton dapat wang besar bonus tahun 2014 nanti.

Lagi best semua pekerja kerajaan pangkat tinggi dapat gunapakai kereta Proton Perdana baru. Ini kerana Proton akan bekalkan 200 unit  Proton Perdana baru setiap bulan.

Ini adalah petikan daripada Bernama:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Di majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baru akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.

Sementara itu, Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, dijangka mengeluarkan kereta hibrid pada akhir tahun depan.

Menurut Mohd Khamil, Proton, pengeluar kereta nasional, kini dalam usaha mencari jalan dan cara inovatif untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta hibrid berkenaan.

“Kami masih lagi berusaha dengan projek itu. Kami akan menyiapkan teknologi baharu itu menjelang akhir 2014,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Proton Perdana berwajah baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putraja hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khamil berkata Proton dijangka melancarkan Kenderaan Elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2015.

“Protaip kereta EV sudah siap dan kami kini dalam peringkat percubaan untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi tempatan,” katanya.

Jika anda datang sini hanya untuk tengok gambar,  ini dia koleksi gambar Proton Perdana baru untuk tatapan mata anda.

proton-perdana-baru-2013-5 proton-perdana-baru-2013-1 proton-perdana-baru-2013-2 proton-perdana-baru-2013-3 proton-perdana-baru-2013-4

Bagi peminat Proton tentunya senyum lebar kerana dapat membeli kereta ala-ala Honda Accord pada harga jauh lebih murah. Bagi pemilik kereta Honda Accord pasti panas hati dan baran dan mula mencari sebab munasabab untuk mencaci dan mencerca kereta Proton Perdana baru ini.

Apa-apapun mari kita tunggu Proton Perdana baru ini masuk ke Proton Edar dengan senarai harga atas jalan tidak lama lagi.

Comments Off

Proton Persona SV

| Ulasan | 14/12/2013

iklanlahpercuma.com-proton-persona-sv-2013

 

Pengeluar kereta nasional Proton baru melancarkan Proton Persona SV sebagai tambahan dalam rangkaian Super Value (SV) atau  lebih nilai untuk wang. Kereta Persona SV ini lengkap dengan enjin Campro 1.6 IAFM. Enjin empat silinder ini mampu menjana kuasa output 110 hp pada 6,500rpm dan tork setinggi 148Nm pada 4,000rpm.

Buat masa ini Proton Persona SV ini ternyata merupakan pilihan yang amat sesuai untuk keluarga bajet, tetapi ia setingkat di atas Proton Saga SV. Sebelum ini Proton memperkenalkan Proton Saga SV dan ia mendapat sambutan yang sangat hangat. Oleh itu Proton memperkenalkan pula Proton Persona SV bagi mereka yang inginkan kereta Persona yang bajet atau mampu milik tetapi dengan ciri-ciri standard dan peningkatan kualiti produk. Ini adalah ciri-ciri standard Persona SV:

  • Beg udara berkembar
  • ABS & EBD
  • Brek dengan 4 brek disk
  • RIM aloi Saiz 15″
  • Power Steering
  • 4 pintu

Model Proton Persona SV ini mempunyai tujuh pilihan warna iaitu putih, tembaga, hitam, perak, merah, hijau dan biru. Harga atas jalan termasuk insuran:

  1. Persona SV MT (transmisi manual) : RM44,938
  2. Persona SV AT(transmisi automatik): RM47,938

Ia kini dibuka untuk tempahan di kedai Proton Edar terdekat dengan anda. Jaminan diberikan ialah selama dua tahun atau jarak perbatuan 50,000 kilometer. Sila pergi pandu uji hari ini.

Comments Off

Ulasan KIA Sorento 2013 Next-Gen

| Ulasan | 07/05/2013

iklan-percuma-ulasan-kia-sorento-2014

Di Malaysia pada awal tahun 2013, Naza KIA telah melancarkan generasi baru Sorento dengan kuasa  2.4 liter Theta II enjin petrol dan 176 PS serta 227 Nm tork. Kuasa ini disalurkan kepada sistem AWD melalui kotak gear automatik enam kelajuan.

  • 2011 All-New Sorento
  • 2013 Next-Gen Sorento

Perbezaan dua model dalam siri yang sama ini adalah penukaran dan penambahan aksesori tertentu. Senarai peralatan aksesori termasuk roda sportrim rekabentuk baru 18 inci, 4.3-inci LCD skrin sentuh dengan sistem audio dan kamera pandang belakang. Ini berbeza dengan model terdahulu di mana kamera pandang belakang di integrasi dengan cermin pandang belakang. Ini menjadikan imej pandang belakang lebih besar untuk model 2013 Next-Gen.

Perbezaan lain dengan model sebelum ini adalah rekabentuk lampu kabus yang lebih garang dengan ciri-ciri suluhan depan dan sisi memberikan pandangan yang lebih jelas sehingga ke bahagian tepi jalan untuk melihat basikal, motor dan penjalan kaki.

Tambahan lain adalah lampu poket pemegang pintu yang akan menyala secara automatik apabila mengesan kehadiran kunci pintar serta tambahan lampu LED waktu siang seperti model KIA Sportage. Kenderaan Sorento ini semestinya nampak lebih garang dengan penambahan lampu LED ini.

iklan-percuma-ulasan-kia-sorento-2014-led

Rekabentuk kunci pintar juga telah di ubahsuai tetapi masih mengekalkan fungsi yang sama.  Selain itu KIA Sorento masih menyediakan sistem kawalan cuaca dwi-zon dengan lubang angin hawa dingin sampai ke setiap ruang.

Penambahan bumbung panorama kaca penuh yang boleh di buka di bahagian hadapan dengan sistem motor. Model sebelum ini juga mempunya bumbung panaroma depan dan belakang tetapi model terbaru ini bukaan bumbung panorama lebih besar.

Seperti semua model KIA yang lain, Next-Gen Sorento juga dilengkapi sistem menghidupkan enjin secara tekan butang dengan sekuriti kunci pintar.

iklan-percuma-ulasan-kia-sorento-2014-start-engine

Ruang kabin dalam pula kekal sama besar dan selesa dan kerusi di lengkapi kulit penuh. Yang menarik adalah tambahan kerusi pemandu dengan sistem memori untuk mengingati konfigurasi posisi dan kedudukan kerusi untuk beberapa pemandu.

Seperti model sebelum ini, terdapat  juga fungsi Bluetooth / AUX / iPod / USB dan cakera liut untuk penggemar muzik. Ciri-ciri keselamatan untuk ahli keluarga termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), ABS + EBD dan 6 beg udara.

Kenderaan SUV ini menarik minat pembeli yang berkeluarga sebagai kenderaan nombor dua untuk jalan jauh dan semestinya sesuai untuk balik kampung. Tayar besar 18 incinya amat sesuai untuk masuk kampung dengan jalan masih belum berturap dan tidak rata serta sistem AWD membuatkan pemilik yakin untuk redah kawasan berlumpur.

Ruang belakang sekali boleh dibuka untuk menambahkan 2 kerusi bagi menjadikan kenderaan ini 7 tempat duduk. Tetapi harus diingatkan bahawa ruang belakang sekali hanya sesuai untuk kanak-kanak atau perjalanan dekat sahaja kerana ruang kaki yang sempit seperti mana-mana kenderaan SUV 7 tempat duduk lain. Penambahan 2 kerusi ruang belakang sekali juga bermaksud pemilik perlu menambah ruang kargo atas bumbung kenderaan.

Kenderaan KIA model-model terbaru seperti Sorento, Forte, Sportage dan Rio memberi nafas dan keyakinan baru kepada pengguna Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang hendak menaik taraf kenderaan sedia ada dan sudah puas menggunakan kereta nasional. Harga jual semula kenderaan juga masih tinggi jika di lihat pada harga pasaran kenderaan terpakai model Forte.

Harga jualan atas jalan Next-Gen Sorento 2013 ini masih sama dengan model All-New Sorento 2011 iaitu RM158, 888 dengan waranti dan servis percuma untuk lima tahun. Sila ke pusat jualan KIA terdekat untuk memandu uji versi KIA Sorento CKD ini pada bila-bila masa dan menempah seunit jika anda suka.

 

Comments Off

Bagaimana Nak Iklan & Jual Kereta Terpakai

| Panduan & Tutorial | 07/05/2013

iklan-percuma-jual-kereta

Bercadang untuk menjual kereta? Bagaimana untuk mengiklan dengan berjaya. Ini dia tips dan petua dalam bentuk panduan mengiklan kenderaan dengan kos terendah dan supaya cepat jual. Bukan semua iklan di laman portal iklan berjaya menjual kereta terpakai.

Kenapa Nak Jual kereta?

Ada banyak sebabnya. Mungkin kerana anda:

  • baru naik pangkat
  • baru naik naik gaji
  • dah habis bayar ansuran kereta lama
  • tidak mahu simpan second car
  • nak beli kereta besar untuk keluarga
  • dah puas pakai kereta nasional, nak cuba pakai kereta luar pula
  • kos penjagaan kereta lama tinggi sangat
  • bosan kereta lama asyik rosak sahaja

Jika anda dapat tawaran pinjaman kenderaan dengan kadar faedah yang rendah, mungkin inilah masa terbaik untuk menukar kereta lama tu. Anda boleh buat trade in kereta tetapi kalau mahu harga yang menarik baik jual kereta dengan sendiri.

Bagaimana Cara Hendak Jual Kereta

1. Cari harga pasaran kereta anda

Bagaimana anda nak tahu harga pasaran kereta sekarang? Beli suratkhabar atau majalah iklan jual kereta macam Motor Trader. Selain itu anda boleh cuba semak harga kereta anda di laman portal iklan jual kereta online. Cari iklan kenderaan yang sama jenis, model dan tahun sama untuk menyemak harga kenderaan tersebut. Jangan ambil harga purata tetapi ambil harga yang tinggi sekali kerana mesti bakal pembeli akan menawar dan anda pasti kena kurangkan harga. Jika ambil harga yang murah sekali, pasti pembeli akan syak ada masalah dengan kereta. Susah nak jual kereta nanti.

2. Sediakan kenderaan untuk jual

Kalau kereta ada kemek dan cacat cela serta masalah cat tanggal sila hantar kereta untuk ketuk, semen dan cat dahulu. Tidak perlu cat satu kereta. Cakap kat tokey nak touch up untuk jual kereta sahaja, dia akan fahamlah tu nanti. Kalau warna kereta anda tidak sama dengan warna kereta dalam geran, mungkin anda kena cat semula atau pergi ke JPJ daftar tukar warna kereta. Pasal tu jika ada niat untuk jual kereta, orang tak cat warna pelik-pelik, biarkan kereta warna stok atau warna asal sahaja.

Kalau tint cermin kereta dah gelembung, bergerutu dan menyakitkan mata sila cabut dan buang terus. Tak reti? Sila hantar ke kedai tint cermin, nanti dia siap akan cuci dengan bahan kimia sekali bagi cermin bersih. Tidak perlu tukar yang baru kalau nak jimatkan duit.

Selepas itu sila hantar kereta anda untuk di cuci snow wash di kedai pilihan anda. Jangan lupa cuci enjin sekali. Pastu kalau ada bajet minta polish dan wax sekali. Oh ya, jangan lupa sapu pengilat dashboard kereta dan tayar. Lampu kereta pun boleh polish sekali, kalau dah kuning kusam. Biar kereta nampak cantik berkilat macam baru sampai anda sendiri sayang nak jual kereta.

Lagi satu janganlah simpan barang dalam kereta lagi, kasut sukan ke, bola bowling ke, barang mainan anak-anak dan segala benda tidak perlu boleh keluarkan dan tinggal kat rumah.

3. Ambil gambar kenderaan

Kalau sudah buat semua tu terus ambil foto kereta di tempat cuci kereta. Kalau nak bawa balik nanti kotor pula. Ambil gambar depan, sisi, belakang, dalam dan tidak lupa enjin. Janganlah pakai kamera murah atau kamera handset Nokia lama. Guna kamera digital dengan megapixel tinggi dan pastikan cahaya terang baru gambar nampak cantik. Langkah ini amat penting untuk tujuan mengiklan jual kereta secara online. Kalau anda letak gambar iklan kereta kotor macam kerbau berlumpur, agak-agak akan ada orang hubungi tak? Kalau nak iklan jual kereta mesti kena ada gambar. Takde gambar foto kereta memang susah nak jual kereta. Percayalah!

4. Persediaan untuk mengiklan kereta

Proses ni senang jika anda buat templat teks iklan. Boleh ulang guna berkali templat teks iklan tersebut. Banyak persediaan yang perlu dibuat jika nak jual kereta.

a. Siapkan gambar digital

Saizkan gambar besar 600×600 pixel dan simpan dengan format jpg atau png sahaja. Jangan guna format bmp atau gif. Kalau guna bmp saiz fail besar dan tidak mampat. Kalau guna gif lebih sesuai untuk gambar animasi.

Gunakan Adobe Photoshop atau GIMP untuk mampatkan gambar. Kalau tiada perisian tersebut, boleh guna servis percuma optimasi imej seperti http://www.imageoptimizer.net

b. Siapkan maklumat iklan nak jual kereta

Sediakan maklumat kereta dalam satu fail teks sahaja. Maklumat ini sebagai templat anda mengiklan, senang boleh copy & paste sahaja. Contohnya seperti dibawah:

Jenis Kenderaan: Sedan/MPV/SUV
Buatan: Proton/Perodua/Toyota/Honda
Model: Kancil/Myvi/Wira/Waja/Persona
Tahun Daftar: 2001/2002/2003/
Mileage: 100,000km
Transmisi: Auto/Manual
Keupayaan Enjin: 1.3/1.5/1.8 cc
Bahan bakar: Petrol/Diesel
Warna: Merah Metalik/Putih solid

c. Maklumat lain nak jual kereta

Tambah lain-lain maklumat untuk menarik minat pembeli:

  • tidak pernah kemalangan
  • mileage rendah, pemanduan drpd rumah ke stesen komuter sahaja
  • mileage rendah, second car
  • pemandu wanita yang cermat
  • pemilik tidak merokok
  • kereta di cuci setiap minggu
  • tiada calar balar, seperti baru 99%
  • baru perbaharui cukai jalan dan insuran
  • baru servis kenderaan
  • baru tukar bateri, tayar, tint cermin kereta
  • aksesori tambahan mp3-player
  • sport-rim baru

5. Iklan di laman portal iklan percuma

Sekarang dah boleh mula daftar dan hantar ke semua portal iklan kereta.

a. Hantar banyak iklan percuma

Rugi kalau hantar ke satu tempat sahaja. Kalau dulu orang iklan kat semua suratkhabar, jadi sekarang anda kena iklan dekat semua laman portal mengiklan nak jual kereta. Cari yang percuma sahaja dulu. Ada banyak tempat nak iklan, jangan risau. Buat sahaja carian dengan terma “iklan percuma” atau “nak jual kereta”. Kalau kereta tidak terjual dalam masa sebulan baru mula beli iklan premium untuk pastikan pengunjung nampak iklan anda sentiasa. Yang penting anda simpan senarai semua alamat laman portal iklan tersebut untuk pantauan. Mungkin anda kena kurangkan harga pasaran mengikut kesesuaian.

b. Ubah sedikit kandungan iklan kereta dan tajuk

Maklumat iklan sudah ada jadi senang copy dan paste sahaja selepas itu ubah sana sini sedikit. Tajuk iklan pun kena buat variasi sedikit kerana sekarang kebanyakkan portal mengiklan menggunakan teknologi terbaru untuk menyiarkan iklan. Ejen robot carian internet seperti Google dan Yahoo akan menjelajah dan mengindeks iklan anda. Jika semua tajuk dan isi sama, senarai iklan anda yang keluar akan kurang. Google dan Yahoo cuma akan pilih satu sahaja.

Kalau anda tidak faham macam ni lah. Semua pengguna internet akan nampak iklan anda dalam senarai carian Google dan Yahoo. Bukan dalam carian laman portal iklan sahaja. Masih tak faham? Biar saya terangkan. Bila anda hantar iklan ke satu laman dia keluar semua tempat. Biar saya bagi analogi – anda tampal iklan dalam 7-11 tetapi iklan itu akan tersebar di kawasan sekitar taman perumahan juga. Untung bukan?

Tetapi bakal pengunjung akan nampak tajuk iklan anda sahaja dalam senarai Google dan Yahoo. Bila di klik baru iklan akan terpampang. Masa ni siapa yang buat bayaran iklan premium mungkin boleh hijack atau rampas perhatian pengunjung dan anda hilang seorang pembeli kereta. Jangan risau, peluang anda masih 50/50. Jika isikandungan iklan pesaing tidak menarik, anda juga akan menang. Jadi isikandung dan gambar amat penting.

6. Maklumat perhubungan

Ini penting sangat. Kalau iklan letakkan nombor telefon atau alamat emel yang betul. Semak berkali-kali tau. Kalau iklan anda ramai yang baca dan suka, tetapi nak hubungi tak dapat, memang rugi.

Lepas tu sila tulis dengan jelas bila anda boleh dihubungi. Jika anda tidak dapat menjawab telefon pun susah, bakal pelanggan ingat anda tidak serius nak jual. Misalnya:

  • Sila telefon siang sahaja, waktu malam sms only!
  • Boleh sms, whatsapp, viber dan emel sahaja. Panggilan tidak akan dilayan!
  • Sila mesej waktu kerja 9am – 6pm. Waktu malam dan hari minggu boleh call
  • Sila hubungi dengan alamat emel berikut…
  • Sila hubungi saya dengan menggunakan borang sistem disebelah kanan…

7. Bersedia untuk jumpa bakal pembeli

Kalau ada pembeli berminat. Buat temujanji jumpa waktu malam hari bekerja atau hari minggu. Kenapa jumpa waktu malam? Kalau kereta anda masih ada cacat cela, susah nak nampak. Kalau anda yakin kereta ok, jumpa waktu siang hari minggu pun ok. Tetapi cuci kereta dahulu sebelum jumpa. Cuci biasa dah ok.

Jangan lupa bawa seorang dua kawan. Lepas tu bakal pembeli mesti mahu test drive kereta. Jangan bagi kunci camtu sahaja. Naik kereta sekali dengan dia. Dah banyak kes orang pelarikan kereta masa test drive ni.

Lepas tu bincanglah dengan bakal pembeli harga jualan baik-baik. Kalau bakal pembeli jadi beli. Tahniah!

8. Proses pindah milik

Akhir sekali jangan lupa sediakan salinan mykad, surat geran, perjanjian jual beli ringkas, borang tukaran milik JPJ dan pengesahan PUSPAKOM. Memang kena pergi syarikat insurans, JPJ, PUSPAKOM dan ke JPJ semula. Bakal pembeli kena bayar untuk semua kos biasanya. Nasihatkan pembeli anda sediakan insuran sebelum proses tukar nama. Boleh beli insuran 3rd party atau 1st party. Belian insuran boleh dibuat secara online atau dengan Whatsapp ejen insuran MYroadtax.com dengan nombor telefon di bawah.

myroadtax-avatar-200px

Ingat kalau pembeli daripada luar kawasan anda dan kata akan uruskan semua nanti, minta anda sain borang sahaja, boleh juga. Tetapi pastikan dia sain surat perjanjian jual beli anda dan kasi tempoh seminggu untuk tukar hak milik atau anda akan blacklist kereta di JPJ dan buat laporan polis. Anda hanya perlu semak dengan JPJ status penukaran selepas seminggu. Risiko jika tukaran hakmilik belum buat adalah jika kemalangan berlaku atau bila kena saman. Pening kepala jadi kalau boleh uruskanlah sendiri dengan pembeli terus ditempat anda. Satu hari boleh siap semua.

Selesai sudah panduan ni. Jemput iklan kereta anda di sini atau di portal nakjualkereta.com

Terima kasih kerana membaca.  Jika anda suka boleh kongsikan dengan klik butang sosial dibawah.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online