Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Hari Terbuka GLC 2015 Berjaya

| Pengumuman | 10/08/2015

 hari-terbuka-glc-2015-malaysia-iklanlahpercuma.com

Syarikat GLC

Apakah itu GLC? Government Linked Investment Companies. Syarikat-syarikat terbesar di Malaysia yang mempunyai saham di miliki kerajaan. Ia sebenarnya adalah senarai syarikat-syarikat yang biasa kita dengar.

Syarikat GLC menjadi sasaran ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya dalam hidup. Bila anak kerja dengan syarikat yang dikenali orang barulah berasa bangga, ye tak? Saya tahu bukan semua berfikiran begitu, tetapi banyak orang lama memang begitu. Biasanya jenis ibu bapa yang suka atau terlebih bangga bercakap mengenai anak mereka dan ingin menjaga status keluarga. Walhal pelajar yang sudah selesai dalam pengajian mereka, rata-rata masih belum matang dan hanya berfikir hendak seronok dan teruskan dengan kehidupan happy go lucky mereka.

Penganjuran Hari Terbuka GLC

Seperti 10 tahun sebelum ini, Hari Terbuka GLC 2015 mendapat sambutan yang baik semenjak hari pertama ia berlangsung pada tahun ini iaitu 7 Ogos sehingga semalam 9 Ogos 2015. Pihak penganjur sudah cukup pengalaman menganjurkan acara besar tahunan ini.

Ia merupakan satu proses dimana syarikat-syarikat berstatus GLC ini merekrut pekerja baru mereka. Akan ada pameran, forum, ceramah dan aktiviti yang bermanfaat untuk pelawat. Setiap pelawat akan diisu satu passport sebagai panduan mereka mengunjungi gerai-gerai syarikat GLC.

passport-hari-terbuka-glc-2015-iklanlahpercuma.com

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan gra­duan universiti yang berminat me­nyertai syarikat agensi kerajaan berpeluang menghantar resume mereka kepada kakitangan yang bertugas atau boleh mengisi borang permohonan secara atas talian di ruangan yang disediakan di gerai pameran tersebut.

lawat-gerai-passport-hari-terbuka-glc-2015-iklanlahpercuma.com

Walaupun ramai pelawat yang hadir dengan matlamat mencari kerja, tetapi seperti biasa lebih ramai lagi yang berminat mengumpul hadiah cenderamata atau goodies yang diberikan oleh setiap syarikat GLC.

goodies-glc-2015-open-day-iklanlahppercuma.com

Agak sedikit pelik dalam semua cenderamata yang diberikan, tidak ada satu gerai GLC yang menghadiahkan pen untuk menulis atau mengisi borang. Kebanyakkan syarikat GLC memberikan beg galas kain. Mungkinkah ini mesej supaya para pelawat yang tidak bersedia untuk menempuh realiti dunia pekerjaan untuk teruskan sambung belajar?

Tiada siapa pun yang tahu.

Temuduga Syarikat GLC

Walaubagaimanapun diucapkan beribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mengadakan acara yang bermanfaat bagi mereka yang betul-betul berminat mencari kerja. Bagi mereka yang sudah menghantar resume, tugas anda masih belum selesai. Anda masih kena menghadiri temuduga jika disenaraikan sebagai calon akhir mana-mana syarikat GLC. Anda wajib bersedia dengan mengkaji latar belakang syarikat GLC. Selain itu anda mungkin juga perlu mengambil ujian matematik, IQ dan apa-apa ujian yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon.

Teruskan usaha anda mencari kerja yang sesuai. Sila ingat pada awal dunia  pekerjaan ini pengalaman pekerjaan adalah lebih penting dan jangan taksub sangat dengan soal gaji dahulu. Apabila anda sudah cukup pengalaman kemudian hari baru boleh runding gaji yang lebijh tinggi atau lompat syarikat GLC lain untuk peluang yang lebih baik. Kira bersyukur sahajalah jika dapat kerja dengan syarikat GLC.

Semoga anda berjaya dalam proses ini dan menjadi calon dalam senarai akhir syarikat GLC. Masa depan anda, dapat kerja atau tidak itu bergantung kepada pengetahuan, kemampuan dan kredibiliti anda sebagai pelajar cemerlang, melainkan ibu bapa anda ada kenal orang dalam, ataupun anda adalah anak kroni syarikat GLC atau anak orang VIP dan kenamaan.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Gaji Kerja Stesen Minyak

| Kerja Kosong | 09/08/2015

gaji-kerja-stesen-minyak-petronas-iklanlahpercuma.com

Berminat kerja stesen minyak? Jika jawapan anda adalah ya, anda perlu baca artikel ini sampai habis.

Kerja Stesen Minyak

Peraturan gaji minimum RM900 sudah dilaksanakan di lebih 3,000 stesen minyak di seluruh negara pada tahun 2013.

Langkah kerajaan ini adalah untuk menarik lebih ramai rakyat tempatan untuk bekerja di stesen minyak. Dianggarkan sehingga 50,000 pekerja warga asing sudah diberhentikan dan hilang pekerjaan.  Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengumumkan 3,640 pengusaha stesen minyak seluruh negara bersetuju melaksanakan peraturan itu dan stesen minyak lain akan turut serta.

Ini bermakna peluang pekerjaan sentiasa terbuka. Walaupun stesen minyak tidak mengiklan kerja kosong, anda boleh terus masuk dan tanya jika ada kerja kosong.

Antara kerja-kerja yang tersenarai di stesen minyak:

  • penyelia stesen
  • juruwang stesen minyak
  • krew kedai
  • krew stesen minyak

iklan-kerja-kosong-petronas-prima-saujana-iklanlahpercuma.com

Gaji Kerja Stesen Minyak

Katanya kadar gaji minimum sebelum ini antara RM600 dan RM700 akan ditingkatkan sebanyak RM900 bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sabah adalah RM800. Ini tidak dikira lagi dengan gaji kerja lebih masa atau OT (over time).

kaunter-luar-stesen-minyak-shell-iklanlahpercuma.com

Pekerja stesen minyak semua akan diberikan gaji yang memuaskan dan sebahagian kecil daripadanya dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hari tua. Semua pekerja stesen minyak juga dilindungi insurans.

kaunter-stesen-petronas-iklanlahpercuma.com

Mereka yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau golongan siswazah yang masih belajar atau baru tamat pengajian boleh mengisi kekosongan yang ada dan pada masa yang sama menyimpan wang sementara tidak mendapat pekerjaan tetap.

Tetapi risiko kerja stesen minyak ini adalah lain sikit berbanding kerja part-time tempat lain. Ada risiko berlaku rompakan pada waktu siang atau malam. Memang kejadian jenayah banyak berlaku di stesen minyak.

rakaman-cctv-rompakan-bersentaja-stesen-minyak-iklanlahpercuma.com

Oleh itu mereka yang lemah semangat dan tidak peka dengan keadaan sekeliling hendaklah cari kerja lain selain kerja stesen minyak.

Terima kasih kerana baca artikel mengenai gaji kerja stesen minyak. Jika anda suka boleh kongsikan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

JobsDB Tutup Buat Selamanya

| Pengumuman | 14/05/2015

Selamat tinggal JobsDB.

Pernahkah anda menggunakan portal mencari pekerjaan JobsDB?

Portal mencari pekerjaan ini sangat terkenal pada suatu ketika dahulu. Ia sama-sama mengorak langkah di alam siber bersama portal Jobstreet.

Pada awal bulan ini saya ada terima satu email daripada pihak pengurusan JobsDB seperti dibawah…

jobsDB-tutup-iklanlahpercuma

JobsDB Tutup

Ini bukan email palsu, mesej JobsDB tutup adalah betul. Jika anda pergi ke laman web mereka pun akan ada notis popup dengan kandungan mesej yang sama mengenainya perancangan JobsDB tutup.

Jadi sudah sah JobsDB tutup kedai pada akhir bulan ini, iaitu 31 Mei 2015 jam 12 malam.

Oleh itu, jika ada ingin mencari pekerjaan silalah berkunjung ke Jobstreet atau boleh cuba cari di ruangan kerja kosong kami kerana JobsDB tutup.

Mana tahu ada kerja yang sesuai dengan anda.

Terima kasih.

Comments Off

Kerja Kosong KFC Pelatih Pengurusan

| Kerja Kosong | 05/07/2014

kerja-kosong-kfc-penolong-pengurus-iklanlahpercuma.com

Gaji permulaan sehingga RM2,000

Comments Off

Kerja Kosong Euro Moda Gulatis

| Kerja Kosong | 05/07/2014

kerja-kosong-euro-moda-gulatis-iklanlahpercuma.com

Bekerja sebagai pembantu jualan di cawangan Bangi. Perempuan sahaja.

Comments Off

Kerja Kosong Krew Ayamas

| Kerja Kosong | 05/07/2014

kerja-kosong-ayamas-iklanlahpercuma.com

Kerja kosong yang diiklankan di laman web Ayamas. Ada jawatan kosong tetap dan separuh masa.

Comments Off

Kerja Kosong Auntie Annes Pretzel

| Kerja Kosong | 05/07/2014

kerja-kosong-auntie-anne-pretzel-iklanlahpercuma.com

Iklan jawatan kosong ini dilihat di Kompleks Membeli-belah Mines

Comments Off

Berminat Kerja Singapura?

| Kerja Kosong | 27/05/2014

kerja-singapura-01-iklanlahpercuma.com

Berminat kerja Singapura?

Gaji memang lumayan!

IKLAN: Kerja pemandu bas Singapura RM6,400 sebulan

Lepas 6 tahun bekerja sana dah dapat AP untuk beli kereta Singapura yang jauh lebih murah. Tidak perlu guna ejen sindiket kereta Temasek haram. Semua itu penipu sahaja.

Tetapi mental kena kuat. Kena banyak bersabar. Bila kerja Singapura ni, taraf kita dah sama macam golongan pendatang asing Indonesia dan Bangla di Malaysia. Memang dipandang hina, tetapi apa nak kisah kalau gaji besar banding kerja Malaysia kan?

Bagaimana nak cari kerja kosong Singapura? Lagi senang jika anda cari kawan yang kerja Singapura. Biasa dia akan beritahu jika ada lubang kerja kosong di Singapura. Tidak semestinya di syarikat yang sama. Biasalah network pekerja ni kan besar dan luas.

Kalau ada kerja kosong, pasti anda dapat tahu. Lagi jimat dan selamat cara ini kerana tidak perlu guna ejen. Tidak perlu potong gaji pertama dan tidak perlu risau kena tipu permit palsu. Permit kerja anda akan diuruskan oleh Human Resource syarikat Singapura.

Ada banyak perkara yang anda yang perlu tahu:

  • Tidak boleh ada rekod jenayah.
  • Kena tahu berbahasa Inggeris. SPM sekurang-kurangnya kena lulus.
  • Kena ada passport atau permit kerja yang sah. Kalau guna permit palsu ni, lambat laun akan kantul dan merengkok dalam penjara bertahun juga. Jadi kalau nak guna ejen pastikan ejen pekerjaan yang sah. Permit kerja Singapura adalah untuk 2 tahun, jadi mohonlah passport untuk 5 tahun. Kalau tidak susah nanti masa nak perbaharui permit kerja.
  • Undang-undang sana lagi ketat dan tegas. Tidak boleh hisap rokok merata-rata tempat. Tidak boleh buang sampah merata-rata. Nak melintas jalanraya? Wajib guna lintasan zebra sahaja. Kalau melintas merata-rata atau jay walking, kena tahan polis on the spot dan saman. Malaysia pun ada undang-undang tu tetapi kita tiada penguatkuasaan. Dekat Singapura makan gula-gula getah pun kena denda dan boleh masuk dalam.
  • Leceh dan tak ekonomi kalau nak guna kereta masuk Singapura. Kena ambil insuran Legal Liability To Passengers (LLTP). Tetapi tidak berbaloi jika anda nak ulang alik guna kereta. Kena mohon dan bayar Vehicle Entry Permit (VEP) pastu ada kos bayar tol lagi. Lagi ekonomi guna motosikal atau bas.
  • Kena bawa pen sendiri. Leceh nak pinjam-pinjam masa isi borang imigresen setiap kali ulang alik.
  • Bawa botol air dan makanan kalau anda jenis tak tahan dahaga atau lapar kerana gastrik. Nak tunggu lama juga di imigresen tu. Lepas tu masa kerja kalau nak beli air mineral di sana pun tidak berbaloi. Gaji anda amat berharga. Kalau makan tengahari boleh sediakan bekal lagi bagus.
  • Bukan semua restoran atau kedai makan halal. Nak makan di Singapura kena pandai cari pot yang murah. Tanya kawan Islam yang lain. Biasanya kedai nasi campur Indonesia yang paling murah dan ekonomi. Tetapi makan tu kena tahan sikit kerana gerai makan dalam food court. Kekadang kena duduk sebelah atau semeja dengan cina makan babi. Kalau restorang melayu dan mamak memang mahal sikit banding gerai makan Indonesia jadi tidak ekonomi.
  • Solat Jumaat dan solat 5 waktu. Di Singapura tiada azan berkumandang macam di Malaysia. Jadi kena pandai-pandai sendiri mau ingat. Guna aplikasi waktu solat. Solat Jumaat pun biasa di masjid India, jadi khutbah pun bukan dalam bahasa kita. Bersedia untuk solat berdiri jika tidak bawa sejadah.
  • Cabaran bulan Ramadhan. Kena banyak bersabar kerana majoriti di sana tidak berpuasa. Bersedia untuk buka puasa dalam bas atau atas motosikal.

Kalau anda dapat pekerjaan bagus, white collar job, kira pekerja skill worker macam programmer, tidak perlu berulang alik daripada Singapura ke Malaysia. Pihak syarikat akan carikan apartment sewa untuk anda.

Tapi biasanya kena bersesak-sesak dengan pendatang asing lain daripada Indonesia, India dan merata tempat. Jangan risau, perangai orang Indonesia berpelajaran ni sama macam kita sahaja. Tidak perlu risau nak kena samun ke apa. PATI yang masuk Malaysia kerja kontrak pembinaan tu sebenarnya banyak penjenayah tegar.

Kalau anda dapat kerja blue collar selalunya kena ulang alik. Sektor perkhidmatan macam di industri F&B (food & beverages) atau sektor pengeluaran macam kilang, lagi ekonomi kalau ulang alik. Bila dah kena ulang alik tu… tengok sahaja gambar di bawah. Anda wajib menderma 1 jam waktu pagi dan 1 jam waktu petang atau malam setiap hari bekerja di imigresen.

kerja-singapura-02-iklanlahpercuma.com

Kereta bersusun sesak menunggu giliran di pintu imigresen Woodlands waktu pagi. Ini semua kereta yang keluar awal pagi selepas Subuh pun masih sangkut dalam jem.

kerja-singapura-03-iklanlahpercuma.com

Kereta bersusun sesak waktu malam nak pulang ke Malaysia. Solat Maghrib memang tak sempat punya. Kalau bulan Ramadhan, bersedia untuk buka puasa dalam kereta.

kerja-singapura-04-iklanlahpercuma.com

Anda ingat kalau bawa motosikal boleh cilok-cilok macam di Kuala Lumpur. Jangan harap. Motosikal bersusun sesak macam dalam tin sardin tunggu giliran nak masuk Singapura. Panas tiada hawa dingin. Waktu pagi boleh tengok orang kiri kanan baca suratkhabar dan makan sarapan pagi. Tetapi kalau nak ke tandas, memang naya. Kena kuat tahan. Ada juga yang tak tertahan, nasib badan kalau duduk kat sebelah orang terberak dalam seluar.

kerja-singapura-05-iklanlahpercuma.com

Jika anda ingat gambar tadi mungkin ilusi optik atau teknik fotografi nak tunjukkan orang ramai. Ini dia lagi bukti bergambar tanpa khidmat photoshop untuk tunjuk kepada anda betapa ramainya rakyat Malaysia yang pergi kerja Singapura setiap hari.

kerja-singapura-06-iklanlahpercuma.com

Itu dia.  Bila dalam keadaan jalan macam kura-kura tu, semua penunggang motosikal yang kepanasan akan buka helmet. Mana tahan panas. Berapa kilometer nak kena tempuhi setiap hari macam ini?

Selain wang gaji setiap bulan, anda juga ada banyak peluang untuk meniaga, kalau suka meniaga secara sambilan bila dah cukup modal. Bekal rokok kepada kawan rakyat Singapura. Sana rokok lagi mahal jadi adalah sedikit margin untuk buat duit. Tetapi harus ingat anda boleh bawa masuk 1 kartun sahaja sekali lalu imigresen. Jangan pula ada duduk jual rokok dekat kaki lima,  gerenti kena tangkap masuk dalam.

Lepas tu kalau pandai cari lubang boleh bawa masuk smartfon terbaru atau komputer riba 2nd hand untuk dijual kepada kawan-kawan di Malaysia. Kalau nak iklan di sini dan jual pun boleh.

Jika anda rasa artikel ini bagus dan sesuai, boleh tolong sebarkan dengan klik butang sosial di bawah.

Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Comments Off

Kerja Kosong Sushi King

| Kerja Kosong | 02/04/2014

kerja-kosong-sushi-king-iklanlahpercuma.com

Kerja Kosong Sushi King

Berminat dengan budaya dan makanan Jepun? Jom kerja dengan Sushi King.

Comments Off

Kerja Kosong Ayamas

| Kerja Kosong | 01/04/2014

kerja-kosong-ayamas-rider-iklanlahpercuma.com

Kerja Kosong Ayamas

Nak cari kerja? Ada lesen motosikal? Jom kerja sebagai rider Ayamas!

Page 1 of 21 2

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online