Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Promosi Lazada Gadget Fair & Kupon Diskaun

| Pengumuman | 15/08/2015

promosi-gadget-fair-lazada-iklanlahpercuma.com

Ini dia pronosi Lazada Gadget Fair untuk bulan Ogos 2015.

 

Lazada Gadget Fair

Mana kaki gadget seperti saya boleh jengok Lazada dan tengok mana tahu ada gadget yang berkenan di hati.

Kebetulan saya perlukan memori SD tambahan untuk kamera XiaoYi yang baru dibeli pada bulan lepas. Sekarang cuma guna storan 16GB jadi tidak cukup untuk rakaman HD perjalanan jarak jauh. Oleh itu saya membuat keputusan untuk beli memori SD yang baru dengan saiz yang lebih besar iaitu 32GB.

Kebetulan semasa saya mencari di Lazada ada promosi harga untuk memori SD jenama Sandisk. Jadi saya pilih Sandisk Ultra Micro SD 32GB + adapter. Harga cuma RM52 untuk masa promosi Lazada Gadget Fair dan juga Merdeka Madness. Harga biasa memori SD ini adalah sehingga RM100+ dan harga paling murah di 11street sekarang adalah dalam lingkungan RM80 jadi sudah pasti saya pilih mana yang lebih murah.

Keistimewaan produk ini adalah kerana ia di jual oleh Lazada sendiri jadi tiada kos penghantaran. Ia akan dihantar oleh Lazada kurier. Waranti atau jaminan produk di tanggung sepenuhnya oleh Sandisk Malaysia.

 

Lazada Merdeka Madness

Jangan risau walaupun tarikh kempen Lazada Gadget Fair sampai 17 Ogos 2015 tetapi promosi Merdeka Madness berjalan sepanjang bulan Ogos 2015 ini. Kebanyakkan barang sudah sedia murah dengan diskaun, malah anda boleh gunakan lagi kupon kod di bawah untuk dapatkan diskaun 12% sehingga maksimum RM100 penjimatan.

 

lazada-merdeka-madness-iklanlahpercuma.com

 

Bukan sahaja itu, ada satu kempen promosi kupon diskaun Lazada untuk penggunaan mobile app. Saya ada install aplikasi Lazada atas tablet sebelum ini jadi saya hanya perlu guna shopping cart tersedia untuk melakukan transaksi pembayaran.

lazada-kupon-mobile-app-iklanlahpercuma.com

Tetapi  kerana penggunaan kod MEGA25 memerlukan pembelian sebanyak RM100, saya ambil kesempatan untuk membuat pembelian beberapa barang yang sudah masuk dalam senarai wishlist sebelum ini. Apakah barang-barang tersebut? Anda kena tunggu artikel Unboxing saya yang seterusnya apabila barang-barang ini sampai melalui khidmat kurier pada bulan depan. Kenapa lama sangat? Barang yang dibeli adalah diimport daripada penjual di negara China.

Terima kasih kerana baca artikel ini. Sila kongsikan kepada keluarga, kawan dan kenalan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online