Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

KWSP Umum Simpanan Asas 2014

| Ulasan | 30/12/2013

kwsp epf malaysia

KWSP Umum Simpanan Asas Bagi Tahun  2014

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu-satunya dana simpanan persaraan di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan untuk persaraan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta ataupun segelintir mereka di sektor kerajaan tiada pilihan kecuali mencarum.

Pengeluaran balik wang KWSP tidaklah seperti skim pencen kerajaan, secara ansuran bulanan tetapi pekerja boleh mengeluarkan terus kesemua wang tersebut samada untuk pergi haji, buat kenduri kahwin anak ataupun renovate rumah. Nak buat beli rumah dah gerenti tidak cukup kerana kadar inflasi yang tinggi. KWSP juga akan memperkenalkan skim pencen melalui  pelaburan unit amanah dengan wang KWSP optional bagi mereka yang berminat.

Pada 26 Disember 2013, KWSP membuat satu kejutan dengan mengumumkan akan ada satu simpanan asas mulai Januari 2014 ini. Sila rujuk petikan memo daripada laman KWSP sendiri di bawah:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengingatkan ahli berhubung dengan semakan semula Simpanan Asas yang akan berkuatkuasa pada Januari 2014. Kuantum baharu ini menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun.

Kadar baharu ini ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun (Rujuk Jadual). Ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

Pengurus Besar, Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, “Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan.”

Nik Affendi menjelaskan, Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi untuk menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan. Selain itu, statistik KWSP menunjukkan sebanyak 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Selepas keluar memo ini banyak spekulasi mengatakan kerajaan menghalang KWSP daripada senang memberi pencarum mengeluarkan wang daripada akaun 2 mahupun 3 untuk tujuan  peribadi kerana kerajaan sudah tidak ada wang nak beri. Wang KWSP ini yang digunakan kerajaan sebagai dana menampung projek kerajaan seperti  BR1M dan lain-lain. Betul ke tidak, wallahualam.

Tetapi mengikut simpanan asas KWSP ini, setiap pencarum mesti ada RM196,800 dalam akaun menjelang umur persaraan 55 tahun. Jika wang simpanan KWSP tidak capai jumlah RM196,800 camne pula tu? Tak boleh keluar duit KWSP ke? Saya tidak menyokong langkah ini. Kebanyakkan pencarum yang mengeluarkan duit KWSP mereka sangat memerlukan wang tersebut untuk membeli rumah sendiri dan menyambung  pelajaran. Semua ini harus dilakukan sekarang kerana kadar inflasi dan kos sara hidup melambung  tinggi setiap tahun, lebih tinggi daripada kadar pulangan dividen KWSP.

KWSP sendiri mengaku bahawa duit simpanan KWSP bawah RM196,800 tidak mencukupi untuk  hidup pada umur 55 tahun kelak dan pasti pencarum berada di bawah garis kemiskinan nasional. Jadi jika pencarum tidak membeli rumah pada waktu sekarang, apabila bersara pada umur 55 tahun kelak, mereka akan menjadi  penyewa sampai mati dengan wang KWSP RM500 setiap bulan. Wang RM500 KWSP tersebut juga kita tidak tahu cukupkah untuk bayar sewa bulanan.

Ini adalah jadual simpanan asas KWSP dan akan di semak setiap 3 tahun…

JADUAL : SIMPANAN ASAS KWSP (BERKUATKUASA JANUARI 2014)

Umur Simpanan Asas (RM) Umur Simpanan Asas (RM) Umur Simpanan Asas (RM)
18 1,000 31 30,000 44 95,000
19 2,000 32 34,000 45 102,000
20 4,000 33 37,000 46 109,000
21 5,000 34 41,000 47 117,000
22 7,000 35 46,000 48 125,000
23 9,000 36 50,000 49 134,000
24 11,000 37 54,000 50 143,000
25 13,000 38 59,000 51 153,000
26 15,000 39 64,000 52 163,000
27 18,000 40 69,000 53 174,000
28 21,000 41 76,000 54 185,000
29 24,000 42 81,000 55 196,800
30 27,000 43 88,000

Pelik bin datuk ajaib kan semua benda ni. Kenapa semua benda ni tak pernah pun ada sebelum ini.  Banyak betul keluar benda dan peraturan pelik semenjak akhir-akhir ini. Lepas ni apa pula ya?  Kita tungggu…

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online