Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Servis Maybank2u e-Duit Raya

| Ulasan | 23/06/2015

maybank2u-eduit-raya-1-iklanlahpercuma

Anda sudah login ke Maybank2u? Saya baru nak beli saham akhirat sedikit sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Jadi nak buat IBG bank transfer.

Sekali terkejut saya terserempak dengan fungsi baru dalam ruang Bank Transfer Maybank2u. Servis terbaru ini adalah e-Duit Raya.

e-Duit Raya

Maybank2u nak beri semua pelanggan duit raya ke? Bukan…. terkejut juga.

Ia adalah fungsi menghantar duit raya secara elektronik kepada orang yang kita nak beri duit raya. Biasanya mereka yang merantau bolehlah menghantar duit raya kepada ibu bapa yang jauh di kampung. Penerima pula boleh keluarkan duit raya di mesin ATM tanpa menggunakan kad ATM.

Jadi servis ini sangat sesuai bagi mereka yang tidak ada akaun bank Maybank.

maybank2u-eduit-raya-2-iklanlahpercuma

Bagaimana cara menggunakan khidmat e-Duit Raya Maybank2u.

  1. Masukkan nama dan nombor telefon penerima
  2. Masukkan amaun duit raya
  3. Boleh tulis mesej ucapan kad raya dan alamat email penerima
  4. Anda akan dapat satu kod rahsia. Penerima akan dapat ID transaksi melalui sms. Penerima perlu keluarkan duit di ATM dengan segera (sah 48 jam sahaja)
  5. Penerima boleh ambil duit raya di mana-mana mesin ATM Maybank menggunakan kod rahsia dan ID transaksi.

maybank2u-eduit-raya-3-iklanlahpercuma

Adalah amat penting kepada pengguna servis ini memberitahu penerima bahawa e-Duit raya bukan masuk dalam akaun penerima. Jadi adalah amat mustahak untuk mereka pergi ambil duit di mesin ATM dalam masa 2 hari. Bukan mana-mana mesin ATM tetapi mesin ATM Maybank sahaja. Mesin ATM MEPS pun tidak boleh.

Jangan lupa sms penerima nombor kod rahsia mengeluarkan duit.

Jumlah maksimum e-Duit raya adalah RM300 sehari. Anda juga hanya dibenarkan menghantar 2 kali ke nombor telefon yang sama dalam masa sehari. Semua had pengunaan ini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya aktiviti penipuan yang merugikan pelanggan.

Caj servis adalah RM1 dan GST 6 sen.

Selamat mencuba servis terbaru e-Duit Raya daripada Maybank ini.

Sila kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang media sosial dibawah.

Sekian terima kasih.

Comments Off

Maybank2u System Down Lagi

| Ulasan | 04/05/2014

 

maybak2u-system-down-iklanlahpercumma.com

Maybank2u System Down

Sistem Maybank2u tergendala lagi. Maybank2u system down.

Geram pun ada!

Maybank2u system down. Kenapa tak tunggu jam 12 tengah malam nanti baru nak buat penyelengaraan sistem.

Kalau tak perlu guna Maybank2u tidak ada apa-apa yang berlaku. Sekali bila terdesak nak guna boleh jadi sistem tergendala pula.

Tensen!

Semalam nak login masuk Maybak2u satu hari pun tak dapat. Apa masalah dengan perbankan internet #1 Malaysia ni?

Maybank2u Perlu Tingkatkan Servis

Team Maybank2u kena pertingkat servis mereka. Sekarang ni semua orang bergantung  dengan perbankan internet.

Kita bukan masuk Maybank2u daripada PC dan laptop masa kerja sahaja. Zaman sekarang ni semua pengguna ada telefon pintar atau smartfon dan mereka bolek akses perbankan internet daripada mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Antara urusan:

  • bayar bil utiliti
  • bayar cukai pintu
  • bayar cukai tanah
  • bayar cukai jalan
  • bayar ansuran kereta
  • bayar ansuran rumah
  • bayar ansuran insuran kesihatan & nyawa

Bagaimana pula dengan mereka yang berkecimpung dalam dunia e-dagang? Kalau hari-hari Maybank2u system down memang kacau.

Perbankan internet ni lah satu-satu cara untuk menentukan pembeli membuat bayaran. Takkan nak tunggu sampai penyata bank tiba hujung bulan pula.

Lepas tu  kekadang TAC yang diminta untuk sesuatu transaksi tidak tiba-tiba sampai naik menyampah tunggu. Jikalau kita nak buat 3rd party transfer, pihak yang satu lagi ingat kita sengaja tidak mahu membuat bayaran. Gaduh pun boleh jadi macam ni.

Tidak dinafikan yang Maybank2u telah banyak membawa perubahan kepada tahap kehidupan kita. Semenjak mula diperkenalkan sampai kepada hari ini sudah banyak yang ditambah baik. Tetapi servis masih di tahap sama. Gangguan kerap sangat berlaku.

Untuk tahun ni bolehkah Maybank2u bertahan sebagai perbankan internet #1 Malaysia?

Banyak sangat masalah.

 

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online