Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Cara Bayar Cukai Taksiran di Kiosk MPKJ

| Panduan & Tutorial | 22/01/2014

kenyataan cukai taksiran mpkj

Nak Bayar Cukai Taksiran MPKJ?

Ada banyak cara untuk membuat bayaran cukai taksiran MPKJ sebenarnya. Antara cara-cara tersebut adalah:

  • bayar di perbankan internet
  • bayar di kaunter
  • bayar di kiosk MPKJ

Pada kebiasaannya saya akan membuat bayaran cukai taksiran dengan menggunakan perbankan internet maybank2u. Tetapi kerana ada gangguan sambungan internet unifi di kawasan Kajang saya pun terpaksa pergi ke bangunan MPKJ yang baru.

bangunan mpkj baru

bayar cukai taksiran di kiosk mpkj

Ramai orang akan pergi ke MPKJ dan membuat bayaran cukai taksiran serta urusan lain dengan mengambil angka giliran. Jadi kena tunggu dan berurusan dengan pegawai MPKJ apabila tiba giliran.

Kebetulan hari saya pergi ni aduhai ramainya orang! Macam pergi hari Isnin ke bank pula. Ambil nombor giliran dan kena tunggu dekat 100 orang depan saya.

Tak boleh jadi camni. Jadi saya pun keluar sekejap kerana tiada tempat duduk. Kebetulan ada seorang juruteknik sedang membaikpulih sistem kiosk mpkj di pintu luar kaunter bayaran. Saya pun berbual kosong dengan dia dan tanya tengah buat apa tu? Biasalah aktiviti yang wajib untuk mengisi masa menunggu yang lama.

Juruteknik pun menceritakan mengenai sistem kiosk MPKJ yang sedang dibaikinya. Beliau terus  memberitahu yang saya tidak perlu tunggu giliran di kaunter dan cukup senang membuat bayaran menggunakan kiosk MPKJ.

Boleh buat bayaran secara:

  • tunai
  • kad ATM
  • kad kredit (visa, mastercard & amex)

Tetapi saya kata sistem tu tergendala kerana sedang diperbaiki. Juruteknik tersebut senyum dan beritahu ada satu lagi mesin kiosk MPKJ di luar pintu masuk sebelah pondok pengawal. Syukur alhamdulillah! Saya ucapkan terima kasih dan terus tuju kiosk MPKJ tersebut.

Cara Membuat Bayaran di mesin Kiosk MPKJ

bayar guna kad kredit  di kiosk mpkj

Mesin kiosk MPKJ nampak kukuh dan seperti selalu digunakan. Tetapi nasib saya baik kerana tiada orang yang menggunakannya masa itu.

Maaf saya tidak dapat ambil gambar skrin untuk menunjukkan langkah satu persatu. Saya cuba tetapi kerana pancaran matahari di belakang saya, skrin memantulkan cahaya menyebabkan tiada satu gambar pun yang jadi. Senang cakap tak nampak apa-apa.

  1. Sila buat pilihan bahasa. Saya pilih bahasa melayu.
  2. Scan bar kod kenyataan tuntutan cukai atau masukkan nombor akaun lama. Saya pilih untuk masukkan nombor akaun lama dengan menekan 6 digit nombor akaun. Saya cukup tertekan dan geram menunggu apa-apa sistem yang perlu membaca bar kod atau biometrik. Lama sangat nak tunggu kerana sistem selalu tidak cekap membaca data.
  3. Selepas itu akan terpampang maklumat akaun anda (nama dan alamat) serta amaun kena bayar. Sila semak dahulu kalau taknak jadi sampai terbayar akaun orang lain pula.
  4. Buat pilihan cara membuat bayaran. Saya pilih guna kad kredit kerana tidak bawa tunai. Sebenarnya ada mesin ATM di sebelah mesin kiosk MPKJ tersebut. Tetapi saya pasti akan gunakan kad kredit untuk kumpulkan mata ganjaran kad kredit apabila ada peluang.
  5. Masukkan kad kredit dalam slot seperti gambar sebelah dan tunggu sistem proses bayaran.
  6. Sistem akan mencetak resit bayaran.
  7. Ambil resit dan sudah selesai.

Urusan semua habis tidak sampai pun 5 minit. Jadi lama sikit kerana saya baca semua arahan skrin dan cuba ambil gambar setiap langkah. Kalau dah biasa dan nak cepat, boleh selesai dalam masa 1 minit sahaja.

Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak MPKJ kerana menyediakan satu cara bayaran cukai taksiran yang mudah.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online