Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Mudah.my Buat Hal Lagi

| Ulasan | 27/12/2013

mudah.my patut di boikot

Mudah.my buat hal lagi?

Kepada anda yang mungkin pernah membaca artikel saya mengenai boikot portal iklan mudah.my enam bulan lepas, mungkin tidak terkejut dengan perkembangan terbaru di mudah.my ni. Kalau berubah kepada baik takpelah juga kan,  ini makin teruk dan makin buruk reputasi mudah.my jadinya.

Kenapa agaknya?

Saya senaraikan dulu satu persatu dan saya akan huraikan dibawah nanti ok:

  • semua pengiklan wajib guna alamat
  • mengiklan barangan elektronik kena bayar
  • banyak iklan Pro Niaga disekat walaupun sudah bayar
  • tiada ruang untuk menyelesaikan masalah urusniaga
  • tidak boleh padam akaun

 

Semua Pengiklan Wajib Guna Alamat

Betul ke? Ya, betul…. Huh? Apa kebenda ni? Dah tentu yang mengiklan bukan semuanya penjual professional yang ada kedai atau premis perniagaan. Majoriti penjual adalah orang yang cuba-cuba nasib menjual barang lama yang tidak mahu pakai lagi atau baru mula nak menjual barang meniaga daripada rumah.

Kalau mudah.my paksa semua penjual dengan jumlah iklan yang banyak, beratus produk untuk pindah ke Pro Niaga dan daftar alamat perniagaan mungkin ramai tidak kisah sangat. Ini semua orang Malaysia pun kena taruk  alamat. Bayangkan anda nak jual kereta BMW sebijik kerana nak upgrade ke Mercedes. Lepas tu gi iklan di mudah.my… habis segala perompak, penculik  dan penyamun datang serang rumah anda siang malam. Tak larat tu.

Saya baca sana sini yang makin ramai scammer orang kulit hitam pun berkampung di mudah.my dan target penjual iphone, ipad dan telefon pintar samsung. Orang-orang afrika ni bergerak dengan modus operandi jumpa penjual mudah.my untuk  COD kerana nak samun penjual mudah.my tersebut. Jadi bayangkan dah ada alamat rumah…. dah jadi macam mesin ATM lah pulak anda nanti. Bila mereka nak duit je datang rumah anda ketuk pintu. Nak lawan ke? Polis pun takut dengan orang afrika. Pikirkan…

Mengiklan Barangan Elektronik Kena Bayar

Betul ke? Ya, betul… meskipun saya tidak mengiklan di mudah.my lagi, saya tetap menerima spam mingguan mereka termasuk email notis ini.

Kepada pengguna mudah.my,

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan anda kepada Mudah.my.

Dalam usaha untuk mengekalkan kualiti tindak balas yang diharapkan daripada Mudah.my, kami akan mula mengenakan bayaran serendah 10 Mudah Kredit (bersamaan dengan RM10) untuk iklan-iklan yang dikelaskan dalam kategori ‘Electronics’ (elektronik).

Dengan mengenakan bayaran bagi kategori ‘Electronics’ (elektronik), kami boleh menapis pengiklan yang tidak serius dan juga iklan bertindih. Kami berharap inisiatif ini dapat membantu menyediakan pengalaman pengguna yang baik dan akhirnya memberikan jualan yang terbaik kepada pelanggan kami di Mudah.my.

Terima kasih,
Kumpulan Pemasaran di Mudah.my

Haaaa… sekarang percaya? Cuba bayangkan… setiap iklan barangan elektronik di mudah.my akan dikenakan caj RM10. Wow! Kaya pokcik! Sedangkan paypal pun ambil caj transaksi berjaya 3% + RM2 dan itu pun untuk transaksi berjaya. Di mudah.my cuma nak iklan je dah RM10 dan belum tentu ada pembeli lagi. Kalau dah sepuluh barang nak jual, dah kena bayar RM100. Itu anggaran pengiraan untuk seorang penjual di mudah.my. Berapa ribu orang mengiklan barang di mudah.my? Pikirkan…

Lepas tu kerana senarai barangan terlarang mereka, yang ramai tidak tahu (sila baca artikel saya sebelum ini), pasti ramai yang mulut ternganga dan duduk bercangkung garu kepala selepas bayar caj RM10 untuk setiap barang nak iklan… tetapi iklan masih tak keluar. Gerenti anda mengamuk punyalah. Siapa yang rugi, penjual juga. Siapa yang untung? jeng jeng jeng… pastinya mudah.my kerana mereka dah laburkan beratus juta ringgit untuk masuk Malaysia ni, sekarang masa untuk tuai balik hasil semaian.

Banyak Iklan Pro Niaga Disekat Walaupun Sudah Bayar

Betul ke? Ya,betul… kalau anda tak percaya, cari aje di google dan yahoo pasti jumpa ramai orang tidak puas hati dengan mudah.my. Pergi je ke forum, ramai yang mengadu dan mencaci mudah.my kerana hal ini. Dahlah nak daftar Pro Niaga kena hantar sijil SSM dan salinan mykad,  lepas tu kena beli kredit RM50 lagi bagai. Lepas tu  bila iklan, selamba je di sekat.

Saya antara mereka yang mendaftar di Pro Niaga tetapi satu iklan pun tak pernah keluar. Hampeh! Memang ramai juga yang senasib dengan saya. Nak minta refund, tidak dilayan. Geram memang geram tetapi tidak boleh buat apa. Ada mereka yang cakap nak buat laporan polis dan ambil peguam nak saman. Nak saman? Mereka syarikat mega yang telahpun membelanjakan lebih RM500 juta untuk kos pengiklanan sahaja semenjak tahun 2008 bagi menembusi pasaran Malaysia. Anda pikir dia tiada pasukan peguam yang lagi besar dari team bola? Anda pula hanya mampu ambil seorang peguam Malaysia yang baru grad nak lawan pasukan peguam mudah.my, tengok pasukan peguam mudah.my pun kaki dag menggeletar dan cakap tersangkut-sangkut terus demam.

Bab undang-undang ni jangan cakaplah, mereka dah kebal,  terma dan syarat mudah.my lindungi mereka 100%. Buat habis duit  je ambil peguam nak lawan mudah.my, membazir. Pikirkan…

Tiada Ruang Untuk Menyelesaikan Masalah Urusniaga

Betul ke? Ya, betul…. tak percaya ke? Sila pergi cari kalau ada. Sampai kiamat pun takkan jumpa di mudah.my. Kalau anda kena tipu samada sebagai penjual atau pembeli, memang tiada ruangan untuk mengadu nasib. Tiada ruang trade disputes.

Jadi ke mana semua orang yang bermasalah ini pergi. Pergi mengadu ke forum lowyat, cari gold, dan lain-lain lagi. Pergilah tengok kalau tak percaya kata saya. Hampir setiap hari ada je yang masuk mengadu.

Bayangkan camni ok. Anda tinggal di Kuala Lumpur. Kena rompak di Kuala Lumpur. Anda kena pergi ke Perlis, Kelantan atau Johor untuk buat laporan polis. Siapa nak layan dan tolong anda. Ada masuk akal ke? Pikirkan…

Tidak Boleh Padam Akaun

Betul ke? Ya, betul….tak percaya ke? Ok sekarang katakan anda dah fedup dengan servis mudah.my jadi  langkah seterusnya nak  tinggalkan portal iklan mudah.my, secepat mungkin. Anda pun tercari-cari  mana dia butang untuk padam akaun. Mana dia? Habis seluruh tempat anda cari. Oklah daripada anda buang masa sejam dua,  lebih baik toksah cari. Memang tiada.

Jadi langkah seterusnya bagi  sesetengah orang yang masih tidak percaya dengan saya adalah google cara padam akaun mudah.my….  jeng jeng jeng… tak boleh! Kan saya dah cakap. Semenjak tahun 2008 sampai sekarang tiada seorang pun rakyat Malaysia yang dapat padam akaun mudah.my ni, memang berhantu… dia macam saka, sekali dah guna mudah.my memang sampai ke anak cucu le menanggung beban.

Kenapa jadi begini  ya? Mudah.my mesti tunjukkan kepada pelabur-pelabur mereka yang pengguna portal iklan mudah.my ni bertambah-tambah setiap tahun, tidak pernah menurun. Jadi kalau kita ramai-ramai boikot mudah.my pun, pengkalan data dia tetap tunjuk yang kita ini masih pengguna setia mudah.my kononnya. Sepatutnya kalau 1 juta penduduk Malaysia boikot, macam kita boikot Mcdonalds, sejuta orang akan padam akaun. Jadi untuk elakkan  daripada situasi ini berlaku, mereka sama sekali tidak akan memberi anda peluang untuk padam akaun.

Amboi! Sedangkan Google dan facebook pun benarkan kita padam akaun. Pikirkan…

Kesimpulannya adalah boikot Mudah.my

Jadi apa kesimpulan dan pengajaran yang kita dapat daripada membaca artikel ini? Lebih baik anda jauhi mudah.my sebelum terjerebak. Dia macam najis dadah, sekali dah terkena susah dah nak tinggalkan. Macam-macam masalah yang akan berlaku. Percayalah… lepas satu… ke satu.

Sumpah tobat memang tak iklan kat sana lagi. Tolonglah sebar-sebarkan untuk selamatkan mereka yang lain. Tetapi bagaimana saya boleh tahu semua perkembangan terbaru ni, kerana mudah.my masih spam inbox  saya  setiap  minggu dengan perkembangan terkini dan terkena. Jadi bukan mudah mana pun, lagi menyusahkan ada lah. Pergilah cari banyak lagi tempat yang anda boleh iklan dengan percuma, dan betul-betul percuma. Nak iklan di sini pun boleh, jemput-jemput.

Jika anda suka dengan artikel ini, kongsikan dengan keluarga, rakan dan kenalan dengan mengklik butang sosial  di bawah. Selamatkan mereka.

Comments Off

Boikot Iklan di Mudah

| Ulasan | 03/05/2013

iklan-boikot-mudah
Kenapa perlu boikot portal iklan mudah? Ada banyak sebab. Antaranya Mudah bukan syarikat Malaysia pun. Ada hati nak ambik domain bahasa melayu Mudah. Patutlah mereka ada duit berjuta ringgit untuk bayar iklan bagi menembusi pasaran Malaysia. Selama ini kita menolong syarikat joint venture  Singapura dan Eropah dengan mudah menjadi portal iklan nombor 1 di Malaysia.

Sepatutnya kita sokong laman web tempatan seperti majalah, cari, lowyat dan jiwang. Bukan gi sokong orang luar. Bak kata orang kempen belilah barangan Malaysia. Sekarang ni dah muncul banyak portal iklan tempatan, jom kita gi iklan di sana. Masukkan aje terma carian “iklan percuma” dalam carian google ataupun bing.

Kenapa kita perlu boikot Mudah? Banyak sebabnya… antaranya adalah senarai panjang mengarut barang yang tidak boleh diiklan di Mudah. Saya senaraikan di sini setelah saya copy dan paste daripada terma dan syarat Mudah jadi masih dalam bahasa inggeris dan saya tidak edit ok. Senarai ini adalah daripada laman Mudah sendiri. Anda boleh gi usul periksa kalau tidak percaya.

Goods

  • Health and Beauty Products except Perfume
  • Used undergarments
  • Vehicle Registration Numbers and Documents
  • Contact Lenses (private)
  • E-mail Addresses
  • Radio, TV and Internet Recordings
  • Offensive Propaganda
  • Alcohol, Liquor, Tobacco
  • Mobile Phone Numbers and Sim Cards
  • Mobile Phones (AP set)
  • Personal Messages/ Greetings/ Announcements
  • Reunion Events
  • Single and Multi Level Marketing (MLM, SLM, direct sales)
  • Make Up and Cosmetics Items
  • Herbal Medications
  • Ayurvedic and Homeopathy
  • Amulets, Tangkal, Talisman and All Mystic Items
  • Satellite Dish
  • E-book
  • Vehicles related to ‘continue payment’ or ‘continue loan’ or ‘sambung bayar’
  • Used Breast pumps, Baby bottles, Feeding cups, Napkins, Pacifier
  • Adult Sex Toys
  • Health and Supplements For Adults / Kids and Pets
  • Paintball Markers / Guns
  • Software
  • Spy Gadgets
  • Hacking Devices & Software
  • Speed Trap Devices
  • Error of Currency Notes / Money
  • Foreign Registered Vehicles
  • Products / Goods related to politics
  • E-Cigaratte
  • No Pirated Goods or Materials (including bags, wallets, CDs, VCDs, DVDs and etc)
  • Obscene Material, Pornography and Prostitution
  • Blood and Human Body Parts
  • Burgiary Tools
  • No for Oil to Save Fuel
  • Gold Bar
  • Original Goods Only

Services

  • Childcare
  • SMS-services
  • Massage and Spa-treatment (except vouchers)
  • Modeling
  • Domestic help
  • Matchmaking and Dating Service
  • Tattoo Services
  • Therapies
  • Looking for Agents/ Dealers/ Supplies/ Distributors
  • Quick Get-Rich Schemes
  • Car Pool Services
  • Unlock and Jailbreak Services For Gadgets
  • Black Magic Services
  • Loan and Refinancing
  • Insurance and Medical Plans
  • New Wifi and Broadband Services
  • Looking for Agents, Distributors, Suppliers, Joint venture, business partners, franchise and those within the similar range.
  • Looking for cleaners (home / residential).
  • Provide Bank Loans
  • Jobs from Oversea
  • Counselling Services
  • Daycare or Baysitter Jobs & Services
  • No Rental of Vehicle (individual / private)

Panjang tu senarai. Banyak benda tak masuk akal pun. Kalau barang lucah, merbahaya dan haram tu kita faham lah kan. Ini benda yang biasa orang nak jual pun tidak boleh. Jadi apa lagi…. jom boikot Mudah.

Sila kongsikan senarai ini dengan keluarga dan rakan anda dengan mengklik butang share dibawah. Kongsi jangan tak kongsi.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online