Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Unboxing & Cara Pasang TP-LINK AV500 WIFI Powerline Extender

| Unboxing | 21/08/2015

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-title-iklanlahpercuma.com

Ada masalah dengan sambungan network di rumah atau pejabat? Sambungan WIFI tidak sampai ke sesetengah kawasan kerana halangan dinding konkrit yang tebal. Mungkin juga ada lokasi dalam bangunan yang menjadi blindspot kerana tidak menerima RF (radio frequency) WIFI dengan jelas atau mempunyai gangguan RF yang sangat tinggi daripada kelengkapan rumah. Tanda-tanda masalah gangguan RF ini adalah sambungan WIFI kerap terputus.

Biasanya orang guna WIFI repeater atau WIFI extender untuk menyelesaikan masalah signal WIFI tidak sampai ke zon tertentu. Tetapi masalah gangguan RF berbeza dan kita perlu gunakan satu alat yang dipanggil homeplug adapter atau powerline extender. Apakah itu homplug adapter atau powerline extender. Ia adalah sebuah alat yang menggunakan litar pendawaian tenaga elektrik bangunan sebagai sistem LAN.

Sistem ini sudah terbukti selamat kerana mempunyai ciri-ciri sekuriti seperti device pairing atau device locking. Jadi tidak mudah untuk orang-orang tertentu untuk menceroboh network bangunan anda. Selain daripada itu, kita gunakan homeplug adapter untuk mendapatkan sambungan network kualiti tertinggi yang stabil. Oleh itu saya ingin memberikan ulasan mengenai TP-LINK AV500 WIFI Powerline Extender Starter Kit.

 

300Mbps TP-LINK AV500 WIFI Starter Kit

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-01-iklanlahpercuma.com

 

Produk TP-LINK sekali lagi  menjadi pilihan saya kerana ia adalah jenama mampu milik untuk pengguna rumah. Starter Kit TP-LINK AV500 WIFI ini menyenangkan proses pemasangan kerana ia adalah satu pakej lengkap homeplug adapter atau powerline extender iaitu:

  • 1 unit TL-PA4010
  • 1 unit TL-WPA4220

TL-PA4010 adalah unit yang perlu disambungkan kepada router manakala TL-WPA4220 adalah unit yang digunakan untuk soket elektrik bilik yang hendak dibuat sambungan internet. Set ini melengkapkan litar sambungan powerline TP-LINK AV500 WIFI.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-02-iklanlahpercuma.com

 

Kelajuan data atas sistem pendawaian tenaga elektrik adalah 500Mbps manakala untuk WIFI pula adalah 300Mbps. Di belakang kotak ada diberikan jadual gambarajah perbandingan model-model salam siri TP-LINK AV500 WIFI. Apakah alat-alat model yang diperlukan mengikut senario jenis sambungan anda.

Kelebihan unik model TL-WPA4220 ini adalah kerana bilik yang bermasalah boleh mendapat sambungan internet secara wired dan wireless. Mungkin alat-alat tertentu ada tidak ada fungsi WIFI jadi unit TL-WPA4220 ada 2 port ethernet untuk digunakan. Jangan risau, jika anda memerlukan lebih daripada 2 port, boleh sahaja buat sambungan kepada network switch 8 port.

Tetapi pilihan terbaik adalah mengaktifkan sambungan WIFI jadi alat mudah alih seperti smartfon dan tablet boleh menggunakan WIFI di dalam bilik tersebut. Sambungan wired adalah lebih sesuai untuk alat yang memerlukan siaran video berkualiti HD seperti:

  • HyppTV Unifi
  • HTPC atau media player
  • IPTV seperti Skybox, Dreambox dan Rasberry Pi
  • konsol game seperti Playstation dan XBox.

Sudah semestinya siaran video berkualiti HD memerlukan sambungan terbaik iaitu 500Mbps.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-03-iklanlahpercuma.com

Setelah kotak TP-LINK AV500 WIFI di buka kita akan nampak 2 unit dalam pakej starter kit homeplug adapter. Disebelah kiri adalah 1 unit TL-WPA4220 dan yang kanan pula adalah TL-PA4010.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-04-iklanlahpercuma.com

Turut serta dalam pakej starter kit TP-LINK AV500 WIFI adalah 2 kabel RJ45, manual pemasangan untuk kedua jenis alat homeplug adapter serta CD perisian.

Sekarang kita boleh mulakan sambungan TP-LINK AV500 WIFI. Ia sangat mudah dan tidak memerlukan pemasangan perisian tambahan kecuali dalam situasi tertentu. Contohnya jika anda hendak mengubah konfigurasi WIFI SSID secara manual bagi mereka yang menggunakan WIFI router lama yang tidak ada fungsi WPS (WIFI Protected Setup).

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-05-iklanlahpercuma.com

 

Sambungkan satu kabel RJ45 ke network switch atau router anda. Saya terpaksa gunakan network switch kerana kesemua 4 port router tidak cukup di bilik server rumah.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-06-iklanlahpercuma.com

 

Nasihat TP-LINK adalah pengguna mesti pasang homeplug adapter TL-PA4010 terus pada soket elektrik. Jangan gunakan power extension kerana ia mungkin akan beri gangguan kepada fungsi homeplug adapter. Tetapi oleh kerana soket elektrik server room saya sudah habis penuh digunakan, saya cuba juga buat sambungan seperti di atas.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-07-iklanlahpercuma.com

 

Setelah kabel RJ45 disambungan ke ethernet port homeplug adapter TL-PA4010, lampu LED untuk LAN menyala menandakan ada sambungan network LAN.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-08-iklanlahpercuma.com

Sekarang kita perlu pasang pula TL-WPA4220 di bilik bermasalah atau bilik yang perlukan internet. Sekali lagi diingatkan bahawa anda kena pasang unit homeplug adapter di soket elektrik secara terus tanpa menggunakan power extension. Untuk demonstrasi ini sambungan kabel network akan terus dibuat daripada unit TL-WPA4220  ke port ethernet laptop saya.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-09-iklanlahpercuma.com

Unit homeplug adapter TL-WPA4220 yang sudah dipasang dan diaktifkan. Lampu LED akan menyala.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-10-iklanlahpercuma.com

Apabila saya kembali ke server room, saya dapati homeplug adapter TL-PA4010 sudah menyala penuh.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-11-iklanlahpercuma.com

 

Gambar zoom lampu status LED homeplug adapter TL-PA4010. Penerangan ikon status LED:

  1. LED kuasa: Homeplug sudah diaktifkan.
  2. LED homeplug: Menyala menunjukkan sudah ada litar yang lengkap untuk sistem TP-LINK AV500. Jika ia tidak menyala, anda kena pastikan sambungan homeplug adapter adalah terus ke soket. Pastikan juga bahawa bangunan anda menggunakan litar single phase dan bukan tri-phase.
  3. LED LAN: Jika tidak menyala, maknyanya tiada sambungan network. Cuba periksa kabel RJ45 anda dan pastikan ia ketat masuk dalam port ethernet. Jika ia menyala maknanya sudah ada sambungan network tetapi tiada proses pemindahan data. Lampu akan berkelip-kelip dengan rancak jika ada proses pemindahan data.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-12-iklanlahpercuma.com

 

Contoh status LED LAN menyala dalam gambar atas. Ia terus menyala kerana tiada pemindahan data dalam network. Lampu LED LAN ini akan berkelip-kelip jika ada pemindahan data. Ok kerja-kerja pemasangan sudah selesai. Tak perlu pecah kepala nak setup pun. Cucuk sahaja homeplug adapter sudah jalan.

 

Bandwith Test TP-LINK AV500 WIFI

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-13-iklanlahpercuma.com

 

Sekarang masa kita periksa pula sistem homeplug adapter TP-LINK AV500 WIFI pada komputer. Sambungan ethernet laptop saya terbukti tiada masalah dengan kelajuan 100Mbps.

 

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-14-iklanlahpercuma.com

Oleh kerana saya tidak mempunyai peralatan Gigabit network switch jadi saya tidak boleh buat LAN bandwith test untuk menyemak kelajuan sebenar produk TP-LINK AV500 WIFI samada ia boleh cecah 500Mbps seperti yang diiklankan.

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-15-iklanlahpercuma.com

Gambar di atas adalah bukti bahawa tiada masalah dengan sambungan homeplug adapter untuk sambungan TM Unifi VIP5 iaitu 5Mbps. Walaupun laptop saya mempunyai interface Gigabit tetapi router dan network switch di server room masih menggunakan 10Base-T dan kelajuan maksima adalah 100Mbps.

Saya mungkin perlu naik taraf semua peralatan network ke Gigabit memandangkan semakin banyak peralatan yang menggunakan internet. Lebih-lebih lagi jika saya ingin memindahkan HyppTV daripada bilik server room ke ruang tamu. Rugi sekarang ini tiada siapa yang tonton rancangan HyppTV. Kotak HyppTV tu jadi berhabuk begitu sahaja.

Sebelum saya terlupa, homeplug adapter TL-WPA4220 adalah juga WIFI extender. Jadi ia mempunyai SSID dan juga password. Boleh rujuk belakang homeplug adapter untuk maklumat MAC address, WIFI SSID dan juga password WIFI.

tp-link-av500-wifi-powerline-extender-16-iklanlahpercuma.com

Alamak rumah sudah ada sampai dua WLAN SSID? Malas nak ingat banyak password? Jangan risau, hanya gunakan butang WPS untuk klonkan maklumat WLAN sedia ada. Jika WIFI AP router anda tidak ada fungsi WPS, anda masih boleh buat konfigurasi secara manual menggunakan perisian yang datang dalam pakej Starter Kit.

Nantikan entri akan datang:

  • Cara Pasang TP-LINK AV500 WIFI Menggunakan WLAN SSID WIFI AP Router
  • Cara Pindahkan HyppTV Ke Ruang Tamu Daripada Server Room

Jika anda berminat dengan produk ini sila pergi ke Lazada dan cari TP-LINK AV500 WIFI Starter Kit. Percayalah, harga produk ini memang mampu milik dan berbaloi sangat.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Bahaya Jenayah Siber Webcam Hack di Malaysia

| Pengumuman | 12/08/2015

jenayah-siber-hack-webcam-meningkat-di-malaysia-iklanlahpercuma.com

Ini adalah artikel  mengenai bahaya jenayah siber webcam hack. Webcam adalah semua web camera atau IP camera dalam pasaran dan ia boleh di hack. Privasi dan hak peribadi anda mungkin sedang diceroboh sekarang.

Memang kecoh sedikit minggu ini apabila kumpulan hacker underground Anonymous Malaysia mengancam akan menyerang laman web kerajaan Malaysia. Ia mungkin tidak melibatkan anda secara langsung,  tetapi bagi kebanyakkan pengguna internet biasa, webcam hack ini boleh berlaku kepada anda.

 

Mitos Webcam Hack

Adakah webcam hack ini hanya lakonan filem-filem Hollywood?

Adakah webcam hack ini urban legend?

Adakah webcam hack ini berita palsu yang di viralkan di media sosial?

Tidak sama sekali.

Anda semua wajib tahu dan berhati-hati mengenai risiko webcam hack.

 

Insiden Webcam Hack di Malaysia

Ini adalah bukti insiden seorang pelajar kolej perempuan bernama Angel Wang yang sudah kena webcam hack.

 

mangsa-hack-webcam-malaysia-1-iklanlahpercuma.com

Tidak dinyatakan samada webcam hack menggunakan rakaman video atau rakaman gambar dalam kejadian ini. Tetapi yang sudah ternyata, kehidupan peribadi beliau sudah diceroboh dan dicemari oleh penjenayah siber.

Penjenayah siber memeras ugut wang berjumlah lebih RM10,000 agar gambar-gambar tersebut tidak diedarkan kepada awam.

mangsa-hack-webcam-malaysia-2-iklanlahpercuma.com

Walaubagaimanapun Angel Wang tidak malu mengenai kewujudan gambar-gambar tersebut dan terus membuat laporan polis. Ini adalah kerana perbuatan jenayah tersebut dilakukan tanpa pengetahuan beliau.

 

Bukti Webcam Hack

Kes webcam hack terbaru yang sedang trending  di USA adalah mangsa pelanggan Netflix.

 

netflix-webcam-hack-iklanlahpercuma.com

Tidak percaya lagi ke? Berikut adalah bukti gambar beberapa individu yang sudah diceroboh dengan trojan webcam hack. Semua mangsa dirakam tanpa pengetahuan mereka.

 

bukti-laptop-webcam-hack-iklanlahpercuma.com

Pada satu operasi Anonymous menyerang laman web Israel tahun lepas, ramai golongan buta IT yang turut serta menggunakan perisian DDOS Anonymous dihack semula oleh Israel hackers yang lebih cekap dan pakar dalam bidang ini. Muka beberapa rakyat Malaysia yang terlibat dirakam tanpa pengetahuan mereka dan diedarkan juga kepada awam.

Oleh itu jangan ambil ringan akan risiko webcam hack ini.

teknik-hack-webcam-mudah-dipelajari-iklanlahpercuma.com

Saya pasti ada banyak teknik yang canggih-manggih untuk webcam hack. Ada juga pihak yang mengajar beberapa teknik webcam hack di atas talian malah ada yang menjual teknik-teknik yang lebih hebat dan sulit.

 

Kajian Webcam Hack

Menurut satu kaji selidik yang dilakukan oleh Camtech Academy pada tahun 2012, lebih ramai lagi golongan wanita yang tidak tahu mengenai kewujudan webcam hack. Oleh sebab kurangnya kesedaran mengenai webcam hack, ramai pengguna komputer, khususnya internet mudah menjadi mangsa. Tetapi data kaji selidik ini tidak membuktikan lebih ramai mangsa adalah daripada golongan wanita. Ia cuma memberi persepsi begitu.

statistik-pengguna-mengikut-jantina-tidak-tahu-jenayah-siber-hack-webcam-iklanlahpercuma.com

Selain kurangnya kesedaran mengenai risiko webcam hack, kita perlu lihat kepada motif webcam hack. Antara motif webcam hack:

  • sifat ingin belajar dan mencuba benda baru
  • perbuatan nakal sesetengah pihak
  • jenayah siber dengan sasaran sumber kewangan melalui  peras ugut
  • sifat lelaki itu sendiri yang pervert.

Lelaki pervert akan menggunakan webcam hack ini sebagai alat memuaskan nafsu pelik mereka. Ia lebih kurang sama macam jenayah hidden cam atau spycam. Mungkin kerana ini kebanyakkan mangsa adalah kaum hawa.

Perlindungan Daripada Webcam Hack

Banyak cara anda boleh lakukan untuk melindungi diri daripada jenayah siber webcam hack. Antara cara-caranya adalah:

  • Kemaskini sistem komputer anda selalu.
  • Pasang Antivirus untuk mengesan trojan webcam hack.
  • Pasang Firewall untuk  menyekat sambungan keluar stream video atau gambar.
  • Jangan buka laman web berisiko. Pasang plugin untuk sekat laman web yang ada malware.
  • Jangan mudah buka email dengan attachment fail. Lagi-lagi daripada orang yang tidak dikenali.

Selain itu ada cara yang lebih berkesan. Jika anda tidak gunakan webcam komputer, sila Disable alat tersebut dalam Device Driver. Jika webcam ada suis, boleh padam dan cuma pasang bila perlu.

Jika anda pengguna laptop dengan webcam, sila kunci atau Disable penggunaan kamera di dalam BIOS seperti gambar dibawah supaya anda tidak akan jadi mangsa webcam hack.

disable-webcam-bios-1-iklanlahpercuma.com

Setting mungkin dikenali sebagai CMOS Camera, Webcam,  Web Camera dan lain-lain lagi mengikut versi BIOS anda.

disable-webcam-bios-2-iklanlahpercuma.com

Anda cuma perlu mengaktifkan semula jika anda memerlukan fungsi ini. Saya pasti anda bukan perlu buat panggilan Skype setiap hari pun. Jika orang tersayang jauh dan anda perlu buat perhubungan setiap hari untuk  melepaskan rindu, saya cadangkan anda buat cara berikut pula.

 

tutup-kamera-webcam-dengan-sticker-iklanlahpercuma.com

Tak nampak lagi ke? Beli sticker atau plaster dan tampal tutup lensa kamera webcam anda. Cuma buka semula bila hendak mulakan sesi Skype.

Sekarang ada sudah tahu bahaya webcam hack dan cara-cara untuk melindungi daripada menjadi mangsa. Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini kepada keluarga, kawan dan kenalan anda dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Panduan Mudah Pasang Kamera TP-LINK NC200 Dengan Smartfon

| Panduan & Tutorial | 10/08/2015

panduan-pasang-kamera-tp-link-nc200-cloud-camera-title-iklanlahpercuma.com

Ini adalah artikel susulan selepas artikel Unboxing TP-LINK NC200 Cloud Camera. Sila baca dahulu jika anda mahu. Jika anda hendak tahu cara pasang kamera TP-LINK NC200, sila teruskan baca panduan ini.

Pasang Kamera TP-LINK NC200

Kamera NC200 ini bukan sekadar kamera IP biasa, ia ada sambungan khas ke server Cloud TP-LINK. Walaubagaimanapun cara pasang kamera TP-LINK NC200 ini tidak susah. Sudah ada manual bercetak yang boleh dibuat rujukan. Tetapi bagi mereka yang belum beli, boleh tengok dahulu jika ia sesuai dengan anda. Kalau manual hilang pun boleh jadikan artikel ini sebagai manual sampingan.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-01-iklanlahpercuma.com

Ini adalah muka depan manual cara pasang kamera TP-LINK NC200 dengan menggunakan smartfon. Pemasangan kamera dengan menggunakan smartfon ini mudah sahaja.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-02-iklanlahpercuma.com

 

Sudah pasti anda kena pastikan ada sambungan internet di rumah atau premis perniagaan. Tidak kira samada anda menggunakan TM Unifi/Streamyx atau sambungan ISP lain.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-03-iklanlahpercuma.com

Kalau anda perasan saya tidak menggunakan router stok TM kerana ia adalah sangat lemah, hanya sesuai untuk sambungan sehingga 3 atau 4 client kerana built in memori router terhad. Wifi AP router TP-LINK pilihan saya semenjak saya masuk TM Unifi dahulu adalah TL-WR941ND dan firmware sudah di mod dengan OpenWRT untuk lebih banyak kuasa kawalan. Ini pun produk lama,  belum ada bajet nak upgrade lagi.

Produk ini adalah produk untuk kegunaan rumah atau pejabat kecil/SOHO oleh itu cuma ada 4 port ethernet di belakang router. Oleh itu, saya perlu buat sambungan ke switch untuk mendapat lebih banyak lagi port kosong.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-04-iklanlahpercuma.com

Ini adalah 8-port network switch yang saya gunakan, jenama CNet. Masa beli dahulu saya pilih network switch yang paling murah, asalkan boleh jalan. Saya cabut satu sambungan router dan masukkan ke network switch. Sekarang saya ada lebih banyak port kosong untuk kegunaan alat yang perlukan sambungan network.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-05-iklanlahpercuma.com

Kita mulakan sambungan dengan memasukkan power adapter dan juga kable UTP ke dalam port ethernet. Sila cucuk kepala RJ-45 sampai keluar bunyi klik untuk memastikan sambungan kemas.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-06-iklanlahpercuma.com

Apabila anda buka suis tenaga elektrik di power adapter, lampu LED kamera NC200 akan menyala. Pastikan lampu di LED network switch juga menyala untuk port mana yang digunakan.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-07-iklanlahpercuma.com

Anda perlukan perisian khas TP-LINK untuk mengakses sistem kamera NC200. Saya gunakan smartfon Android. Jika anda gunakan iOS sama ada iPhone atau iPad, caranya sama sahaja. Sila gunakan mana-mana aplikasi QR Code Reader untuk mengimbas kod QR dalam manual. Jika manual hilang, anda boleh imbas gambar kod QR di atas.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-08-iklanlahpercuma.com

Saya muat turun aplikasi QR Code Reader ini kerana kebetulan selepas saya tukar smartfon hari tu saya tidak pernah perlu gunakan QR Code Reader lagi. Boleh buat carian di Google Play atau muat mana-mana QR Code Reader yang anda fikirkan sesuai.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-09-iklanlahpercuma.com

Selepas kod QR diimbas, maka akan ada amaran bahawa aplikasi hendak membuka laman https://www.tplinkcloud.com/appdownload.php dan anda mesti benarkan.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-10-iklanlahpercuma.com

Sistem akan bertanya sekali lagi jika anda hendak benarkan default browser membuka dan memuat turun aplikasi Android tpCamera-1.3.0.apk daripada laman tadi. Sila benarkan.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-11-iklanlahpercuma.com

Sekali lagi ada amaran browser pula mengenai bahaya muat turun aplikasi Android. Selepas muat turun sila jalankan aplikasi menggunakan status muat turun atau buka directory Download dalam memori SD menggunakan File Manager.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-12-iklanlahpercuma.comAnda akan dapat mesej mengenai pemasangan aplikasi tpCamera iaitu perisian smartfon kamera TP-LINK NC200.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-13-iklanlahpercuma.com

Setelah selesai memasang aplikasi tpCamera untuk kamera NC200 anda boleh terus buka. Pastikan smartfon anda sudah akses network WLAN menggunakan WIFI.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-14-iklanlahpercuma.com

 

Sila tekan next sampai habis untuk melangkau panduan ringkas memasang kamera.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-15-iklanlahpercuma.com

 

Tekan butang Start untuk mulakan proses pemasangan.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-16-iklanlahpercuma.com

Jangan lupa pasangkan kamera di tempat yang anda hendak awasi dahulu. Saya pasang terus di cermin tingkap bilik atas untuk proses demonstrasi ini. Lihat betapa senang untuk mengunci kaki kamera di jeriji tingkap.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-17-iklanlahpercuma.com

Aplikasi tpCamera akan mengesan kamera NC200 dalam network WLAN. Akan tertera semua alamat MAC kamera dalam jaringan network WLAN anda jika anda sudah terpasang semua kamera NC200.

NOTA: Sila pastikan sekali lagi smartfon anda sudah di pasang fungsi WIFI jika kamera tidak dapat dikesan. Pastikan juga lampu LED kamera dan switch menyala.

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-18-iklanlahpercuma.com

Anda boleh ubah nama kamera jika ada lebih daripada satu dalam WLAN.

NOTA: Untuk menyenangkan proses pemasangan, sila pasang kamera TP-LINK NC200 satu per satu. Cuma buka suis untuk mana kamera NC200 yang hendak dipasang dahulu. Selepas itu berikan nama unik untuk kamera mengikut kod atau lokasi, jadi mudah sikit untuk trooubleshoot masalah atau mengesan kamera.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-19-iklanlahpercuma.com

Kini masanya untuk anda daftar satu akaun TP-LINK Cloud. Berikan satu username dan katalaluan dalam borang pendaftaran. Anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat penggunaaan aplikasi tpCamera. Selepas itu tekan butang daftar akaun untuk portal Cloud TP-LINK. Buat masa ini cuma satu akaun sahaja yang boleh mengakses kamera anda.

 

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-20-iklanlahpercuma.com

Panduan ini adalah untuk pasang kamera TP-LINK NC200 secara berwayar atau wired. Tidak perlu tekan butang “Connect camera wirelessly:”

panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-21-iklanlahpercuma.com

Anda akan terus dapat skrin paparan gambar video kamera NC200.

Fungsi atas aplikasi tpCloud:

  • Tekan ikon i di sebelah bawah kanan untuk dapatkan maklumat siaran stream video.
  • Tekan ikon 480P untuk menukar atau memilih kualiti rakaman 480P atau 240P.
  • Rakaman audio dibatalkan secara default. Tekan ikon speaker untuk mengaktifkan microfon di kamera NC200.
  • Tekan ikon kamera video untuk memulakan rakaman ke dalam memori SD anda.
  • Tekan ikon kamera untuk merakam gambar.
  • Disebelah kiri sekali adalah ikon gambar preview rakaman untuk akses storan rakaman gambar dan video.

Siaran video saya sekarang adalah dalam lingkungan 500-550KB/s bit rate dengan 15fr sesaat. Ia menghampiri masa sebenar atau real time kerana smartfon mengakses kamera NC200 menggunakan WIFI terus ke WLAN. Bit rate dan frame rate jatuh sedikit dan siaran lewat dalam 1-2 saat apabila mengakses siaran video menggunakan sambungan Telco UMobile.

Ada banyak lagi fungsi kamera ini. Sila nantikan panduan saya dalam artikel seterusnya.

Terima kasih kerana membaca panduan pasang kamera TP-LINK NC200 ini dan sila kongsikan dengan menekan butang media sosial dibawah.

Comments Off

Panduan Install Windows 10 Percuma

| Panduan & Tutorial | 01/08/2015

download-windows-10-title-iklanlahpercuma.com
Mencari panduan install Windows 10 dengan betul? Ini adalah panduan komprehensif dan lengkap.

Anda mungkin sudah dengar yang Windows 10 sudah keluar pada 29 Julai 2015 lepas. Microsoft memberikan Windows 10 percuma untuk semua pengguna Windows 7 dan Windows 8. Rugi kalau tak upgrade dalam masa 1 tahun ini. Boleh cuba Windows 10 dalam masa 30 hari, jika tak suka boleh downgrade semula, tiada masalah.

Sudah ramai orang upgrade dan memberi jaminan bahawa ini adalah operating system Microsoft yang terbaik. Jika anda belum muat turun Windows 10, sila rujuk panduan download Windows 10 dengan percuma terlebih dahulu. Jangan main muat turun daripada tempat bukan-bukan atau melalui tawaran dalam email. Anda mungkin kena scam dan PC kena peras ugut dengan trojan ransomware.

Mula Install Windows 10

Proses install Windows 10 secara naik taraf atau system upgrade ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Sebelum anda mulakan, sila pastikan:

  • Spesifikasi sistem anda sesuai. Minima CPU 1GHZ dan RAM 1GB.
  • Sediakan USB Windows 10 yang dibuat oleh Media Creation Tool sebelum ini.
  • Sambungan internet anda tiada gangguan.
  • Pengguna laptop memasang power adapter supaya tiada gangguan kehabisan bateri.

Pastikan anda sudah tutup semua aplikasi yang terbuka dan save semua fail kerja. Proses install Windows 10 ini memerlukan sistem restart beberapa kali. Anda tidak perlu boot thumbdrive tersebut. Ini bukan proses clean install tetapi proses upgrade kepada Windows 10.

Sila buka thumbdrive dan run setup.exe untuk mula install Windows 10 sebagai system upgrade.

install-windows-10-step01-iklanlahpercuma.com

Anda akan dapat satu skrin dimana Windows menyediakan PC anda untuk proses naik taraf.

install-windows-10-step02-iklanlahpercuma.com

Anda akan dapat satu skrin seperti di bawah dimana anda perlu download dan install kesemua update terbaru untuk sistem seperti driver perkakasan PC. Pengguna Nvidia digalakkan melakukan pilihan nombor 1 kerana maalah driver sebelum ini. Hanya pilih “Not right now” jika anda betul-betul pasti tidak perlu.

install-windows-10-step03-iklanlahpercuma.com

Setelah proses selesai muat turun semua driver anda akan terus dapat dua kemungkinan.

install-windows-10-step04-iklanlahpercuma.com

Product Key Windows

Jika product key anda tidak sesuai dengan ISO Windows 10 yang dimuat turun sebelum ini, Windows akan minta anda masukkan product key lain. Sila gunakan perisian ProduKey untuk mencari product key sistem sedia ada.

install-windows-10-step05-iklanlahpercuma.com

Semak senarai product key untuk Windows dan right click untuk copy product key.

install-windows-10-step06-iklanlahpercuma.com

Selepas salin product key sistem sedia ada, anda boleh buka semula skrin sebelum ini.

install-windows-10-step07-iklanlahpercuma.com

Masukkan product key tersebut. Windows akan buat semakkan dengan pengkalan data Microsoft. Pastikan sambungan internet anda tiada masalah untuk proses ini.

install-windows-10-step08-iklanlahpercuma.com

Jika product key yang anda masukkan tidak betul atau versi Windows ISO tidak sama dengan versi Windows sistem asal PC maka product key yang dimasukkan akan ditolak.

Jika anda pasti product key itu betul maka anda sudah muat turun versi ISO yang salah. Anda ada pilihan untuk download semula versi ISO Windows 10 yang betul. Sila rujuk panduan download Windows 10 sebelum ini.

install-windows-10-step09-iklanlahpercuma.com

Jika semua ok, maka anda akan dapat skrin Microsoft Software License Terms. Ia merupakan surat perjanjian penggunaan perisian Microsoft ini. Sila baca betul-betul, jangan tak baca pula. Jika anda setuju boleh klik butang Setuju.

install-windows-10-step10-iklanlahpercuma.com

Selepas itu Windows akan membuatkan semakan kemaskini terbaru lagi. Sabar sahajalah dengan semua proses semakkan ini.

install-windows-10-step11-iklanlahpercuma.com

Sekali lagi Windows akan memastikan sistem anda sudah sedia untuk pemasangan. Kena tunggu lagi.

install-windows-10-step12-iklanlahpercuma.com

Akhirnya baru ada skrin untuk memulakan proses pemasangan. Sistem saya sebelum ini adalah Windows 8.1 Single Language jadi saya perlu gunakan Windows 10 Home Single Language. Harap maklum bahawa Architecture 64-bit memerlukan minima 2GB RAM.

Pastikan anda buat pilihan simpan semua fail dan aplikasi lama. Jangan tekan pautan tukar jika tidak perlu. Lepas itu tekan butang Install. Sistem akan restart.

install-windows-10-step13-iklanlahpercuma.com

Sekarang anda boleh rehat. Sistem akan terus install tanpa memerlukan sebarang tindakan susulan daripada pengguna. Nak layan TV atau Astro pun boleh, silakan. Masa anggaran adalah lebih kurnag sejam sehingga selesai.

install-windows-10-step14-iklanlahpercuma.com

Proses sistem akan terus install sehingga selesai.

install-windows-10-step15-iklanlahpercuma.com

Bila sudah selesai anda akan dapat skrin login ke Windows. Sila gunakan akaun anda yang dahulu.

Minta maaf, beberapa skrin selepas ini rosak dalam proses jadi saya tidak dapat sertakan. Windows 10 akan meminta anda memilih untuk konfigurasi secara automatik atau manual. Jika anda tidak pasti apa nak buat, boleh teruskan dengan pilihan automatik. Ini kerana semua konfigurasi boleh ditukar di Settings kemudian jika perlu.

Saya memilih untuk membuat konfigurasi secara manual dan disable semua pilihan untuk berkongsi maklumat dengan Microsoft dan pengguna lain. Saya memang paranoid.

Tahniah! Sekarang sudah selesai proses install Windows 10 secara percuma.

install-windows-10-step-selesai-iklanlahpercuma.com

Sistem Windows 10 lebih selesa kerana UI (user interface) dia sama seperti Windows 7 sebelum ini dengan beberapa kemaskini terbaru dan terbaik.

Terima kasih kerana membaca panduan install Windows 10 ini. Sila kongsikan dengan klik butang media sosial di bawah.

Comments Off

Panduan Download Windows 10 Percuma

| Panduan & Tutorial | 31/07/2015

download-windows-10-title-iklanlahpercuma.com

Microsoft baru lancarkan Windows 10 pada 29 Julai 2015 yang lepas. Mana yang sudah daftar awal mungkin sudah terima jemputan khas untuk muat turun atau download Windows 10.

Operating System Windows 10 ini adalah percuma dalam masa 1 tahun ini jadi rugi  kalau anda tidak ambil peluang baik ini untuk upgrade. Tetapi bukan semua versi Windows boleh upgrade dengan percuma. Ia cuma percuma untuk mereka yang menggunakan Windows 7 dan Windows 8 sebelum ini.

Mana yang guna versi Windows cetak rompak boleh terus gunakan versi cetak rompak atau beralih kepada versi Windows yang baru ini. Berikut adalah jadual versi Windows yang boleh upgrade secara percuma.

download-windows-10-step00-iklanlahpercuma.com

Pastikan anda muat turun versi yang betul. Jangan jadi macam saya. Cubaan pertama saya gagal install kerana saya download versi Windows 10 Pro tetapi versi operating system asal atas laptop cuma Windows 8.1 Single Language.

Jadi saya cuma boleh upgrade kepada versi Windows 10 Home Single Language. Jika saya hendak upgrade ke versi Pro saya perlu buat bayaran.

Bagaimana untuk pastikan versi Windows sedia ada anda?

  • Semak Control Panel> System and Security> System> Windows Edition
  • Guna perisian Piriform Speccy
  • Guna perisian Belarc Advisor

Windows 8.1 OEM biasanya gunakan version Windows 8.1 Single Language jadi kita kena buat pilihan Windows 10 Home Single Language juga.

download-windows-10-step01-iklanlahpercuma.com

Sila pergi ke www.microsoft.com/en-us/windows/windows-10-upgrade untuk muat turun versi Windows 10 pilihan anda.

download-windows-10-step02-iklanlahpercuma.com

Anda akan muat turun satu perisian semakan dan penyediaan sistem seperti diatas. Sila save  file MediaCreationToolx64.exe bersaiz 18.7MB dan lancarkan.

download-windows-10-step03-iklanlahpercuma.com

Anda boleh pilih untuk terus “Upgrade this PC now” atau “Create installation media for another PC“. Saya buat pilihan kedua kerana saya mempunyai beberapa PC untuk di upgrade. Satu laptop Windows 8.1 dan satu PC Windows 7 Home Premium.

OS Windows 8.1 adalah OEM manakala Windows 7 Home Premium adalah versi retail.  Netbook saya pula di install dengan Linux untuk kerja-kerja troubleshooting network dan pentest. Saya tidak guna perisian cetak rompak dan saya tidak galakkan anda guna juga.

download-windows-10-step04-iklanlahpercuma.com

Cubaan pertama saya muat turun adalah versi Windows 10 Pro. Ia sememangnya gagal apabila Windows tidak mengiktiraf product key laptop Dell saya. Saya ingatkan pada asalnya versi Windows 8 saya adalah Profesional tetapi ia ternyata salah.

download-windows-10-step04B-iklanlahpercuma.com

Cubaan muat turun kali kedua dan ketiga saya juga gagal juga. Ini mungkin kerana saya cuba download kedua jenis architecture 32bit dan 64 bit. Selepas cubaan kedua saya gagal, saya format thumbdrive sekali lagi tetapi sebenarnya tiada masalah dengan thumbdrive saya.

Jadi pada kali keempat saya cuma muat turun versi 64 bit sahaja dengan harapan ia berjaya.

download-windows-10-step05-iklanlahpercuma.com

Anda perlu memilih untuk  muat turun ke “USB flash drive” atau sebagai “Iso file“. Saya masih ada bertimbun DVD kosong  tetapi sudah bertahun saya tidak burn DVD. Jadi saya memang pilih untuk download Windows 10 ke thumbdrive.

download-windows-10-step06-iklanlahpercuma.com

Media Creation Wizard Windows 10 memberi amaran semua file dalam USB drive akan dipadam.

download-windows-10-step07-iklanlahpercuma.com

Memang makan masa berejam lamanya untuk download Windows 10. Berjanggut jugalah orang kata. Saya siap boleh makan minum dan terlelap sekejap.

download-windows-10-step08-iklanlahpercuma.com

Lepas itu proses muat turun berjaya. Tetapi skrin ini adalah masa saya download Windows 10 Pro. Kerja sia-sia kerana versi ini tidak boleh guna untuk kesemua PC saya.

download-windows-10-step09-iklanlahpercuma.com

Cubaan kedua dan ketiga download Windows 10 memberikan mesej error yang paling lawak dalam sejarah Microsoft. Mungkin juga sejarah dunia perisian.

Sesuatu telah terjadi. Apa yang terjadi? Ada sesuatu. Sesuatu? Sesuatu yang rahsia. Memang sungguh lawak mesej error Windows 10 ini.

Mesej error Something happened ini sedang trending di internet seluruh dunia.

download-windows-10-step10-iklanlahpercuma.com

Saya masih sedang download Windows 10 Home sekarang ini.

Doakan saya berjaya kali ini ya. Saya doakan anda berjaya juga.

Nantikan panduan install Windows 10 saya selepas ini.

Terima kasih kerana baca artikel panduan download Windows 10 Percuma ini dan sila kongsikan dengan klik butang media sosial di bawah.

Comments Off

Cara Format Thumbdrive Kepada Filesystem Asal

| Panduan & Tutorial | 31/07/2015

cara-format-thumbdrive-kepada-filesystem-asal-title-iklanlahpercuma.com

Ini adalah panduan format thumbdrive kepada filesystem asal. Panduan ini juga boleh digunakan untuk:

  • pendrive
  • flashdrive
  • flash memory
  • USB stick
  • SDHC
  • micro SDHC

Ada banyak sebab kenapa ada perlu format cara ini. Thumbdrive asal mungkin telah di format ke FAT16, FAT32, NTFS atau Linux filesystem untuk kerja-kerja tertentu. Anda mungkin hendak masukkan fail besar jadi anda perlu formatkan thumbdrive kepada filesystem NTFS. Mungkin juga SD memori yang digunakan untuk telefon mahu digunakan semula untuk Digicam. Jadi kita perlu format kepada bentuk filesystem asal.

Kebetulan hari ini saya hendak download Windows 10 percuma ke thumbdrive sebelum saya upgrade laptop. Laman Microsoft memberi notis kepada saya supaya menyediakan thumbdrive dengan saiz sekurang-kurangnya 3GB. Saya cari dan jumpa thumbdrive lama dengan label saiz 4GB tetapi bila buka properties cuma ada 2GB sahaja. Mungkin saya ada gunakan untuk install Linux pada satu masa dahulu.

cara-format-thumbdrive-kepada-filesystem-asal-01-iklanlahpercuma.com

Sila pergi ke muat turun perisian khas ini bernama SD Card Formatter. Lepas install sila lancarkan perisian SDFormatter untuk format thumbdrive anda.

 

cara-format-thumbdrive-kepada-filesystem-asal-02-iklanlahpercuma.com

Pilih Option> Format Type: Full (Erase) dan Format Size Adjustment On seperti skrin bawah.

 

cara-format-thumbdrive-kepada-filesystem-asal-03-iklanlahpercuma.com

Selepas itu tekan OK.

cara-format-thumbdrive-kepada-filesystem-asal-04-iklanlahpercuma.com

Thumbdrive anda akan diformat dengan pantas dan filesystem serta saiz asal drive akan kembali.

 

cara-format-thumbdrive-kepada-filesystem-asal-05-iklanlahpercuma.com

Semakan properties di Windows Explorer membuktikan proses format thumbdrive ini berjaya.

Sekarang saya boleh teruskan dengan proses download Windows 10 dan install Windows 10.

Terima kasih kerana membaca. Sila tekan butang media sosial dibawah untuk kongsikan artikel ini.

Comments Off

Cara Bersihkan Virus Blog (Bahagian 2)

| Panduan & Tutorial | 30/06/2015

cara-bersihkan-virus-blog-iklanlahpercuma

Cara Bersihkan Virus Blog

Ini adalah artikel bahagian 2 sambungan daripada artikel Cara Kesan Virus Blog.

Blog anda ada tanda-tanda sudah dijangkiti malware. Bagaimana cara untuk membersihkan virus atau malware pada blog anda. Bagaimana jika anda sudah kesan virus tersebut? Maksud saya, ada sudah tahu blog anda sudah dijangkiti virus. Minta maaf, servis-servis percuma pengesan virus yang disebut dalam artikel sebelum ini hanya servis percuma dan tidak mampu untuk membersihkan blog anda. Berita buruk untuk anda, tiada software percuma dan cara mudah untuk membersihkan blog anda. Saya sudah nampak semua muka kecewa para bloggers sekalian.

Jangan bimbang, buat apa saya tulis artikel ini jika saya tiada niat untuk tolong anda. Saya berikan anda sedikit tips untuk cara bersihkan virus blog tetapi ia memerlukan sedikit kemahiran admin untuk sistem CMS (content management  system) yang anda guna samada WordPress, Joomla, Blogspot ataupun apa-apa jenis pakej CMS lain.

Tips Bersihkan Virus Blog

Tips atau cara bersihkan virus blog ini tidak halus. Ia lebih kepada kategori kasar doktor-doktor zaman perang dunia kedua dahulu. Kalau kaki kena tembak, kita potong terus kaki agar penyakit tidak melarat. Jika anda memerlukan khidmat pakar bolehlah hubungi dan techie kami akan memberikan anda sebutharga untuk kerja-kerja membaikpulih.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk bersihkan virus blog sendiri:

  1. Buang custom template yang sudah dipasang dan gantikannya dengan template default.
  2. Buang plugin dan widget yang sudah dipasang. Jika ia bukan satu benda wajib atau tidak perlu jangan pasang langsung. Blog lagi selamat dan akan load lebih laju.
  3. Jika virus blog sudah masuk dalam kod atau pengkalan data anda. Memang anda kena kosongkan pengkalan data dan overwrite kod lama dengan kod baru yang dimuat turun daripada pembekal yang sah.
  4. Jangan gunakan file backup anda melainkan anda sudah betul-betul pasti ia selamat dan backup dilakukan sebelum blog anda dijangkiti. Jika anda ada sedikit pun perasaan was-was jangan gunakan backup!

Bukti Blogger Malaysia Kena Virus Blog

Ramai yang yakin mereka selamat kerana tidak menggunakan WordPress dan Joomla. Mereka semua percaya dan ingat mereka tidak mungkin akan dijangkiti oleh virus blog. Semakan saya secara rawak sangat mencemaskan kerana hampir 1/4 blogger di PingJe dan Busuk/Babab sudah dijangkiti virus blog dan mereka semua menggunakan khidmat Blogspot.

Ini adalah salah seorang blogger yang mengaku dijangkiti virus blog pada tahun 2015.

blog-masuk-virus-lagi-iklanlahpercuma

Blogger ini minta maaf kepada para pelawat dan pembaca kerana mereka dijamu dengan gambar-gambar lucah iaitu payload virus blog yang nakal. Gambar-gambar nakal ini bukan sahaja memberikan sumber kewangan kepada para hacker tetapi mungkin mengandungi trojan jpeg menjangkiti PC pelawat yang muat turun  gambar-gambar berkenaan.

Saya sudah terangkan dalam artikel bahagian 1 sebelum ini bahawa blog anda yang dijangkiti virus atau malware ini akan menghadapi masalah SEO yang drastik. Ini adalah bukti dan pengakuan blogger itu sendiri. Virus blog menyebabkan pageviews blog  beliau turun. Cuba tengok graf tersebut, macam nilai matawang ringgit yang jatuh menjunam. Cuba bayangkan sudah berapa banyak wang komisen beliau hilang jika beliau mempromosi Google Adsense atau Nuffnang.

virus-blog-sebabkan-pageview-turun-iklanlahpercuma

Bertindak sekarang sebelum anda juga terkena. Sekali lagi, sila hubungi saya di untuk servis membersihkan blog anda. Servis ini bukan sahaja membersihkan bloganda tetapi  membuang backdoor pintu yangdigunakan hacker untuk masuk. Jika anda sudah terkena jangkitan virus blog, maknanya si pencuri sudah jumpa lubang untuk masuk ke dalam rumah anda. Tuan rumah sahaja yang tidak tahu ikut mana sang pencuri masuk.

Panduan Untuk Elak Jangkitan Virus Blog

Bagaimana untuk elak daripada dijangkiti virus atau malware blog ini?

  1. Sentiasa kemaskini sistem blog anda. Kod sistem yang lama mudah untuk dieksploit oleh hacker.
  2. Hadkan atau sekat terus komen pelawat (menjadi paranoid lebih selamat)
  3. Jangan guna premium blog template “versi lanun” yang dikongsi di forum, blog atau portal torrent. Niat kawan-kawan untuk berkongsi  barang percuma sudah dieksploitasi oleh hacker.
  4. Berwaspada apabila menggunakan blog template percuma. Hacker memang pandai bermain dengan psikologi mangsa. Sasaran utama mereka adalah blogger yang kedekut. Kod malware susah dikesan dengan mata kasar kerana hacker menggunakan crypto dan memanggil kod daripada rangkaian luar.
  5. Hati-hati apabila memasang widget atau plugin percuma. Hanya install widget atau plugin daripada sumber yang boleh dipercayai. Walaupun ia mendapat ulasan baik komuniti pengguna, mungkin semua pengguna masih tidak tahu bahawa masing-masing sudah menjadi mangsa. Para hacker mungkin sudah masukkan trojan dalam widget atau plugin percuma tersebut.

Banyak webmaster yang berpengalaman pun sudah menjadi mangsa virus blog ini. Kehebatan kung foo hacker China, Rusia dan Indonesia jangan dipandang remeh. Saya takut betul dengan mereka ini. Jika anda cuma seorang blogger yang buta IT lagi mudah untuk dieksploitasi oleh mereka.

soak-soak-malware-iklanlahpercuma

Anda harus terima hakikat bahawa virus blog atau malware ini sentiasa akan wujud dalam dunia internet. Virus blog lama masih kekal dan akan muncul virus baru setiap hari. Kalau tak percaya,  sila lihat senarai serangan virus blog terbaru pada hari ini. Anda boleh rujuk sendiri serangan malware di laman web Sophos. Saya bukan bertujuan untuk mencemaskan anda semua tetapi inilah realiti dunia internet. Mana tempat  boleh cari dan buat duit, dekat situ  sang pencuri akan kerumun.

sophos-malware-threat-iklanlahpercuma

Teknologi untuk membersihkan virus blog sudah ada tetapi ia tidak percuma dan ada harga yang mesti dibayar untuk mendapat perlindungan. Saya tahu, soal keselamatan komputer dan blog adalah benda terakhir yang anda mahu ada dalam belanjawan tahunan anda tetapi jika blog anda merupakan mesin jana wang sampingan atau utama anda, sila lakukan pengiraan sendiri kos perlindungan lawan jumlah wang yang bakal anda rugi jika blog anda hilang keupayaan untuk menjana wang.

Oleh itu sila gunakan servis berbayar untuk melindungi blog dan laman web anda. Antara servis yang saya cadangkan anda ambil:

PILIHAN 1 SiteGuarding

siteguarding-iklanlahpercuma

Servis SiteGuarding menawarkan perlindungan yang standard dan bajet untuk blog peribadi anda. Ia lengkap dengan khidmat:

  • pengesanan malware (virus blog)
  • pengesanan website blacklist
  • pengesanan injected spam
  • pengesanan defacement hacker (grafiti blog)
  • website firewall

Berapakah kos anda?

Antivirus PRO Standard
Bayaran bulanan 4.95 USD/domain iaitu RM19.00 (RM228 setahun)
Bayaran setahun 29.95 USD/domain iaitu RM113.00 (diskaun 50%, penjimatan RM115)

* kiraan dibuat berdasarkan tukaran mata wang asing pada 30/6/2015. Apabila nilai RM kembali pulih, bayaran langganan servis ini akan menjadi lebih murah untuk anda.

Anda juga boleh cuba dahulu servis SiteGuarding secara percuma selama 14 hari. Tetapi jika pendapatan blog anda lebih banyak daripada RM10 sebulan, amatlah digalakkan anda mengambil servis SiteGuarding secepat mungkin.

PILIHAN 2 Sucuri

sucuri-iklanlahpercuma

Servis Sucuri menawarkan perlindungan premium untuk blog anda. Ia lengkap dengan khidmat:

  • pengesanan malware (virus blog) dan pembersihan dalam masa 12 jam
  • pengesanan website blacklist setiap 12 jam
  • website firewall 24/7
  • perlindungan DDOS

Berapakah kos anda?

Pakej 2-in-1 Website Antivirus + Website Firewall Basic
Bayaran setahun 199.99 USD/domain iaitu RM755.00

* kiraan dibuat berdasarkan tukaran mata wang asing pada 30/6/2015. Apabila nilai RM kembali pulih, bayaran langganan servis ini akan menjadi lebih murah untuk anda.

Servis Sucuri memang terkenal dalam industri ini kerana jaminan keselamatan mereka. Jika anda menjalankan perniagaan jual beli e-Dagang dengan konsep blogshop ataupun pendapatan blog anda lebih daripada RM60 sebulan amatlah wajar anda mengambil servis Sucuri secepat mungkin. Anda juga dilindungi daripada serangan jahat DDOS hacker atau pesaing perniagaan.

Penutup

Akhir kata berhati-hati di jalanraya siber. Dunia internet ini penuh pancaroba. Semoga blog anda selamat mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Terima kasih kerana membaca. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan blogger anda dengan menggunakan butang media sosial dibawah. Jangan lupa guna khidmat pengiklanan percuma disini untuk promosikan blog anda dengan backlink percuma. Sila maklum bahawa saya akan buang backlink jika blog anda ada virus blog bagi mengelakkan penalti daripada Google.

Jemput datang lagi.

Comments Off

Cara Kesan Virus Blog (Bahagian 1)

| Panduan & Tutorial | 30/06/2015

kesan-virus-blog-malware-alert-iklanlahpercuma Berwaspada Blogger Semua

Anda seorang blogger? Mesti banyak tenaga dan masa anda sudah laburkan pada blog kesayangan anda. Ia mungkin merupakan sumber pendapatan anda yang kedua jika anda ada day job dan pertama jika anda merupakan blogger sepenuh masa.

Anda juga mungkin hanya seorang blogger hobbyist dan kadang kala kemaskini blog apabila ada perkembangan terbaru.

Ini semua tidak dapat menghalang anda daripada dijangkiti virus!

Betul Ke Ada Virus Di Blog

Ingatkan komputer dan laptop sahaja boleh kena virus. Blog pun boleh kena virus! Susah nak percaya? Blog juga dipasang dan berjalan atas kuasa komputer pelayan. Jadi tidak mustahil blog anda juga boleh kena hack dan dijangkiti virus.

Virus untuk blog kebiasaannya dipanggil malware, singkatan untuk malicious software. Antara malware yang boleh jangkiti blog anda:

  • Pharma Hacks – Spam yang di inject terus kepada kod atau database blog anda. Kebiasaan hacker mensasarkan blog WordPress dan Joomla yang mempunyai pengkalan data. Blog anda akan menjadi host kepada iklan-iklan sampah hackers. Antara spam pharma hacks yang terkenal adalah iklan muat turun servis premium ringtone atau antivirus palsu.
  • Backdoors – Jika lokasi server dimana blog anda dihost adalah strategik, hacker akan memasang backdoor dan menjadikan server blog anda batu loncatan atau rumah tumpangan untuk melakukan serangan. Hackers dengan mudah dapat akses shell, ftp atau control panel admin.
  • Drive by Downloads – Blog anda akan menjadi pekerja tanpa rela mengedarkan payload trojan kepada semua pelawat blog. Ada kalanya mesej pop-up ini akan muncul seakan blog anda yang mempromosi aplikasi mudah alih, software atau ebook tertentu tetapi apabila pelawat muat turun, mereka turut membenarkan blog anda memasang virus di komputer mereka.
  • Malicious Redirects/Pingbacks/Backlinks – Ini adalah antara taktik paling usang tetapi masih digunapakai oleh hacker tertentu untuk menjana trafik kepada laman web tertentu. Kumpulan hacker ini lebih terkenal sebagai internet markerter blackhat. Mereka mampu menjual trafik untuk SEO berdasarkan negara kerana mereka sudah menguasai beratus hingga beribu blog dalam rangkaian botnet mereka.
  • Phishing – Ini juga antara taktik usang yang masih laku. Hacker mengumpul data pelawat anda dan akan menjual database ini kepada bakal pelanggan yang ingin melakukan spam email atau whatsapp.

Nampak tak berapa banyak jenis hack yang mampu dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini. Pakar yang sanggup mengeksploitasi kepakaran mereka untuk tujuan jahat. Bukan senang nak kesan virus blog ini jika kerja dilakukan oleh pakar.

Jika anda membiarkan blog anda terus dijangkiti, anda bukan sahaja bersubahat dengan kumpulan hacker ini malah blog anda juga akan kena sekat dan blacklist. Ya, kebanyakkan Antivirus akan sekat blog kesayangan anda daripada dilawati. Pelawat yang memasang Antivirus tidak akan dapat membuka laman blog anda. Buat apa saya nak lawat blog yang ada virus?

avast-iklanlahpercuma

Google sendiri akan blacklist blog anda jika ia kesan virus blog semasa googlebot spider blog anda. Google salahkan blogger sebagai  tuan punya blog kerana membiarkan blog terus dijangkiti virus. Blog yang kena blacklist bukan mudah untuk di unblock. Alamat blog anda akan diedarkan ke dalam semua database blacklist dan spam list.

Anda perlu buat banyak benda rumit bagi membuktikan blog anda bebas virus blog dan tidak akan dijangkiti virus pada masa hadapan. Berurusan dengan techie Google bukan mudah. Proses ini sangat lambat dan leceh. Anda boleh hubungi saya di  jika blog anda kena blacklist untuk servis berbayar menyelesaikan masalah anda. Jangan risau, saya kenakan caj yang berpatutan.

 

google-blocked-iklanlahpercuma

Jika Google blacklist anda maka browser Chrome juga akan sekat semua pelawat anda. Pengguna Crome adalah dalam carta nombor satu pengguna internet.

chrome-block-iklanlahpercuma

Anda rugi yang amat besar jika trafik tinggi yang anda terima selama ini sudah disekat. Penat lelah kerja mempromosi dan mengemaskini blog anda dengan posting terbaru menjadi sia-sia.

Jika anda merupakan seorang Internet Marketer anda harus peka akan hal ini. Jika blog-blog Tier-2 anda semua dijangkiti virus blog ini, maka blog Tier-1 dan Money Site anda akan bermasalah. Kempen SEO anda akan rosak. Google amat tidak suka dengan blog yang dijangkiti malware. Jika terlampau banyak blog dengan malware yang memberi backlinks TF dan CF negatif kepada blog utama anda, maka PR anda juga akan jatuh.

Servis Scan Kesan Virus Blog

Bagaimana caranya untuk mengetahui blog anda sudah dijangkiti virus atau malware ini? Ia amat mudah dan ada servis percuma untuk mengesan malware. Tida perlu buat apa-apa bayaran pun. Tetapi anda harus ingat bahawa servis percuma ini tidak sama dengan servis berbayar. Banyak virus strain yang tidak dapat dikesan dengan servis percuma.

Ini adalah modus operandi sama yang digunapakai syarikat Antivirus PC. Jika mereka beri semua dengan percuma, bangaimana mereka hendak buat duit. Ia adalah satu bisnes dan bukan kerja kebajikan. Sila pergi ke salah satu servis percuma dibawah untuk membuat pengesanan virus blog:

Kenapa saya cadangkan kedua servis di atas? Ia adalah servis dimana satu pengesanan akan dilakukan menggunakan banyak servis-servis dan database virus syarikat lain. Jadi anda tidak perlu melawat setiap satu servis yang ada di internet.

Perhatikan saya menggunakan contoh satu blog rakan kita di Malaysia. Pengesanan virus di blog beliau dapat dikesan oleh BitDefender dan juga AutoShun. Yang pasti Avast menghalang saya daripada membuka blog tersebut. Jangan terkejut jika khidmat pengesan percuma ini tidak dapat mengesan virus dalam blog anda. Ia mungkin menggunakan database virus yang lama dan tidak lengkap seperti database virus yang berbayar. Oleh itu jika ada blog follower yang mengadu tidak boleh akses blog anda, sila lakukan sesuatu.

Bagaimana pula dengan cara membersihkan virus blog ini? Sila tunggu bahagian 2 siri Virus Blog iaitu Cara Bersihkan Virus Blog.

Terima kasih kerana membaca. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan blogger anda dengan menggunakan butang media sosial dibawah. Jangan lupa guna khidmat pengiklanan percuma disini untuk promosikan blog anda dengan backlink percuma. Sila maklum bahawa saya akan buang backlink jika blog anda ada virus blog bagi mengelakkan penalti daripada Google.

Jemput datang lagi.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online