Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Pengalaman Beli Barang di 11street Malaysia

| Panduan & Tutorial | 06/08/2015

pengalaman-beli-barang-di-11street-malaysia-iklanlahpercuma.com

Pernah beli barang di 11street Malaysia?

Adakah anda seorang shopoholic Blogger 11street Malaysia macam saya?

Ini adalah pengalaman saya beli barang di 11street Malaysia. Sedikit sebanyak ia adalah panduan atau cara membeli dengan betul di 11street Malaysia. Anda boleh jadikan ini rujukan sebelum membeli-belah di 11street jika mahu.

Bukan semua kedai e-dagang sama. Saya jamin pengalaman anda beli barang di 11street malaysia ini sangat memuaskan kerana user interface 11street sangat kemas, bersih dan teratur. Anda pasti suka punya.

Jika anda belum daftar, dinasihatkan anda daftar satu akaun 11street Malayia dahulu. Kenapa? Tawaran dan promosi akan dihantar ke alamat email anda. Inilah rahsia bagaimana harga barang jadi lebih murah di 11street Malaysia. Penggunaan dua kod kupon serentak untuk satu transaksi pembelian. Saya berjaya kumpul 2 kupon diskaun ini:

  • Bonus Coupon 11% Off untuk CIMB Bank
  • Shipping Fee Coupon (RM7.00)

Bagaimana nak ambil kupon-kupon istimewa ini? Anda perlu login ke dalam akaun pembeli dahulu.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step01-iklanlahpercuma.com

Kupon bukan berupa kod tetapi anda perlu klik pautan tawaran dalam email atau laman web untuk muat turun kupon ke dalam akaun pembeli. Penebusan akan dibuat masa proses pembayaran kad kredit. Sila baca betul-betul  terma dan syarat kupon kerana biasanya kupon tidak kekal dalam akaun anda. Ia mungkin lupus selepas 7 hari dan sebagainya. Setelah anda ambil kupon digital 11street Malaysia, baru boleh mulakan proses belian barang.

Sila buat carian produk menggunakan ruang carian 11street Malaysia. Saya nak beli “xiaomi piston v3″. Apa benda ini? Ia adalah earphone mampu milik untuk kegunaan harian. Saya bukanlah seorang audiophile jadi ia memadai dengan keperluan harian saya. Produk ini juga baru keluar pasaran awal tahun ini.shop-11street-xiaomi-piston-v3-step02-iklanlahpercuma.com

Memang semak sikit nak cari satu persatu barang selepas senarai carian keluar,  jadi saya gunakan filter “Price: low to high” untuk menyenangkan proses pemilihan produk. Saya hanya mahu lihat produk dengan harga murah sahaja.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step03-iklanlahpercuma.com

Selepas itu senarai produk 11street Malaysia akan disusun semula mengikut filter yang kita telah pilih. Sila lihat contoh senarai di bawah. Sebelum beli barang sudah pasti kita mesti buat sedikit bacaan mengenai produk. Orang kata kaji selidik. Jangan main hentam sahaja nak beli. Itu yang senang kena tipu atau tertipu kerana kurang ilmu. Salah sendiri, bukan salah sesiapa pun.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step04-iklanlahpercuma.com

Berdasarkan senarai atas, memang ada satu produk dengan harga murah RM46. Bagi mereka yang gelojoh akan terus pilih dan akan menyesal bila barang sampai. Kenapa? Perhatikan betul-betul tajuk katalog produk. Ia adalah produk “Youth Edition”. Walaupun model produk sama iaitu Xiaomi Piston V3 tetapi ia adalah variasi khas untuk kanak-kanak.

Selepas itu jika anda perhatikan betul-betul senarai iklan yang nombor empat tu, produk adalah warna emas dan bentuk lain, ia bukan piston v3. Ini adalah model terdahulu iaitu piston v2, jadi iklan ini agak meragukan kerana gambar produk lain daripada tajuk katalog. Harga pun lagi mahal jadi saya abaikan sahaja.

Tinggal dua pilihan penjual sekarang. Saya buat pilihan penjual nombor tiga kerana ia mempunyai ulasan yang diberikan oleh empat orang pelanggan walaupun harganya lebih mahal 90sen berbanding penjual nombor dua.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step05-iklanlahpercuma.com

Jika anda klik pada produk maka akan tersenarai katalog penuh produk. Boleh buat semakan jika produk yang anda hendak beli ada variasi warna dan sebagainya.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step06-iklanlahpercuma.com

Yang paling penting bagi saya adalah untuk menyemak maklumat penjual 11street Malaysia. Nama penjual produk ini adalah Laterics dan alamat penjual serta alamat pemulangan atau penukaran barang adalah di Kuala Lumpur, jadi tidak jauh daripada rumah saya. Kalau jadi apa-apa, saya tidak perlu berhabis beratus ringgit untuk mencari kedai penjual.

Selain itu penjual ini sudah mendapat rating 11street Malaysia “Power Seller” dengan kepuassan pelanggan 99%. Ia menjadikan saya lebih yakin untuk membeli produk ini. Shopoholic Blogger 11street seperti saya pun perlu buat pengesahan penjual untuk keyakinan dan kepuasan membeli-belah daripada A sampai Z iaitu sehingga kita terima barang.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step07-iklanlahpercuma.com

Kita perlu baca semua ulasan pelanggan untuk produk ini. Ok semua pelanggan puas hati. Seorang sahaja yang tidak puas hati kerana khidmat PosLaju lambat. Saya rasa itu bukan salah penjual. Sekarang anda boleh terus tekan butang merah “Buy Now”.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step08-iklanlahpercuma.com

Bila masuk dalam bahagian “Order/Payment” akan ada paparan borang yang panjang sampai ke bawah. Mula-mula kita masukkan maklumat penerima.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step09-iklanlahpercuma.com

Selepas itu, ini adalah bahagian paling penting jika anda sayang duit. Pastikan jumlah kupon digital ada kerana jika jumlahnya adalah sifar, maknanya tiada kupon dalam akaun pembeli. Sila tutup borang ini dan download semula kupon anda. Jangan biarkan borang ini terbuka kerana sistem tidak berhubung dan tidak akan kemaskini secara automatik. Anda perlu mulakan semula proses belian supaya kupon digital sudah dikemaskini dalam akaun pembeli.

Gunakan butang “Apply Coupon” untuk menebus tawaran anda. Bila ada popup window, sila buat pilihan kupon yang berkenaan. Kalau ada lebih daripada satu, boleh pilih mana yang ada penjimatan lebih. Sila ingat bahawa semua kupon ada syarat-syarat tertentu. Contohnya kupon untuk produk kesihatan dan kecantikan tidak boleh digunakan untuk produk gajet.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step10-iklanlahpercuma.com

Selepas itu anda akan dapati bahawa ada jumlah diskaun yang dikenakan untuk jumlah invois ini. Banyak betul diskaun yang saya dapat. Harga produk Xiaomi Piston v3 ini adalah yang termurah di pasaran Malaysia sekarang. Ini diakui sendiri oleh Shopoholic Blogger 11street Malaysia lain. Cuba bayangkan nilai diskaun lagi tinggi daripada harga barang itu sendiri. Hanya di 11street Malaysia!

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step11-iklanlahpercuma.com

Apa lagi, jangan berlengah dan boleh terus buat bayaran. Klik butang “Proceed to Payment” setelah anda masukkan maklumat kad kredit.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step12-iklanlahpercuma.com

Tunggu ePay Code yang dihantar ke smartfon dan masukkan dalam borang untuk verifikasi pembayaran.

shop-11street-xiaomi-piston-v3-step13-iklanlahpercuma.com

Maka dengan ini transaksi pembelian sudah berjaya! Syukur alhamdulillah. Anda akan terima nombor transaksi jualan sebagai rujukan. Jangan risau, ada SMS dan email yang dihantar kepada anda dengan semua maklumat ini berserta invois yang sah.

Terima kasih kerana membaca pengalaman dan panduan beli barang di 11street Malaysia saya. Jika anda suka boleh kongsikan dengan keluarga, rakan atau kenalan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Panduan Beli Smartfon Tulen di Malaysia

| Panduan & Tutorial | 22/07/2015

panduan-beli-smartfon-tulen-di-malaysia-iklanlahpercuma.com

Ini bukan panduan memilih jenama smartfon tetapi panduan membezakan smartfon tulen dengan smartfon tiruan. Kalau anda mencari panduan membeli smartfon kerana belum pasti jenama apa yang nak pilih, sila baca tips pengurusan memori smartfon dahulu. Baru buat keputusan jenama pilihan. Saya nasihatkan jangan hanya membuat pilihan untuk beli smartfon berdasarkan jenama.

 

Elak Terbeli Smartfon Tiruan

Artikel ini lebih menjurus kepada isu penipuan dalam urusan jual beli smartfon di Malayia. Malaysia sudah terkenal dengan industri barangan tiruan yang sudah berkembang pesat semenjak akhir-akhir ini. Pihak berkuasa termasuk KPDNKK tidak mampu mengekang dan membendung sindiket telefon bimbit pintar tiruan atau smartfon tiruan ini daripada terus maju dan berkembang.

kpdnkk-rampas-smartfon-tiruan-iklanlahpercuma.com

Insiden terbaru penipuan smartfon klon di Plaza Lowyat membuka mata banyak pengguna di Malaysia. Sayangnya kompas GPS KPDNKK rosak maka mereka tersesat dan pergi serbu Pertama Kompleks pula. Ini kira antara kes  lawak antarabangsa bagi tahun 2015.

Kalau anda Google atau cari video di Youtube memang teramat banyak kes penipuan smartfon klon. Blogger yang membuat laporan polis dan aduan kepada KPDNKK amat kecewa dengan hasil tindakkan susulan pihak berkuasa kita. Nampak gayanya undang-undang tidak cukup kuat untuk melindungi pengguna.

Sebelum kita masuk kepada tips serta panduan beli smartfon tulen di Malaysia, kita perlu kenal terma-terma yang digunapakai oleh penjual smartfon di Malaysia.

 

Kategori Smartfon

Bagi mereka yang sudah tahu dan mahir bab ini, boleh terus langkau ke tajuk berikutnya.

 

Original atau Ori

Smartfon ini adalah smartfon tulen dan dijual secara sah dan rasmi oleh syarikat pembekal di Malaysia. Ia mungkin diedarkan kepada peruncit dan juga ejen-ejen penjual yang sah. Maksud sah disini adalah pengedar dengan status “authorized distributor“. Ini juga adalah set smartfon yang diberikan oleh Telco tempatan jika anda melanggan pelan pasca bayar mereka.

Jaminan atau waranti untuk smartfon biasanya adalah setahun dan pengguna boleh hantar smartfon ke pusat servis dalam masa tempoh jaminan. Proses menghantar set yang rosak ini dipanggil RMA (return merchandise authorization). Pengguna akan menerima resit sah RMA daripada pengilang atau pengedar yang sah di Malaysia untuk jenama smartfon tersebut.

Harga runcit smartfon sudah ditentukan dan pengguna tidak boleh tawar menawar kecuali dengan meminta aksesori tambahan percuma, jika pandai memujuk penjual. Harga murah cuma boleh diperolehi semasa tempoh promosi tertentu kalau ada.

 

AP

AP bermaksud “approval permit” yang dikeluarkan khas oleh SIRIM QAS. Ini adalah smartfon yang diimport secara sah oleh individu atau syarikat yang bukan merupakan pengedar rasmi yang dilantik oleh jenama tersebut untuk negara Malaysia. Individu atau syarikat pengimport membayar cukai kastam dan juga dapat sijil daripada SIRIM QAS tetapi atas nama perseorangan atau syarikat tersebut sahaja.

Jaminan bagi set AP tidak boleh ditebus di pusat servis sah tetapi di premis peruncit sahaja. Maksudnya, anda hanya boleh hantar servis ke kedai di mana anda beli smartfon tersebut. Jika anda berasal daripada Perlis dan pergi melancong ke Kuala Lumpur untuk beli smartfon AP di Plaza Low Yat, anda cuma menempah masalah dikemudian hari. Jika ada masalah dengan smartfon, anda perlu pergi semula ke kedai yang sama untuk menebus jaminan atau waranti smartfon AP tersebut.

Perbezaan harga set original dan AP boleh jadi antara RM200 ke RM400 mengikut jenama.

 

Underwater atau Undeclared

Smartfon ini adalah kategori smartfon yang diimport masuk ke Malaysia secara tidak sah atau produk yang tidak diisytiharkan. Ini kerana penyeludup tidak mahu membayar duti import dan cukai jualan. Harganya adalah yang paling rendah dipasaran tetapi tiada jaminan langsung oleh pengedar rasmi negara. Jika smartfon rosak, ia adalah atas tanggungan sendiri dan pandai-pandailah pemilik cari kedai baiki smartfon jenama tersebut.

Bagaimana hendak mengenali smartfon underwater ini? Biasanya smartfon tidak dijual dengan manual atau manual dalam bahasa asing, bukannya bahasa melayu. Anda mungkin juga akan nampak label Telco negara asing dalam badan smartfon. Ia merupakan satu kesalahan undang-undang yang besar dengan denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga 6 bulan bagi penjual dan pembeli smartfon underwater set.

undang-undang-denda-guna-set-underwater-klon-iklanlahpercuma.comTerma “underwater” muncul masa zaman telefon bimbit jenama Nokia dan Blackberry. Ia diseludup masuk daripada Indonesia menggunakan tongkang. Telefon bimbit semua akan dimasukkan dalam tong-tong warna biru dan ditunda oleh bot atau tongkang.

Jika kastam atau polis marin menahan bot-bot ini, tekong akan memutuskan tali tunda terlebih dahulu sebelum pemeriksaan dan tong-tong berisi telefon bimbit ini akan hanyut. Orang kampung  yang jumpa tong-tong harta karun ini akan jadi orang kaya baru dengan menjual telefon bimbit dibawah harga pasaran.

 

Tiruan, Klon, Supercopy atau Replika

Ini adalah duri dalam daging industri smartfon di Malaysia. Penjual telefon bimbit dan smartfon semua tidak boleh lari daripada terjerebak dalam jenayah terancang ini apabila bisnes mengalami masalah seperti kekurangan jualan akibat kegawatan ekonomi atau kerana rejim cukai GST.

Pengguna akan sentiasa cenderung untuk memilih smartfon dengan harga terendah seperti semut kerumun gula. Oleh kerana itu penjual hati kering tidak takut akan pihak berkuasa dan balasan hari akhirat sanggup menjual smartfon tiruan sebagai smartfon original atau kononnya set AP.

Memang susah bagi pengguna biasa mengenali smartfon tiruan atau smartfon klon ini. Kesalahan menjual atau memiliki set smartfon tiruan atau klon ini adalah sama seperti set underwater. Denda sehingga RM100,000 dan juga penjara sehingga 6 bulan.

Jangan sangka smartfon kategori murah dan bajet seperti jenama Lenovo tidak ada tiruan atau klon.

senarai-smartfon-tiruan-lenovo-iklanlahpercuma.com

Ahli perniagaan negara Cina tidak kenal erti penat lelah dalam kerja mereka untuk mengeluarkan barangan tiruan tidak kisah jenama apa yang ada di pasaran. Asalkan ada sambutan jualan dan margin keuntungan walaupun 10 sen untuk seunit, apabila dijual dengan banyak pasti mereka akan untung besar. Sedangkan telur tiruan pun margin untung hanya 2 sen sebiji.

Bagi anda yang ingat dan percaya smartfon klon sama sahaja kualiti dengan smartfon tulen kerana semua smartfon pun pakai OS Android juga – anda sebenarnya cuba menipu diri sendiri. Bukan sahaja kualiti hardware smartfon klon sangat rendah, smartfon klon biasanya akan meragam dan rosak dalam masa 3 bulan. Kualiti kamera, gambar skrin dan juga panggilan memang merapu dan sangat memalukan.

Masalah bagi pengguna yang baru nak kenal smartfon adalah mereka tidak tahu OS Android sentiasa akan mengeluarkan kemaskini software atau firmware baru setiap 2-3 bulan. Masalah dengan smartfon klon adalah ia tidak boleh lakukan kemaskini ini. Jika anda cuba buat juga, smartfon klon mungkin terus rosak atau tidak boleh digunakan. Jika anda pilih untuk tidak kemaskini, aplikasi mobile dan games tidak akan berfungsi pula. Akhirnya anda yang rugi kerana membuat pelaburan yang tidak berbaloi.

Tips Beli Smartfon

 

TIP 1 Semak Nombor IMEI Secara Fizikal

Semak dan pastikan nombor siri dan nombor IMEI smartfon mesti sama dengan kotak. Anda boleh semak sticker label IMEI dalam ruang bateri dan juga dial *#06# untuk dapatkan nombor IMEI.

Pastikan nombor IMEI sama untuk:

  • sticker label di kotak
  • sticker label di badan smartfon
  • maklumat sistem dalam smartfon atau dial *#06#

 

TIP 2 Label SIRIM QAS

Semak dalam badan smartfon iaitu ruang bateri ada sticker label SIRIM QAS.

label-sirim-qas-skmm-barang-elektronik-komunikasi-iklanlahpercuma.com

Kebanyakan smartfon baru yang tidak boleh dibuka badan mungkin tidak akan menampal label ini tetapi ia akan diberikan dalam bentuk kad berasingan. SIRIM QAS juga membuat program baru dimana pengedar rasmi tidak perlu menampal label ini lagi. Oleh itu semakan IMEI dan nombor siri perlu dilakukan dengan SIRIM QAS.

 

TIP 3 Semakan Dengan Pengkalan Data SIRIM QAS

Semak guna aplikasi mobile SIRIM QAS. Tolong jangan guna aplikasi IMEI lain kerana pengkalan data tidak dikemaskini. Aplikasi Check Your Label ini adalah pilihan pengguna Malaysia yang terbaik untuk tahun 2015 dan akan datang. Jangan tunggu sehingga balik rumah baru nak lakukan semakkan. Lakukan semakkan di premis penjual sebelum buat bayaran.

Bawa seorang kawan atau ahli keluarga yang sudah muat turun aplikasi mobile Check Your Label. Jika anda buka app ini depan penjual, memang kecut perut penjual nak jual anda smartfon tiruan atau smartfon klon. Tak percaya sila tenung muka penjual masa teman anda buka app dan tengok air muka dia berubah.

app-check-your-label-sirim-qas-iklanlahpercuma.com

Menu utama Check Your Label SIRIM QAS

 app-check-your-label-sirim-qas-menu-iklanlahpercuma.com

Anda  boleh lakukan 3 semakkan berangkai untuk mengelakkan daripada ditipu. Apa semakkan wajib tersebut?

  • Label SIRIM QAS
  • Nombor IMEI
  • Nombor siri produk

 

Contoh semakkan SIRIM QAS:

Cari sticker label SIRIM QAS untuk smartfon tersebut.

semakkan-label-sirim-qas-1-iklanlahpercuma.com

Masukkan nombor siri label: AB 110930 C

semakkan-label-sirim-qas-2-iklanlahpercuma.com

Maklumat mengenai produk smartfon akan terpampang.

semakkan-label-sirim-qas-3-iklanlahpercuma.comPastikan jenama dan model adalah betul. Nama syarikat adalah pengedar rasmi atau pemegang permit AP. Jikalau keluar maklumat mengarut seperti contoh di atas, sudah tentu ini bukan smartfon!

Contoh semakkan nombor IMEI:

Pastikan nombor IMEI smartfon sama dengan sticker label IMEI di badan smartfon dan juga kotak. Selepas itu sila masukkan nombor IMEI pada smartfon dalam aplikasi Check Your Label.

semakkan-imei-sirim-qas-1-iklanlahpercuma.com

semakkan-imei-sirim-qas-2-iklanlahpercuma.comJadi anda akan lebih yakin untuk membuat bayaran bagi membeli smartfon tersebut.

TIP 4 Dapatkan Alamat Pusat Servis Terdekat Dengan Lokasi Anda

Tidak kira anda beli smartfon original atau set AP, pastikan anda tahu pusat servis terdekat dengan lokasi anda. Minta alamat dengan penjual. Jika dia berkeras suruh anda hantar ke kedai untuk servis, ia agak mencurigakan.

 

 TIP 5 Dapatkan Resit Jualan Yang Sah

Semua orang tahu beli smartfon mesti ada resit. Tetapi pastikan resit anda:

  • Ada nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat dan alamat di kepala resit atau cop rasmi. Jika tiada maklumat ini, adalah mustahil untuk anda membawa kes penipuan ke triburnal pengguna.
  • Di tulis dengan jelas set belian adalah smartfon original atau AP.
  • Di tulis dengan jelas nombor IMEI smartfon. Lakukan verifikasi sendiri bahawa ia adalah sama.
  • Di tulis dengan jelas nombor siri produk.
  • Resit bertarikh pada hari belian tersebut.
  • Di tulis dengan jelas tempoh jaminan atau waranti produk sama ada ia 1 tahun atau 6 bulan.
  • Nombor pendaftaran GST Kastam. Jika tiada caj cukai GST 6%, besar kemungkinan anda membeli set underwater atau smartfon klon.

Itu sahaja petua atau panduan beli smartfon tulen di Malaysia. Saya percaya ini adalah maklumat paling lengkap dan terbaru untuk tahun 2015. Sila email saya jika ada apa-apa tambahan maklumat yang perlu dibuat. Semoga pengalaman anda membeli smartfon di masa akan datang lebih selamat tanpa apa-apa masalah.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan panduan ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Cara Kenal Iphone Refurbished Tulen

| Panduan & Tutorial | 21/07/2015

cara-kenal-iphone-refurbished-tulen-iklanlahpercuma.com

Semenjak kes penipuan smartfon klon di Plaza Low Yat, ramai pengguna Malaysia sudah mula sedar bahawa urban legend smartfon klon adalah benar. Sebelum ini ramai yang tidak percaya:

  • smartfon boleh di klon
  • smartfon tiruan wujud di pasaran
  • ramai penjual sanggup menipu dengan menjual smartfon tiruan

Oleh kerana penjual-penjual smartfon hanya mengejar keuntungan dan sanggup menipu pengguna, ia adalah tanggungjawab pengguna sendiri untuk  menimba ilmu mengenai smartfon sebelum membuat pembelian smartfon baru. Tidak kira kita membeli untuk diri sendiri, untuk kekasih, isteri atau ahli keluarga lain.

Oleh kerana ramai lagi peminat produk Apple diluar sana, saya akan memulakan artikel cara mengenal Iphone refurbished tulen dalam siri artikel mengenai smartfon dalam minggu-minggu yang akan datang.

Kewujudan Apple Iphone Refurbished

Untuk makluman anda semua, memang wujud produk Apple Iphone refurbished di pasaran. Ia bukan lagenda atau khayalan tetapi ia benar-benar wujud, cuma secara tidak rasmi di Malaysia. Ia sudah lama dijual dikedai-kedai Apple di USA dan juga di Ebay. Ia dikenali sebagai produk Apple Iphone refurbished atau reconditioned unit. Jikalau di Indonesia ia dipanggil “Certified Pre-Owned Product“. Ia bukan bermakna ia produk 2nd hand tetapi ia telah dihantar semula ke kilang untuk proses refurbished.

cara-kenal-iphone-refurbished-iklanlahpercuma.com


Apa Itu Produk Iphone Refurbished?

Pada kebiasaannya penjual telefon rasmi Apple dan juga Telco akan menapis produk yang rosak dan menghantar produk yang tidak sempurna kepada pengilang untuk dipulihkan kepada keadaan yang baik dan seperti baru. Semua produk yang rosak dihantar kembali ke kilang untuk dibaik pulih dalam satu proses yang dipanggil refurbished.

cara-kenal-iphone-refurbished-baik-pulih-iklanlahpercuma.com

Setiap produk Apple Iphone akan diperiksa dengan teliti untuk melihat apakah ia dapat diselamatkan dan jika ya, ia akan dibaiki dan bahagian-bahagian baru ditambah jika perlu untuk menggantikan bahagian yang rosak. Selepas itu Apple Iphone ini akan dibersihkan, dipakej semula dan dihantar kembali ke peruncit, dengan label “Certified Reconditioned Product“. Ia di label begitu supaya orang ramai dapat membezakan produk Apple Iphone baru dan refurbished.

cara-kenal-iphone-refurbished-label-iklanlahpercuma.com

Mengapa Beli Produk Iphone Refurbished?

1. Produk Iphone refurbished adalah jauh lebih murah harganya.
2. Pengguna boleh membeli model Iphone yang sudah tidak ada dalam pasaran secara rasmi.
3. Produk Iphone refurbished adalah produk rasmi Apple dan bukan produk klon atau tiruan. Pembeli tidak perlu jailbreak untuk install aplikasi. Boleh terus beli aplikasi atau lagu di kedai iTunes.
4. Produk Iphone refurbished datang dengan jaminan Apple atau kedai Apple di Malaysia. Sila pastikan jaminan 1 tahun anda masih ada. (Rujuk bawah)

Bagaimana Kita Dapat Mengecam Iphone Refurbished

Kebiasaannya produk Iphone refurbished ini akan dilanjutkan tempoh jaminan atau waranti.

Sila rujuk nombor IMEI Iphone refurbished anda.

Dial *#06# atau buka Settings > General > About > Model

cara-semak-imei-iphone-iklanlahpercuma.com

Sila pergi ke laman Apple iaitu selfsolve.apple.com dan masukkan nombor IMEI Iphone refurbished anda.

cara-semak-waranti-iphone-iklanlahpercuma.com

Jika betul ia masih ada jaminan atau waranti, anda tidak akan nampak mesej status “Expired” tetapi status adalah masih “Active” dengan tarikh anggaran bila tempoh jaminan akan tamat. Jika anda beli produk Iphone refurbished ini daripada penjual atau kedai di Malaysia, pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1 tahun jaminan kedai tersebut. Bukan jaminan mulut tetapi ditulis di resit atau ada kad jaminan.

apple-certified-refurbished-iphone-iklanlahpercuma.com

Produk refurbished kebiasaannya hanya datang dengan charger. Anda tidak akan dapat set penuh seperti earphone. Kotak bungkusan Iphone refurbished juga warna putih kosong tanpa gambar Iphone dan dilabel sebagai “Certified Reconditioned Product“.

Hati-hati Dengan Penjual Penipu

Tidak kira anda membeli Iphone refurbished ini online atau offline, anda kena berwaspada. Kalau beli online, pastikan anda dapat Google nama kedai dan jumpa alamat premis perniagaan. Jangan beli dengan orang perseorangan kalau anda tidak mahu kena tipu.

Orang perseorangan tidak dapat jual Iphone refurbished yang disahkan oleh Apple tetapi ia cuma produk Iphone 2nd hand yang dibaik pulih sendiri dirumah atau kedai. Barang atau isi perut Iphone yang rosak diganti dengan barang gantian atau spare parts daripada Iphone lain.

Penjual penipu ini akan menulis iklan seperti berikut:

  • Iphone refurbished set
  • Iphone reconditioned set
  • Iphone new set
  • Iphone original set

Jika anda hendak beli set Iphone reconditioned atau 2nd hand di kedai,  anda boleh terus semak IMEI (rujuk atas) dan juga nombor siri untuk mendapatkan kepastian model.

Format nombor siri Iphone:

AABCCDDDEEF

AA = ID Kilang

kod-pengilang-apple-iphone-iklanlahpercuma.com
B = Tahun di kilangkan (9 adalah untuk tahun 2009/2019, 0 adalah untuk tahun 2010/2020, 1 adalah untuk tahun 2011)
CC = Minggu pengeluaran (01 adalah minggu 1 dalam  tahun tersebut, 11 adalah minggu ke 11)
DDD = ID Unik
EE = Warna (A4=hitam)
F = saiz  storan (S=16GB, T=32GB)

Contohnya nombor siri Iphone adalah 660501YZA4T. Kita tahu Iphone 2nd hand ini adalah diperbuat pada tahun 2010 pada minggu ke 50. Ia berwarna hiam dengan storan 32GB. Ia bukan Iphone refurbished.

Jadi kalau anda ingin tengok dahulu boleh window shopping di kedai Lazada ada Iphone refurbished. Saya syorkan anda beli daripada pembekal seperti CompAsia yang  sudah pasti ada jaminan 1 tahun dan disahkan selamat oleh Lazada.

Itu sahaja petua atau cara untuk mengenal Iphone refurbished tulen bagi mengelak anda ditipu. Saya akan mengeluarkan beberapa lagi siri artikel mengenai smartfon dan gajet-gajet lain. Sila baca:

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Cara Guna Kupon Diskaun Lazada

| Panduan & Tutorial | 08/07/2015

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-tajuk-iklanlahpercuma.com

Kenapa anda datang sini? Anda mungkin:

  • Tidak tahu cara guna kupon diskaun Lazada
  • Tidak pernah tahu kewujudan kupon diskaun Lazada
  • Geram kerana pernah terbuat bayaran tanpa menggunakan kupon diskaun Lazada
  • Pelik kerana tidak jumpa ruangan nak masukkan kupon diskaun Lazada

Macam mana nak dapat kupon diskaun Lazada? Ada banyak cara boleh dapat kupon diskaun ini:

  1. Daftar akaun baru dapat kupon diskaun RM10
  2. Langgan newsletter untuk promosi iklan terbaru dapat kupon diskaun RM20
  3. Bila sudah langgan newsletter, anda boleh dapat kupon diskaun promosi terhad dalam email
  4. Muat turun dan  guna aplikasi iOS atau Android Lazada dapat kupon diskaun RM30
  5. Setiap hari Rabu pengguna kad kredit Maybank dapat diskaun 10%.
  6. Setiap Sabtu dan Ahad pengguna kad kredit CIMB dapat diskaun 10%.

Hati-hati kerana kod diskaun kupon mungkin ada syarat terhad. Maksudnya ia mungkin lupus pada bila-bila masa. Ia ada syarat tertentu seperti masa penggunaan dan juga berapa orang sahaja yang boleh guna. Ada juga sesetengah kod kupon diskaun Lazada tidak boleh digunakan terus, boleh guna pada transaksi yang akan datang. Ada juga kod diskaun yang tidak boleh digunakan berkali-kali. Ada juga kod diskaun Lazada yang tidak boleh dicampur dua atau lebih kod diskaun.

Kod diskaun kad kredit dan pembekal tertentu juga tidak perlukan kemasukan kod, tetapi pembelian daripada ruangan tertentu. Oleh itu sila buka laman web Lazada dengan klik pautan yang diberikan. Jangan cari barang secara manual, anda mungkin hilang kod diskaun tersebut apa bila anda navigasi keluar dan mencari barang secara manual.

Kalau di 11-Street dia ada dua ruangan unuk masukkan kod diskaun. Satu ruangan kod diskaun untuk promosi dan satu ruangan kod diskaun untuk shopping cart. Tetapi ruangan kod diskaun hanya ada satu di Lazada dan susah sikit nak perasan.

Oleh kerana saya baru muat turun aplikasi mobile Lazada, jadi kali ini panduan menggunakan kupon diskaun Lazada akan dibuat dengan menggunakan skrin app sahaja. Tetapi jangan risau, langkah-langkah dia hampir  sama sahaja dengan skrin shopping cart laman web.

Anda boleh lakukan belian seperti biasa. Tunggu sampai langkah 4. Perhatikan betul-betul ada tulisan kecil “Add a coupon code” berbentuk pautan bawah ruangan “payment method”.

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-step4-iklanlahpercuma.com

Hati-hati apabila anda klik kerana anda tidak mahu terklik  butang selesaikan bayaran. Rugi nanti. Bila klik akan ada skrin popup untuk anda masukkan kod diskaun Lazada. Lupa pula nak tangkap gambar skrin tadi.

Bagi pengguna shopping cart dilaman pula, seingat saya ia bukan pautan hotlink tetapi ada ruangan khas untuk anda masukkan kod diskaun disebelah kanan bawah kotak “Order Summary”. Ia sangat kecil jadi anda mungkin terlepas pandang.

Lepas anda masukkan kod kupon diskaun Lazada, anda akan dapati jumlah sebutharga sudah berubah.

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-sudah-jimat-iklanlahpercuma.com

Saya sudah jimat lagi RM30 di sini, terima kasih Lazada. Harga barang yang sudah sedia murah menjadi lebih murah hanya di Lazada.

Cuba bayangkan set penuh kamera sukan Xiaomi XiaoYi hanya RM329. Harga pasaran adalah RM600. Harga kamera XiaoYi sahaja paling murah boleh dapat diluar sana RM400. Ini adalah set lengkap dengan bekas kalis air + 16GB microSD kelas 10 jenama Kingston dan satu monopod. Kalau periksa harga setiap satu barang sahaja sudah jadi berapa jumlah semua tu?

Selepas itu boleh klik selesaikan transaksi.

cara-guna-kupon-diskaun-lazada-berjaya-iklanlahpercuma.com

Sekarang sudah selesai proses saya buat belian menggunakan aplikasi mobile Lazada dan juga panduan atau cara guna kupon diskaun Lazada.

Jom jamu mata koleksi baju raya Rizman Ruzaini untuk tahun 2015 ini. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Sempat lagi nak berbelanja ni.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang sosial dibawah.

Comments Off

3 Tips Wajib Panduan Beli Powerbank

| Panduan & Tutorial | 25/06/2015

tips-terbaik-beli-powerbank-iklanlahprcuma

Apa itu Powerbank?

Powerbank adalah satu alat elektronik mesti beli yang mampu milik pada masa sekarang. Ia adalah pasangan hidup kepada gajet-gajet anda yang lain seperti smartfon dan tablet. Ia merupakan satu alat talian hayat terakhir bagi gajet anda. Ia mampu menyimpan kuasa seperti bateri untuk mengecas gajet-gajet anda semasa ada berada diluar rumah atau pejabat.

Senang cakap powerbank adalah backup bateri untuk gajet anda. Ia sangat penting bagi mereka yang menggunakan segala ciri-ciri canggih gajet seperti bluetooth, wifi, GPS, kamera dan kerap menggunakan internet. Lagi banyak penggunaan fungsi-fungsi ini, lagi cepat gajet anda habis kuasa bateri.

Dengan adanya powerbank juga bermakna anda tidak perlu usung power adapter dan buru soket untuk cucuk plag adapter di tempat awam. Kadang-kadang tu sampai terpaksa berebut dengan orang lain. Powerbank membantu menjaga maruah anda daripada menjadi pengemis tenaga elektrik jalanan.

Oleh itu jom teruskan baca dan khatam 3 tips wajib yang anda perlu tahu mengenai powerbank. Senang nak ingat kerana ia cuma 3 tips tetapi ia adalah sangat penting. Selepas ini anda akan jadi pakar powerbank.

Tips 1 Kapasiti Storan

Saya pasti semua orang bila sebut sahaja powerbank dia akan cakap mestilah nak kuasa powerbank yang paling besar. Kuasa powerbank ini adalah kapasiti storan. Kapasiti storan powerbank dikira dalam bentuk milliAmpere hours ataupun mAh. Kebanyakkan orang yang hendak membeli powerbank tidak tahu fakta ini dan cuma ikut kata orang lain. Beli sahaja kapasiti storan yang paling besar. Kalau nak tahu kapasiti storan terbesar buat masa sekarang adalah lebih kurang 30,000 mAh.

Tahukah anda bahawa kapasiti terbesar bermakna anda memerlukan powerbank yang lebih besar secara fizikal. Ia kerana teknologi storan dalam sel bateri powerbank adalah terhad. Lagi besar kuasa mAh bermakna anda memerlukan saiz fizikal powerbank yang lagi besar. Lagi besar saiz juga bermakna powerbank akan jadi lebih berat.

Harus ingat bahawa alat ini akan mendampingi anda sentiasa apabila anda berada diluar. Saiz smartfon yang nipis dan kecil boleh muat dalam poket seluar jeans anda tetapi powerbank 20,000 mAh sudah pasti tidak. Powerbank yang besar mungkin muat dalam hand bag anda tetapi sanggupkah anda mengusung powerbank berat ke sana sini wahai kaum hawa sekalian.

Jadi sila pilih kapasiti storan mengikut keperluan anda. Jika saiz powerbank kecil sudah pasti harga pun tidak melampau. Pilihan powerbank optimum pada masa sekarang adalah 10,000 mAh+-. tetapi bagi mereka yang mempunyai bajet yang besar mungkin akan beli 2 atau 3 jenis mengikut keperluan. Satu untuk kegunaan harian dan satu mungkin semasa anda berjalan jauh dalam bas atau kapal terbang.

Tips 2  Formula Kuasa Mengecas Powerbank

Kenapa anda wajib tahu mengenai formula penting ini? Kerana ia berhubung kait dengan soalan dalam setiap kepala pembeli selepas tahu mengenai kapasiti storan. Berapa kali saya boleh cas gajet saya? Jangan mudah terpedaya dengan janji manis penjual handphone atau aksesori handphone.

Lebih baik anda bersedia dengan ilmu di dada.

Formula:

kapasiti storan powerbank X 0.8 (kira-kira 20 % kerugian tenaga) / kapasiti storan bateri gajet = anggaran berapa kali boleh cas

Contoh kiraan:

Powerbank 10,000 mAh dan smartfon dengan bateri 3,100 mAh

10,000 mAh X 0.8 / 3,100 mAh = sekitar 2.58 kali boleh cas

Kapasiti storan semua powerbank sebenarnya adalah dalam anggaran 80%+-. Ini kerana storan powerbank akan mengalami kehilangan kuasa semasa mengecas dan ia dianggarkan dalam jumlah sekitar 20%. Ini adalah fakta yang jarang anda dengar daripada mulut jurujual atau baca dalam iklan promosi powerbank. Sekarang anda sudah tahu rahsia sebenar powerbank.

Tips 3 Kualiti Powerbank

Jangan percaya dengan pujuk rayu jurujual. Kualiti powerbank memang sudah sah berbeza. Tiga jenama terkenal di Malaysia adalah Pineng, Mi dan Yoobao. Ada banyak lagi jenama dalam pasaran tetapi anda mungkin tidak biasa dengar jadi takut terbeli jenama cap ayam.

Pastikan jenama yang anda pilih adalah asli. Ya ketiga jenama di atas menjadi jenama pilihan scammer atau penipu. Ada banyak produk tiruan menggunakan jenama-jenama ini. Produk palsu dengan bateri 2,000 mAh dan bungkusan pasir atau batu untuk menjadikan powerbank berat memang sah produk tipu.

Ada juga produk palsu dengan hasil kerja kualiti tertinggi dan dijual sebagai produk OEM. Kononnya daripada kilang yang sama dan dijual dengan atau tanpa tanda jenama kerana lebihan stok ataupun stok reject kerana cacat pada fizikal luaran sahaja. Semua produk ini tiada waranti dan boleh rosak pada bila-bila masa yang anda tidak sangka.

Kualiti menetukan banyak perkara penting untuk powerbank yang bakal anda beli. Antara benda yang penting bergantung kepada kualiti adalah:

  • daya tahan kapasiti storan
  • masa mengecas powerbank
  • masa mengecas gajet
  • jangka hayat powerbank
  • kerosakan powerbank atau gajet akibat terlebih cas
  • keselamatan powerbank

Kapasiti storan semua powerbank memang akan hilang seperti yang sudah saya sebutkan diatas semasa pengiraan formula kuasa mengecas powerbank. Kehilangan sehingga 20% sudah pasti akan berlaku. Tetapi kualiti powerbank yang teruk akan mengakibatkan kehilangan yang lebih drastik.

Masa mengecas juga amat penting. Masa yang terlalu lama akan menyebabkan penggunaan gajet anda terganggu. Anda mungkin perlu sentiasa membuat sambungan usb untuk cas dalam poket seluar atau hand bag. Masa mengecas yang singkat selama 3-4 jam mungkin jadi 8 jam untuk powerbank kualiti rendah.

Jangka hayat powerbank pula tidak dapat dicapai seperti yang dinyatakan pada pakej produk. Jangka hayat ini bukan dalam bentuk masa tetapi berapa kali anda boleh cas powerbank tersebut. Keselamatan juga adalah amat penting. Produk dengan kualiti rendah mempunyai keberangkalian untuk meletup dan mencederakan anda. Oleh itu pilihlah jenama yang asli dan beli terus daripada laman web pembekal atau laman web yang dipercayai seperti Lazada.

Tolong kongsikan panduan ini dengan mereka yang bercadang hendak membeli powerbank. Sila klik butang media sosial di bawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Comments Off

Tips Kenali Penjual Penipu

| Panduan & Tutorial | 26/01/2014

tips kenali penjual penipu

Anda Kena Tipu?

Post ini adalah susulan insiden saya ditipu peniaga pasar malam dengan flashdrive tiruan cina minggu lepas. Tadi saya ke pasar malam semula untuk mencari penjual flashdrive merangkap penjual langganan Astro. Mana penjual penipu tu? Sudah hilang…

Oleh kerana saya ditipu, saya pun fikir ada baiknya saya menulis mengenai penjual penipu. Diharap tips ini dapat membantu anda dan saya dimasa depan. Anda juga boleh kongsikan artikel ini untuk mendapat pahala amal jariah dengan klik butang sosial dibawah.

Bagaimana Mengenali Penjual Penipu?

Ada banyak tanda-tanda jelas yang kita mungkin tidak perasan apabila kita berdepan dengan sang penjual penipu. Tanda-tanda ini sama sahaja kes untuk penjual offline ataupun online. Kerana penjual penipu tidak kira tempat hendak menipu. Dia nak kaya cepat sahaja dengan mengambil kesempatan atas orang lain. Saya senaraikan disini tidak menurut  apa-apa urutan.

Tawaran Istimewa Tidak Masuk Akal

Penjual penipu  tersebut akan membuat satu tawaran istimewa yang susah unntuk anda tolak. Jika dipikirkan betul-betul, memang tidak masuk akal.

Macam kes saya, saya mendapat maklumat daripada kawan yang harga memory flashdrive dan hard disk sudah jatuh sejak kebelakangan ini. Tetapi saya tidak siasat dahulu harga pasaran semasa flashdrive. Jika harga turun dalam 10-30% kira masuk akal lagi. Tetapi jika harga potongan sampai 50% atau lebih, anda harus berjaga-jaga.

Syaitan Bertopengkan Manusia

Jikalau anda nak tahu, si penjual penipu ini biasanya akan pakai songkok, kopiah ataupun serban. Mereka akan berlagak alim dan kuat agama sebagai kulit untuk menyembunyikan rupa jin dan syaitan yang sebenar. Jikalau tengok penjual online, pasti mereka akan tunjuk gambar pakai serban, duduk atas sejadah, pegang tasbih, pergi umrah, pakai ihram dan sebagainya. Kenapa perlu tunjukkan kesemua itu. Kan beribadah itu adalah urusan anda dengan Allah, dengan menunjuk-nunjuk pun sudah hilang pahala amal ibadah. Mesti ada sebab, tidak lain dan tidak bukan untuk menggaburi mata kita apabila berurusan dengan mereka.

Tunjukkan Mereka Berkeluarga

Penjual penipu ini juga akan bawa sekali anak-anak semasa aktiviti jualan. Sama jer kes penjual pasar malam tu. Dia bawa sampai 3 orang anak perempuan dia yang kecil sampai kepada yang remaja. Jika penjual insuran atau ejen MLM habis dia usung anak beranak ke rumah anda. Jika penjual facebook tu, bukan main banyak lagi gambar anak beranak dia jadi tatapan di album gambar.

Kenapa buat camtu? Kerana kita umat Islam akan fikir yang takkan si penjual hendak kasi makan rezeki haram kepada anak dan bini. Betul tak? Sekali kena tipu juga…

Janji-jani Manis

Saya memang sudah malas dengar janji-janji manis ni. Mulut manis tapi hati hitam busuk jijik. Bila saya tanya kalau flashdrive tidak boleh guna camne? Dia bukan main berkobar-kobar beritahu yang gerenti boleh guna.  Jika tidak format sahaja pasti boleh guna.

Peniaga yang kuat beri janji manis ini juga selalunya over confident untuk menutup pembohongan mereka. Saya cakap kalau rosak saya tak mahu tukar lain, saya nak full refund duit saya. Dia kata boleh…, datang sahaja sini, saya selalu jual di sini setiap malam minggu.

Saya datang tadi sudah hilang… mana pergi? Duit RM15 pun nak tipu ke? Tetapi jika difikirkan balik kalau dah 50 orang kena tipu malam minggu lepas tu. RM750 dah untung haram dia sekali sambar. Minggu depan gi pasar malam lain pula, dan lain pula sampai habis semua dia pusing balik. Ramai yang kena tipu pun mungkin malas nak pergi cari semula setiap minggu, dan mungkin lupa dengan insiden kena tipu lambat laun.

Tiada Maklumat Perhubungan

Si penjual penipu tu ada nak bawa keluar namecard untuk beri kepada saya, tetapi kononnya namecard sudah habis. Memang pandai berlakon si penjual penipu ni.

Jika penjual online pula, anda akan tengok tiada maklumat perhubungan di laman web, blog atau facebook. Nombor telefon, alamat e-mel, alamat pejabat atau premis perniagaan tiada untuk kita berhubung. Yang ada cuma borang perhubungan yang kita sendiri tidak pasti akan sampai mesej jika hantar. Kalau penjual tidak mahu menerima gangguan panggilan telefon sekalipun, boleh letak nombor  hp untuk pelanggan whatsapp atau mesej kan? Semua panggilan tidak dikenali boleh block. Apa yang susahnya?

Menjual Tidak Menggunakan Syarikat

Semenjak dahulu lagi saya memang pantang berniaga dengan orang perseorangan tanpa syarikat. Sama cam kes penjual pasar malam penipu ni lah! Tetapi kekadang dalam pantang tu pun terbabas dan kena tipu.

Kenapa ya? Kerana orang perseorangan tidak boleh mengeluarkan resit yang sah. Hanya syarikat yang boleh keluarkan resit. Biasanya apabila kita minta resit jualan, macam-macam alasan diberi. Anda perlu tahu hak anda sebagai pembeli. Jika urusan jual beli tiada resit, memang susah untuk bawa penjual penipu ke pihak pengadilan.

Selain itu penjual penipu online akan gunakan akaun bank orang perseorangan yang entah siapa-siapa. Jika penjual online senaraikan akaun bank nama orang lain-lain, lagi anda perlu berhati-hati. Sekejap nama perempuan, sekejap nama lelaki. Akaun bank siapa yang dia guna pun kita tidak tahu. Penjual penipu ni pandai cari mangsa untuk buka akaun bank. Kekadang dia buka guna akaun girlfriend. Kekadang tu dia guna akaun bank orang yang dah mati.

Hati-hati sahajalah. Kalau kena tipu memang susah nak cari kerana anda cuma tahu nama pemegang bank akaun, tiada nombor mykad penjual penipu tu pun. Nak buat laporan polis pun susah. Kalau guna syarikat, biasanya dengan nama dah boleh jejak dan kesan apabila kita semak maklumat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Itu sahaja untuk kali ini. Jika ada tips-tips lain, saya akan tulis di ruangan akan datang.

Terima kasih kerana membaca. Kongsikan dengan kenalan dengan khidmat media sosial untuk menyelamatkan mereka daripada kena tipu.

Comments Off

Produk Tiruan Kingston 16GB Flash Drive

| Penipu | 19/01/2014

produk tiruan cina

Nak Cari Flash Drive 16GB Murah?

Memang  lumrah manusia untuk mencari barang harga murah. Kalau dah murah pun nak minta murah lagi. Lagi-lagi rakyat Malaysia sekarang yang sedang kesempitan wang kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan melampau.

Jadi saya pun keluar cari flash drive atau thumbdrive baru. Saiz flash drive sedia ada 2GB dan 4GB sudah tidak mencukupi untuk kegunaan harian. Haaaa…. RM15 murah tak untuk 16GB? Memang murah kan. Harga tersenarai Kingston 101 G2 16GB Flash Drive adalah RM33 di Lazada dan Lelong.com.my.

Lepas tu, bila semak model flash drive Kingston ini di laman web Kingston, warna dia adalah hitam sahaja untuk 16GB. Jadi kenapa produk ini warna biru?

Haaaa…. pasal saya dah kena tipu! Sudah tentunya produk imitasi daripada negara cina. Takde kerja betul mereka ni kan!?!

Ciri-ciri Produk Tiruan

Ada banya petanda-petanda atau petua untuk tahu flash drive itu  barang tiruan cina.

Warna atau Bentuk Tidak Sama

Semak jenama dan model produk di laman web rasmi pembekal. Pastikan betul. Kalau warna dan rekabentuk lain dengan model tersenarai, memang sah tipu.

Aksesori Tidak Lengkap

Kebiasaan Kingston akan memberi satu set tali pendek atau panjang untuk di sambungkan dengan flash drive. Tetapi aksesori tersebut tiada dalam pakej ini.

Kena Format Dahulu

Kebiasaannya flash drive atau thumbdrive original yang kita beli  di kedai tidak memerlukan kita format dahulu sebelum guna. Bila cucuk sahaja dalam port usb terus boleh guna. Tidak perlu format.

Sekarang ni kita kena format kepada filesystem NTFS ataupun exFAT pula. Kena tunggu 2 jam pula untuk format habis.

Saiz Flash Drive Setelah Format

Saiz flash drive 16GB sebenarnya bukanlah 16GB. Jangan anda terkejut dan kata kena tipu pula. Sebenarnya 16GB itu hanya digunakan untuk tujuan marketing sahaja. Saiz sebenarnya adalah 15.6GB sahaja. Kenapa pula ya? Ini adalah kerana ruang yang tidak cukup bukan hilang tetapi digunakan oleh filesystem sebagai katalog menyimpan data anda.

Situasi ini  sama sahaja dengan hard disk. Jika anda beli hard disk 1TB, anda cuma akan dapat 950GB sahaja kerana 50GB digunakan sebagai format filesystem. Bukan anda rugi 50GB ok. Tetapi  jika saiz flash drive anda kurang daripada 15.6GB apabila selesai format, maknanya memang sah produk tiruan cina dan anda kena tipu!

Saya pernah memenangi satu flash drive 4GB dalam  satu peraduan. Bila cucuk dalam usb port memang boleh kesan saiz 4GB. lepas format pun  masih 4GB tetapi bila kita pindahkan fail, cuma 200MB sahaja yang boleh masuk atau melekat. Yang  lain jadi fail sampah tulisan jerman. Jeng… jeng… jeng… hadiah pun nak bagi yang tiruan.

SiSoft Sandra Lite

Lagi satu cara mengesan produk flash drive tiruan adalah untuk melakukan benchmark kelajuan membaca dan menulis thumbdrive. Apabila kita membeli flash drive, bukan saiz sahaja yang penting. Kelajuan membaca dan menulis juga amat penting. Kalau tidak berjanggut anda nak tunggu bila nak pindahkan fail 1GB  daripada PC atau laptop ke flash drive.

Sila download perisian  percuma SiSoft Sandra Lite untuk melakukan benchmark kelajuan flash drive anda. Lepas proses benchmark, sistem SiSoft Sandra akan beritahu kelajuan flash drive anda berbanding yang sebenar serta flash drive lain. Bacaan mungkin tidak serupa tetapi hampir sama.

Saya masih menunggu flash drive ini untuk di format jadi saya tidak dapat melakukan benchmark lagi.

Produk Tiruan atau Imitasi

Memang zaman sekarang ni orang nak kaya cepat. Negara cina mempunyai kepakaran teknologi yang hebat, tetapi mereka cuma pandai guna kepakaran tersebut untuk menipu sahaja. Kenapalah tidak gunakan kepakaran tersebut untuk keluarkan barangan sendiri yang berkualiti macam negara Korea dan Jepun. Geleng kepala sahaja saya.

Untuk anda semua, berhati-hatilah apabila membeli barangan IT dan gajet di internet. Banyak betul barang tiruan dan imitasi sekarang ni. Semua lambakan daripada negara cina. Ramai orang yang kena tipu akan salahkan jenama tertentu seperti kes penipuan flash drive ini. Mereka akan kata Kingston atau Sandisk tak bagus, jenama itu ini lagi bagus. Sebenarnya produk yang di beli adalah tiruan.

Lebih baik anda beli barang dengan penjual yang anda biasa berurusan. Kalau ada masalah pun boleh tukar. Jangan terkejut, kekadang tu tuan kedai pun kena tipu dengan supplier atau pembekal barangan IT. Jangan salahkan mereka pula.

Selamat membeli.

 

Comments Off

JualBeli di Trade Zone Forum Lowyat

| Ulasan | 04/05/2013

forum-lowyat-tradezone

Bohong kalau anda rakyat Malaysia dan tidak pernah dengar pasal Plaza Lowyat. Pada satu ketika dulu Plaza Lowyat merupakan pusat perisian dan game cetak rompak negara. Orang daripada utara, selatan dan pantai timur berkunjung ke kuala lumpur mesti singgah Plaza Lowyat. Sampai pelancong bangsa asing turut mengenalinya dan memberi gelaran Pirate Capital of The World.

Tetapi sekarang ini Plaza Lowyat masih terkenal dengan jualan barangan komputer dan gadget canggih serta terbaru di pasaran. Nak kata murah tidak lah murah mana, banyak tempat lagi murah serta tidak perlu sampai datang Kuala Lumpur untuk membeli barangan komputer.

Jadi ulasan kedua saya ini adalah mengenai zon perdagangan Forum Lowyat. Sebenarnya Forum Lowyat ini tidak ada sangkut paut dengan Plaza Lowyat pun. Namanya diambil kerana popularnya nama Plaza Lowyat. Pada masa tu ada dua je tempat nak beli barang komputer, iaitu Plaza Imbi dinosaur pusat komputer awal tahun 90an dan yang baru membangun Plaza Lowyat. Pilihan Lowyat diambil dan sekarang Forum ini lebih manja dengan panggilan LYN atau sebutan leen, macam nama perempuan. Ia adalah anagram untuk LowYat.Net

Tidak perlulah saya menceritakan panjang lebar asal usul LYN ini lagi. Jika anda pergi ke LYN boleh bertanyakan kepada pengasas dan ramai moderator thread. Tujuan saya hari ini adalah untuk menceritakan mengenai ruangan niaga di LYN ini. Zon Perdagangan Forum Lowyat terbahagi kepada:

  • Garage Sales
  • LYN Street Mart
  • Bulk Orders
  • Trade Zone Resource Centre
  • Trade Zone Helpdesk and Disputes Resolution Corner
  • Lowyat.NET Official Merchandise

Garage Sales

Zon khas inilah ruangan paling popular di LYN. Kerana disinilah anda hendak mencari komputer peribadi, laptop, notebook, ultrabook, netbook dan tablet. Tidak ketinggalan juga adalah aksesori komputer, barangan network, digital kamera, mobilefon, smartfon dan gadget komputer lain.

Ia sangat popular untuk golongan pelajar kerana mereka tidak ada sumber pendapatan tetap. Mungkin ada wang saku daripada ibubapa, kerja part-time ataupun duit biasiswa sahaja. Kerana itulah mereka perlu mencari harga barangan yang termurah. Untuk membina semua komputer secara DIY, untuk setiap bahagian komputer kalau boleh potong RM5 pun dah banyak juga tu yang boleh jimat.

Apa yang menarik ialah daripada banyak-banyak penjual di LYN ada juga antara mereka adalah wakil daripada peniaga di Plaza Lowyat mempromosi premis dan barang-barang baru. Ada juga pekerja di sana buat side income dengan menjual barang dengan staff price. Selain itu penjual-penjual biasa dari merata Malaysia pun turut serta. Yang pasti harga dia kompetitif serta jauh murah daripada harga di Plaza Lowyat sendiri kerana kos operasi kurang atau tiada. Antaranya kerana penjual tidak perlu menyewa tapak kedai yang mahal, membayar bil utiliti dan gaji pekerja.

Ada juga penjual yang mengimport sendiri barangan daripada negara barat dan cina untuk mendapatkan harga termurah. Kredibiliti penjual boleh dilihat dengan rekod jualan dan senarai pembeli. Pihak LYN tidak menyekat penjual menjual barangan sama, jadi anda boleh membuat bandingan harga dan sesi tawar-menawar dengan penjual.

Oleh kerana komputer atau gadget yang lama boleh dijual semula, anda boleh mendapat barangan musim lepas dengan harga murah sekali. Sampah seseorang mungkin harta orang lain. Barangan seperti tablet dan smartfon generasi tahun lepas boleh didapati dengan harga murah kerana ada golongan mereka yang sentiasa hendak menukar gadget terbaru. Bila keluar iphone dan samsung galaxy note terbaru, berebut mereka akan jual gadget lama mereka di sini sebagai modal tambahan membeli gadget baru. Harga sudah murah rock bottom masa tu.

Bagi mereka yang menggemari permainan komputer juga tidak perlu membeli yang tiruan. Dekat LYN anda boleh beli dengan harga murah. Cuma perlu tunggu sebulan dua kerana apabila pemilik sudah jemu main, mereka akan terus jual. Game komputer yang boleh main dalam network samada LAN atau internet pun akan habis populariti dalam 6 bulan maksimum. Masa tu harga game ini semua dah sama dengan harga tiruan. Serius!

Sudah banyak saya berhabis dekat LYN ni, tetapi saya puas hati.  Saya lagi gemar membeli dengan tenang di sini daripada pergi bersesak ke Plaza Lowyat. Kalau anda pandai dan sabar cari memang dapat jimat banyak. Selain penjimatan, anda boleh dapat beli gadget baru yang tiada dalam pasaran dengan harga berpatutan. Saya dapat beli iphone terbaru sebelum model tersebut dilancarkan di Malaysia pun dengan harga murah iaitu Iphone 3G pada tahun 2008 dan Iphone 3GS pada tahun 2009 daripada seorang penjual yang bekerja di Singapura. Semua unit Singapura adalah Telco unlock jadi tidak perlu jail break, cucuk kad sim terus jalan. Beliau akan balik ke Kuala Lumpur setiap awal bulan membawa gadget terbaru jika ada pesanan, yakni ternyata lagi murah di Singapura. Siap ada resit dan jaminan Apple lagi.

Selain itu dapat beli aksesori iphone dengan murah di LYN. Memang lagi murah daripada di luar. Tidak lupa juga aksesori komputer seperti wifi adapter, razer mouse, wireless keyboard, media player dan games dengan harga murah daripada pasaran.

LYN Street Mart

Ini adalah pasar malam atau uptown LYN. Apa sahaja urusan jual beli yang tidak berkaitan dengan barangan IT, di longgokkan di sini.

Zon ini pun popular juga untuk mereka yang sudah bekerja dan mempunyai buying power yang lebih. Kebanyakan mereka yang membeli kereta buat pertama kali akan mengunjungi Automative Garage. Saya sendiri mendapat harga murah untuk set karpet kereta, tint cermin kereta dan banyak aksesori kereta yang lain. Sesungguhnya lagi murah jikalau dibanding dengan Brothers atau kedai aksesori kereta di luar. Kalau rajin mencari boleh dapat barangan terbaru yang diimport daripada negara luar.

Golongan wanita pula boleh mencari pakaian, tas tangan dan alat solek berjenama yang murah. Semua diimport daripada luar negara. Penjual mempunyai kawan atau saudara mara yang belajar di luar negara yang boleh membekalkan barangan dengan harga lebih murah. Mereka juga tidak perlu membayar cukai kerana barangan dihantar sebagai hadiah kepada penjual. Penjimatan kos yang banyak membolehkan mereka menjual dengan murah sekali. Jenguk jangan tak jenguk.

Bulk Orders

Ruangan ni khas untuk mereka yang hendak memborong atau membeli dengan banyak. Kebanyakan urus niaga dibuat oleh pekerja syarikat dimana mereka perlu membeli dengan jumlah yang banyak. Kalau dulu pekerja buka yellow pages, sekarang masuk internet cari barang. Ada juga antara mereka yang membeli dengan niat untuk menjual semula. Barangan baru boleh dapat dengan harga murah kerana belian secara pukal.

Trade Zone Resource Centre

Sumber maklumat seperti panduan dan tips membeli dan menjual. Sebelum apa-apa urusniaga anda boleh semak senarai hitam pembeli dan penjual. Ada juga penipu tegar yang menyelinap masuk dalam LYN. Dasyat!

Trade Zone Helpdesk and Disputes Resolution Corner

Jika ada urusniaga yang tidak menjadi atau anda rasa ditipu, anda boleh cuba selesaikan disini sebelum membuat laporan polis. Jika urusniaga ada resit, anda boleh bawa ke tribunal pengguna. Penting ada resit tu.

Lowyat.NET Official Merchandise

Penjualan barangan rasmi LYN seperti t-shirt dan topi baseball. Sekarang ini LYN telah tubuhkan juga satu kedai e-dagang dengan nama StoreKini bagi membeli barangan-barangan rasmi ini. Yang menarik rekacipta barangan ini dihantar sendiri oleh ahli LYN dalam satu peraduan dan rekacipta terbaik melalui undian terbanyak akan dipilih.

Sekarang ini saya copy dan paste senarai barangan yang tidak dibenarkan di LYN. Minta maaf ia masih dalam bahasa inggeris ya. Ini senarai dia:

  • Alcohol or alcohol based products.
  • Tobacco or tobacco/nicotine based products.
  • Unauthorised copies of music, movies, television programs, books, photographs as determined by the Copyright Act.
  • Imitation goods of any nature; and any item or service which infringes an intellectual property rights of another person.
  • MLM, pyramid schemes or any other similar marketing schemes and its products.
  • Gambling or gambling-related products/services, forex trading schemes, services or training products.
  • Offensive or indecent material such as adult toys, adult entertainment, pornography and any other items deemed unsuitable by the moderators.
  • Weapons such as knives, pepper sprays, air guns, laser pointers or any other weaponry that may require a special permit, including but not limited to switchblades and other pocket knives but not including swiss army knives.
  • Tablets, supplements, drugs of any kind, whether herbal or medical which do not have Malaysian governmental approval, including slimming tablets, dieting supplements, other herbal supplements and any products included within this list.
  • Stolen goods, whether or not you have prior knowledge of the theft; lost and found goods.
  • Items requiring a special permit, regardless whether you have that special permit. This includes pharmaceutical drugs and contact lenses.
  • Rapidshare accounts, gaming accounts of any other online accounts in general which are prohibited by the rules of the site
  • Paypal funds. Accepting Paypal as a form of payment for goods & services is alright, but selling funds with intention to convert currency is not.
  • Any item or services deemed illegal by the laws of Malaysia.

Walaupun senarai barangan terlarang LYN ini panjang sedikit tapi ia masih munasabah dan kita boleh faham kenapa ia dikuatkuasakan. Tidak seperti senarai barangan terlarang Mudah yang sungguh mengarut.

Oleh itu jemput-jemputlah ke LYN atau Forum Lowyat. Mengunjungi LYN terasa seperti berkunjung ke garage sales, boot sales atau flea market tau, Sungguh! Mana tahu anda dapat bargain yang menarik.

Terima kasih kerana membaca. Sila klik butang sosial dibawah untuk kongsikan ulasan ini. Jemput datang lagi.

 

 

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online