Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Panduan Lock WhatsApp Untuk Privasi Smartfon Asus

| Panduan & Tutorial | 14/08/2015

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-asus-zenfone-iklanlahpercuma.com

Kenapa perlu lock Whatsapp? Kenapa tidak mahu lock WhatsApp? Ada banyak sebab anda mungkin hendak lock WhatsApp.

 

Tujuan Lock WhatsApp

Kita kunci aplikasi WhatsApp kerana:

  • Anda seorang yang paranoid?
  • Benci orang lain curi baca mesej WhatsApp bila anda tinggalkan smartfon.
  • Orang lain hantar mesej menggunakan id kita.
  • Tidak suka orang lain ceroboh privasi.
  • Tidak suka isteri atau kekasih buka WhatsApp

Banyak sebabnya seseorang itu hendak lock WhatsApp. Tetapi semuanya berkaitan dengan privasi dan juga keselamtan. Memang tidak dinafikan ada banyak aplikasi percuma dan berbayar diluar sana,  tetapi kali ini saya ingin memberi panduan lock WhatsApp menggunakan aplikasi CM AppLock for ASUS.

 

Cara Lock WhatsApp

Bagaimana saya dapat aplikasi ini? Anda boleh cari  di GooglePlay tetapi kita hanya perlu buat kemasikini sistem terbaru untuk dapat aplikasi lock Whatsapp ini.

 

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step01-iklanlahpercuma.com

Selepas kemasikini sistem ASUS Zenfone, saya dapati ada mesej  di notifikai sistem seperti gambar di atas. Ia meminta kita sebagai  pengguna menghalang orang lain mencerobohi privasi smartfon. Apabila kita klik butang “Protect” maka akan terbuka aplikasi  CM AppLock for ASUS.

 

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step02-iklanlahpercuma.com

Anda boleh pilih mana-mana aplikasi untuk kunci:

  • WhatsApp – menjaga privasi mesej
  • Youtube – mengelakkan orang menggunakan kuota data interrnet
  • Settings –  mengelakkan hacker menggunakan cara social engineering membuka USB Debug atau membenarkan pemasangan aplikasi 3rd party yang tidak disahkan.
  • Gallery – menjaga privasi gambar dan video peribadi
  • File Manager – menjaga privasi semua fail

 

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step03-iklanlahpercuma.com

Anda boleh pilih untuk merakam gambar selfie penceroboh yang salah masukkan isyarat kunci.

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step04-iklanlahpercuma.com

Setelah anda pasang isyarat kunci, semua aplikasi ikon yang kena kunci akan ada tambahan gambar kunci pada ikon seperti di bawah.

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step05-iklanlahpercuma.com

 

Apabila anda klik ikon WhatsApp, anda kena masukkan isyarat kunci dahulu.

 

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step06-iklanlahpercuma.com

 

Isyarat kunci yang berjaya akan membenarkan pembukaan aplikasi.

 

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step07-iklanlahpercuma.com

Anda boleh setup supaya isyarat kunci akan terpasang setiap kali hendak buka atau hanya selepas aplikasi tutup selama 3 minit.

Bagaimana jika anda terlupa isyarat kunci? Jangan risau anda boleh reset semula katalaluan menggunakan Google Account.

Ini pula adalah demonstrasi rakaman selfie penceroboh. Rakaman akan dibuat secara rahsia, tanpa ada bunyi klik kamera.

panduan-lock-whatsapp-untuk-privasi-step08-iklanlahpercuma.com

Terima kasih kerana baca panduan lock WhatsApp untuk privasi smartfon ASUS. Jika anda pengguna Zenfone, cepat-cepat  muat turun sistem canggih terbaru ini dan gunapakaiuntuk keselamatan dan privasi anda juga. Sila kongsikan panduan ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Panduan Downgrade Waze & Troubleshoot Masalah Akaun

| Panduan & Tutorial | 24/07/2015

panduan-downgrade-waze-iklanlahpercuma.com

Siapa yang menggunakan Waze dengan smartfon Intel Atom memang akan menghadapi masalah pada awal bulan Julai ini. Setiap kali buka aplikasi Waze gerenti akan sumpah seranah kerana Waze gerenti crash.

Bila buka forum Waze baru dapat tahu segala smartfon Intel Atom ada masalah dengan versi baru Waze. Nak jadikan cerita saya buka Wifi sebelum balik kampung hari tu jadi semua aplikasi auto update. Bila nak bertolak balik kampung sekali tak dapat guna Waze kerana asyik crash. Memang menyusahkan!

Pengguna Waze tahu tujuan utama kita guna Waze adalah kerana:

  • tidak tahu jalan nak ke destinasi
  • mencari jalan alternatif
  • laporan trafik terkini oleh komuniti pengguna
  • amaran kamera AES di lampu trafik dan speedtrap AES di lebuhraya
  • amaran road block polis dan speedtrap polis di lebuhraya

Sekali Waze sangkut. Macam mana ni?

Jangan risau, kita boleh downgrade versi Waze untuk mengatasi masalah ini. Gunakan versi yang lama kerana ia tidak ada masalah

Amaran: Pastikan anda sudah cipta profil Waze dan daftar email atau facebook untuk link dengan akaun sebelum uninstall. Saya juga tidak akan bertanggungjawab jika anda hilang profil kesayangan Waze anda.

Ini adalah cara downgrade Waze. Mula-mula sekali anda kena uninstall versi Waze sekarang.

Selepas itu boleh pergi ke waze.en.uptodown.com/android/old dan muat turun APK Waze versi 3.9.4.0 ke smartfon anda dahulu.

waze-version-3.9.4-iklanlahpercuma.com

Sesudah selesai muat turun boleh buka file manager dan install fail APK tersebut. Boleh scan dahulu fail APK jika risau ada virus. Jangan lupa benarkan smartfon install APK 3rd party. Sila pergi ke Settings > Security > Unknown sources untuk benarkan installation of apps from unknown sources.

install-waze-version-3.9.4-iklanlahpercuma.com

Selepas itu anda tunggu Waze dilancarkan dengan berdebar-debar. Yelah takut profil Waze kita hilang.

install-waze-version-berdebar-iklanlahpercuma.com

Macam biasa anda daftar semula smartfon ini dengan menggunakan kod 4 digit SMS.

kod-verifikasi-waze-iklanlahpercuma.com

Selepas daftar kod SMS anda perlu login ke akaun untuk mendapatkan profil Waze. Jangan tekan pautan “skip” atau “create new account”.

sign-in-login-waze-iklanlahpercuma.com

Anda mungkin akan bertembung dengan beberapa masalah seperti:

  • lupa password, boleh guna fungsi “forgot your password” untuk reset password melalui email sahaja.
  • lebih daripada satu akaun. Ini memang pening kepala.

duplicate-akaun-waze-iklanlahpercuma.com

Ini masalah saya. Saya ada daftar satu akaun Waze 2 tahun lepas semasa saya menggunakan iPhone tetapi Waze gagal mengesan akaun tersebut apabila saya bertukar menggunakan smartfon Android.

Oleh kerana itu saya pilih untuk menggunakan Waze secara anonymous sahaja. Pada awal tahun 2015 ini saya daftar satu akaun baru dan mula memberikan sumbangan kepada komuniti sehingga dapat Waze Knight. Saya tolong pave lebuhraya LPT2 bila buka hari tu. Sudah pasti saya mahu menggunakan akaun Waze Knight dan bukannya akaun Waze Grownup biasa.

Tetapi setiap kali saya pilih akaun Waze Knight, Waze akan mengeluarkan skrin paksa saya login ke facebook. Saya tidak pernah ada akaun facebook peribadi dan sudah pasti ini adalah mustahil. Tiada fungsi untuk skip pula tu jadi Waze seperti memaksa saya guna akaun 2 tahun lepas yang lebih rendah darjat dia. Adoi!

Setelah membuat sedikit kajian di forum Waze lagi saya dapati hanya satu cara untuk mengatasi masalah ini. Ia adalah untuk memilih akaun lama dahulu. Selepas login berjaya, kita perlu masuk dalam setting dan delete akaun tersebut.

Memang berisiko langkah ini kerana kedua-dua profil sudah link dengan nombor telefon dan alamat email yang sama. Kita tidak tahu bagaimana sistem Waze berfungsi jadi apa-apa pun boleh terjadi. Sebelum ini pun Waze gagal mengesan akaun lama saya jadi hati memang risau.

Saya nekad untuk terus login dan delete akaun lama dahulu. Selepas itu saya tutup aplikasi Waze dan lancarkan semula agar ia dapat kesan akaun baru saya. Alamak! Tak jumpa. Saya uninstall semula Waze dan install APK versi 3.9.4.0  supaya Waze dapat hantar semula kod 4 digit SMS. Mana tahu Waze dapat kesan dengan cara ini. Sekali lagi tidak berjaya. Adoi!

Apabila tidak berjaya login, saya gunakan fungsi “recover your Waze account” dan Waze menghantar satu sms kecemasan seperti dibawah.

selamatkan-akaun-waze-iklanlahpercuma.com Sekali lagi saya hampa apabila Waze selamatkan bukan akaun Waze Knight tetapi akaun Waze Grownup. Point untuk profil Waze Grownup pun sudah hilang. Point 3,219 sudah jadi kosong, jadi Waze Baby sahaja. Ini memang membingungkan. Selepas cubaan terakhir saya tidak membawa hasil saya menyerah kalah. Sekali lagi saya delete akaun Waze Baby dan terus gunakan Waze secara anonymous seperti insiden 2 tahun lepas.

Seminggu selepas kes itu, apabila hendak pulang semula ke rumah saya cuba nasib sekali lagi. Saya uninstall dan install semula Waze agar ia terpaksa menghantar kod SMS 4 digit. Saya lakukan ini tanpa apa-apa harapan tetapi…

waze-you-look-familiar-iklanlahpercuma.com

…syukur alhamdulillah kali ini ia berjaya mengesan akaun Waze Knight saya. Jangan tanya macam mana boleh berjaya. Ini semua misteri. Mungkin sistem Waze sudah bertaubat troll pengguna.

waze-hooray-iklanlahpercuma.com

Waze sepatutnya mempunyai sistem pengurusan akaun yang lebih bagus. Ini sistem tak boleh pakai. Bukan saya seorang mengalami masalah ini. Jika anda semak forum Waze, ada ramai pengguna Waze Royalty hilang akaun mereka dan terpaksa mula semula dengan Waze Baby.

Masalah Waze timbul jika:

  • Anda tukar nombor telefon.
  • Anda tukar smartfon baru.
  • Anda uninstall dan install Waze.
  • Anda guna 2 simkad.
  • Anda pergi melancong luar negara dan gunakan kad sim prepaid Telco negara tersebut buat sementara waktu.
  • Anda cuba login ke akaun facebook atas nasihat Waze.

Setiap kali salah satu perkara di atas berlaku, Waze akan cipta akaun baru walaupun:

  • nombor telefon sama
  • alamat email sama
  • username akaun/profil sama

Anda belum pernah kena? Jangan risau, masa anda akan tiba juga. Kalau difikirkan memang lawak Waze mampu selesaikan masalah trafik pengguna tetapi tidak mampu selesaikan masalah akaun pengguna mereka.

Terima kasih kerana baca panduan downgrade Waze dan sila kongsikan panduan ini dengan klik butang media sosial di bawah.

Comments Off

Cara Tambah Memori RAM Smartfon Android (Bahagian 2)

| Panduan & Tutorial | 28/06/2015

cara-tambah-memori-ram-smartfon-android-iklanlahpercuma

Penyelesaian Masalah Memori

Anda mencari jalan penyelesaian masalah memori RAM smartfon android? Mungkin anda baru terserempak dengan artikel ini tetapi mungkin juga anda datang kembali setelah membaca artikel sebelum ini  iaitu Masalah Pengurusan Memori Smartfon Android. Artikel ini menjelaskan rahsia untuk tambah memori RAM smartfon Android.

Jika anda belum baca artikel tersebut, amat digalakkan anda membaca dahulu supaya anda tahu sebab mengapa smartfon anda selalu tidak cukup memori.

Hadkan Penggunaan Aplikasi

Secara logiknya kita sudah tahu bahawa penggunaan aplikasi memakan memori RAM. Oleh itu jangan install aplikasi dan widget dengan melampau. Install mengikut keperluan sahaja. Lebih-lebih lagi aplikasi dalam bentuk widget yang sentiasa wujud di latar belakang seperti live wallpaper dan widget cuaca.

Memang live wallpaper nampak  cantik tetapi penggunaan memori dia amat melampau. Segala jenis widget seperti  What’s Next, cuaca, bookmark, e-mail, photo frame dan lain-lain lagi adalah tidak perlu. Sila buang semua jika anda sudah mengaktifkannya sebelum ini.

Uninstall Aplikasi Yang Anda Tidak Pernah Guna

Masa mula-mula dapat smartfon dahulu anda mungkin jadi gila sekejap dan muat turun semua jenis aplikasi yang anda nampak dalam Google Play. Sekarang masanya untuk muhasabah diri dan smartfon anda.

Mana aplikasi yang anda tidak pernah guna tu bolehlah buang. Bukan sahaja ia menggunakan ruang internal SD memori anda, ia juga mungkin memakan memori RAM dengan berjalan fungsi tertentu di latar belakang sistem.

Disable Aplikasi Yang Anda Jarang Guna

Banyak pengguna smartfon Android tidak tahu bahawa anda boleh disable buat sementara waktu aplikasi yang jarang  digunakan. Anda mungkin perlu gunakan aplikasi ini pada masa-masa tertentu sahaja. Bukansemuakawasan ada resepsi network yang baik jadi anda mungkin  tidak dapat muat turun aplikasi tersebut bila perlu.

Usah risau, boleh masukkan aplikai dalam peti sejuk dahulu. Anda peram aplikasi dan enable semula bila perlu. Tidak tahu cara?

  1. Buka Settings
  2. Buka Device>Apps
  3. Anda boleh swipe antara skrin Downloaded dan juga Preloaded
  4. Sila disable satu persatu aplikasi yang anda jarang guna.apps dan tekan  disable untuk aplikasi.
  5. Tekan butang Force stop dahulu dan kemudian tekan butang Disbale.

disable-aplikasi-smartfon-jimat-memori-iklanlahpercuma

Lihat berapa banyak aplikasi yang saya tidak pernah guna sudah saya Disable. Aplikasi dalam kategori Preloaded datang dengan smartfon anda dan tidak boleh di uninstall. Kebanyakkan aplikasi ini adalah cara syarikat smartfon buat duit. Ia dipasang dalam smartfon apabila syarikat pembekal aplikasi membayar duit kepada syarikat Smartfon.

Senarai aplikasi mungkin tidak sama antara jenama Smartfon. Ia juga mungkin berubah  setiap kali anda membuat kemaskini firmware sistem. Saya disable Google+ kerana saya tidak suka sosial media. Saya disable Gmail kerana saya menggunakan aplikasi inbox untuk baca email Gmail saya.

Gunakan Auto Start Manager

Dalam versi Android terbaru anda akan dapat satu fungsi untuk benarkan aplikasi tertentu sahaja dijana pada latar belakang sistem apabila anda reboot. Anda boleh disable aplikasi Downloaded dan juga Preloaded. Perhatikan disini Live Wallpaper Androids! masih dibenarkan auto load kerana status adalah Allow.

auto-start-manager-android-iklanlahpercuma

Sila klik butang Allow untuk tukar status kepada Deny.

auto-start-manager-android-free-iklanlahpercuma

Lihat berapa banyak memori RAM yang saya dapat jimatkan. Dekat 900MB penjimatan.

Boost Memori RAM Anda

Walaupun penjimatan memori smartfon sudah cecah 900MB, kita masih boleh dapat tambah memori RAM smartfon. Bagaimana? Gunakan fungsi memori booster sedia ada Android.

boost-memori-ram-android-iklanlahpercuma

Akses Quick Setting untuk menyenangkan anda Boost memori setiap kali anda rasa smartfon Android menjadi sembap. Dengan menggunakan fungsi memori Boost ini smartfon saya dapat mencapai sehingga 1.2GB free memori. Smartfon anda tiada fungsi ini? Jangan risau sila muat turun dan install aplikasi 3rd party berikut:

booster-for-android-free-iklanlahpercuma

Ada banyak lagi aplikasi yang boleh tambah memori RAM smartfon anda. Tetapi hati-hati kerana ada aplikasi sampah. Ia makan lebih banyak memori. Contohnya aplikasi bloated dengan terlampau banyak fungsi. Anda boleh baca dahulu ulasan orang lain sebelum muat turun dan install.

ram-manager-free-iklanlahpercuma

Jika anda suka dengan aplikasi tersebut, bolehlah beli versi PRO bagi menghilangkan banner dan notifikasi supaya muat turun aplikasi lain daripada penerbit yang sama.

Reboot smartfon

Kadang-kadang walaupun anda sudah lakukan kesemua itu, OS Android anda masih perlu direboot. Kenapa? Kelemahan programmer aplikasi dan sekatan OS Android itu sendiri memerlukan sesetengah aplikasi mendapat fresh reboot sebelum kemaskini terbaru berjaya dipasang.

Jika selama ini anda reboot smartfon dan masih mempunyai masalah, kali ini semua masalah akan selesai. Jika anda tidak lakukan langkah-langkah yang saya sebutkan di atas tadi, minta maaf kerana masalah anda tidak akan hilang dengan reboot.

Install Antivirus

Jika smartfon anda masih juga sembap, ada satu kemungkinan sahaja yang tinggal. Sebab nombor satu adalah smartfon anda mungkin sudah dijangkiti virus. Ya, saya sudah terangkan dalam artikel bahagian 1 sebelum ini. Baca semula dengan teliti jikalau anda terlepas pandang. Jangan install antivirus jika anda rasa smartfon anda sudah laju.

Apabila anda install antivirus, ia akan memakan memori RAM juga kerana akan ada satu khadam yang sentiasa menjaga smartfon anda seperti saka hantu raya. Jika antivirus tersebut tidak dapat membuang virus, anda mungkin perlu lakukan factory data reset atau hard reset. Jangan lupa backup semua data penting sebelum itu. Anda boleh backup ke memori SD atau pusat storan Cloud seperti Gdrive atau DropBox. Sila rujuk kepada pakar jika anda tidak berani buat.

Sistem smartfon Android anda masih lembap?

Beli Smartfon Baru Dengan RAM Minima 2GB

Anda tidak ada pilihan lain selain tukar guna smartfon baru. Nampak sangat smartfon anda sudah senja. Mungkin pada suatu masa dahulu smartfon anda gah dan mendapat pujian tertinggi orang ramai tetapi sekarang ia sudah masuk dalam kategori artis veteran dan uzur. Perumpamaan “Habis madu sepah dibuang” sangat sesuai untuk dunia smartfon.

Pada tahun 2015 ini cuba elakkan guna smartfon yang cuma ada 1GB RAM. Kalau anda beli juga anda pasti menyesal. Tak cukup bajet? Takpe, simpan dahulu duit, menabung lagi 6 bulan untuk dapatkan smartfon dengan sekurang-kurangnya 2GB RAM untuk berada ditahap selesa. Smartfon Asus Zenfone 5 dengan 2GB hanya sekitar RM550 sahaja.

Bagi mereka yang ada bajet, pastikan jenama pilihan smartfon anda ada 4GB. Ini adalah yang terbaik jika anda masuk dalm kategori tukar smartfon setiap 3 bulan. Perhatikan spesifikasi smartfon betul-betul. Banyak betul jurujual licik yang cuba mengaburi mata anda. Walaupun model yang sama tetapi ada 2 versi. Contohnya smartfon Zenfone 5 ada yang 1GB dan ada juga yang 2GB. Jadi pastikan jurujual tulis 2GB RAM dalam resit anda. Jika anda ditipu anda boleh mengadu kepada triburnal pengguna kemudian.

Seperti biasa, sila kongsikan artikel ini menggunakan butang media sosial dibawah. Terima kasih dan jemput datang lagi.

Comments Off

Masalah Pengurusan Memori Smartfon Android (Bahagian 1)

| Panduan & Tutorial | 28/06/2015

pengurusan-memori-smartfon-android-iklanlahpercuma

Apa yang di cari dalam sebuah smartfon?

Biasanya orang beli kerana jenama. Samada dia Apple iFag atau taksub dengan jenama Samsung.

Ada yang nak beli smartfon yang terbaru sahaja di pasaran. Setiap kali keluar smartfon baru dia tukar.

Biasanya orang baru akan beli kerana terikut-ikut ayat jualan salesman. Smartfon ini ada 4G, LTE, GPS, wifi dan bluetooth dan sebagainya walhal pengguna tidak tahu dan tidak akan guna pun fungsi-fungsi canggih itu. Beli smartfon 4G tetapi data plan pun tidak ada.

Jikalau orang tanya saya. Smartfon apa yang anda pakai. Saya tidak akan ingat jenama, kalau ingat pun jenama… model memang susah nak ingat.

Biasanya kalau orang suruh saya rekomen smartfon mana yang nak beli saya akan cakap satu benda sahaja.

Beli ikut keperluan.

Keperluan Asas Smartfon

Jadi apa itu keperluan nombor satu untuk smartfon?

Memori. Saya bukan bercakap mengenai internal atau external microSD tetapi memori RAM (Random Access Memory) smartfon. Smartfon adalah umpama PC kecil. CPU (central processing unit) yang laju tidak bermakna tanpa RAM yang cukup. Lagi banyak lagi bagus. Walaupun kita install aplikasi RAMdisk, penggunaan memori SD tidak sama laju dengan penggunaan memori RAM.

Kesan Kekurangan Memori Smartfon

Apa kesannya?

  • GUI (graphic user interface) sangkut dan lembap
  • Aplikasi sangkut atau hang
  • Sistem reboot

Saya pasti ramai pengguna smartfon Samsung sendiri yang mengeluh apabila terjadi perkara-perkara tidak diingini diatas. Masa mustahak dan nak cepat itulah tiba-tiba dia buat hal sampai kena reboot smartfon. Boss marah tunggu anda lambat telefon balik atau jawab Whatsapp.

Punca Kekurangan Memori Smartfon

Kenapa ini boleh terjadi? Ada banyak sebab munasabab kenapa smartfon canggih lagi mahal anda boleh jadi sembap sampai tidak boleh guna. Anda yang geram sampai baling smartfon. Ada juga yang terus pergi ke kedai dan trade in untuk dapatkan smartfon baru. Senyum para jurujual smartfon dapat pelanggan macam ini.

Sebelum anda jadi mangsa keadaan, mari kita pelajari serba sedikit mengenai memori smartfon. Tidak ada masalah hendak tambah ilmu berguna dalam dada.

Programmer Aplikasi Yang Malas

Sejak zaman Windows lagi kita sudah biasa terserempak dengan BSOD (Blue Screen of Death), aplikasi hang dan juga masalah-masalah pepijat yang lain. Kisah OS (operating system) Windows juga tidak jauh bezanya dengan OS Android dan Apple. Mungkin isu ini jarang berlaku untuk Apple kerana ia sangat menitik beratkan kualiti.

Biar mereka lambat masuk pasaran, asalkan kualiti terjaga. Pengguna Apple cuma akan mengalami masalah apabila berlaku OS upgrade dan model Iphone anda sudah senja. Contohnya apabila ada kemaskini iOS terbaru, generasi Iphone iOS yang lama terus tidak boleh guna aplikasi-aplikasi baru. Jangan anda membuat kesilapan dengan mengemaskini aplikasi kepada versi terbaru, terus tidak boleh guna aplikasi tersebut. Contohnya Iphone 3G isteri saya yang masih elok terus tidak boleh guna whatsapp tetapi Iphone 3GS saya masih lagi boleh dengan kemaskini iOS versi 4.3. Ramai pengguna Iphone yang tidak puas hati terus beralih kepada smartfon Android selepas insiden ini.

Manakala dunia Android adalah sangat berlainan. Ia mengeluarkan mobile apps macam cendawan tumbuh selepas hujan walaupun majoritinya adalah aplikasi sampah. Programmer yang mengejar dead line serahan kerja kepada pelanggan bagi menerima bayaran kerja akan buat apa sahaja yang patut. Bayaran hasil kerja sangat kecil jadi kualiti adalah benda terakhir dalam fikiran mereka. GUI mungkin cantik tetapi pengurusan memori aplikasi bermasalah atau tidak wujud sama sekali.

Saya tidak mahu masuk bab teknikal disini. Cukup anda tahu bahawa kebanyakkan aplikasi Android akan makan memori smartfon macam orang kita makan bila berbuka puasa. Tak ingat dunia. Setelah aplikasi ditutup pun memori yang digunakan tidak akan dilepaskan.

Pengguna Smartfon Buta IT

Tahniah kepada Steve Job kerana menjadikan gajet satu alat kegunaan harian. Sesiapa sahaja mampu menggunakan PC serba canggih dalam bentuk gajet kecil. Tetapi bukan semua orang celik IT. Mereka tidak faham apa itu CPU dan RAM. Bila sebut memori yang mereka tahu, saya sudah beli microSD 32GB dan 64GB. Tak cukup memori lagi ke? Jangan gelak, ini benda yang betul-betul berlaku.

Oleh kerana pengguna tidak faham teknologi. Sebaik mereka terima sahaja smartfon baru dengan pantas mereka akan install segala jenis aplikasi. Terus masuk dalam Google Play dan install aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, Waze, call blocker, antivirus dan bermacam-macam lagi. Tidak cukup dengan mobile app, mereka akan turut install widget cuaca, wallpaper bergerak, slide gambar, notifikasi waktu solat dan bermacam-macam lagi widget.

Selepas itu kita masuk pula bab gaming. Game atas smartfon ini sudah tentunya berbentuk network ataupun dikenali dengan nama MMOG (massively multiplayer online games). Ia ternyata memakan banyak memori setiap kali anda main lagi-lagi bagi game yang menggunakan banyak imej bitmap.  Aplikasi, widget dan game ini bukan hanya menggunakan memori apabila anda tekan ikon untuk buka tetapi ia akan kekal di latar belakang menanti arahan tuan macam khadam. Khadam anda ni yang makan tuan macam saka.

Tidak cukup dengan itu, banyak jenama smartfon yang akan install aplikasi secara paksa setiap kali anda membuat kemaskini. Contohnya smartfon Asus dengan aplikassi Amazon Kindle, Omelet Chat, 50+ Games, Clean Master,  Google Hangout, Google+ dan banyak lagi. Ia pengiklanan dengan konsep paksaan. Semua aplikasi ini tidak boleh di uninstall. Jangan risau dan teruskan baca.

Malware dan Hijacker Android

Ya, jangan ingat komputer PC dan laptop sahaja yang ada virus. Smartfon pun ada virus. Ada virus smartfon yang bergerak macam worm mencuri data daripada adressbook anda dan melompat ke jaringan keluarga dan kawan-kawan anda. Ada juga virus yang mencuri semua password akaun media sosial anda. Selepas itu gambar-gambar privasi anda akan dicuri dan anda perlu bayar wang pampasan blackmail setiap bulan agar gambar-gambar tersebut tidak diedarkan kepada awam. Ada juga virus yang tugas dia mencuri duit anda samada melalui akaun paypal ataupun kad kredit in game purchase.

Yang paling kita takut sekali adalah aplikasi yang install payload trojan bagi menjadikan smartfon ada zombi dalam network botnet bagi tujuan hacker membuat serangan DDOS atau menjadi proxy bagi menghilangkan jejak mereka menembusi keselamatan server-server tertentu. Tak pasal-pasal anda yang kena tangkap dengan unit siber Bukit Aman kerana disyaki terlibat dalam gerakan teroris.

Kesemua virus, malware dan trojan ini akan memakan memori smartfon anda.

Tidak adil bagi saya cerita semua ini dan tidak beri anda cara untuk menyelesaikan masalah memori smartfon. Harap bersabar, nantikan sambungan artikel ini dalam bahagian 2 iaitu Cara Tambah Memori RAM Smartfon Android.

Jika anda suka sila kongsikan artikel ini menggunakan butang media sosial dibawah.

Jemput datang lagi.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online