Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Unboxing & Ujian Ketulenan Pineng PN-988 Yang diJual Lazada

| Unboxing | 26/06/2015

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-1-iklanlahpercuma

Selamat datang ke blog IklanLahPercuma. Jika anda hendak mempromosi produk dan perkhidmatan anda, boleh buat selepas membaca ulasan unboxing powerbank Pineng PN-988 ini ok.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-2-iklanlahpercuma

Dua hari lepas saya telah mendapat email promosi Lazada mengenai harga menarik powerbank Pineng. Jangan lupa semak selalu harga promosi menarik di Lazada. Jika anda malas semak, boleh bookmark blog atau follow FB kami. Kalau ada promosi menarik anda boleh tahu.

Tengok sahaja skrin atas, saya sendiri borong 3 biji powerbank Pineng PN-988. Harga sangat menarik kerana penjual sudah beri potongan harga sehingga 43%. Jika anda ada kupon diskaun CIMB, TM atau mana-mana pembekal lain anda boleh dapat lagi diskaun tambahan atas harga sedia murah. Memang berlipat kali ganda untung.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-3-iklanlahpercuma

Penghantaran percuma pula tu. Lepas tu jangan terkejut, saya buat pesanan semalam selepas sahur dan sehari sahaja penghantaran sudah dibuat. Oleh kerana produk ini dibekalkan oleh Lazada sendiri jadi mereka menggunakan khidmat LazadaExpress dan bukannya PosLaju atau khidmat kurier lain.

Rider Lazada akan telefon anda dalam masa 30 minit sebelum penghantaran. Bungkusan diterima dalam keadaan selamat dan rider akan minta anda tandatangan dokumen penghantaran menandakan anda sudah menerima produk tempahan dengan selamat.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-4-iklanlahpercuma

Anda boleh tengok sendiri setelah bungkusan plastik polimer dikoyakkan, bungkusan produk ini ada menggunakan bubble wrap untuk menjaminkan produk anda selamat dan tidak rosak. Plastik polimer bungkusan yang digunakan sangat tebal dan kenyal jadi kita sebagai pelanggan Lazada tidak perlu rasa risau.

Selain itu saya pasti produk ini tidak dicampak begitu sahaja kerana penghantaran bukan menggunakan lori, van atau kereta dengan jumlah bungkusan yang banyak tetapi rider motosikal untuk menjimatkan kos Lazada. Kita sebagai pelanggan juga merasa cukup puas hati kerana produk belian dapat layanan istimewa “handle with care” rider. Dilampirkan sekali juga satu salinan invois tempahan anda.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-5-iklanlahpercuma

Setelah bungkusan bubble wrap dibuka kita dapati powerbank Pineng PN-988 masih elok dalam kotak. Dengan perasaan gembira saya terus buka satu kotak untuk mengeluarkan produk tempahan.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-6-iklanlahpercuma

Anda boleh lihat sendiri produk ini berada dalam keadaan baik. Produk ini tidak dibekalkan dengan kepala adapter 3-pin 5V dan juga bag kain berjerut Pineng. Tetapi ini tidak menjadi masalah besar kepada saya kerana saya mempunyai banyak plag adapter 3-pin 5V daripada powerbank dan smartfon lain.

Jika anda ingin menggunakan plag adapter usb 3-pin anda, pastikan ia membekalkan kuasa 5 voltan. Kalau terlebih akan menyebabkan powerbank ini rosak atau meletup. Selain itu anda boleh menggunakan port usb laptop atau komputer untuk mengecas unit powerbank ini. Masalah selesai.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-7-iklanlahpercuma

Sekarang masa untuk kita memeriksa produk. Jika anda tidak tahu, keistimewaan produk Pineng ini adalah ia mempunyai 2 port output. Setiap port ini mempunyai voltan yang sama iaitu 5V tetapi dengan ampere yang berbeza, satu dilabel 2.1A dan satu lagi 1.0A jadi memang ada perbezaan arus elektrik yang digunakan. Perbezaan arus elektrik ini dapat mengurangkan masa mengecas penuh bateri gajet, contohnya 2 jam menjadi 1 jam sahaja.

Jika anda hendak mengecas gajet seperti smartfon atau tablet dengan pantas, bolehlah menggunakan output port 2.1A tetapi ada pihak yang mengatakan ia akan menyebabkan jangka hayat bateri gajet anda tidak tahan lama. Jika anda risau bolehlah gunakan output port 1.0A sahaja untuk menyedapkan hati anda.

Bolehkah kedua-dua port ini dipakai untuk mengecas 2 gajet serentak? Nanti saya cuba dan kemaskini sini kemudian.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-8-iklanlahpercuma

Sekarang masuk bab yang paling penting bagi kesemua pembeli produk powerbank Pineng. Tidak kira anda beli di kedai atau dengan kawan sendiri, adalah amat penting produk yang dibeli tulen. Banyak orang kata apa nak risau, asalkan boleh caj sudah kira bagus. Mungkin anda juga berkata begini kerana anda belum baca “Panduan Membeli Powerbank” saya.

Jika anda sudah baca anda tahu bahawa ada kemungkinan anda mungkin tertipu membeli produk yang tiada kualiti. Powerbank anda mungkin boleh mengecas gajet anda hari ini tetapi ia mungkin rosak esok lusa siapa tahu. Produk tulen mungkin juga boleh rosak tetapi ia mendapat jaminan syarikat pembekal dan ia tidak akan meletup dan mencederakan anda.

Bagaimana nak mulakan semakan atau ujian ketulenan Pineng? Sila rujuk belakang kotak produk anda. Terdapat satu sticker berlabel dengan kod bar 3D. Jika anda perhatikan betul-betul, bahagian bawah label tersebut ada bahagian perak seperti kad gores dan menang atau kad tikam hadiah masa sekolah dulu.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-9-iklanlahpercuma

Gunakan duit syiling atau kuku anda untuk gores lapisan perak ini dengan cermat. Hasilnya anda akan dapat satu nombor siri 16 digit. Saya sudah kaburkan 4 digit terakhir dalam gambar diatas. Ya, tulisan font dia halus jadi bagi mereka yang rabun bolehlah menggunakan kanta teknologi.

Snap guna smartfon dan zoom gambar untuk baca nombor siri 16 digit Pineng dengan jelas. Selepas itu sila pergi ke laman web Pineng http://en.pineng.cn dan bukan laman web lain. Jika anda google fungsi tersebut, anda mungkin pergi ke laman web reseller dan bukan laman web Pineng di negara Cina. Jangan risau, saya pun tidak boleh berbahasa mandarin, kerana itu ada kod en di depan domain Pineng untuk versi bahasa inggeris.

Buka laman utama dan cari borang dengan perkataan “Security check”. Webmaster Pineng mungkin mengalihkan kedudukan borang kecil ini setiap kali ia lakukan kemaskini rupabentuk laman tetapi saya pasti borang ujian ketulenan Pineng mesti wujud. Syarikat Pineng tidak mahu anda beli produk palsu. Mereka yang rugi jika anda beli produk OEM.

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-berjaya-iklanlahpercuma

Setelah anda jumpa borang tersebut, sila masukkan nombor siri 16 digit produk powerbank anda dan berdoa agar produk yang dibeli adalah tulen. Syukur alhamdulillah produk saya tulen. Ada mesej mengatakan nombor siri ini disemak pertama kali dan ia adalah produk original.

Syabas Lazada kerana menjual produk tulen dengan harga amat murah!

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-tidak-berjaya-iklanlahpercuma

Jika semakkan anda tidak berjaya, mesej akan ditulis seperti diatas. Apa maksudnya?

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-tidak-berjaya2-iklanlahpercuma

Menggunakan khidmat alih bahasa kita dapati nombor siri 16 digit yang baru kita gores tadi sudah tidak selamat atau tercemar. Ia sudah digunakan oleh sindiket penipuan terancang yang membekalkan powerbank Pineng palsu. Nombor siri yang sama sudah dicetak atas sticker label pengesahan dengan banyak.

Carian pertama adalah produk tulen yang sebenar. Tetapi carian nombor 2 dan ke atas sudah pasti adalah bagi mereka yang membeli produk OEM palsu. Dalam kes di atas anda merupakan pembeli yang sudah kena tipu kali ke 91. Semua ini bergantung kepada nombor carian tersebut. Jika anda perasan saya cuma masukkan nombor siri 16 digit ikut susunan nombor di papan kekunci sebagai demonstrasi ujian ketulenan Pineng dengan hasil ujian tidak berjaya.

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-palsu-iklanlahpercuma

Ini pula adalah paparan mesej jika nombor siri yang anda masukkan tersebut adalah palsu. Memang terus akan dapat amaran jangan masukkan nombor siri palsu. Semoga ujian ketulenan Pineng anda juga berjaya.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-siap-iklanlahpercuma

Selepas ujian ketulenan berjaya, kita perlu membuat ujian fizikal powerbank pula. Mana tahu produk yang dibeli merupakan salah satu daripada produksi kilang yang tidak bernasib baik. Syukur alhamdulillah apabila saya cucuk cable usb untuk mengecas smartfon, lampu backlight LED menyala dengan warna biru.

Jikalau powerbank yang dibeli tidak berfungsi, jangan menggelabah, sila hubungi semula Lazada untuk servis jaminan. Apa tunggu lagi jom beli powerbank Pineng di Lazada hari  ini juga. Anda boleh semak semua jenis powerbank Lazada dan buat pilihan terbaik. Powerbank 20,000mAh pun murah tidak sampai RM60!

Akhir kata terima kasih kerana membaca artikel unboxing dan ujian ketulenan Pineng ini. Jika anda suka sila kongsikan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Jemput datang lagi.

 

Comments Off

3 Tips Wajib Panduan Beli Powerbank

| Panduan & Tutorial | 25/06/2015

tips-terbaik-beli-powerbank-iklanlahprcuma

Apa itu Powerbank?

Powerbank adalah satu alat elektronik mesti beli yang mampu milik pada masa sekarang. Ia adalah pasangan hidup kepada gajet-gajet anda yang lain seperti smartfon dan tablet. Ia merupakan satu alat talian hayat terakhir bagi gajet anda. Ia mampu menyimpan kuasa seperti bateri untuk mengecas gajet-gajet anda semasa ada berada diluar rumah atau pejabat.

Senang cakap powerbank adalah backup bateri untuk gajet anda. Ia sangat penting bagi mereka yang menggunakan segala ciri-ciri canggih gajet seperti bluetooth, wifi, GPS, kamera dan kerap menggunakan internet. Lagi banyak penggunaan fungsi-fungsi ini, lagi cepat gajet anda habis kuasa bateri.

Dengan adanya powerbank juga bermakna anda tidak perlu usung power adapter dan buru soket untuk cucuk plag adapter di tempat awam. Kadang-kadang tu sampai terpaksa berebut dengan orang lain. Powerbank membantu menjaga maruah anda daripada menjadi pengemis tenaga elektrik jalanan.

Oleh itu jom teruskan baca dan khatam 3 tips wajib yang anda perlu tahu mengenai powerbank. Senang nak ingat kerana ia cuma 3 tips tetapi ia adalah sangat penting. Selepas ini anda akan jadi pakar powerbank.

Tips 1 Kapasiti Storan

Saya pasti semua orang bila sebut sahaja powerbank dia akan cakap mestilah nak kuasa powerbank yang paling besar. Kuasa powerbank ini adalah kapasiti storan. Kapasiti storan powerbank dikira dalam bentuk milliAmpere hours ataupun mAh. Kebanyakkan orang yang hendak membeli powerbank tidak tahu fakta ini dan cuma ikut kata orang lain. Beli sahaja kapasiti storan yang paling besar. Kalau nak tahu kapasiti storan terbesar buat masa sekarang adalah lebih kurang 30,000 mAh.

Tahukah anda bahawa kapasiti terbesar bermakna anda memerlukan powerbank yang lebih besar secara fizikal. Ia kerana teknologi storan dalam sel bateri powerbank adalah terhad. Lagi besar kuasa mAh bermakna anda memerlukan saiz fizikal powerbank yang lagi besar. Lagi besar saiz juga bermakna powerbank akan jadi lebih berat.

Harus ingat bahawa alat ini akan mendampingi anda sentiasa apabila anda berada diluar. Saiz smartfon yang nipis dan kecil boleh muat dalam poket seluar jeans anda tetapi powerbank 20,000 mAh sudah pasti tidak. Powerbank yang besar mungkin muat dalam hand bag anda tetapi sanggupkah anda mengusung powerbank berat ke sana sini wahai kaum hawa sekalian.

Jadi sila pilih kapasiti storan mengikut keperluan anda. Jika saiz powerbank kecil sudah pasti harga pun tidak melampau. Pilihan powerbank optimum pada masa sekarang adalah 10,000 mAh+-. tetapi bagi mereka yang mempunyai bajet yang besar mungkin akan beli 2 atau 3 jenis mengikut keperluan. Satu untuk kegunaan harian dan satu mungkin semasa anda berjalan jauh dalam bas atau kapal terbang.

Tips 2  Formula Kuasa Mengecas Powerbank

Kenapa anda wajib tahu mengenai formula penting ini? Kerana ia berhubung kait dengan soalan dalam setiap kepala pembeli selepas tahu mengenai kapasiti storan. Berapa kali saya boleh cas gajet saya? Jangan mudah terpedaya dengan janji manis penjual handphone atau aksesori handphone.

Lebih baik anda bersedia dengan ilmu di dada.

Formula:

kapasiti storan powerbank X 0.8 (kira-kira 20 % kerugian tenaga) / kapasiti storan bateri gajet = anggaran berapa kali boleh cas

Contoh kiraan:

Powerbank 10,000 mAh dan smartfon dengan bateri 3,100 mAh

10,000 mAh X 0.8 / 3,100 mAh = sekitar 2.58 kali boleh cas

Kapasiti storan semua powerbank sebenarnya adalah dalam anggaran 80%+-. Ini kerana storan powerbank akan mengalami kehilangan kuasa semasa mengecas dan ia dianggarkan dalam jumlah sekitar 20%. Ini adalah fakta yang jarang anda dengar daripada mulut jurujual atau baca dalam iklan promosi powerbank. Sekarang anda sudah tahu rahsia sebenar powerbank.

Tips 3 Kualiti Powerbank

Jangan percaya dengan pujuk rayu jurujual. Kualiti powerbank memang sudah sah berbeza. Tiga jenama terkenal di Malaysia adalah Pineng, Mi dan Yoobao. Ada banyak lagi jenama dalam pasaran tetapi anda mungkin tidak biasa dengar jadi takut terbeli jenama cap ayam.

Pastikan jenama yang anda pilih adalah asli. Ya ketiga jenama di atas menjadi jenama pilihan scammer atau penipu. Ada banyak produk tiruan menggunakan jenama-jenama ini. Produk palsu dengan bateri 2,000 mAh dan bungkusan pasir atau batu untuk menjadikan powerbank berat memang sah produk tipu.

Ada juga produk palsu dengan hasil kerja kualiti tertinggi dan dijual sebagai produk OEM. Kononnya daripada kilang yang sama dan dijual dengan atau tanpa tanda jenama kerana lebihan stok ataupun stok reject kerana cacat pada fizikal luaran sahaja. Semua produk ini tiada waranti dan boleh rosak pada bila-bila masa yang anda tidak sangka.

Kualiti menetukan banyak perkara penting untuk powerbank yang bakal anda beli. Antara benda yang penting bergantung kepada kualiti adalah:

  • daya tahan kapasiti storan
  • masa mengecas powerbank
  • masa mengecas gajet
  • jangka hayat powerbank
  • kerosakan powerbank atau gajet akibat terlebih cas
  • keselamatan powerbank

Kapasiti storan semua powerbank memang akan hilang seperti yang sudah saya sebutkan diatas semasa pengiraan formula kuasa mengecas powerbank. Kehilangan sehingga 20% sudah pasti akan berlaku. Tetapi kualiti powerbank yang teruk akan mengakibatkan kehilangan yang lebih drastik.

Masa mengecas juga amat penting. Masa yang terlalu lama akan menyebabkan penggunaan gajet anda terganggu. Anda mungkin perlu sentiasa membuat sambungan usb untuk cas dalam poket seluar atau hand bag. Masa mengecas yang singkat selama 3-4 jam mungkin jadi 8 jam untuk powerbank kualiti rendah.

Jangka hayat powerbank pula tidak dapat dicapai seperti yang dinyatakan pada pakej produk. Jangka hayat ini bukan dalam bentuk masa tetapi berapa kali anda boleh cas powerbank tersebut. Keselamatan juga adalah amat penting. Produk dengan kualiti rendah mempunyai keberangkalian untuk meletup dan mencederakan anda. Oleh itu pilihlah jenama yang asli dan beli terus daripada laman web pembekal atau laman web yang dipercayai seperti Lazada.

Tolong kongsikan panduan ini dengan mereka yang bercadang hendak membeli powerbank. Sila klik butang media sosial di bawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online