Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Panduan Daftar Syarikat di SSM Putrajaya

| Panduan & Tutorial | 13/04/2014

panduan-daftar-syarikat-di-ssm-putrajaya-iklanlahpercuma.com

Mencari cara atau panduan daftar syarikat di SSM? Ini dia adalah panduan paling lengkap, sila teruskan baca.

Susulan kepada kempen kerajaan supaya peniaga online wajib daftar syarikat di SSM, saya tergerak hati untuk menulis satu panduan daftar syarikat di SSM. Jika anda terlepas baca entri yang lalu, boleh baca artikel mengenai Peniaga Online Wajib Daftar SSM sekarang.

Walaupun panduan khusus mengenai kaunter SSM di KPDNKK Putrajaya, ia boleh dijadikan rujukan anda untuk daftar syarikat di mana-mana pejabat atau cawangan SSM lain seluruh Malaysia. Sila baca betul-betul dan ikuti panduan ini supaya anda dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam proses yang boleh jadi rumit jika anda buat tanpa bantuan mereka yang berpengalaman.

Sebelum anda mulakan sila muat turun dan cetak dua borang ini:

i. Kelulusan Nama Perniagaan

ii. Borang A

Jika pautan tidak berjalan dengan sempurna, boleh buka terus laman muat turun borang SSM.

Borang ini juga diberi percuma di semua kaunter pejabat SSM.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-0-iklanlahpercuma.com

Langkah-langkah Pendaftaran Syarikat (ROB) SSM

1. Untuk memilih nama syarikat, satu proses yang diberi nama “Carian Nama Perniagaan”, anda boleh buat buat carian nama secara atas talian dahulu. Sila pergi ke www.ssm-einfo.my  untuk tujuan ini.

2. Daftar e-Account secara percuma.

3. Login dan buat carian nama yang sesuai. Boleh cuba masukkan nama-nama pilihan anda dan tengok jika nama itu sudah digunakan atau belum oleh orang lain.

Tip: Boleh tambah Servises, Trading di belakang nama pilihan jika nama sudah diambil

Contoh: Ikan Services, Iklan Trading

4. Selepas itu sila isi 3 nama pilihan anda dalam borang Kelulusan Nama Perniagaan (PNA. 42). Jika anda ragu-ragu, sila isi 2 borang dengan 6 nama carian kerana takut nama pilihan sudah diambil orang lain dalam masa terdekat.

5. Isikan maklumat tuan punya syarikat dengan lengkap.

6. Bagi ruangan jenis perniagaan yang dijalankan,  anda boleh rujuk dokumen senarai kod bidang pembekalan dan perkhidmatan MOF. Dokumen ini adalah sebagai rujukan sahaja. Anda bukan isi nombor kod tetapi tajuk. Contohnya adalah “Pembekalan peralatan dan kelengkapan komputer”. Ini juga memudahkan anda jika anda memilih untuk mendaftarkan perniagaan dengan Kementerian Kewangan dikemudian hari. Jika tidak pasti sila biarkan kosong dan minta bantuan pegawai SSM nanti.

7. Selepas itu sila isi borang A pula. Isi semua ruangan yang boleh setakat ini. Nama perniagaan hanya akan diisi selepas anda membuat carian nama rasmi di SSM kemudian.

8. Sila sediakan salinan mykad, jika perlu. Tetapi setahu saya sekarang semua pejabat SSM guna sistem biometrik sahaja.

9. Sediakan wang secukupnya. Untuk pertama kali anda wajib cetak lampiran maklumat perniagaan.

Nama Pilihan – RM60 setahun
Nama Sendiri – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Maklumat perniagaan- RM10

10. Sekarang pergi ke pejabat atau cawangan SSM terdekat. Jika anda tinggal berhampiran Putrajaya, saya sarankan anda pergi ke kaunter SSM di KPDNKK:

kaunter-ssm-kpdnkk-putrajaya-iklanlahpercuma.com

Kaunter Khidmat Pengguna,
Aras G,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK),
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

11. Pastikan anda letak kereta di belakang bangunan KPDNKK, ditapak letak kenderaan terbuka yang berbayar. Jika anda main letak kereta ditepi jalan, anda akan kena saman. Tak percaya? Sila baca artikel Saman Parking Putrajaya saya.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-1-iklanlahpercuma.com

12. Sila pergi ke hadapan bagunan dimana Kaunter Khidmat Pengguna SSM berada dan ambil nombor angka giliran. Anda mesti bawa mykad untuk mendapatkan nombor angka giliran.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-2-iklanlahpercuma.com

13. Apabila tiba giliran anda sila jumpa pegawai dan buat carian nama rasmi. Berikan borang PNA. 42 dan tunggu sebentar sementara carian nama dibuat.

14. Jika berjaya, boleh isikan nama carian tadi di dalam borang A.

15. Buat bayaran di kaunter bayaran.

16. Dapatkan cetakkan sijil Borang B dan maklumat perniagaan anda.

Tip: Tidak perlu cetak salinan lebih. Kos cetakan adalah RM10 setiap satu. Anda boleh fotostat sahaja di luar dengan kos 20sen.

Tahniah  anda sudah berjaya!

Jangan lupa perbaharui pendaftaran perniagaan anda sebulan sebelum tarikh tamat setiap tahun. Anda boleh perbaharui sijil SSM di cawangan BSN terpilih.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-3-iklanlahpercuma.com

Tip: Masukkan tarikh mati daftar niaga di dalam aplikasi Google Calendar anda untuk peringatan.

Terima kasih kerana membaca panduan daftar syarikat di SSM Putrajaya. Jika anda suka boleh kongsikan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Saman Parking Putrajaya

| Ulasan | 22/01/2014

saman parking putrajaya

Anda Kena Saman Parking di Putrajaya?

Jikalau anda pernah pergi ke Putrajaya untuk apa-apa urusan, pesta ataupun festival, anda pasti tahu masalah utama di Putrajaya.

Apa dia?

Tiada tempat parking!

Kalau kurang tu saya boleh faham lah juga. Ini tiada langsung tempat parking. Cuma semenjak tahun lepas ini telah dibuat zon parking pelawat antara beberapa bangunan kerajaan. Tetapi tempat letak kenderaan ini teramat terhad. Senang cakap parking dah ada tetapi kurang sangat.

Saya pun amat peliklah dengan keadaan ini. Kata Putrajaya ini adalah  bandar paling sistematik dan terancang  di dunia. Lagi hebat daripada Washington. Tetapi dalam perancangan bertahun-tahun dan kos berapa ratus juta duit rakyat dah habis kenapa tidak boleh buat peruntukan untuk tempat letak kereta ataupun orang cakap senang parking lah.

Setiap bangunan kerajaan ada parking bawah tanah, orang cakap basement parking. Tetapi berapa tingkat bawah tanah saya tidak tahu kerana saya  bukan pekerja kerajaan. Cukup sedih parking basement hanya untuk pekerja kerajaan sahaja. Parking pelawat mana?

parking bertingkat putrajaya

Sedangkan Plaza Lowyat tu pun boleh buat parking sampai 5 tingkat ke bawah. Itu tiada perancangan apa-apa pun dan buat di tengah bandar Kuala Lumpur. Lagi satu  mungkin ramai di antara anda tidak tahu tentang parking bertingkat. Terperanjat saya kerana di Kuala Terengganu pun ada tempat parking bertingkat seperti di negara maju Jepun. Saya tabik dengan datuk bandar Kuala Terengganu. Anda lagi hebat daripada pengurusan Perbadanan Putrajaya.

Kesian Kena Samansaman parking  putrajaya

Jadi apa semua pelawat ke Putrajaya kena buat kerana parking tidak cukup? Parking dekat bahu jalan. Kalau dah parking dekat garisan kuning pasti kenderaan kena saman atas kesalahan mengganggu jalan raya. Nasib baik saya tidak terjah parking di  bahu jalan tadi.

Saya pusing ada dekat 20 minit juga mencari parking kereta. Nasib menyebelahi saya hari ini kerana kebetulan ada orang nak balik, kalau tidak lagi lama mencari. Lepas tu kena jalan lagi 10 minit untuk pergi ke destinasi tujuan. Hanya di Malaysia seorang rakyat perlu buang masa dan tenaga di bandar terancang seperti ini. Macam mana nak tingkatkan produktiviti?

Tetapi tujuan blog entri ini adalah untuk menunjukkan kepada anda bukti kenderaan akan di saman di Putrajaya jika anda parking tidak tentu hala. Sila lihat bukti gambar saman parking. Seorang petugas Perbadanan Putrajaya dengan baju biru sedang menulis surat cinta untuk beberapa kenderaan.

Setelah saya pulang tadi, saya pun membuat carian mengenai saman parking di Putrajaya. Memang ternyata ramai netizen yang sudah kena saman parking di Putrajaya. Untuk makluman, anda akan di saman berkali-kali jika kenderaan ditinggalkan dengan lama. Jika petugas tersebut saman jam 9am dan datang semula jam 10am,  kenderaan anda akan di saman lagi…. dan lagi dan lagi.

Berapa kena bayar untuk setiap saman parking? RM50 tu. Bukan sikit punya jumlah. Jadi anda mungkin di saman parking sampai RM200 sehari. Kalau amaun RM200 tu dah kira macam kos sewa parking dekat apartment. Sudah ada orang yang kena saman banyak tu. Bila minta diskaun dapatlah kurang jadi RM160. Jika anda abaikan saman parking tersebut nanti akan tiba surat notis minta bayaran dalam masa 7 hari. Jika masih degil tidak bayar anda akan di bawa ke mahkamah.

Seronok betul jadi Perbadanan Putrajaya ni kan. Sudahlah tidak sediakan tempat letak kereta yang cukup. Lepas tu ada hati nak saman parking pula. Cuba fikirkan…

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online