Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Ashley Madison Spam Hack Atau Scam

| Pengumuman | 08/08/2015

ashley-madison-spam-hack-scam-title-iklanlahpercuma.com

Saya baru terima satu spam SMS. Tetapi minta maaf semua SMS dan panggilan yang tidak dikenali akan kena sekat dengan spam blocker.

ashley-madison-spam-blocker-iklanlahpercuma.com

Siapa tu Buat? Ada-ada sahaja spammers ni. Setelah saya betul-betul pasti ini bukan mesej MMS dengan payload trojan, saya benarkan mesej masuk ke inbox.

 

ashley-madison-spam-sms-iklanlahpercuma.com

Kenapa saya benarkan? Saya nak buka dalam smartfon Android ke? Jangan ingat saya begitu bodoh untuk kena scam.

Sudah tentu zbanco.com adalah servis URL shortener atau servis memendekkan alamat pautan hotlink yang panjang. Ia juga bertujuan supaya kita tidak tahu destinasi URL tersebut.

Saya copy mesej teks dan email kepada diri sendiri.

Sebelum itu saya tukar browser user agent laptop kepada Android.

tukar-user-agent-browser-android-iklanlahpercuma.com

Selepas itu saya buka pautan spam SMS tersebut.

ashley-madison-kempen-spam-iklanlahpercuma.com

Itu dia… kita sudah tahu siapa yang hantar spam. Ini merupakan kempen spam Ashley Madison.

Apakah itu laman Ashley Madison?

Ia bukan laman pencarian jodoh biasa. Ia merupakan laman pencarian pasangan seks yang sudah berkahwin. Kira servis cari kayu tiga untuk lelaki atau perempuan. Ia menjadi topik trending pada suatu ketika dahulu kerana banyak tokoh dan ahli agama mengutuk sekeras-kerasnya pembukaan laman ini masuk ke dalam negara mereka. Pelik kenapa SKMM tidak sekat laman Ashley Madison ini.

ashley-madison-google-news-iklanlahpercuma.com

Saya pun belum pernah buka apatah lagi mendaftar servis ini jadi tidak tahu samada ia masih belum kena sekat dengan SKMM. Carian di Google News mendapati bahawa pengkalan data Ashley Madison sudah kena hack baru-baru ini bagi memprotes akan servis perosak rumahtangga ini. Para hackers juga turun mengedarkan sebahagian daripada pengkalan data yang mengandungi maklumat rahsia pelanggan.

Ada juga kumpulan hackers blackhat mengambil kesematan ini untuk mengedarkan beberapa siri trojan dan malware mengambil kesempatan atas kes ini. Mereka spam menggunakan email dengan attachment yang kononya adalah pengkalan data tersebut. Jadi para pelanggan yang berasa risau akan membuka untuk menyemak adakah insiden hack Ashley Madison tersebut betul dan nama mereka atau pasangan mereka ada dalam pengkalan data. Dengan secara tidak langsung, mereka sudah kena jangkitan virus.

Bagaimana Ashley Madison dapat nombor telefon saya? Saya pasti Ashley Madison hanya mengupah syarikat marketing blackhat yang menggunakan cara-cara jahat seperti menggunakan bot untuk crawl semua laman web negara sasaran bagi mengutip nombor telefon. Selepas itu satu siri kempen spam SMS akan dihantar. Ashley Madison terdesak melakukan kempen ini kerana ramai pelanggan mereka menghentikan langganan mereka setelah dapat tahu insiden pengkalan data sudah kena hack. Para pelaku seks haram ini risau tembelang mereka pecah, risau pasangan mereka akan tahu aktiviti makan luar mereka. Jadi Ashley Madison perlu mencari pelanggan baru secepat mungkin untuk terus hidup, kalau tak bungkus.

Terima kasih kerana baca artikel ini. Sila kongsikan dengan menggunakan butang media sosial dibawah jika anda suka.

Comments Off

Awas Aplikasi Dubsmash Palsu Sebarkan Virus

| Penipu | 28/07/2015

awas-aplikasi-dubsmash-palsu-sebarkan-virus-porno-iklanlahpercuma.com

Pernah dengar pasal aplikasi Dubsmash? Tidak pernah? Anda baru dapat internet ke?

Ia adalah aplikasi video selfie dimana pengguna boleh dub suara orang lain yang popular. Ia sangat popular dan trending di Malaysia sekarang ini untuk anak-anak muda dan mereka yang berjiwa muda.

Anak-anak muda generasi Y mungkin menggunakan aplikasis Dubsmash untuk meraih populariti. Tetapi artikel dalam akhbar hari ini mengatakan bahawa pengguna dewasa aplikasi Dubsmash menggunakan aplikasi ini bagi menghilangkan tekanan perasaan sebelum menjadi sakit jiwa.

dubsmash-top-trending-di-malaysia-iklanlahpercuma.com

Penduduk Malaysia sekarang mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat stres kerja, rejim cukai GST, kegawatan ekonomi dan pergolakan politik sehingga hampir semua rakyat mencari saluran tertentu untuk mententeramkan jiwa mereka. Carian aplikasi dan video Dubsmash adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

Manakala video Dubsmash juga adalah video yang terbanyak di muat naik ke Youtube dan Instagram setiap hari. Kalau tidak percaya sila buat carian kata kunci “Malaysia” untuk hari ini sahaja. Hampir separuh daripada video dalam senarai carian adalah video Dubsmash orang Malaysia.

Ramai kaki Dubsmash di Malaysia dan ramai juga kaki layan video Dubsmash.

Kenapa Dubsmash Popular?

Selain pengguna dewasa yang tertekan dan anak muda yang ingin mencari populariti, kanak-kanak juga merupakan pengguna majoriti Dubsmash.

Pakar pemasaran aplikasi mobile mengatakan bahawa aplikasi Dubsmash ini popular kerana UI (user interface) aplikasi yang sangat mudah untuk digunakan sehingga kanak-kanak mampu faham dan guna dengan senang.

Hati-hati Dengan Aplikasi Dubsmash Palsu

Jika anda belum muat turun aplikasi Dubsmash, anda harus berwaspada dengan sindiket penipuan atau jenayah terancang. Modus operandi mereka adalah menawarkan aplikasi 3rd party Dubsmash palsu atau senarai video Dubsmash terbaik sesebuah negara.

dubsmash-palsu-virus-porno-iklanlahpercuma.com

Berikut hanyalah contoh senarai aplikasi dalam carian kata kunci Dubsmash.

senarai-carian-dubsmash-google-play-iklanlahpercuma.com

Selepas mangsa memuat turun aplikasi Dubsmash palsu, smartfon mangsa akan dijangkiti virus porno. Apa itu virus porno? Ia sebenarnya adalah satu malware (malicious software) yang membuka laman web porno apabila smartfon anda mempunyai sambungan internet.

Ia mungkin membuka laman-laman porno ini apabila smartfon menjadi idle atau apabila anda menggunakan browser internet. Popup iklan porno dan juga pembukaan laman web syarikat porno ini adalah satu jenayah terancang dengan bermotifkan duit daripada kempen pengiklanan internet. Minta maaf saya tidak dapat tunjuk bukti virus porno berkenaan oleh sebab blog ini adalah PG13.

Cuba bayangkan anda hendak tunjukkan sesuatu benda kepada mertua atau pelanggan bisnes apabila popup iklan porno muncul atas skrin smartfon atau tablet? Memang malu tidak tahu mana nak letak muka.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Virus Porno Dubsmash

Penjenayah atau hackers jahat ini mensasarkan aplikasi yang menjadi popular atau trending pada sesuatu masa. Dahulu ia mungkin mensasarkan aplikasi lain seperti Facebook atau Instagram tetapi pada hari ini, mangsa aplikasi adalah Dubsmash.

Oleh itu anda harus berwaspada sebelum muat turun sebarang aplikasi. Pastikan smartfon anda sudah dipasang dengan Antivirus terbaru seperti Avast. Ia dapat mengesan dan menyekat aktiviti-aktiviti mencurigakan aplikasi dalam smartfon.

Cuba bayangkan hacker atau programmer Dubsmash palsu ini sangat licik sampai berjaya menggaburi mata Google dengan menyenaraikan aplikasi trojan Dubsmash palsu di Google Play. Berikut adalah paparan skrin muat turun Dubsmash yang sebenar. Penerbit aplikasi ini adalah syarikat Dubsmash Motion GmbH.

muat-turun-aplikasi-dubsmash-sebenar-dan-bukan-palsu-iklanlahpercuma.comSila rujuk juga ulasan aplikasi Dubsmash sebelum anda muat  turun. Lebih baik jika ulasan yang diberi adalah rakan-rakan anda sendiri. Pada kebiasaannya jika anda mendaftar akaun Google+, pihak Google akan menyenaraikan ulasan mereka dalam circle anda. Itu antara kebaikan anda mendaftar Google+.

ulasan-aplikasi-dubsmash-iklanlahpercuma.com

Jika aplikasi Dubsmash nampak normal dan boleh dipercayai, sila muat turun dan pasang.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menekan butang sosial dibawah. Semoga ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan anda tidak menjadi mangsa aplikasi Dubsmash palsu.

Comments Off

Scam WhatsAppNoData Sebarkan Virus & Curi Data Pengguna

| Penipu | 26/07/2015

whatsappnodata-scam-tipu-palsu-iklanlahpercuma.com

Hoax, Surat Berantai dan Scam WhatsApp

Setiap beberapa bulan kita akan terima mesej daripada pengguna WhatsApp mengenai beberapa perkara seperti:

  • Pengguna WhatsApp kena bayar untuk servis pada masa akan datang
  • WhatsApp akan dibeli oleh syarikat tertentu seperti Microsoft dan akan menjadi servis premium
  • Facebook akan mengenakan servis bayaran untuk servis WhatsApp
  • Facebook akan mengiklan dalam mesej WhatApp

Selalunya mesej WhatssApp ini adalah scam, hoax atau mesej berantai (chain letter) beberapa pihak yang gemar  menyebarkan fitnah atau dengan agenda jahat lain.

whatsapp-servis-berbayar-iklanlahpercuma.com

Fakta nombor satu adalah pengasas WhatsApp tidak pernah dan tidak akan membenarkan apa jenis iklan masuk  dalam servis mesej mereka ini. Anda boleh semak ikrar ini di laman web mereka. Saya pasti juga bahawa pengguna akan lari ke perkhidmatan alternatif  percuma lain seperti Telegram, Viber, Line, WeChat dan lain-lain jika pihak WhatsApp membuat perubahan bisnes model yang besar.

Beberapa fakta mungkin betul seperti pengguna iPhone perlu bayar USD99sen pada satu ketika dahulu untuk muat turun aplikasi ini. Saya mengaku memang pernah bayar caj ini kepada iTunes untuk menggunakan WhatsApp pada waktu mula-mula ia diperkenalkan.

Selepas itu sudah beberapa kali saya muat turun WhatsApp ke beberapa smartfon Android secara percuma. Walaupun ada mendapat mesej penggunaan percuma untuk tempoh 9 bulan sahaja, tetapi selepas itu tiada sebarang bayaran yang perlu dibuat oleh saya apabila terus menggunakan perkhidmatan WhatsApp. Servis tidak disekat dan penggunaan WhatsApp masih seperti biasa. Jadi saya rasa pihak WhatsApp risau hendak memaksa pengguna membayar USD99sen setahun. Takut pengguna lari.

Scam Terbaru WhatsApp

Ada scam Whatsapp terbaru? Ya, saya baru terima satu mesej scam Whatsapp daripada seorang kenalan.

whatsappnodata-scam-mesej-jemputan-iklanlahpercuma.com

Reaksi saya yang pertama adalah hanya tersenyum. Bagaimanalah pengguna smartfon begitu mudah boleh tertipu dengan mesej-mesej sebegini. Sungguh senang kita menyangkal scam atau hoax ini:

  1. Semakan di website atau blog WhatsApp tiada notis atau pengumuman terbaru mengenai servis ini. Entri terakhir blog adalah pada 21 Januari 2015 mengenai pelancaran servis WhatsApp Web.
  2. Mesej notis jemputan tersebut bukan dihantar secara rasmi oleh pihak WhatsApp atau wakil WhatsAppNoData tetapi daripada ahli keluarga, kawan atau kenalan kita sendiri. Ia bergerak seperti worm atau virus smartfon lain dengan mencuri buku alamat smartfon atau dengan cara social engineering.
  3. Tiada sebarang berita dalam Google News atau Yahoo News mengenai servis data percuma ini. Biasanya jika ia adalah satu servis yang sah, pihak syarikat akan membuat satu pengumuman rasmi bagi menghebahkan perkhidmatan mereka. Laman WhatsAppNoData ini bergerak dibawah radar seperti laman scam lain.
  4. Penggunaan data internet untuk WhatsApp adalah terlampau sedikit. Boleh dikatakan kesemua Telco di Malaysia seperti Maxis, Celcom, Digi, UMobile, Tune dan XOX memberikan penggunaan data percuma untuk servis WhatsApp. Anda sepatutnya mengabaikan mesej scam ini melainkan ia menawarkan data unlimited untuk semua servis berinternet seperti ghost sim atau servis VPN internet tanpa had.
  5. Tidak diterangkan dengan jelas siapakah pembekal perkhidmatan ini. Apakah bisnes model atau objektif servis ini dan lain-lain maklumat biasa untuk pembekal perkhidmatan. Laman web WhatsAppNoData lebih berupa landing page laman scam lain.
  6. Servis WhatsApp itu sendiri memang menggunakan data dan juga internet. Bagaimana kita nak menggunakan servis WhatsApp tanpa internet. Tidak masuk akal langsung ayat mengumpan WhatsAppNoData.
  7. Jika betul ini adalah servis syarikat 3rd party seperti beberapa versi aplikasi Telegram, ia pasti akan disenaraikan di Google Play. Carian WhatsAppNoData di Google Play tidak membuahkan apa-apa hasil.

whatsappnodata-tidak-wujuk-dalam-googleplay-iklanlahpercuma.com

Apa Motif Servis WhatsAppNoData?

Siapa yang berani buka laman tersebut dengan smartfon dipersilakan. Saya cuma mampu buka daripada laptop yang sudah dipasang Antivirus dan Firewall.

whatsappnodata-scam-pengguna-smartfon-iklanlahpercuma.com

Salah satu motif WhatsAppNoData adalah mengumpul nombor telefon mangsa. Tetapi WhatsAppNoData tidak melakukan satu kerja yang baik kerana tiada saringan nombor telefon yang betul. Laman scam servis premium SMS biasanya akan memastikan anda memasukkan nombor telefon yang betul bagi memastikan akaun postpaid atau prepaid anda kena caj dan terus melanggan servis premium SMS. Sila rujuk artikel cara untuk unsubscribe dan hentikan servis scam premium SMS jika anda sudah menjadi mangsa jerat sindiket premium SMS.

 

whatsappnodata-scam-pendaftaran-palsu-iklanlahpercuma.com

Rakaman proses pendaftaran servis WhatsAppNoData di atas dapat membuktikan bahawa ia palsu. Semua mesej yang keluar bawah status bar gambar di atas adalah mengarut dan satu cubaan scam. Ia mungkin juga menghantar beberapa trafik palsu dan link referal kepada servis-servis tertentu. Maaf saya tidak pasang aplikasi WireShark atau packet analyzer lain di laptop ini untuk membuat kajian lanjut.

whatsappnodata-scam-pengguna-smartfon-skrin-tipu-iklanlahpercuma.com

Entah berapa banyak payload trojan yang cuba dipasang ke atas smartfon mangsa. Setiap kali WhatsAppNoData memerlukan mangsa menekan butang untuk ke langkah berikutnya.

whatsappnodata-scam-umpan-pengguna-chainletter-iklanlahpercuma.com

Modus operandi skrin terakhir ini adalah sama seperti mesej berantai lain. Ia menggunakan cara social engeering supaya anda sendiri menjemput 12 kawan atau 3 group WhatsApp. Apa kena mengena menjemput kawan-kawan dengan perlindungan anti bot dan juga servis data percuma.

Saya berharap betul agar anda semua tidak tertipu dengan servis mengarut ini. Daripada pemerhatian saya sememangnya servis WhatsAppNoData dan laman pembekal ini adalah terang-terangan scam.

Sila beritahu ahli keluarga, kenalan dan rakan-rakan anda dengan menekan butang media sosial di bawah.

Terima kasih kerana membaca dan semoga kita semua tidak kena scam.

Comments Off

Panduan Beli Smartfon Tulen di Malaysia

| Panduan & Tutorial | 22/07/2015

panduan-beli-smartfon-tulen-di-malaysia-iklanlahpercuma.com

Ini bukan panduan memilih jenama smartfon tetapi panduan membezakan smartfon tulen dengan smartfon tiruan. Kalau anda mencari panduan membeli smartfon kerana belum pasti jenama apa yang nak pilih, sila baca tips pengurusan memori smartfon dahulu. Baru buat keputusan jenama pilihan. Saya nasihatkan jangan hanya membuat pilihan untuk beli smartfon berdasarkan jenama.

 

Elak Terbeli Smartfon Tiruan

Artikel ini lebih menjurus kepada isu penipuan dalam urusan jual beli smartfon di Malayia. Malaysia sudah terkenal dengan industri barangan tiruan yang sudah berkembang pesat semenjak akhir-akhir ini. Pihak berkuasa termasuk KPDNKK tidak mampu mengekang dan membendung sindiket telefon bimbit pintar tiruan atau smartfon tiruan ini daripada terus maju dan berkembang.

kpdnkk-rampas-smartfon-tiruan-iklanlahpercuma.com

Insiden terbaru penipuan smartfon klon di Plaza Lowyat membuka mata banyak pengguna di Malaysia. Sayangnya kompas GPS KPDNKK rosak maka mereka tersesat dan pergi serbu Pertama Kompleks pula. Ini kira antara kes  lawak antarabangsa bagi tahun 2015.

Kalau anda Google atau cari video di Youtube memang teramat banyak kes penipuan smartfon klon. Blogger yang membuat laporan polis dan aduan kepada KPDNKK amat kecewa dengan hasil tindakkan susulan pihak berkuasa kita. Nampak gayanya undang-undang tidak cukup kuat untuk melindungi pengguna.

Sebelum kita masuk kepada tips serta panduan beli smartfon tulen di Malaysia, kita perlu kenal terma-terma yang digunapakai oleh penjual smartfon di Malaysia.

 

Kategori Smartfon

Bagi mereka yang sudah tahu dan mahir bab ini, boleh terus langkau ke tajuk berikutnya.

 

Original atau Ori

Smartfon ini adalah smartfon tulen dan dijual secara sah dan rasmi oleh syarikat pembekal di Malaysia. Ia mungkin diedarkan kepada peruncit dan juga ejen-ejen penjual yang sah. Maksud sah disini adalah pengedar dengan status “authorized distributor“. Ini juga adalah set smartfon yang diberikan oleh Telco tempatan jika anda melanggan pelan pasca bayar mereka.

Jaminan atau waranti untuk smartfon biasanya adalah setahun dan pengguna boleh hantar smartfon ke pusat servis dalam masa tempoh jaminan. Proses menghantar set yang rosak ini dipanggil RMA (return merchandise authorization). Pengguna akan menerima resit sah RMA daripada pengilang atau pengedar yang sah di Malaysia untuk jenama smartfon tersebut.

Harga runcit smartfon sudah ditentukan dan pengguna tidak boleh tawar menawar kecuali dengan meminta aksesori tambahan percuma, jika pandai memujuk penjual. Harga murah cuma boleh diperolehi semasa tempoh promosi tertentu kalau ada.

 

AP

AP bermaksud “approval permit” yang dikeluarkan khas oleh SIRIM QAS. Ini adalah smartfon yang diimport secara sah oleh individu atau syarikat yang bukan merupakan pengedar rasmi yang dilantik oleh jenama tersebut untuk negara Malaysia. Individu atau syarikat pengimport membayar cukai kastam dan juga dapat sijil daripada SIRIM QAS tetapi atas nama perseorangan atau syarikat tersebut sahaja.

Jaminan bagi set AP tidak boleh ditebus di pusat servis sah tetapi di premis peruncit sahaja. Maksudnya, anda hanya boleh hantar servis ke kedai di mana anda beli smartfon tersebut. Jika anda berasal daripada Perlis dan pergi melancong ke Kuala Lumpur untuk beli smartfon AP di Plaza Low Yat, anda cuma menempah masalah dikemudian hari. Jika ada masalah dengan smartfon, anda perlu pergi semula ke kedai yang sama untuk menebus jaminan atau waranti smartfon AP tersebut.

Perbezaan harga set original dan AP boleh jadi antara RM200 ke RM400 mengikut jenama.

 

Underwater atau Undeclared

Smartfon ini adalah kategori smartfon yang diimport masuk ke Malaysia secara tidak sah atau produk yang tidak diisytiharkan. Ini kerana penyeludup tidak mahu membayar duti import dan cukai jualan. Harganya adalah yang paling rendah dipasaran tetapi tiada jaminan langsung oleh pengedar rasmi negara. Jika smartfon rosak, ia adalah atas tanggungan sendiri dan pandai-pandailah pemilik cari kedai baiki smartfon jenama tersebut.

Bagaimana hendak mengenali smartfon underwater ini? Biasanya smartfon tidak dijual dengan manual atau manual dalam bahasa asing, bukannya bahasa melayu. Anda mungkin juga akan nampak label Telco negara asing dalam badan smartfon. Ia merupakan satu kesalahan undang-undang yang besar dengan denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga 6 bulan bagi penjual dan pembeli smartfon underwater set.

undang-undang-denda-guna-set-underwater-klon-iklanlahpercuma.comTerma “underwater” muncul masa zaman telefon bimbit jenama Nokia dan Blackberry. Ia diseludup masuk daripada Indonesia menggunakan tongkang. Telefon bimbit semua akan dimasukkan dalam tong-tong warna biru dan ditunda oleh bot atau tongkang.

Jika kastam atau polis marin menahan bot-bot ini, tekong akan memutuskan tali tunda terlebih dahulu sebelum pemeriksaan dan tong-tong berisi telefon bimbit ini akan hanyut. Orang kampung  yang jumpa tong-tong harta karun ini akan jadi orang kaya baru dengan menjual telefon bimbit dibawah harga pasaran.

 

Tiruan, Klon, Supercopy atau Replika

Ini adalah duri dalam daging industri smartfon di Malaysia. Penjual telefon bimbit dan smartfon semua tidak boleh lari daripada terjerebak dalam jenayah terancang ini apabila bisnes mengalami masalah seperti kekurangan jualan akibat kegawatan ekonomi atau kerana rejim cukai GST.

Pengguna akan sentiasa cenderung untuk memilih smartfon dengan harga terendah seperti semut kerumun gula. Oleh kerana itu penjual hati kering tidak takut akan pihak berkuasa dan balasan hari akhirat sanggup menjual smartfon tiruan sebagai smartfon original atau kononnya set AP.

Memang susah bagi pengguna biasa mengenali smartfon tiruan atau smartfon klon ini. Kesalahan menjual atau memiliki set smartfon tiruan atau klon ini adalah sama seperti set underwater. Denda sehingga RM100,000 dan juga penjara sehingga 6 bulan.

Jangan sangka smartfon kategori murah dan bajet seperti jenama Lenovo tidak ada tiruan atau klon.

senarai-smartfon-tiruan-lenovo-iklanlahpercuma.com

Ahli perniagaan negara Cina tidak kenal erti penat lelah dalam kerja mereka untuk mengeluarkan barangan tiruan tidak kisah jenama apa yang ada di pasaran. Asalkan ada sambutan jualan dan margin keuntungan walaupun 10 sen untuk seunit, apabila dijual dengan banyak pasti mereka akan untung besar. Sedangkan telur tiruan pun margin untung hanya 2 sen sebiji.

Bagi anda yang ingat dan percaya smartfon klon sama sahaja kualiti dengan smartfon tulen kerana semua smartfon pun pakai OS Android juga – anda sebenarnya cuba menipu diri sendiri. Bukan sahaja kualiti hardware smartfon klon sangat rendah, smartfon klon biasanya akan meragam dan rosak dalam masa 3 bulan. Kualiti kamera, gambar skrin dan juga panggilan memang merapu dan sangat memalukan.

Masalah bagi pengguna yang baru nak kenal smartfon adalah mereka tidak tahu OS Android sentiasa akan mengeluarkan kemaskini software atau firmware baru setiap 2-3 bulan. Masalah dengan smartfon klon adalah ia tidak boleh lakukan kemaskini ini. Jika anda cuba buat juga, smartfon klon mungkin terus rosak atau tidak boleh digunakan. Jika anda pilih untuk tidak kemaskini, aplikasi mobile dan games tidak akan berfungsi pula. Akhirnya anda yang rugi kerana membuat pelaburan yang tidak berbaloi.

Tips Beli Smartfon

 

TIP 1 Semak Nombor IMEI Secara Fizikal

Semak dan pastikan nombor siri dan nombor IMEI smartfon mesti sama dengan kotak. Anda boleh semak sticker label IMEI dalam ruang bateri dan juga dial *#06# untuk dapatkan nombor IMEI.

Pastikan nombor IMEI sama untuk:

  • sticker label di kotak
  • sticker label di badan smartfon
  • maklumat sistem dalam smartfon atau dial *#06#

 

TIP 2 Label SIRIM QAS

Semak dalam badan smartfon iaitu ruang bateri ada sticker label SIRIM QAS.

label-sirim-qas-skmm-barang-elektronik-komunikasi-iklanlahpercuma.com

Kebanyakan smartfon baru yang tidak boleh dibuka badan mungkin tidak akan menampal label ini tetapi ia akan diberikan dalam bentuk kad berasingan. SIRIM QAS juga membuat program baru dimana pengedar rasmi tidak perlu menampal label ini lagi. Oleh itu semakan IMEI dan nombor siri perlu dilakukan dengan SIRIM QAS.

 

TIP 3 Semakan Dengan Pengkalan Data SIRIM QAS

Semak guna aplikasi mobile SIRIM QAS. Tolong jangan guna aplikasi IMEI lain kerana pengkalan data tidak dikemaskini. Aplikasi Check Your Label ini adalah pilihan pengguna Malaysia yang terbaik untuk tahun 2015 dan akan datang. Jangan tunggu sehingga balik rumah baru nak lakukan semakkan. Lakukan semakkan di premis penjual sebelum buat bayaran.

Bawa seorang kawan atau ahli keluarga yang sudah muat turun aplikasi mobile Check Your Label. Jika anda buka app ini depan penjual, memang kecut perut penjual nak jual anda smartfon tiruan atau smartfon klon. Tak percaya sila tenung muka penjual masa teman anda buka app dan tengok air muka dia berubah.

app-check-your-label-sirim-qas-iklanlahpercuma.com

Menu utama Check Your Label SIRIM QAS

 app-check-your-label-sirim-qas-menu-iklanlahpercuma.com

Anda  boleh lakukan 3 semakkan berangkai untuk mengelakkan daripada ditipu. Apa semakkan wajib tersebut?

  • Label SIRIM QAS
  • Nombor IMEI
  • Nombor siri produk

 

Contoh semakkan SIRIM QAS:

Cari sticker label SIRIM QAS untuk smartfon tersebut.

semakkan-label-sirim-qas-1-iklanlahpercuma.com

Masukkan nombor siri label: AB 110930 C

semakkan-label-sirim-qas-2-iklanlahpercuma.com

Maklumat mengenai produk smartfon akan terpampang.

semakkan-label-sirim-qas-3-iklanlahpercuma.comPastikan jenama dan model adalah betul. Nama syarikat adalah pengedar rasmi atau pemegang permit AP. Jikalau keluar maklumat mengarut seperti contoh di atas, sudah tentu ini bukan smartfon!

Contoh semakkan nombor IMEI:

Pastikan nombor IMEI smartfon sama dengan sticker label IMEI di badan smartfon dan juga kotak. Selepas itu sila masukkan nombor IMEI pada smartfon dalam aplikasi Check Your Label.

semakkan-imei-sirim-qas-1-iklanlahpercuma.com

semakkan-imei-sirim-qas-2-iklanlahpercuma.comJadi anda akan lebih yakin untuk membuat bayaran bagi membeli smartfon tersebut.

TIP 4 Dapatkan Alamat Pusat Servis Terdekat Dengan Lokasi Anda

Tidak kira anda beli smartfon original atau set AP, pastikan anda tahu pusat servis terdekat dengan lokasi anda. Minta alamat dengan penjual. Jika dia berkeras suruh anda hantar ke kedai untuk servis, ia agak mencurigakan.

 

 TIP 5 Dapatkan Resit Jualan Yang Sah

Semua orang tahu beli smartfon mesti ada resit. Tetapi pastikan resit anda:

  • Ada nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat dan alamat di kepala resit atau cop rasmi. Jika tiada maklumat ini, adalah mustahil untuk anda membawa kes penipuan ke triburnal pengguna.
  • Di tulis dengan jelas set belian adalah smartfon original atau AP.
  • Di tulis dengan jelas nombor IMEI smartfon. Lakukan verifikasi sendiri bahawa ia adalah sama.
  • Di tulis dengan jelas nombor siri produk.
  • Resit bertarikh pada hari belian tersebut.
  • Di tulis dengan jelas tempoh jaminan atau waranti produk sama ada ia 1 tahun atau 6 bulan.
  • Nombor pendaftaran GST Kastam. Jika tiada caj cukai GST 6%, besar kemungkinan anda membeli set underwater atau smartfon klon.

Itu sahaja petua atau panduan beli smartfon tulen di Malaysia. Saya percaya ini adalah maklumat paling lengkap dan terbaru untuk tahun 2015. Sila email saya jika ada apa-apa tambahan maklumat yang perlu dibuat. Semoga pengalaman anda membeli smartfon di masa akan datang lebih selamat tanpa apa-apa masalah.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan panduan ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

MoreDeal.my Tipu Jual Lego Tiruan

| Penipu | 07/02/2014

moredeal.my-jual-lego-tiruan-tipu-iklanlahpercuma.com

MoreDeal.my Tipu Jual Lego Tiruan?

Lagi kisah kena tipu. Tidak mengapa, saya rela demi mendapatkan pembongkaran kes penipuan syarikat penjual online yang besar ni. Memang sah MoreDeal.my tipu jual lego tiruan dan saya anda semua bukti-bukti untuk anda. Ini bukan sekadar tulisan lepas geram sahaja, tetapi satu pembongkaran supaya pengguna lain lebih berhati-hati dengan MoreDeal.my kerana mereka ini cukup licik.

Pernah dengar laman MoreDeal.my? Mereka ni lebih kurang sama dengan Groupon dan lain-lain laman web yang memberi tawaran istimewa dalam bentuk kupon diskaun.

Kebetulan saya ada pergi ke Legoland pada cuti hujung tahun lepas. Jadi saya sudah perhatikan harga-harga collectible minifigs (CMF) yang sememangnya mahal tetapi berpatutan kerana buatan import. Malaysia cuma ada Legoland tetapi tiada kilang mengeluarkan lego. Kalau kilang lego buka di sini, mungkin harga lego akan jadi murah sedikit.

Saya suka blog walk setiap malam sebelum tidur dan kebetulan terjumpa  dengan satu iklan MoreDeal.my dengan harga potongan istimewa 80% menjadikan harga jualan set koleksi lego minifig superhero Avengers RM40 sahaja. Tawaran istimewa ini biasanya akan berakhir dalam masa singkat sahaja, jadi kita terdesak untuk membuat pilihan untuk membeli.

Kerana harga pun tidak mencecah RM50,  saya mengambil keputusan untuk membeli tanpa membuat usul periksa dahulu mengenai produk jualan lego tersebut dan laman MoreDeal.my ini. Kenapa saya beli:

  • harga murah
  • tawaran akan berakhir
  • tiada caj penghantaran
  • produk yang dibeli bukan barang generik tetapi minifig Lego
  • syarikat Lego ada di Malaysia dan ada kuasa undang-undang untuk saman
  • takkan sebuah syarikat besar di Malaysia berani jual barang tiruan

 Berikut adalah bukti pembelian dan invois dalam sistem MoreDeal.my. Maklumat pembeli dipadam untuk privasi dan keselamatan:

moredeal.my-jual-lego-tiruan-tipu-invois-iklanlahpercuma.com

Selepas bayaran dibuat, saya pun tunggu dekat sebulan juga dan selepas solat Jumaat tadi koleksi lego minifig yang dibeli tiba di rumah dengan khidmat kurier GDEX.

moredeal.my-jual-lego-tiruan-tipu-gdex-iklanlahpercuma.com

Alangkah terkejutnya saya apabila membuka bungkusan pakej kurier GDEX…

moredeal.my-jual-lego-tiruan-tipu-unboxing-iklanlahpercuma.com

Jika anda tengok pada kotak sahaja sudah tahu MoreDeal.my tipu jual lego tiruan. Itu bukan kotak lego. Mana logo rasmi lego? Tidak perlu buka kotak sudah tahu memang sah ini barang tiruan daripada negara cina. Memang orang daripada negara cina suka buat barang tiruan kerana hendak cepat kaya. Sila baca kisah saya ditipu dengan flashdrive kingston tiruan, juga buatan cina.

Apakah hak kita sebagai pengguna? Saya pasti ramai sudah rakyat Malaysia yang kena tipu dengan MoreDeal.my ini tetapi tidak membuat aduan kepada Tribunal Pengguna atau KPDNKK kerana jumlah wang kecil dan malas nak buang masa naik turun mahkamah.

Cuba anda bayangkan berapa juta untung setahun syarikat MoreDeal.my ini. Silap-silap berbillion ringgit duit rakyat Malaysia yang dikebasnya.

Entri blog ini akan di pos kepada pihak legoland Malaysia di laman facebook mereka untuk mereka mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika mahu tahu kisah lanjut sila buka www.facebook.com/LEGOLAND.my tetapi jika tiada apa-apa berita, maknanya Lego Malaysia tidak kisah produk mereka di ciplak dan dijual secara berleluasa di Malaysia.

Akhir sekali saya harap anda lebih berhati-hati dengan MoreDeal.my tipu jual lego tiruan. Mungkinkah barang lain juga barang tiruan di MoreDeal.my?

Comments Off

Zalora dan Lazada Penipu

| Penipu | 07/02/2014

zalora-dan-lazada-penipu-iklanlahpercuma.com

Zalora dan Lazada Penipu Serta Tidak Hormati Hak Privasi Pelanggan

Betul ke Zalora dan Lazada penipu? Biar betul. Masakan saya terima e-mail daripada John Lee yang ingin menjual database pengguna pada 23 Januari  2014 yang lepas. Kerana kesibukan kerja, saya tidak  sempat menulis mengenainya sampai ke hari ini baru teringat.

Kalau buat laporan kepada SKKM ni memang best!

Jika anda nak tahu, database ni pasti bukan dicuri tetapi dijual oleh orang dalam kepada John Lee kerana terdapat dua syarikat dengan pemilik yang sama, Zalora dan Lazada penipu. Kedua-dua entiti ini mempunyai pemilik syarikat yang sama iaitu Rocket Internet daripada Jerman. Nama Zalora & Lazada penipu ni memang cukup terkenal kerana tidak pernah kering duit mengiklan di Google.

Saya juga tidak percaya si John Lee ini dapat hack kesemua database pelanggan dengan mudah. Syarikat pemilik Zalora dan Lazada penipu bernilai berbilion ringgit. Mereka menggunakan khidmat data center dengan firewall bernilai jutaan ringgit dan konsultan sekuriti IT daripada negara barat. Masakan senang-senang keselamatan teknologi canggih dan kepakaran paling hebat setanding NSA boleh tewas.

Yang paling nyata adalah John Lee bukan menjual alamat e-mail anda sahaja, tetapi kesemua sejarah pembelian anda termasuk alamat dan nombor telefon rumah dan pejabat untuk dihubungi.  Bukan senang nak dapat maklumat ini. Kalau nak SQL inject untuk download pun dah berapa gigabyte. Pasti firewall dan Intrusion Detection System (IDS) dapat kesan dan putuskan sambungan. Ini senang-senang sahaja dapat database penuh. Mesti database pelanggan dijual macam DVD haram di pasar malam. Sedih, cukup sedih.

Zalora dan Lazada tiada polisi privasi ke? Ada… ini petikan daripadanya

Collection of Personal Information

ZALORA does not sell, share or trade customers personal information collected online with third parties.

Personal information collected online will only be disclosed within our corporate group and sister companies (LAZADA, Home24, Food Panda) for internal use only.

Penjualan maklumat ini kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda adalah menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Apa dia Akta Perlindungan Data Peribadi? Akta ini melindungi hak privasi kita sebagai pengguna. Saya pasti semua syarikat satu Malaysia sudah menghantar surat atau sms kepada anda memberitahu mengenai akta ini, mengikut arahan SKMM. Antaranya syarikat yang terlibat adalah:

  • bank-bank tempatan
  • syarikat kad kredit
  • syarikat telekomunikai
  • syarikat pembekal utiliti

Bagaimana akta ini melindungi privasi pelanggan atau pengguna? Selama ini anda hairan tak terima panggilan daripada orang yang tidak dikenali:

  • nak jual barang
  • buat tawaran pinjaman peribadi
  • buat tawaran insuran perubatan
  • buat tawaran insuran nyawa
  • buat tawaran pakej pelancongan

Mereka ini membeli database pelanggan daripada bank, syarikat kad kredit, syarikat telekomunikai dan syarikat pembekal utiliti. Selama ini syarikat kad kredit paling gemar menjual database pelanggan kerana mereka ada sejarah pembelian anda.

SKMM ingin memastikan kegiatan tidak beretika ini menjadi satu kesalahan undang-undang dimana pesalah boleh dikenakan denda dan hukuman berat penjara seperti di negara barat. Jadi jika anda webmaster website dan terima e-mail daripada si John Lee ni, anda berani beli? Kalau kena denda sahaja mungkin tidak mengapa bagi sesetengah orang, silap-silap masuk penjara nanti.

Zalora  dan Lazada Penipu

Kenapa perlu jual database pelanggan? Tidak cukup duit ke buat online bisnes?

Sila google carian “zalora penipu” atau “lazada penipu”. Tuh dia… berjela panjangnya. Untuk pengetahuan anda semua, kerajaan sampai terpaksa menggubal undang-undang baru khas untuk mengawal kegiatan Zalora dan Lazada penipu di Malaysia.

Jika anda periksa betul-betul Akta Jualan Internet 2013 yang keluar Julai tahun lepas, kesemua syarat-syarat tersebut digubal khas untuk menyekat modus operandi Zalora dan Lazada penipu. SKMM menerima terlampau banyak laporan dan aduan pengguna mengenai Zalora dan Lazada penipu. Tetapi SKMM tidak dapat bertindak kerana tiada undang-undang khas memberi mereka bidang kuasa.

Kalau periksa semua laman blog dan laman Aduan Rakyat mengenai Zalora dan Lazada penipu,  pelanggan biasanya:

  • tidak dapat barang yang dipesan
  • pesanan mengambil masa berbulan-bulan untuk dihantar
  • kalau terima pun barang lain
  • kalau terima pun barang tidak cukup
  • kalau terima pun barang rosak
  • kalau terima pun barang lapuk
  • nak minta refund tidak boleh
  • nak minta refund kena caj

Adussss…. Groupon pun jual database pelanggan juga? Bukan Groupon ni syarikat tempatan dengan MSC status ke? Apa sudah jadi? Oleh itu sila berhati-hati apabila membuat belian secara online.

Comments Off

Program Penukaran Trafik Percuma

| Ulasan | 30/01/2014

program-penukaran-pautan-iklanlahpercuma.com

Program Penukaran Trafik Percuma

Saya menerima satu  e-mail jemputan untuk masuk program penukaran trafik percuma. Betul ke ada program penukaran trafik percuma? Apa lah karut mengarut betul. Dulu memang ada dan berguna, tetapi sekarang ini… dah tak laku dan macam-macam boleh berlaku.

Program penukaran trafik ini di panggil traffic exchange program dan ia mula-mula digunapakai masa zaman internet baru nak berkembang. Sekarang ni kebanyakkan program penukaran trafik percuma adalah scam atau penipuan semata-mata.

Penganjur biasanya akan menggunakan laman web anda sebagai zombie untuk menaikkan ranking laman web mereka sahaja. Mereka akan menyuruh anda meletakkan satu javascript untuk bertukar banner. Laman anda akan memberi segala trafik kepada penganjur tetapi anda tidak akan mendapat semua trafik yang dijanjikan. Percayalah… ini adalah satu penipuan semata-mata.

Analisis E-mail Jemputan

Mari kita analisis e-mail jemputan program penukaran trafik percuma tersebut. Memang banyak tanda-tanda ini adalah satu penipuan.

Penulis Bukan Orang Malaysia

Penulis hanya menggunakan google translate. Kalau anda tidak boleh nampak dan kesan kesilapan ayat, sudah pasti anda fail SPM dulu.

Penulis Bukan Orang Islam

Nama penulis adalah Hidayah binti Mohammad. Penggunaan nama Hidayah konon untuk membawa hidayah tetapi  penulis mengaku mempunyai  banyak laman web perjudian. Apa ni? Bukan main judi sahaja tetapi  pemilik laman perjudian. Pemilik kasino? Biar benar!

Alamat E-mail

Alamat e-mail penulis juga pelik. Hidayah@malseo.com dan apabila pergi ke  http://malseo.com saya dapati ia bukan satu program penukaran trafik pun tetapi sekadar satu laman kosong dengan kod google adsense bagi mengaut klik. Nampak sangat penipu. Apabila whois malseo.com saya dapat maklumat berikut:

Michael T. Ward
4065 Oak Street
Sandy Creek
NY
13145
US

Takde kerja ke diaorg  ni?!?!

Kelemahan Program Penukaran Trafik

Jika anda nak tahu, mengikut pendedahan laporan Google beberapa tahun yang sudah, Google tidak menyukai program-program penukaran trafik ini. Ini kerana laman web yang menyertai tidak menitikberatkan maklumat atau content laman, tetapi pautan backlinks semata-mata.

Sekarang ni googlebot juga sudah pandai dalam mengenalpasti pautan backlinks berkenaan adalah benar-benar sah ataupun menggunakan tipu helah backlinks semata-mata.

Mengikut laporan SEO terkini juga, pautan backlinks yang menggunakan imej banner mempunyai score yang lebih rendah berbanding pautan backlink teks dengan anchor tag yang berkaitan. Oleh itu, lebih baik kita berkongsi maklumat daripada bertukar banner dalam program penukaran trafik.

Kesimpulan daripada entri blog kali ini adalah berhati-hati apabila menerima e-mail daripada orang yang tidak dikenali yang memberi tawaran percuma.

Terima kasih kerana membaca. Sila kongsikan amaran ini dengan klik butang sosial dibawah.

Comments Off

Tips Kenali Penjual Penipu

| Panduan & Tutorial | 26/01/2014

tips kenali penjual penipu

Anda Kena Tipu?

Post ini adalah susulan insiden saya ditipu peniaga pasar malam dengan flashdrive tiruan cina minggu lepas. Tadi saya ke pasar malam semula untuk mencari penjual flashdrive merangkap penjual langganan Astro. Mana penjual penipu tu? Sudah hilang…

Oleh kerana saya ditipu, saya pun fikir ada baiknya saya menulis mengenai penjual penipu. Diharap tips ini dapat membantu anda dan saya dimasa depan. Anda juga boleh kongsikan artikel ini untuk mendapat pahala amal jariah dengan klik butang sosial dibawah.

Bagaimana Mengenali Penjual Penipu?

Ada banyak tanda-tanda jelas yang kita mungkin tidak perasan apabila kita berdepan dengan sang penjual penipu. Tanda-tanda ini sama sahaja kes untuk penjual offline ataupun online. Kerana penjual penipu tidak kira tempat hendak menipu. Dia nak kaya cepat sahaja dengan mengambil kesempatan atas orang lain. Saya senaraikan disini tidak menurut  apa-apa urutan.

Tawaran Istimewa Tidak Masuk Akal

Penjual penipu  tersebut akan membuat satu tawaran istimewa yang susah unntuk anda tolak. Jika dipikirkan betul-betul, memang tidak masuk akal.

Macam kes saya, saya mendapat maklumat daripada kawan yang harga memory flashdrive dan hard disk sudah jatuh sejak kebelakangan ini. Tetapi saya tidak siasat dahulu harga pasaran semasa flashdrive. Jika harga turun dalam 10-30% kira masuk akal lagi. Tetapi jika harga potongan sampai 50% atau lebih, anda harus berjaga-jaga.

Syaitan Bertopengkan Manusia

Jikalau anda nak tahu, si penjual penipu ini biasanya akan pakai songkok, kopiah ataupun serban. Mereka akan berlagak alim dan kuat agama sebagai kulit untuk menyembunyikan rupa jin dan syaitan yang sebenar. Jikalau tengok penjual online, pasti mereka akan tunjuk gambar pakai serban, duduk atas sejadah, pegang tasbih, pergi umrah, pakai ihram dan sebagainya. Kenapa perlu tunjukkan kesemua itu. Kan beribadah itu adalah urusan anda dengan Allah, dengan menunjuk-nunjuk pun sudah hilang pahala amal ibadah. Mesti ada sebab, tidak lain dan tidak bukan untuk menggaburi mata kita apabila berurusan dengan mereka.

Tunjukkan Mereka Berkeluarga

Penjual penipu ini juga akan bawa sekali anak-anak semasa aktiviti jualan. Sama jer kes penjual pasar malam tu. Dia bawa sampai 3 orang anak perempuan dia yang kecil sampai kepada yang remaja. Jika penjual insuran atau ejen MLM habis dia usung anak beranak ke rumah anda. Jika penjual facebook tu, bukan main banyak lagi gambar anak beranak dia jadi tatapan di album gambar.

Kenapa buat camtu? Kerana kita umat Islam akan fikir yang takkan si penjual hendak kasi makan rezeki haram kepada anak dan bini. Betul tak? Sekali kena tipu juga…

Janji-jani Manis

Saya memang sudah malas dengar janji-janji manis ni. Mulut manis tapi hati hitam busuk jijik. Bila saya tanya kalau flashdrive tidak boleh guna camne? Dia bukan main berkobar-kobar beritahu yang gerenti boleh guna.  Jika tidak format sahaja pasti boleh guna.

Peniaga yang kuat beri janji manis ini juga selalunya over confident untuk menutup pembohongan mereka. Saya cakap kalau rosak saya tak mahu tukar lain, saya nak full refund duit saya. Dia kata boleh…, datang sahaja sini, saya selalu jual di sini setiap malam minggu.

Saya datang tadi sudah hilang… mana pergi? Duit RM15 pun nak tipu ke? Tetapi jika difikirkan balik kalau dah 50 orang kena tipu malam minggu lepas tu. RM750 dah untung haram dia sekali sambar. Minggu depan gi pasar malam lain pula, dan lain pula sampai habis semua dia pusing balik. Ramai yang kena tipu pun mungkin malas nak pergi cari semula setiap minggu, dan mungkin lupa dengan insiden kena tipu lambat laun.

Tiada Maklumat Perhubungan

Si penjual penipu tu ada nak bawa keluar namecard untuk beri kepada saya, tetapi kononnya namecard sudah habis. Memang pandai berlakon si penjual penipu ni.

Jika penjual online pula, anda akan tengok tiada maklumat perhubungan di laman web, blog atau facebook. Nombor telefon, alamat e-mel, alamat pejabat atau premis perniagaan tiada untuk kita berhubung. Yang ada cuma borang perhubungan yang kita sendiri tidak pasti akan sampai mesej jika hantar. Kalau penjual tidak mahu menerima gangguan panggilan telefon sekalipun, boleh letak nombor  hp untuk pelanggan whatsapp atau mesej kan? Semua panggilan tidak dikenali boleh block. Apa yang susahnya?

Menjual Tidak Menggunakan Syarikat

Semenjak dahulu lagi saya memang pantang berniaga dengan orang perseorangan tanpa syarikat. Sama cam kes penjual pasar malam penipu ni lah! Tetapi kekadang dalam pantang tu pun terbabas dan kena tipu.

Kenapa ya? Kerana orang perseorangan tidak boleh mengeluarkan resit yang sah. Hanya syarikat yang boleh keluarkan resit. Biasanya apabila kita minta resit jualan, macam-macam alasan diberi. Anda perlu tahu hak anda sebagai pembeli. Jika urusan jual beli tiada resit, memang susah untuk bawa penjual penipu ke pihak pengadilan.

Selain itu penjual penipu online akan gunakan akaun bank orang perseorangan yang entah siapa-siapa. Jika penjual online senaraikan akaun bank nama orang lain-lain, lagi anda perlu berhati-hati. Sekejap nama perempuan, sekejap nama lelaki. Akaun bank siapa yang dia guna pun kita tidak tahu. Penjual penipu ni pandai cari mangsa untuk buka akaun bank. Kekadang dia buka guna akaun girlfriend. Kekadang tu dia guna akaun bank orang yang dah mati.

Hati-hati sahajalah. Kalau kena tipu memang susah nak cari kerana anda cuma tahu nama pemegang bank akaun, tiada nombor mykad penjual penipu tu pun. Nak buat laporan polis pun susah. Kalau guna syarikat, biasanya dengan nama dah boleh jejak dan kesan apabila kita semak maklumat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Itu sahaja untuk kali ini. Jika ada tips-tips lain, saya akan tulis di ruangan akan datang.

Terima kasih kerana membaca. Kongsikan dengan kenalan dengan khidmat media sosial untuk menyelamatkan mereka daripada kena tipu.

Comments Off

Produk Tiruan Kingston 16GB Flash Drive

| Penipu | 19/01/2014

produk tiruan cina

Nak Cari Flash Drive 16GB Murah?

Memang  lumrah manusia untuk mencari barang harga murah. Kalau dah murah pun nak minta murah lagi. Lagi-lagi rakyat Malaysia sekarang yang sedang kesempitan wang kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan melampau.

Jadi saya pun keluar cari flash drive atau thumbdrive baru. Saiz flash drive sedia ada 2GB dan 4GB sudah tidak mencukupi untuk kegunaan harian. Haaaa…. RM15 murah tak untuk 16GB? Memang murah kan. Harga tersenarai Kingston 101 G2 16GB Flash Drive adalah RM33 di Lazada dan Lelong.com.my.

Lepas tu, bila semak model flash drive Kingston ini di laman web Kingston, warna dia adalah hitam sahaja untuk 16GB. Jadi kenapa produk ini warna biru?

Haaaa…. pasal saya dah kena tipu! Sudah tentunya produk imitasi daripada negara cina. Takde kerja betul mereka ni kan!?!

Ciri-ciri Produk Tiruan

Ada banya petanda-petanda atau petua untuk tahu flash drive itu  barang tiruan cina.

Warna atau Bentuk Tidak Sama

Semak jenama dan model produk di laman web rasmi pembekal. Pastikan betul. Kalau warna dan rekabentuk lain dengan model tersenarai, memang sah tipu.

Aksesori Tidak Lengkap

Kebiasaan Kingston akan memberi satu set tali pendek atau panjang untuk di sambungkan dengan flash drive. Tetapi aksesori tersebut tiada dalam pakej ini.

Kena Format Dahulu

Kebiasaannya flash drive atau thumbdrive original yang kita beli  di kedai tidak memerlukan kita format dahulu sebelum guna. Bila cucuk sahaja dalam port usb terus boleh guna. Tidak perlu format.

Sekarang ni kita kena format kepada filesystem NTFS ataupun exFAT pula. Kena tunggu 2 jam pula untuk format habis.

Saiz Flash Drive Setelah Format

Saiz flash drive 16GB sebenarnya bukanlah 16GB. Jangan anda terkejut dan kata kena tipu pula. Sebenarnya 16GB itu hanya digunakan untuk tujuan marketing sahaja. Saiz sebenarnya adalah 15.6GB sahaja. Kenapa pula ya? Ini adalah kerana ruang yang tidak cukup bukan hilang tetapi digunakan oleh filesystem sebagai katalog menyimpan data anda.

Situasi ini  sama sahaja dengan hard disk. Jika anda beli hard disk 1TB, anda cuma akan dapat 950GB sahaja kerana 50GB digunakan sebagai format filesystem. Bukan anda rugi 50GB ok. Tetapi  jika saiz flash drive anda kurang daripada 15.6GB apabila selesai format, maknanya memang sah produk tiruan cina dan anda kena tipu!

Saya pernah memenangi satu flash drive 4GB dalam  satu peraduan. Bila cucuk dalam usb port memang boleh kesan saiz 4GB. lepas format pun  masih 4GB tetapi bila kita pindahkan fail, cuma 200MB sahaja yang boleh masuk atau melekat. Yang  lain jadi fail sampah tulisan jerman. Jeng… jeng… jeng… hadiah pun nak bagi yang tiruan.

SiSoft Sandra Lite

Lagi satu cara mengesan produk flash drive tiruan adalah untuk melakukan benchmark kelajuan membaca dan menulis thumbdrive. Apabila kita membeli flash drive, bukan saiz sahaja yang penting. Kelajuan membaca dan menulis juga amat penting. Kalau tidak berjanggut anda nak tunggu bila nak pindahkan fail 1GB  daripada PC atau laptop ke flash drive.

Sila download perisian  percuma SiSoft Sandra Lite untuk melakukan benchmark kelajuan flash drive anda. Lepas proses benchmark, sistem SiSoft Sandra akan beritahu kelajuan flash drive anda berbanding yang sebenar serta flash drive lain. Bacaan mungkin tidak serupa tetapi hampir sama.

Saya masih menunggu flash drive ini untuk di format jadi saya tidak dapat melakukan benchmark lagi.

Produk Tiruan atau Imitasi

Memang zaman sekarang ni orang nak kaya cepat. Negara cina mempunyai kepakaran teknologi yang hebat, tetapi mereka cuma pandai guna kepakaran tersebut untuk menipu sahaja. Kenapalah tidak gunakan kepakaran tersebut untuk keluarkan barangan sendiri yang berkualiti macam negara Korea dan Jepun. Geleng kepala sahaja saya.

Untuk anda semua, berhati-hatilah apabila membeli barangan IT dan gajet di internet. Banyak betul barang tiruan dan imitasi sekarang ni. Semua lambakan daripada negara cina. Ramai orang yang kena tipu akan salahkan jenama tertentu seperti kes penipuan flash drive ini. Mereka akan kata Kingston atau Sandisk tak bagus, jenama itu ini lagi bagus. Sebenarnya produk yang di beli adalah tiruan.

Lebih baik anda beli barang dengan penjual yang anda biasa berurusan. Kalau ada masalah pun boleh tukar. Jangan terkejut, kekadang tu tuan kedai pun kena tipu dengan supplier atau pembekal barangan IT. Jangan salahkan mereka pula.

Selamat membeli.

 

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online