Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Panduan Beli Smartfon Tulen di Malaysia

| Panduan & Tutorial | 22/07/2015

panduan-beli-smartfon-tulen-di-malaysia-iklanlahpercuma.com

Ini bukan panduan memilih jenama smartfon tetapi panduan membezakan smartfon tulen dengan smartfon tiruan. Kalau anda mencari panduan membeli smartfon kerana belum pasti jenama apa yang nak pilih, sila baca tips pengurusan memori smartfon dahulu. Baru buat keputusan jenama pilihan. Saya nasihatkan jangan hanya membuat pilihan untuk beli smartfon berdasarkan jenama.

 

Elak Terbeli Smartfon Tiruan

Artikel ini lebih menjurus kepada isu penipuan dalam urusan jual beli smartfon di Malayia. Malaysia sudah terkenal dengan industri barangan tiruan yang sudah berkembang pesat semenjak akhir-akhir ini. Pihak berkuasa termasuk KPDNKK tidak mampu mengekang dan membendung sindiket telefon bimbit pintar tiruan atau smartfon tiruan ini daripada terus maju dan berkembang.

kpdnkk-rampas-smartfon-tiruan-iklanlahpercuma.com

Insiden terbaru penipuan smartfon klon di Plaza Lowyat membuka mata banyak pengguna di Malaysia. Sayangnya kompas GPS KPDNKK rosak maka mereka tersesat dan pergi serbu Pertama Kompleks pula. Ini kira antara kes  lawak antarabangsa bagi tahun 2015.

Kalau anda Google atau cari video di Youtube memang teramat banyak kes penipuan smartfon klon. Blogger yang membuat laporan polis dan aduan kepada KPDNKK amat kecewa dengan hasil tindakkan susulan pihak berkuasa kita. Nampak gayanya undang-undang tidak cukup kuat untuk melindungi pengguna.

Sebelum kita masuk kepada tips serta panduan beli smartfon tulen di Malaysia, kita perlu kenal terma-terma yang digunapakai oleh penjual smartfon di Malaysia.

 

Kategori Smartfon

Bagi mereka yang sudah tahu dan mahir bab ini, boleh terus langkau ke tajuk berikutnya.

 

Original atau Ori

Smartfon ini adalah smartfon tulen dan dijual secara sah dan rasmi oleh syarikat pembekal di Malaysia. Ia mungkin diedarkan kepada peruncit dan juga ejen-ejen penjual yang sah. Maksud sah disini adalah pengedar dengan status “authorized distributor“. Ini juga adalah set smartfon yang diberikan oleh Telco tempatan jika anda melanggan pelan pasca bayar mereka.

Jaminan atau waranti untuk smartfon biasanya adalah setahun dan pengguna boleh hantar smartfon ke pusat servis dalam masa tempoh jaminan. Proses menghantar set yang rosak ini dipanggil RMA (return merchandise authorization). Pengguna akan menerima resit sah RMA daripada pengilang atau pengedar yang sah di Malaysia untuk jenama smartfon tersebut.

Harga runcit smartfon sudah ditentukan dan pengguna tidak boleh tawar menawar kecuali dengan meminta aksesori tambahan percuma, jika pandai memujuk penjual. Harga murah cuma boleh diperolehi semasa tempoh promosi tertentu kalau ada.

 

AP

AP bermaksud “approval permit” yang dikeluarkan khas oleh SIRIM QAS. Ini adalah smartfon yang diimport secara sah oleh individu atau syarikat yang bukan merupakan pengedar rasmi yang dilantik oleh jenama tersebut untuk negara Malaysia. Individu atau syarikat pengimport membayar cukai kastam dan juga dapat sijil daripada SIRIM QAS tetapi atas nama perseorangan atau syarikat tersebut sahaja.

Jaminan bagi set AP tidak boleh ditebus di pusat servis sah tetapi di premis peruncit sahaja. Maksudnya, anda hanya boleh hantar servis ke kedai di mana anda beli smartfon tersebut. Jika anda berasal daripada Perlis dan pergi melancong ke Kuala Lumpur untuk beli smartfon AP di Plaza Low Yat, anda cuma menempah masalah dikemudian hari. Jika ada masalah dengan smartfon, anda perlu pergi semula ke kedai yang sama untuk menebus jaminan atau waranti smartfon AP tersebut.

Perbezaan harga set original dan AP boleh jadi antara RM200 ke RM400 mengikut jenama.

 

Underwater atau Undeclared

Smartfon ini adalah kategori smartfon yang diimport masuk ke Malaysia secara tidak sah atau produk yang tidak diisytiharkan. Ini kerana penyeludup tidak mahu membayar duti import dan cukai jualan. Harganya adalah yang paling rendah dipasaran tetapi tiada jaminan langsung oleh pengedar rasmi negara. Jika smartfon rosak, ia adalah atas tanggungan sendiri dan pandai-pandailah pemilik cari kedai baiki smartfon jenama tersebut.

Bagaimana hendak mengenali smartfon underwater ini? Biasanya smartfon tidak dijual dengan manual atau manual dalam bahasa asing, bukannya bahasa melayu. Anda mungkin juga akan nampak label Telco negara asing dalam badan smartfon. Ia merupakan satu kesalahan undang-undang yang besar dengan denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga 6 bulan bagi penjual dan pembeli smartfon underwater set.

undang-undang-denda-guna-set-underwater-klon-iklanlahpercuma.comTerma “underwater” muncul masa zaman telefon bimbit jenama Nokia dan Blackberry. Ia diseludup masuk daripada Indonesia menggunakan tongkang. Telefon bimbit semua akan dimasukkan dalam tong-tong warna biru dan ditunda oleh bot atau tongkang.

Jika kastam atau polis marin menahan bot-bot ini, tekong akan memutuskan tali tunda terlebih dahulu sebelum pemeriksaan dan tong-tong berisi telefon bimbit ini akan hanyut. Orang kampung  yang jumpa tong-tong harta karun ini akan jadi orang kaya baru dengan menjual telefon bimbit dibawah harga pasaran.

 

Tiruan, Klon, Supercopy atau Replika

Ini adalah duri dalam daging industri smartfon di Malaysia. Penjual telefon bimbit dan smartfon semua tidak boleh lari daripada terjerebak dalam jenayah terancang ini apabila bisnes mengalami masalah seperti kekurangan jualan akibat kegawatan ekonomi atau kerana rejim cukai GST.

Pengguna akan sentiasa cenderung untuk memilih smartfon dengan harga terendah seperti semut kerumun gula. Oleh kerana itu penjual hati kering tidak takut akan pihak berkuasa dan balasan hari akhirat sanggup menjual smartfon tiruan sebagai smartfon original atau kononnya set AP.

Memang susah bagi pengguna biasa mengenali smartfon tiruan atau smartfon klon ini. Kesalahan menjual atau memiliki set smartfon tiruan atau klon ini adalah sama seperti set underwater. Denda sehingga RM100,000 dan juga penjara sehingga 6 bulan.

Jangan sangka smartfon kategori murah dan bajet seperti jenama Lenovo tidak ada tiruan atau klon.

senarai-smartfon-tiruan-lenovo-iklanlahpercuma.com

Ahli perniagaan negara Cina tidak kenal erti penat lelah dalam kerja mereka untuk mengeluarkan barangan tiruan tidak kisah jenama apa yang ada di pasaran. Asalkan ada sambutan jualan dan margin keuntungan walaupun 10 sen untuk seunit, apabila dijual dengan banyak pasti mereka akan untung besar. Sedangkan telur tiruan pun margin untung hanya 2 sen sebiji.

Bagi anda yang ingat dan percaya smartfon klon sama sahaja kualiti dengan smartfon tulen kerana semua smartfon pun pakai OS Android juga – anda sebenarnya cuba menipu diri sendiri. Bukan sahaja kualiti hardware smartfon klon sangat rendah, smartfon klon biasanya akan meragam dan rosak dalam masa 3 bulan. Kualiti kamera, gambar skrin dan juga panggilan memang merapu dan sangat memalukan.

Masalah bagi pengguna yang baru nak kenal smartfon adalah mereka tidak tahu OS Android sentiasa akan mengeluarkan kemaskini software atau firmware baru setiap 2-3 bulan. Masalah dengan smartfon klon adalah ia tidak boleh lakukan kemaskini ini. Jika anda cuba buat juga, smartfon klon mungkin terus rosak atau tidak boleh digunakan. Jika anda pilih untuk tidak kemaskini, aplikasi mobile dan games tidak akan berfungsi pula. Akhirnya anda yang rugi kerana membuat pelaburan yang tidak berbaloi.

Tips Beli Smartfon

 

TIP 1 Semak Nombor IMEI Secara Fizikal

Semak dan pastikan nombor siri dan nombor IMEI smartfon mesti sama dengan kotak. Anda boleh semak sticker label IMEI dalam ruang bateri dan juga dial *#06# untuk dapatkan nombor IMEI.

Pastikan nombor IMEI sama untuk:

  • sticker label di kotak
  • sticker label di badan smartfon
  • maklumat sistem dalam smartfon atau dial *#06#

 

TIP 2 Label SIRIM QAS

Semak dalam badan smartfon iaitu ruang bateri ada sticker label SIRIM QAS.

label-sirim-qas-skmm-barang-elektronik-komunikasi-iklanlahpercuma.com

Kebanyakan smartfon baru yang tidak boleh dibuka badan mungkin tidak akan menampal label ini tetapi ia akan diberikan dalam bentuk kad berasingan. SIRIM QAS juga membuat program baru dimana pengedar rasmi tidak perlu menampal label ini lagi. Oleh itu semakan IMEI dan nombor siri perlu dilakukan dengan SIRIM QAS.

 

TIP 3 Semakan Dengan Pengkalan Data SIRIM QAS

Semak guna aplikasi mobile SIRIM QAS. Tolong jangan guna aplikasi IMEI lain kerana pengkalan data tidak dikemaskini. Aplikasi Check Your Label ini adalah pilihan pengguna Malaysia yang terbaik untuk tahun 2015 dan akan datang. Jangan tunggu sehingga balik rumah baru nak lakukan semakkan. Lakukan semakkan di premis penjual sebelum buat bayaran.

Bawa seorang kawan atau ahli keluarga yang sudah muat turun aplikasi mobile Check Your Label. Jika anda buka app ini depan penjual, memang kecut perut penjual nak jual anda smartfon tiruan atau smartfon klon. Tak percaya sila tenung muka penjual masa teman anda buka app dan tengok air muka dia berubah.

app-check-your-label-sirim-qas-iklanlahpercuma.com

Menu utama Check Your Label SIRIM QAS

 app-check-your-label-sirim-qas-menu-iklanlahpercuma.com

Anda  boleh lakukan 3 semakkan berangkai untuk mengelakkan daripada ditipu. Apa semakkan wajib tersebut?

  • Label SIRIM QAS
  • Nombor IMEI
  • Nombor siri produk

 

Contoh semakkan SIRIM QAS:

Cari sticker label SIRIM QAS untuk smartfon tersebut.

semakkan-label-sirim-qas-1-iklanlahpercuma.com

Masukkan nombor siri label: AB 110930 C

semakkan-label-sirim-qas-2-iklanlahpercuma.com

Maklumat mengenai produk smartfon akan terpampang.

semakkan-label-sirim-qas-3-iklanlahpercuma.comPastikan jenama dan model adalah betul. Nama syarikat adalah pengedar rasmi atau pemegang permit AP. Jikalau keluar maklumat mengarut seperti contoh di atas, sudah tentu ini bukan smartfon!

Contoh semakkan nombor IMEI:

Pastikan nombor IMEI smartfon sama dengan sticker label IMEI di badan smartfon dan juga kotak. Selepas itu sila masukkan nombor IMEI pada smartfon dalam aplikasi Check Your Label.

semakkan-imei-sirim-qas-1-iklanlahpercuma.com

semakkan-imei-sirim-qas-2-iklanlahpercuma.comJadi anda akan lebih yakin untuk membuat bayaran bagi membeli smartfon tersebut.

TIP 4 Dapatkan Alamat Pusat Servis Terdekat Dengan Lokasi Anda

Tidak kira anda beli smartfon original atau set AP, pastikan anda tahu pusat servis terdekat dengan lokasi anda. Minta alamat dengan penjual. Jika dia berkeras suruh anda hantar ke kedai untuk servis, ia agak mencurigakan.

 

 TIP 5 Dapatkan Resit Jualan Yang Sah

Semua orang tahu beli smartfon mesti ada resit. Tetapi pastikan resit anda:

  • Ada nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat dan alamat di kepala resit atau cop rasmi. Jika tiada maklumat ini, adalah mustahil untuk anda membawa kes penipuan ke triburnal pengguna.
  • Di tulis dengan jelas set belian adalah smartfon original atau AP.
  • Di tulis dengan jelas nombor IMEI smartfon. Lakukan verifikasi sendiri bahawa ia adalah sama.
  • Di tulis dengan jelas nombor siri produk.
  • Resit bertarikh pada hari belian tersebut.
  • Di tulis dengan jelas tempoh jaminan atau waranti produk sama ada ia 1 tahun atau 6 bulan.
  • Nombor pendaftaran GST Kastam. Jika tiada caj cukai GST 6%, besar kemungkinan anda membeli set underwater atau smartfon klon.

Itu sahaja petua atau panduan beli smartfon tulen di Malaysia. Saya percaya ini adalah maklumat paling lengkap dan terbaru untuk tahun 2015. Sila email saya jika ada apa-apa tambahan maklumat yang perlu dibuat. Semoga pengalaman anda membeli smartfon di masa akan datang lebih selamat tanpa apa-apa masalah.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan panduan ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Unboxing Acer Liquid Z3s – StoreKini.com

| Unboxing | 27/02/2014

Acer Liquid Z3s

Terima kasih kepada StoreKini.com satu portal membeli-belah LYN.

Saya baru terima smartfon Acer Liquid Z3s tadi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, smartfon ini adalah smartfon bajet sahaja. Jadi ia adalah sangat sesuai untuk anda yang baru hendak beli smartfon. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang perlu menggunakan dua talian pada satu masa kerana kerja.

Teringat gurauan teman saya, handset dual sim ini sesuai untuk mereka yang ada simpan 2 teman wanita. Bagi mereka yang sudah berkahwin, ada hubungan sulit ataupun bini nombor 2 kahwin dekat Siam. Apa-apa sahajalah.

Tetapi ciri-cirinya yang cukup menarik perhatian saya yang membuatkan saya tergerak hati untuk membelinya adalah kerana spesifikasinya yang menarik dan banyak. Saya pernah juga keluar sampai dekat RM700 dahulu masa zaman telefon bimbit sms biasa sebelum smartfon dan data plan. Rugi betul rasanya.

Spesifikasi Smartfon Acer Liquid Z3s

  1. CPU: Dual Core 1 GHz
  2. Memory: 512MB
  3. Storage: 4GB (dengan slot microSD)
  4. Android OS, v4.2.2 (Jelly Bean)
  5. 5 megapixel camera
  6. Dual sim
  7. Saiz kompak kecil 109 x 60 x 10.4 mm
  8. Berat 115 gram (dengan bateri)
  9. Skrin 3.5-inch HVGA (320 x 480)
  10. Sambungan: 3G, Wifi, Bluetooth, AGPS
  11. Lain-lain: FM radio

Tanpa berlengah-lengah lagi,  jom tengok gambar Acer Liquid Z3s…

1) Pakej baru terima menggunakan khidmat kurier, TA-Q-BIN

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-1-iklanlahpercuma.com

 

2) Bungkusan di koyak dan ada kotak yang dibalut kemas dengan bubble wrap.

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-2-iklanlahpercuma.com

 

3) Di dalam ada 3 barang. Satu kotak smartfon acer. Hadiah percuma skrin protector dan hadiah istimewa untuk 30 pembeli pertama merupakan traveler charger. Oh ya, saya terlupa, dapat juga satu car sticker LYN percuma. Saya memang suka barang-barang percuma ni :)

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-3-iklanlahpercuma.com

 

4) Setelah barang-barang dibuka daripada kotak masing-masing. Charger smartfon Acer Liquid Z3s adalah plag 3 pin usb yang berwarna hitam. Ia didatangi dengan satu beg kecil comel sekali. Charger plag 3 pin berwarna putih pula adalah charger traveler yang saya sebut diatas tadi.

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-4-iklanlahpercuma.com

 

5) Tiba masa untuk buka badan smartfon dan masukkan bateri untuk caj. Sekurang-kurangnya 4 jam baru boleh masukkan kad sim telco dan switch on.

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-5-iklanlahpercuma.com

Itu sahaja buat masa ini. Masa untuk keluar cari dan beli microSD 16GB. Smartfon Acer Liquid S3s ini boleh terima storan sehingga 32GB tetapi bajet saya dah habis bulan ni. Jika anda nak tolong, sila beli iklan premium di portal iklan percuma saya.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jika anda suka, boleh tolong kongsikan dengan klik butang media sosial dibawah.

Jemput datang lagi.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online