Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Panduan Baharui Lesen SSM di BSN

| Panduan & Tutorial | 18/04/2014

panduan-baharui-lesen-ssm-di-bsn-iklanlahpercuma.com

Baharui Daftar Syarikat, Lesen SSM atau Sijil Perniagaan SSM

Lesen SSM anda nak mati? Kalau tidak mahu kena denda RM30 dan RM10 untuk setiap bulan seterusnya, lebih baik baharui lesen SSM anda dengan cepat. Kalau tunggu sampai setahun, daftar syarikat mati terus, jadi kena daftar syarikat baru. Leceh… akaun bank pun kena buat baru.

Apa itu lesen SSM?

Lesen SSM adalah sijil daftar syarikat atau perniagaan SSM.

Tidak perlu pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk perbaharui daftar syarikat.

Golongan peniaga yang tinggal di pedalaman atau jauh dari pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini lebih mudah memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan mereka kerana urusan itu boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

cara-baharui-lesen-di-bsn-iklanlahpercuma.com

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama SSM dan BSN bertujuan memudahkan komuniti peniaga yang mungkin sukar mengunjungi pejabat SSM kerana terletak jauh dari tempat tinggal mereka.

Usaha sama SSM dan BSN ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Perbaharui Sijil Perniagaan SSM anda di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia. Untuk memperbaharui sijil, singgah di kaunter BSN terdekat.

Kelayakan Baharui Lesen SSM

»  Pemilik Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) (Akta 197) Pindaan 2001.

Bagaimana Memperbaharui?

borang-A1-permohonan-pembaharuan-pendaftaran-perniagaan-iklanlahpercuma.com

»     Bawa mykad anda. Jika hantar wakil, sila bawa salinan mykad pemilik.
»     Muat turun boran A1 http://www.ssm.com.my/sites/default/files/form/Borang_A1_1.pdf
»     Jika pautan tidak berjalan, sila pergi ke laman SSM untuk muat turun Borang A1.
»     Lengkapkan Borang A1. Pastikan pemilik tandatangan.
»     Serahkan dikaunter BSN terdekat dengan bayaran RM60 berserta caj perkhidmatan.

Bagaimana mengisi Borang A1?

Maklumat yang perlu diisi dalam Borang A1:
»     Nombor pendaftaran perniagaan.
»     Nama perniagaan.
»     Tempoh pembaharuan (1 – 5 tahun).
»     Tarikh permohonan.
»     Tandatangan pemilik/seorang daripada pekongsi perniagaan.
»     Nama & nombor mykad.

Terma & Syarat Baharui Lesen SSM

»     Pelanggan hanya dibenarkan membuat pembaharuan perniagaan di BSN.
»     Pelanggan mesti melengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
(Borang A1).
»     Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi pemilik perniagaan yang masih terhutang denda/kompaun.
»     Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi perniagaan yang disenaraihitam.
»     Pembaharuan dibenarkan dalam masa sebulan sebelum tarikh luput.
»     Caj perkhidmatan dikenakan bagi setiap transaksi yang berjaya adalah RM3.50 sahaja.

baharui-lesen-SSM-BSN-iklanlahpercuma.com

Terima kasih kerana membaca panduan baharui lesen SSM di BSN. Jika anda suka sila kongsikan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Panduan Daftar Syarikat di SSM Putrajaya

| Panduan & Tutorial | 13/04/2014

panduan-daftar-syarikat-di-ssm-putrajaya-iklanlahpercuma.com

Mencari cara atau panduan daftar syarikat di SSM? Ini dia adalah panduan paling lengkap, sila teruskan baca.

Susulan kepada kempen kerajaan supaya peniaga online wajib daftar syarikat di SSM, saya tergerak hati untuk menulis satu panduan daftar syarikat di SSM. Jika anda terlepas baca entri yang lalu, boleh baca artikel mengenai Peniaga Online Wajib Daftar SSM sekarang.

Walaupun panduan khusus mengenai kaunter SSM di KPDNKK Putrajaya, ia boleh dijadikan rujukan anda untuk daftar syarikat di mana-mana pejabat atau cawangan SSM lain seluruh Malaysia. Sila baca betul-betul dan ikuti panduan ini supaya anda dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam proses yang boleh jadi rumit jika anda buat tanpa bantuan mereka yang berpengalaman.

Sebelum anda mulakan sila muat turun dan cetak dua borang ini:

i. Kelulusan Nama Perniagaan

ii. Borang A

Jika pautan tidak berjalan dengan sempurna, boleh buka terus laman muat turun borang SSM.

Borang ini juga diberi percuma di semua kaunter pejabat SSM.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-0-iklanlahpercuma.com

Langkah-langkah Pendaftaran Syarikat (ROB) SSM

1. Untuk memilih nama syarikat, satu proses yang diberi nama “Carian Nama Perniagaan”, anda boleh buat buat carian nama secara atas talian dahulu. Sila pergi ke www.ssm-einfo.my  untuk tujuan ini.

2. Daftar e-Account secara percuma.

3. Login dan buat carian nama yang sesuai. Boleh cuba masukkan nama-nama pilihan anda dan tengok jika nama itu sudah digunakan atau belum oleh orang lain.

Tip: Boleh tambah Servises, Trading di belakang nama pilihan jika nama sudah diambil

Contoh: Ikan Services, Iklan Trading

4. Selepas itu sila isi 3 nama pilihan anda dalam borang Kelulusan Nama Perniagaan (PNA. 42). Jika anda ragu-ragu, sila isi 2 borang dengan 6 nama carian kerana takut nama pilihan sudah diambil orang lain dalam masa terdekat.

5. Isikan maklumat tuan punya syarikat dengan lengkap.

6. Bagi ruangan jenis perniagaan yang dijalankan,  anda boleh rujuk dokumen senarai kod bidang pembekalan dan perkhidmatan MOF. Dokumen ini adalah sebagai rujukan sahaja. Anda bukan isi nombor kod tetapi tajuk. Contohnya adalah “Pembekalan peralatan dan kelengkapan komputer”. Ini juga memudahkan anda jika anda memilih untuk mendaftarkan perniagaan dengan Kementerian Kewangan dikemudian hari. Jika tidak pasti sila biarkan kosong dan minta bantuan pegawai SSM nanti.

7. Selepas itu sila isi borang A pula. Isi semua ruangan yang boleh setakat ini. Nama perniagaan hanya akan diisi selepas anda membuat carian nama rasmi di SSM kemudian.

8. Sila sediakan salinan mykad, jika perlu. Tetapi setahu saya sekarang semua pejabat SSM guna sistem biometrik sahaja.

9. Sediakan wang secukupnya. Untuk pertama kali anda wajib cetak lampiran maklumat perniagaan.

Nama Pilihan – RM60 setahun
Nama Sendiri – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Maklumat perniagaan- RM10

10. Sekarang pergi ke pejabat atau cawangan SSM terdekat. Jika anda tinggal berhampiran Putrajaya, saya sarankan anda pergi ke kaunter SSM di KPDNKK:

kaunter-ssm-kpdnkk-putrajaya-iklanlahpercuma.com

Kaunter Khidmat Pengguna,
Aras G,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK),
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

11. Pastikan anda letak kereta di belakang bangunan KPDNKK, ditapak letak kenderaan terbuka yang berbayar. Jika anda main letak kereta ditepi jalan, anda akan kena saman. Tak percaya? Sila baca artikel Saman Parking Putrajaya saya.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-1-iklanlahpercuma.com

12. Sila pergi ke hadapan bagunan dimana Kaunter Khidmat Pengguna SSM berada dan ambil nombor angka giliran. Anda mesti bawa mykad untuk mendapatkan nombor angka giliran.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-2-iklanlahpercuma.com

13. Apabila tiba giliran anda sila jumpa pegawai dan buat carian nama rasmi. Berikan borang PNA. 42 dan tunggu sebentar sementara carian nama dibuat.

14. Jika berjaya, boleh isikan nama carian tadi di dalam borang A.

15. Buat bayaran di kaunter bayaran.

16. Dapatkan cetakkan sijil Borang B dan maklumat perniagaan anda.

Tip: Tidak perlu cetak salinan lebih. Kos cetakan adalah RM10 setiap satu. Anda boleh fotostat sahaja di luar dengan kos 20sen.

Tahniah  anda sudah berjaya!

Jangan lupa perbaharui pendaftaran perniagaan anda sebulan sebelum tarikh tamat setiap tahun. Anda boleh perbaharui sijil SSM di cawangan BSN terpilih.

perbaharui-daftar-syarikat-ssm-putrajaya-3-iklanlahpercuma.com

Tip: Masukkan tarikh mati daftar niaga di dalam aplikasi Google Calendar anda untuk peringatan.

Terima kasih kerana membaca panduan daftar syarikat di SSM Putrajaya. Jika anda suka boleh kongsikan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Peniaga Online Wajib Daftar SSM

| Pengumuman | 06/04/2014

peniaga-online-wajib-daftar-ssm-iklanlahpercuma.com

Betul ke peniaga online wajib daftar SSM sekarang ni? Memang betul, sila teruskan baca jika anda tidak percaya.

Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Denda atau penjara. Itu hukuman yang menanti peniaga atas talian yang didapati masih berdegil enggan mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Hukuman itu selaras dengan Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang boleh menjatuhkan denda RM50,000 atau penjara dua tahun kepada peniaga yang disabitkan dengan kesalahan.

Peniaga diberi peluang terakhir untuk mendaftar perniagaan berikutan peningkatan kes penipuan urus niaga atas talian yang semakin membimbangkan dengan 1,891 kes dilaporkan pada tahun lalu membabitkan kerugian RM6.2 juta iaitu pertambahan sebanyak 140 kes berbanding 1,751 kes pada 2012 dengan kerugian RM17 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur lagi dengan individu yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan rakyat terhadap urusan jual beli atas talian.

Kita (KPDNKK) dapati banyak juga peniaga menipu pelanggan dengan mengatakan mereka mendaftar dengan SSM, sedangkan mereka tiada lesen perniagaan dan meneruskan penipuan sambil mengaut keuntungan.

“Setiap perniagaan sama secara atas talian atau konvensional perlu mendaftar perniagaan masing-masing dengan SSM bagi menjamin hak pengguna,” katanya ketika ditemui di Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat, di sini, semalam.

jual-barang-menerusi-facebook-tanpa-daftar-syarikat-di-haramkan-iklanlahpercuma.com

Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Menurut Hasan, pengguna perlu bijak ketika melakukan urus niaga atas talian dengan memastikan sama ada peniaga berkenaan mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM atau sebaliknya.

“Banyak saluran disediakan untuk orang awam seperti laman web SSM dan KPDNKK untuk memberi maklumat mengenai penipuan perniagaan atas talian dan kali ini, kita tidak akan bertolak ansur lagi.

“KPDNKK akan melakukan lebih banyak penyiasatan ke atas perniagaan atas talian supaya dapat mengurangkan kes penipuan secara menyeluruh,” katanya.

Oleh itu jika anda merupakan seorang peniaga online bolehlah mendaftar syarikat di SSM samada secara atas talian atau pergi ke pejabat SSM terdekat seperti di kaunter SSM Putrajaya.

Terima kasih kerana membaca artikel peniaga online wajib daftar SSM. Sila kongsikan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online