Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Promosi Magic SIM Percuma

| Pengumuman | 02/09/2015

magic sim percuma

Pernah dengar mengenai pakej XPAX yang dipanggil Magic SIM? Adakah ia satu pakej prepaid Telco Iluminati kerana menggunakan promosi gambar mata satu seperti lambang Iluminati. Kebetulan sahaja rasanya.

Magic SIM adalah pakej prepaid daripada Celcom. Ia sebelum ini dijual pada harga RM5 sahaja. Tetapi kali ini anda tidak perlu buat bayaran. Anda boleh dapatkan pakej permulaan Magic SIM percuma.

Bagi mereka yang tidak tahu, Magic SIM percuma ini adalah pakej prepaid istimewa bawah nama XPAX dan menggunakan jaringan Celcom. Mereka yang tinggal di kawasan ulu seperti di utara dan pantai timur tanahair tahu bahawa cuma Celcom yang ada sambungan atau signal.

Kalau anda ada talian utama, talian Magic SIM percuma ini sangat baik disimpan sebagai talian kedua apabila balik kampung atau berjalan melancong ke utara atau pantai timur tanahair.

 

xpax-magic-sim-2-iklanlahpercuma.com

Magic SIM Celcom Percumaxpax-magic-sim-3-iklanlahpercuma.com

Sebelum itu, apa keistimewaan Magic SIM percuma?

  • Free Basic Internet
  • Free Hi-Speed internet
  • Free Calls
  • Free SMS

Banyak betul boleh dapat percuma kan?

Macam tak percaya sahaja.

 

 

 

Borang Magic SIM Percuma

Jadi bagaimana untuk dapatkan pakej Magic SIM percuma ini?

Anda hanya perlu pergi ke laman web Magic SIM Merdeka Promo  dan isi borang di sana untuk dapatkan Magic SIM.

xpax-magic-sim-4-iklanlahpercuma.com

Anda tidak perlu isikan nama atau nombor telefon referral atau ejen yang perkenalkan anda. Betul, anda masih oleh terima email eDM untuk pengesahan. Selepas itu hanya perlu tunggu dalam seminggu untuk menerima pakej Magic SIM.

Jom isi borang Magic SIM ini untuk dapatkan satu set pakej permulaan Magic SIM percuma.

Sila kongsikan promosi ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

SKMM Dedah Cara Hentikan Spam SMS

| Panduan & Tutorial | 10/07/2015

skmm-stop-sms-spam

Semua orang benci spam SMS. Bukan rakyat Malaysia sahaja, satu dunia benci spam SMS. Yelah, ia merupakan iklan SMS yang dipaksa kepada kita walaupun kita tidak minta.

SKMM baru sahaja dedahkan rahsia bagaimana untuk menyekat terus daripada menerima spam SMS. Cara ini juga dikongsikan kepada consumer info atau persatuan pengguna.

Minta maaf, ini bukan arahan global opt out. Maksudnya, tidak ada satu arahan yang dapat dihantar bagi menyekat semua spam SMS sampai bila-bila. Pekhidmatan auto opt out tiada di Malaysia. Ini kerana kerajaan hendak galakkan syarikat pembekal kandungan berkembang dalam industri Telco Malaysia. Oleh itu arahan opt out cuma dapat diberi apabila kita sudah terima spam SMS.

Shortcode

Syarikat pembekal kandungan menghantar spam SMS menggunakan gateway tertentu yang sudah melanggan nombor kod khas atau shortcode. Cara untuk mengenali shortcode di Malaysia:

1XXX – kerajaan

2XXX – Telco

3XXX – pembekal kandungan

6XXX – bulk SMS

Setiap shortcode pula mungkin dikongsi oleh beratus syarikat yang menggunakan servis syarikat pembekal. Jadi jangan terkejut jika anda terima spam SMS daripada bank dan juga spammer menggunakan shortcode yang  sama.

 Arahan Shortcode

Ini adalah arahan rahsia yang tidak banyak pembekal kandungan akan beri dalam iklan mereka di media walaupun ia merupakan undang-undang SKMM.

  1. OUT
  2. STOP
  3. STOP ALL
  4. HELP

Jika anda terima spam katakan daripada 3XXX.

Anda boleh hantar arahan OUT kepada 3XXX untuk berhentikan SPAM daripada syarikat tersebut. Banyak syarikat menghantar SPAM promosi perkhidmatan yang baru dilancarkan. Arahan OUT ini adalah satu-satunya arahan untuk menghentikan segala jenis promosi daripada shortcode tersebut.

Arahan untuk no 2 dan 3 adalah khas untuk SMS premium. Maksud servis premium ini adalah servis berbayar dan ia berbentuk langganan. Ada langganan bulanan, mingguan dan juga harian. Siapa yang guna khidmat Telco pra bayar susah nak kesan servis langganan ini, tahu-tahu sahaja baki sudah habis. Kalau anda guna khidmat pasca bayar, anda boleh rujuk dalam bil bulanan anda dan terus hantar arahan dibawah.

Arahan STOP biasanya perlu ditambah dengan nama servis contohnya RING. Jadi kita hantarkan STOP RING kepada 3XXX bagi memberhentikan servis langganan SMS premium.

Arahan STOP ALL adalah langkah terbaik jika anda tidak tahu nama servis dan anda geram kerana sudah kena caj sampai habis baki setiap kali top up. Kadang kala kita tidak sedar anak-anak yang main telefon terlanggan servis. Kadang-kadang secara tak sedar pula kita terlanggan servis apabila menggunakan khidmat semak saman contohnya.

Hati-hati apabila anda di minta hantar kod YES kepada mana-mana shortcode. YES ini biasanya adalah arahan untuk melanggan. Berwaspada juga apabila memuat turun aplikasi mobile percuma daripada internet atau Google Play. Anda mungkin terus akan melanggan servis tertentu.

Arahan terakhir HELP akan menerangkan arahan-arahan lain kepada anda. Arahan ini tidak boleh dicaj premium oleh syarikat pembekal.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menekan butang sosial dibawah. Mungkin ada ahli keluarga, rakan dan kenalan yang tidak tahu mengenai rahsia menghentikan spam SMS dan servis langganan premium SMS.

Comments Off

Perbandingan Pelan Postpaid Telco Terbaru Tahun 2015

| Ulasan | 29/06/2015

PEMBETULAN: Perbandingan ini adalah untuk pakej postpaid atau pascabayar.

Anda baru hendak melanggan nombor postpaid baru untuk tujuan bisnes atau peribadi? Sila rujuk gambarajah perbandingan pelan postpaid Telco tempatan yang terbaru bagi tahun 2015.

Perbandingan Telco Umobile, Digi, Maxis dan Celcom:

perbandingan-pelan-prepaid-telco-terbaru-2015-iklanlahpercuma

Anda juga harus menilai kawasan liputan rangkaian, lagi-lagi jika anda berada dikawasan luar bandar.

Sila lakukan perbandingan dengan sewajarnya sebelum membuat pilihan anda. Semoga pilihan anda adalah yang terbaik.

Sila kongsikan dengan menekan butang media sosial dibawah. Terima kasih.

Comments Off

UMobile Servis Tergendala Satu Malaysia

| Pengumuman | 08/05/2014

umobile-servis-tergendala-iklanlahpercuma.com

UMobile servis tergendala satu Malaysia!

Baki kredit masih RM40 lebih. Tidak boleh buat panggilan dan sms. Cuma boleh terima sms.

Nasib baik data ok jadi boleh whatsapp.

umobile-servis-maintenance-iklanlahpercuma.com

UMobile servis tergendala!

Betul ke? Ya betul…

Tengok gambar di atas tu, itu buktinya. Sudah beberapa hari UMobile servis tergendala satu Malaysia.

Masih tak percaya?

Ramai pengguna Umobile tidak berpuas hati dan marah-marah. Jika anda pergi ke forum LYN U-Mobile Thread V, anda boleh baca kisah mereka.

http://forum.lowyat.net/topic/3019960/+900&#entry67957946

Ini adalah kes UMobile servis tergendala yang paling teruk.

Kenapa? Ia bukan sahaja mengganggu pengguna biasa malah mengganggu:

  • peniaga prepaid UMobile
  • peniaga internet
  • jurujual
  • pelajar

Sesiapa yang bergantung kepada talian Umobile ini pasti kecewa. Tokey kedai UMobile pun kena tutup kedai. Kalau tak kena caci maki percuma dengan pelanggan. Semua kerana UMobile servis tergendala.

Jika anda tidak puas hati, mari kita ramai-ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa:

Jika ramai pengguna yang membuat laporan, baru Umobile akan bertindak. Jika tidak, sampai bila mereka akan berlagak. Bersikap sombong dan angkuh kepada penlanggannya sendiri sehingga tiada notis atau pengumuman UM0bile servis tergendala di laman web UMobile.

Yang ada notis gambar di atas apabila kita hendak semak baki. Hari ini sudah 8/5/2014.

Bila nak kemaskini notis?

Bila line UMobile nak kembali ok?

Kemaskini 9/5/2014

  • Sudah boleh buat panggilan
  • Sudah boleh hantar sms
  • Masih tidak boleh semak baki
  • Ada khabar angin UMobile beri kredit  percuma RM5, tetapi saya tidak dapat SMS tu

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online