Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Unboxing TP-LINK M7350 MIFI 4G LTE

| Unboxing | 18/09/2015

unboxing-tp-link-m7350-mifi-iklanlahpercuma.com

Kena buat kerja di luar?

Bukan semua kerja boleh dilakukan atas smartfon dan tablet jadi kita terpaka usung netbook, laptop atau ultrabook. Masalah utama untuk pengguna komputer mudah alih apabila berada di luar adalah sambungan internet jalur lebar.  Selalunya kita kena pusing mencari WIFI hotspot percuma baru boleh buat kerja.

Banyak sambungan internet juga sembap dan lembap kerana terlalu ramai pengguna yang berkongsi WIFI hotspot percuma tersebut. Jika nasib tak baik, anda akan terjumpa lokasi WIFI hotspot tanpa internet, ini memang lawak tetapi memang ada dan saya sudah banyak jumpa. Jika anda selalu kena kerja luar atau pergi ke kawasan tanpa WIFI hotspot dengan internet jalur lebar, masalah akan timbul.

3G MODEM atau MIFI?

Zaman 3G modem biasa sudah berlalu. Zaman sekarang ini orang guna alat canggih yang terbaru dipasaran kerana fungsinya yang lebih hebat dan berbaloi. Alat tersebut adalah Mobile WIFI atau dengan nama lain MIFI. Alat MIFI canggih ini merupakan satu alat WIFI Hotspot dengan sambungan mobile internet seperti Maxis, Celcom, Digi atau Umobile. Jika kita tidak mahu atau tidak dapat gunakan WIFI hotspot, kita buat WIFI hotspot mudah alih sendiri.

Ia berbeza dengan modem 3G sebelum ini dimana cuma satu alat yang boleh buat sambungan internet. MIFI berfungsi sama seperti WIFI AP, maknanya banyak WIFI client yang boleh kongsi sambungan internet anda. Alat dedikasi khas WIFI hotspot ini dapat mengelakkan smartfon anda kehabisan bateri kerana anda perlu kongsikan internet dengan aktifkan fungsi hotspot. Smartfon adalah alat perhubungan penting, untuk panggilan dan mesej SMS dan WhatsApp. Sudah pasti saya pernah cuba guna, tetapi bateri smartfon cuma dapat bertahan selama 40 minit ke sejam sahaja sebelum luput. Jadi ia sama sekali tidak ptraktikal.

Fungsi hotspot smartfon adalah untuk kegunaan sementara dan bukannya kekal. Tidak digalakkan anda menggunakan smartfon sebagai alat perkongsian internet secara berterusan sehingga anda tidak dapat dihubungi keluarga semasa kecemasan. Jangan ambil risiko tersebut dan gunakan alat MIFI yang lebih sesuai dan direkacipta khas sebagai WIFI hotspot mudah alih.

Pilihan MIFI di Malaysia

Buat masa sekarang tidak banyak alat MIFI yang dijual di pasaran Malaysia. Yang penting kita hendak teknologi MIFI terbaru iaitu dengan kelajuan 4G LTE. Kalau boleh kita nak cari jenama yang dipercayai kerana ia pasti ada waranti. Oleh itu produk MIFI pilihan saya adalah daripada jenama TP-LINK kerana ia mempunyai fungsi 4G LTE yang saya cari. Model TP-LINK M7350 ini sahaja yang menyokong sambungan 4G LTE. Model terdahulu hanya sokong sambungan 3G. Perbezaan yang nyata buat masa sekarang adalah warna alat MIFI. Yang 4G warna hitam, dan yang 3G warna putih. Senang nak bezakan.

 

Persediaan Menggunakan MIFI

Alat MIFI hanya alat untuk perkongsian WIFI. Anda masih perlukan talian Telco tertentu untuk sambungan internet jalur lebar.

maxis-hotlink-4g-lte-iklanlahpercuma.com

Untuk menulis ulasan ini saya beli satu talian Hotlink 4G LTE kerana hendak mencuba kelajuan 4G LTE juga. Anda boleh pilih mana-mana talian Telco yang anda suka.

maxis-hotlink-4g-lte-topup-iklanlahpercuma.com

Selepas itu saya topup menggunakan Maybank2u kerana hendak mengaktifkan data 4G LTE untuk sebulan.

 

TP-LINK M7350 MIFI

unboxing-tp-link-m7350-mifi-001-iklanlahpercuma.com

Kotak TP-LINK M7350 MIFI yang dijual di Malaysia. Pastikan ia model M7350.

 

unboxing-tp-link-m7350-mifi-002-iklanlahpercuma.com

Apabila kotak dibuka, kita boleh nampak MIFI TP-LINK M7350 yang dibungkus kemas dalam plastik.

 

unboxing-tp-link-m7350-mifi-003-iklanlahpercuma.com

Disertakan bersama dalam pakej TP-LINK M7350 adalah manual pemasangan, power adapter untuk caj bateri MIFI dan adapter untuk kad SIM.

 

unboxing-tp-link-m7350-mifi-004-iklanlahpercuma.com

MIFI TP-LINK M7350 yang sudah dibuka. Anda boleh nampak bateri TP-LINK TBL-55A2550 di sebelah kiri dan sticker maklumat WIFI SSID serta password dibelakang penutup. Bateri tersebut dicabut dengan senang daripada ruang disebelah kanan. Di ruangan ini kita boleh masukkan kad SIM dan juga storan kad memori SD sehingga 32GB. Seperti biasa, saya suka jenama TP-LINK ini kerana buatan produknya kemas dan elegan walaupun alat MIFI ini dibuat daripada plastik.

unboxing-tp-link-m7350-mifi-menu-button-iklanlahpercuma.com

Butang untuk akses menu MIFI TP-LINK M7350.

unboxing-tp-link-m7350-mifi-micro-usb-port-iklanlahpercuma.com

Micro USB port untuk buat sambungan internet secara berwayar atau untuk mengecas bateri MIFI TP-LINK M7350.

 

tp-link-m7350-maxis-hotlink-4g-lte-003-iklanlahpercuma.com

MIFI TP-LINK M7350 yang sudah diaktifkan dengan kad SIM Hotlink 4G LTE. Minta maaf, gambar logo Maxis kurang jelas kerana saya berpindah lokasi ke luar rumah. Biasalah dah guna MIFI takkan nak cuba dalam rumah.

tp-link-m7350-maxis-hotlink-4g-lte-004-iklanlahpercuma.com

Skrin menu MIFI TP-LINK M7350 yang boleh diakses apabila kita tekan butang menu di sebelah atas MIFI jika dipegang begini. Navigasi menu menggunakan butang tersebut dan tekan butang power untuk buat pilihan.

 

tp-link-m7350-maxis-hotlink-4g-lte-005-iklanlahpercuma.com

Saya masuk menu Device Info untuk melihat maklumat SSID dan juga password WIFI.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-001-iklanlahpercuma.com

SSID MIFI TP-LINK M7350 dikesan oleh laptop.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-003-iklanlahpercuma.com

Masukkan password MIFI TP-LINK M7350.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-002-iklanlahpercuma.com

Mulakan sambungan ke WIFI hotspot MIFI TP-LINK M7350.

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-004-iklanlahpercuma.com

Sambungan ke WIFI hotspot MIFI TP-LINK M7350.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-005-iklanlahpercuma.com

Saya pilih “YES” kerana ini adalah WIFI hotspot saya sendiri.

 

tp-link-m7350-mifi-connect-wifi-006-iklanlahpercuma.com

Sambungan laptop ke WIFI hotspot MIFI TP-LINK M7350 berjaya.

 

tp-link-m7350-smartfon-wifi-iklanlahpercuma.com

Alang-alang sudah ada WIFI hotspot dengan kelajuan 4G LTE, saya buat sambungan smartfon menggunakan MIFI juga.

tp-link-m7350-unboxing-mifi-speedtest-iklanlahpercuma.com

Kini tiba masa untuk melakukan semakan kelajuan atau speedtest. Cubaan pertama speedtest di atas adalah menggunakan aplikasi Ookla di speedtest.net manakala cubaan speedtest kedua menggunakan speedtest laman Maxis sendiri.

 

tp-link-m7350-unboxing-mifi-speedtest-maxis-iklanlahpercuma.com

Kelajuan 4G LTE Maxis Hotlink terbukti hebat. Lagi laju daripada kelajuan pakej Unifi VIP5 saya dirumah. Ya,  memang ada pakej dengan kelajuan 30Mbps Unifi tetapi perbezaan harganya amat ketara. Kelebihan lain yang tidak dapat dinafikan adalah ia merupakan sambungan jalur lebar mudah alih.

Oleh kerana saya jarang berada diluar, saya cuma akan gunakan alat MIFI bila saya balik kampung atau kerja luar. Saya hanya perlu beli talian prepaid (pakai buang) bila saya perlukannya. Sungguh berbaloi dan berkesan penggunakan alat MIFI TP-LINK M7350. Kelemahan menggunakan MIFI ini adalah pada pakej ISP Telco sendiri iaitu kekangan data bandwith. Ada had penggunaan data download dan juga upload.

tp-link-m7350-web-001-iklanlahpercuma.com

Jika anda perlu menukar sesuatu seperti SSID WIFI Hotspot dan password, anda boleh login ke web admin MIFI TP-LINK iaitu alamat 192.168.0.1 dengan menggunakan username dan password “admin”.

tp-link-m7350-web-002-iklanlahpercuma.com

Menu utama MIFI TP-LINK. Anda boleh nampak statistik penggunaan data upload dan juga download.

tp-link-m7350-web-003-iklanlahpercuma.com

Anda boleh tukar maklumat WIFI hotspot disini.

Sambungan WIFI akan ditutup jika tiada penggunaan internet selepas 15 minit untuk menjimatkan bateri MIFI. Jika anda perlukan ia sentiasa aktif, tukar 15 ke 0.

 

tp-link-m7350-sms-001-iklanlahpercuma.com

Anda boleh semak SMS yang masuk ke kad SIM jika perlu.

 

tp-link-m7350-sms-002-iklanlahpercuma.com

Ini adalah mesej SMS daripada Maxis.

 

Penggunaan MIFI

Ulasan ini tidak lengkap jika saya tidak cerita mengenai penggunaan MIFI dan juga ketahanan bateri.

Mengikut TP-LINK anda boleh membuat sambungan sehingga 15 alat WIFI pada satu masa. Saya tidak dapat mengujinya kerana tidak mempunyai sampai 15 alat WIFI. Perkongsian alat yang banyak juga bermakna kelajuan internet 4G juga harus dikongsi secara adil oleh semua WIFI client. Jika salah seorang rakan WIFI anda menggunakan aplikasi torrent dan hog network, maka pengguna yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana alat MIFI ini bukan router dan tiada fungsi QoS untuk mengawal penggunaan bandwith.

Oleh kerana alat MIFI ini merupakan alat mudah alih, maka ia juga mudah dicuri jika anda berada diluar. Bagi saya, baik simpan dalam bag laptop sahaja. Jangan risau kerana signal WIFI cukup kuat dan tidak ada gangguan sambungan. Ya, sambungan sangat stabil dan tidak terputus sekali pun semasa penggunaan MIFI.

Perlu diingatkan bahawa anda mungkin akan menghadapi gangguan internet berdasarkan pilihan Telco mengikut sokongan 4G kawasan anda. Sambungan WIFI mungkin tiada masalah tetapi gangguan internet adalah berpunca daripada kelemahan jaringan signal Telco anda.  Telco anda mungkin ada masalah untuk kawasan atau zon tertentu dan ini dipanggil blindspot oleh SKMM.

Alat MIFI mudah alih ini diprodukkan untuk kegunaan peribadi jadi tiada isu yang patut timbul mengenai keluasan signal WIFI. Ia mungkin tidak sesuai jika anda hendak menggunakannya untuk bisnes WIFI hotspot kerana ia tidak ada port tambahan untuk memasang antena dbi tinggi. Ia juga tiada fungsi QoS yang amat diperlukan untuk bisnes WIFI hotspot. Anda boleh pilih produk TP-LINK lain yang khas untuk buat bisnes WIFI hotspot.

Keistimewaan lain MIFI ini adalah ia ada fungsi dual band. Ini bermaksud ia boleh membuat sambungan 2.4Ghz dan juga 5Ghz jadi anda tidak perlu risau kerana semua alat WIFI di pasaran disokong.

 

Bateri TP-LINK M7350

Bateri TP-LINK TBL-55A2550 ini mempunyai storan kuasa 2550mAh dan ia dapat bertahan sehingga 10 jam bergantung kepada jumlah WIFI client yang membuat sambungan. Bateri laptop saya cuma dapat bertahan selama 4 jam. Masa bateri laptop luput pun MIFI TP-LINK M7350 ini masih berfungsi dan smartfon saya masih dapat menggunakan sambungan internet 4G LTE. Smartfon saya cuma Zenfone 5 dan ia tidak ada fungsi 4G tetapi dengan menggunakan MIFI TP-LINK M7350 ini ia dapat juga membuat sambungan 4G, sungguh hebat!

Jikalau perlu anda boleh caj MIFI menggunakan adapter jika lokasi anda ada soket kuasa ataupun anda boleh gunakan powerbank. Saya tidak pasti jika TP-LINK menjual bateri TBL-55A2550 secara berasingan atau anda boleh masukkan mana-mana bateri 2550mAh sebagai alternatif. Bagi saya penggunaan powerbank lebih mudah dan sudah memadai.

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan alat MIFI TP-LINK M7350 ini. Jika anda berminat boleh beli MIFI TP-LINK ini di Lazada.

Terima kasih kerana baca ulasan ini dan seperti biasa anda boleh kongsikan menggunakan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Unboxing TP-LINK NC200 Cloud Camera

| Unboxing | 05/08/2015

unboxing-tp-link-nc200-cloud-camera-300mbps-wifi-title-iklanlahpercuma.com

TP-LINK NC200 Cloud Camera

Ini adalah ulasan dan unboxing produk TP-LINK NC200 Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi enable. Jenama TP-LINK sudah tidak asing lagi di Malaysia untuk penggemar produk network mampu milik.

kotak-tp-link-nc200-cloud-camera-300mbps-wifi-depan-iklanlahpercuma.com

Saya suka benar dengan peralatan TP-LINK kerana harganya yang murah membuatkan ia sangat sesuai untuk saya mencuba teknologi baru dalam pasaran.

Ia juga adalah produk nombor 1 dunia untuk kategori Wireless LAN pada tahun 2014 berdasarkan kaji selidik jualan IDC Worrldwide Quarterly WLAN Tracker.

Ini adalah antara sebab kenapa saya pilih produk sekuriti TP-LINK NC200 ini untuk ulasan unboxing saya kali ini.

Kenapa produk kamera lagi dalam ulasan kali ini? Ini bukan sebarang kamera. Ia adalah sebuah cloud camera dan ia dibuat khas untuk sekuriti. Saya pilih TP-LINK NC200 untuk kamera sekuriti kerana kejadian jenayah di Malaysia sungguh merungsingkan. Jenayah kini tidak mengenal waktu dan tempat sudah bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. Saban hari kita membaca kejadian pecah rumah, samun, kecurian dan rompakan pada waktu siang dan malam.

jenayah-pecah-rumah-curi-samun-malaysia-iklanlahpercuma.com

Macam mana nak hidup tenteram kalau kita tidak berasa selamat di rumah sendiri. Cukup berat hati nak tinggalkan premis perniagaan yang penuh dengan barangan berharga. Oleh itu makin ramai orang sekarang memasang sistem penggera keselamatan.

Tetapi jika alat penggera berbunyi pun bukan ada orang keliling yang kisah, lagi-lagi pada waktu cuti. Sistem penggera perlu buat panggilan kecemasan kepada smartfon anda. Bagaimana pula kita nak tahu yang jenayah sedang berlaku dan bukannya false alarm seperti pintu jeriji rumah kena bola anak jiran sebelah? Kita perlukan mata untuk scan rumah. Saya pilih cloud camera TP-LINK NC200 ini kerana ianya:

  • murah
  • mudah dipasang
  • tiada kos pemasangan

Ia sama sekali tidak memerlukan tambahan kerja pemasangan oleh kontraktor pendawaian yang boleh mencecah sehingga RM200 per point untuk menarik kabel video dan wayar elektrik.

kotak-tp-link-nc200-cara-pasang-mudah-iklanlahpercuma.com

Antara sebab utama kenapa saya pilih cloud camera TP-LINK NC200 ini adalah kerana ia ada fungsi akses internet dengan menggunakan komputer atau smartfon. Ya, TP-LINK NC200 boleh diakses menggunakan smartfon Android atau iOS.

Kerja pemasangan kamera NC200 sangat mudah dan tidak rumit seperti perkakasan network lain yang memerlukan kita mendaftar khidmat dynamic DNS bagi mengakses network rumah atau pejabat. Anda tidak perlu lagi melanggan servis static IP dengan ISP.

Sesiapa pun mampu pasang dan gunakan kamera ini dengan mudah, walaupun untuk orang yang buta IT.

 

Jangan ingat kamera ini khas untuk sekuriti sahaja. Ia boleh digunakan untuk apa jua keadaan. Para ibubapa boleh gunakannya sebagai baby monitor untuk mengawasi bilik bayi. Harga baby monitor di kedai bayi lagi mahal berbanding kamera NC200 ini dan ia tiada fungsi akses internet. Kamera NC200 ini ada juga dilengkapkan dengan fungsi mikrofon untuk mendengar bunyi dan suara secara langsung dan ia boleh dirakam.

kotak-tp-link-nc200-contoh-cara-guna-iklanlahpercuma.com

Tetapi tidak dinafikan bahawa kegunaan asas kamera ini adalah untuk sekuriti dan ia berfungsi sangat baik sebagai alat sekuriti sokongan. Senario kegunaan kamera TP-LINK NC200 adalah untuk sekuriti:

  • dalam rumah, ruang tamu atau bilik komputer
  • tempat letak kereta depan rumah (porch) untuk mengawasi kereta
  • belakang rumah (backyard) akses biasa pencuri
  • pejabat, kedai, butik, restoran, bengkel dan tempat perniagaan lain
  • kilang, stor dan gudang
  • kafe siber
  • sekolah, pusat sumber dan perpustakaan
  • masjid dan surau

Banyak lagi kegunaan kamera TP-LINK NC200 ini. Harganya yang murah membuatkannya sangat berbaloi untuk kita gunakan dalam skala besar untuk perniagaan jika kita kurang bajet untuk sistem kamera sekuriti yang lebih canggih seperti yang digunakan oleh syarikat kewangan.

kotak-tp-link-nc200-info-sambungan-iklanlahpercuma.com

TP-LINK NC200 mudah diakses oleh anda di pejabat menggunakan komputer atau laptop. Para ibu yang bekerja mampu melihat keadaan anak-anak yang dijaga oleh pembantu rumah pada waktu kerja. Kamera boleh disorok tanpa pengetahuan orang gaji. Majikan pula boleh mengawasi pekerja mereka di cawangan daripada ibu pejabat atau keselesaan rumah. Jika anda hendak merakam video 24/7, adalah dinasihatkan anda memasang sistem ini di atas komputer atau laptop dengan hard disk yang besar.

Kena kerja luar? Jangan risau kerana anda masih boleh akses sistem menggunakan iOS atau Android asalkan anda ada data plan. Malah jika anda melancong ke luar negara pun anda masih mampu akses guna aplikasi tpCloud jika anda langgan servis data roaming. Sebagai alternatif, anda boleh gunakan portal tplinkcloud.com di hotel atau kafe siber tanpa perlu servis data roaming. Sungguh canggih teknologi sekarang.

kotak-tp-link-nc200-spesifikasi-iklanlahpercuma.com

Spesifikasi kamera TP-LINK NC200

  • Sambungan wireless 300Mbps yang laju dan stabil
  • Mesej amaran melalui email atau FTP untuk motion sensor
  • 1/4 progressive scan CMOS sensor memberikan gambar yang jelas dan tajam
  • Real-time MJPEG compression sesuai dengan apa jua keadaan bandwith
  • 4x digital zoom
  • Microfon untuk merakam bunyi dan suara

 

 

 

Unboxing TP-LINK NC200

Kotak TP-Link NC200 yang sudah dibuka. Kamera tersusun kemas dalam kotak. Benda pertama yang terfikir apabila lihat kamera ini adalah robot Eve daripada animasi Pixar Wall-e. Mungkin kerana warnanya putih dengan rekabentuk yang elegan.

unboxing-tp-link-nc200-01-iklanlahpercuma.com

Kamera NC200 yang dibawa keluar daripada kotak luar. Kamera adalah ringan tetapi buatannya kemas dan kukuh. Ia juga ada kaki dimana kamera boleh berdiri atau dipasang di permukaan dinding atau siling.

unboxing-tp-link-nc200-03-iklanlahpercuma.com

Pandangan sisi kamera NC200.

unboxing-tp-link-nc200-04-iklanlahpercuma.com

Kepala kaki kamera menggunakan sendi bebola jadi kamera NC200 boleh digerakkan semua arah dengan mudah. Selepas itu sendi boleh dikunci agar ia tidak mudah berubah kedudukan. Di sini saya jadikan bentuk kamera NC200 seperti sebuah meja.

unboxing-tp-link-nc200-05-iklanlahpercuma.com

Anda boleh lihat belakang kamera dan sendi bebola dengan lebih jelas. Juga kelihatan adalah ethernet port dan power port. Adapter untuk kamera ini menggunakan 9V dan 0.6A. Di sebelah bawah adalah butang WPS/reset kamera.

unboxing-tp-link-nc200-06-iklanlahpercuma.com

Dalam pakej kotak TP-LINK NC200 ini ada kamera NC200, power adapter, extension cable untuk power adapter, RJ-45 ethernet cable, 3M double tape dan juga manual TP-LINK NC200 “Quick Installation Guide”.

unboxing-tp-link-nc200-cloud-camera-300mbps-wifi-isi-kotak-iklanlahpercuma.com

Kualiti Gambar TP-LINK NC200

Setelah memasang kamera ini dalam masa kurang daripada 5 minit dengan mudah, saya berjaya merakamkan gambar pertama menggunakan kamera TP-LINK NC200 pada sebelah lewat pagi. Cuaca mendung kerana hari nak hujan tetapi gambar tetap jelas. Gambar di rakam dari sebalik tingkap cermin rumah.

gambar-siang-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com

Ini pula adalah kualiti gambar TP-LINK NC200 pada sebelah senja. Gambar masih jelas. Tetapi ada kawasan gelap kerana kurang cahaya.

gambar-senja-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com

Ini pula adalah kualiti gambar TP-LINK NC200 pada sebelah malam. Anda perlu tahu bahawa ini bukanlah kamera IR (infra red) jadi ia memerlukan sumber cahaya untuk merakam gambar dengan jelas. Jadi pastikan kawasan yang hendak awasi ada sumber lampu.

gambar-malam-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com

Ini pula adalah kualiti gambar TP-LINK NC200 pada sebelah pagi keesokkan harinya. Kamera tidak panas langsung walaupun berfungsi semalaman. Silap, semenjak jam 11 pagi semalam jadi sudah 24 jam.

gambar-pagi-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com

Resolusi video dan gambar adalah 640×480 MJPEG. Kualiti gambar adalah sederhana dan sudah cukup bagus untuk rakaman video kamera bajet. Anda tidak boleh bandingkan dengan kualiti gambar kamera HD kerana ia berada di kategori kamera premium. Oleh itu dinasihatkan kamera NC200 ini digunakan untuk kawasan tertutup dan kecil. Ia bukan untuk rakaman jarak jauh atau pandangan paranoma/parabola. Ia juga tidak direka untuk rakaman di luar rumah atau premis perniagaan. Kerana itu kamera NC200 tidak kalis air.

Tetapi anda boleh pasang kamera di tingkap dalam rumah menghadap porch atau backyard. Gambar masih jelas dan objektif tercapai. Jika anda ingin menggunakannya untuk tujuan sekuriti, sila pasang kamera NC200 ini di setiap sudut penting yang mungkin dilalui penceroboh atau penjenayah agar muka mereka boleh dilihat dengan jelas untuk tujuan pengecaman.

Kelebihan TP-LINK NC200

Apa kelebihan lain kamera NC200 ini:

  • Motion detection. Email amaran boleh dihantar secara automatik dengan snapshot gambar.
  • Sambungan kamera wired atau wireless. Jadi anda boleh pasang kamera di kawasan yang tidak boleh dicapai dengan sambungan UTP cable.
  • Jika rumah atau premis perniagaan anda besar dan mempunyai WIFI blindspot, anda boleh gunakan kamera NC200 ini sebagai WIFI extender atau repeater untuk memperluaskan jaringan WIFI.

Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan kamera TP-LINK NC200 ini. Ia sememangnya memenuhi jangkaan saya. Itu sahaja ulasan saya kali ini. Jika anda ingin tahu cara memasang NC200, sila nantikan artikel akan datang saya.

Saya akan tulis:

Berminat dengan kamera sekuriti ini? Boleh beli TP-LINK NC200 di Lazada kerana ada harga promosi murah. Jangan lupa gunakan kupon diskaun Lazada untuk penjimatan yang lebih.

Terima kasih kerana baca artikel Unboxing TP-LINK NC200 Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi. Jika anda suka, sila kongsikan artikel ini dengan keluarga, rakan atau kenalan. Jemput datang lagi.

Comments Off

Pengalaman Shopping di Gadgets World 666

| Unboxing | 02/08/2015

gadgets-world-666-title-iklanlahpercuma.com

Gadgets World 666 Retail & Wholesale Mobile Accessories

Nak beli aksesori smartfon? Harga murah dan insyaAllah tak kena tipu.

Tagline Gadgets World 666 adalah “Murah Alhamdulillah…!!! Mahal Sabor Je Laa…!!!

Ramai orang melayu yang tinggal di lembah Klang sudah mula mencari kedai aksesori smartfon lain untuk membeli-belah selepas insiden Plaza Lowyat. Antara kedai yang sedang hangat di pasaran adalah kedai Gadgets World 666.

Ramai yang datang mencari:

  • casing smartfon
  • screen protector diamond, matte, privacy dan clear
  • tempered glass screen protector
  • MP3 player
  • ear phone dengan microphone
  • car charger
  • USB cable
  • 2 in 1 pendrive
  • portable charger
  • powerbank

Ada bermacam-macam lagi produk yang menarik. Kebetulan screen protector ASUS Zenfone 5 saya rosak jadi saya pun pilih untuk beli satu set tempered glass.

tempered-glass-micro-usb-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

Harga satu set tempered glass diamond Zenfone 5 adalah RM30. Cable tali mikro pula adalah RM5. Kalau cable USB biasa tu cuma RM1 tetapi saya nak cuba guna jenis tali warna hitam.

Selepas buat bayaran baru perasan ada jual 2 in 1 pendrive dengan harga RM20 untuk saiz 4GB. Murahnya! Kalau anda nak tahu saya pernah kena tipu sebelum ini, jadi memang fobia dan trauma bila nak beli thumbdrive baru. Tetapi saya tidak boleh lepaskan peluang beli thumbdrive baru kerana sudah tiada thumbdrive yang kosong. Susah nak buat kerja tanpa thumbdrive.

Satu thumbdrive 4GB sudah digunakan untuk simpan ISO Windows 10 Home 32 bit dan satu lagi simpan ISO Windows 10 Home 64 bit Single Language. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk beli pendrive baru dengan harga murah.

2in1-pendrive-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

Sementara menunggu pekerja kedai  memasang tempered glass screen protector, saya pun memesan satu 2 in 1 pendrive 4GB. Agak malang kerana pekerja kata stock 4GB sudah habis dan yang tinggal hanya 8GB dan 16GB. Saya tanya 8GB berapa harga? RM28 sebelum GST. Murahnya! Saya terus sambar satu.

Pekerja kedai siap pesan suruh saya simpan resit kerana pendrive ini ada waranti 1 tahun. Kalau takut hilang resit boleh snap gambar dan simpan resit dalam bentuk jpeg. Memang terbaik kerana banyak resit akan pudar dakwat selepas beberapa bulan.

Ulasan Pendrive 2 in 1 Gadgets World 666

Apa keistimewaan pendrive 2 in 1 ini? Tak tahu? Sila rujuk gambar bawah.

thumbdrive-smartfon-2in1-pendrive-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

Thumbdrive ini ada 2 port USB. Satu port USB standard dan satu port USB mikro. Ini memang produk OEM yang sudah diberi jenama Gadgets World 666.

micro-usb-2in1-pendrive-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

Anda boleh lihat sendiri port mikro USB. Oh ya, thumbdrive ini adalah kategori USB 3.0 jadi ia sepatutnya mempunyai kelajuan read dan write yang tinggi untuk memindahkan fail-fail besar.

2in1-pendrive-sambung-smartfon-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

2 in 1 pendrive ini boleh dicucuk terus masuk ke smartfon Asus Zenfone 5 saya. Seperti biasa satu ikon SD memori dikesan akan muncul dan kita boleh buka File Manager untuk akses storan pendrive ini. Harap maklum bahawa bukan semua smartfon boleh kesan pendrive ini. Boleh minta pekerja nak cuba dahulu sebelum buat bayaran.

Ujian 2 in 1 Pendrive Gadgets World 666

Kali ini saya hendak memastikan ketulenan dan kemampuan pendrive ini. Adakah ia thumbdrive palsu dengan storan 200MB seperti insiden kena tipu sebelum ini.

Semakan menggunakan Windows Properties memang tunjukkan saiz 8GB sama seperti yang dilaporkan oleh Android tadi.

2in1-pendrive-windows-propertis-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

Ini pula adalah benchmark kelajuan pendrive menggunakan perisian FlashBench.

benchmarrk-2in1-pendrive-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

Anda boleh rujuk sendiri laporan benchmark tersebut disini: http://usbflashspeed.com/109741

usbdeview-benchmarrk-2in1-pendrive-gadgets-world-666-iklanlahpercuma.com

Memang sah ini adalah thumbdrive 8GB dengan kelajuan read dan write “above average“. Terima kasih Gadgets World 666 kerana tidak menjual barang tiruan yang tiada kualiti. Saya sungguh berpuas hati. Tetapi saya hairan kenapa pihak pengurusan Gadgets World 666 tidak meminta pengilang menukar jenama dan model ID “Multiple Card Reader” dan hanya letak label nama kedai secara fizikal di badan thumbdrive.

Suasana kedai juga selesa dan barang disusun teratur. Pekerja peramah dan rajin membantu pelanggan. Cuma muzik latar yang dimainkan di kedai tidak berapa sesuai. Isteri saya hilang mood untuk mencari barang kerana pening kepala. Apa-apapun pengalaman saya di Gadgets World 666 adalah sangat baik. Kualiti barang yang dijual juga baik dan saya cukup berpuas hati. Sudah pasti saya akan datang membeli-belah lagi.

Bagi mereka yang berminat boleh rujuk alamat cawangan Gadgets World 666 seluruh Malaysia.

Terima kasih kerana membaca ulasan ini. Jika anda suka boleh kongsikan dengan menekan butang media sosial di bawah.

Comments Off

Unboxing XiaoYi & Panduan Sambungan Wifi YiCam

| Unboxing | 16/07/2015

kamera-sukan-xiaoyi-yicam-iklanlahpercuma.com

Orang kaya dan berduit sahaja yang beli kamera GoPro yang berharga ribu raban. GoPro paling murah pun cuma boleh dapat sekitar harga RM2,000 sahaja. Jadi bagaimana dengan rakyat marhaen lain yang nak menggunakan kamera sukan untuk merakam aktiviti sukan dan lasak mereka.

Negara China yang terkenal dengan kepakaran meniru teknologi negara barat telah meniru dengan jayanya kamera GoPro dan mengeluarkan beberapa siri sports camera GoPro klon mampu milik seperti SJ4000, SJ5000 dan juga SJ6000.

XiaoYi YiCam Mampu Milik

Tetapi dalam banyak-banyak kamera sukan aksi lasak yang ada di pasaran, saya cuma berminat untuk membeli kamera XiaoYi. Jadi ia menjadi pilihan terbaik untuk saya memberi ulasan. Kalau ada rezeki lebih boleh beli kamera lain dan buat perbandingan.

Kamera XiaoYi atau YiCam ini bukan dikeluarkan oleh Xiaomi tetapi ia merupakan projek usahasama antara Xiaomi dan XiaoYi.

Spesifikasi kamera XiaoYi:

Video: Full HD 1080p 60fps H.264 4608 x 3456 MP4
Photo: 16 MegaPixel JPEG 4608 x 3456
Sensor imej: CMOS saiz 2/3 inchi.
Jarak focal: 2.73+/-5%mm
Aperture:  F2.8
Sudut lebar pandangan: 155 darjah
Memori: SD sehingga 64GB
Bateri: 1,100mAh lithium-ion boleh tukar ganti
Berat: 72 gram
Sambungan: Wifi, Bluetooth 4.0, micro HDMI, micro USB

Kualiti produk diperbuat daripada bahan PC dan ABS. Buatan kemas dan nampak cantik. Ia nampak kukuh dan ringan jadi ia sangat sesuai untuk dipasang pada kapal terbang RC dan drone.

Bagi penggemar hobi skuba dan menyelam, kedalaman tekanan air bagi kamera sukan ini adalah sehingga 40 meter dengan menggunakan  waterproof casing atau housing.

Warna pilihan hanya ada dua iaitu putih dan hijau/kuning.

PRO XiaoYi YiCam

1. Murah dan mampu milik.
2. Ringan dan lasak.
3. Kemampuan meninjau siaran langsung video dan mengawal tetapan fungsi menggunakan aplikasi iOS/Android.
4. Rakaman video pada kualiti sehingga 60fps.
5. Rakaman photo wide angle untuk sesi group photo atau wefie
6. Bateri tahan lama. Boleh tukar ganti pakai bateri baru bila tenaga bateri luput. Dibeli secara berasingan.

CONS XiaoYi YiCam

1. Bukan jenama GoPro bagi mereka yang cuma minat gajet negara barat.
2. Tiada chip ISO seperti dSLR
3. Tiada skrin LCD belakang untuk rujuk rakaman dan status lain.
4. Tidak datang dengan bekas keselamatan waterproof casing , kena beli berasingan.
5. Tidak datang dengan set grip handle bar motosikal/helmet/rearview mirror kereta.
6. Tidak ada unit warna hitam.

Seperti biasa, saya cuma buat belian di Lazada bila ada promosi harga. Kalau nak tahu harga kamera XiaoYi cuma RM220 sahaja pada mulanya, sekali harga lompat jadi RM270 seminit sebelum saya sempat membuat bayaran. Sungguh kecewa tetapi ada hikmahnya kerana saya dapat jumpa set hampir lengkap XiaoYi. Tambahan pula saya dapat guna kupon diskaun Lazada RM30 untuk lebih penjimatan dan penghantaran percuma.

Selepas membuat bayaran saya pun tunggu dalam seminggu untuk barang sampai. Nasib baik kamera XiaoYi sempat sampai sebelum saya balik kampung cuti beraya. Kali ini penghantaran dibuat menggunakan khidmat Skynet.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-1-iklanlahpercuma.com

Barang yang sampai dibungkus dengan selamat menggunakan bubble wrap.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-2-iklanlahpercuma.com

Ini dia kotak bungkusan kamera XiaoYi.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-3-iklanlahpercuma.com

Ini pula kotak waterproof housing untuk kamera XiaoYi jenama KingMa model BMGP216.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-4-iklanlahpercuma.com

Ini pula 16GB microSD kelas 10 jenama Kingston. Ia datang dengan adapter SD jadi senang nak cucuk terus masuk laptop.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-5-iklanlahpercuma.com

Ini pula adalah monopod atau selfie stick untuk kamera XiaoYi yang dibungkus dalam plastik ziplock dan bubble wrap.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-6-iklanlahpercuma.com

Monopod atau selfie stick setelah dikeluarkan daripada bungkusan.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-7-iklanlahpercuma.com

Ini dia kamera XiaoYi dengan panggilan lain Yi Cam atau YiCam. Boleh lihat saiz kanta kamera berdasarkan duit  syiling 20sen. Panjang kamera adalah 60.4mm. Lebar pula adalah 21.2mm manakala tinggi kamera adalah 42mm.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-8-iklanlahpercuma.com

Pandangan depan kamera XiaoYi. Sebelah kiri lensa kamera ada butang ON/OFF kamera ini.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-9-iklanlahpercuma.com

Pandangan sisi kiri kamera XiaoYi. Boleh nampak butang untuk mengaktifkan sambungan wifi.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-10-iklanlahpercuma.com

Pandangan belakang kamera XiaoYi. Belah kanan adalah ruang bateri dan belah kiri adalah ruang simpanan memori SD, port micro HDMI dan juga port micro USB untuk mengecaj.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-11-iklanlahpercuma.com

Pandangan sisi kanan kamera XiaoYi. Disebelah atas adalah butang untuk merakam gambar atau video mengikut tetapan pengguna.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-12-iklanlahpercuma.com

Ini pula adalah pandangan depan waterproof housing atau bekas keselamatan jenama KingMa.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-13-iklanlahpercuma.com

Pandangan belakang waterproof casing KingMa.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-14-iklanlahpercuma.com

Pandangan sisi atas waterproof housing KingMa. Boleh nampak dengan jelas butang untuk ON/OFF, butang sambungan wifi dan butang rakaman.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-15-iklanlahpercuma.com

Buku manual kamera XiaoYi dalam bahasa mandarin. Kita boleh sekadar tengok gambar sahaja. Saya hairan dengan usahawan daripada China ni. Nak buat perniagaan internasional dan tembusi pasaran global, tetapi tidak reti bahasa Inggeris. Sepatutnya keluarkan sedikit kos untuk mengupah jurubahasa atau outsource kerja kepada syarikat luar.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-16-iklanlahpercuma.com

Ruang kamera kanan yang dibuka dan bateri dikeluarkan. Kita boleh nampak buatan cantik, kemas dan selamat. Ia juga amat mudah untuk dibuka dan tidak memerlukan banyak karenah daripada pengguna.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-17-iklanlahpercuma.com

Ruang kiri kamera yang dibuka. Anda boleh nampak microSD yang sudah dimasukkan. Port micro USB dan juga port micro HDMI. Belah bawah kamera anda boleh nampak bukaan atau lubang untuk memasang tripod atau monopod.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-18-iklanlahpercuma.com

Setelah itu saya masuk dalam Google Play untuk muat turun aplikasi android YiCam – Yi Action Camera.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-19-iklanlahpercuma.com

Tekan butang “Connect Camera” pada aplikasi YiCam.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-20-iklanlahpercuma.com

Tekan butang ON pada kamera XiaoYi. Minta maaf saya lupa ambil gambar sebenar.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-21-iklanlahpercuma.com

Bahagian ini adalah bahagian dimana juruteknik dan jurutera Xiaomi fail habis. Arahan yang diberi salah sama sekali. Hampir lima minit saya cuba baru dapat. Jangan ikut arahan “Long press” tersebut! Anda akan buang masa dan stress sahaja. Cuma perlu tekan sekali dan sekejap sahaja, bukan lama. Saya ulang sekali lagi, jangan tekan dengan lama.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-22-iklanlahpercuma.com

Ini adalah skrin aplikasi cuba mengesan kamera XiaoYi.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-23-iklanlahpercuma.com

Ini adalah skrin apabila aplikasi gagal mengesan kamera XiaoYi. Sekarang baru tahu kenapa tidak boleh kesan, kerana tadi saya tekan “Long press” ikut arahan pada paparan skrin.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-24-iklanlahpercuma.com

Selepas tiga kali cubaan mengesan kamera XiaoYi akan keluar arahan untuk reset kamera sukan. Arahan reset kamera sukan kali ini betul pula. Memang perlu “Long press” kedua butang ON/OFF dan wifi untuk reset kamera XiaoYi. Saya siap cuba langkah ini dan berjaya reset kamera sukan.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-25-iklanlahpercuma.com

Cubaan kali keempat untuk membuat sambungan smartfon dengan kamera membawa tuah apabila saya cuma tekan sekejap sahaja butang wifi.

unboxing-xiaomi-xiaoyi-sports-cam-26-iklanlahpercuma.com

Gambar video dalam android bukanlah kualiti HD tetapi ia cuma stream dengan kualiti rendah agar prestasi rakaman sebenar tidak terganggu dan bateri kamera XiaoYi tahan lama. Tetapi semakan rakaman video HD dalam laptop memang bagus seperti yang ditulis dalam spesifikasi. Nombor pendaftaran kenderaan semua nampak dengan jelas. Rakaman pada 30P sahaja sudah cukup puas hati. Belum cuba 60P lagi.

Penggunaan Kamera XiaoYi

Penggunaan kamera sport ini ada banyak. Bagi saya tujuan utama untuk menjadikan ia dashcam kereta atau DVR kereta, tetapi saya kena cari alat grip yang sesuai untuk pasang di cermin pandang belakang kereta untuk rakaman yang lebih jelas.

Bateri Kamera XiaoYi

Tips Lampu LED pada butang ON/OFF:
1. Biru – kuasa bateri penuh
2. Ungu – kuasa bateri separuh
3. Merah – kuasa bateri lemah

Aplikasi mobile YiCam dapat menunjukkan indikasi bateri dengan lebih jelas. Ada ikon bateri disebelah atas kanan. Akan ada bunyi amaran beep apabila bateri sudah sampai tahap nazak. Anda boleh caj menggunakan cable USB (20cm) yang datang sekali dengan produk. Boleh cucuk kepada USB PC/laptop atau gunakan adapter smartfon.

Ulasan Lain

Bagi mereka yang mencari ulasan rakaman video dan fungsi lain, kena tunggu sementara saya buka channel baru di Youtube. Sudah pasti saya akan berikan contoh rakaman video siang dan malam pada kualiti 30fps dan juga 60fps.

Buat masa ini, saya berikan ulasan sangat baik untuk produk GoPro klon ini. Walaupun ia murah, ia nampaknya sangat berbaloi.

Sekian ulasan unboxing kamera XiaoYi atau YiCam saya kali ini. Terima kasih kerana membaca dan boleh kongsikan artikel ini dengan menekan butang media sosial dibawah.

Comments Off

Unboxing & Ujian Ketulenan Pineng PN-988 Yang diJual Lazada

| Unboxing | 26/06/2015

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-1-iklanlahpercuma

Selamat datang ke blog IklanLahPercuma. Jika anda hendak mempromosi produk dan perkhidmatan anda, boleh buat selepas membaca ulasan unboxing powerbank Pineng PN-988 ini ok.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-2-iklanlahpercuma

Dua hari lepas saya telah mendapat email promosi Lazada mengenai harga menarik powerbank Pineng. Jangan lupa semak selalu harga promosi menarik di Lazada. Jika anda malas semak, boleh bookmark blog atau follow FB kami. Kalau ada promosi menarik anda boleh tahu.

Tengok sahaja skrin atas, saya sendiri borong 3 biji powerbank Pineng PN-988. Harga sangat menarik kerana penjual sudah beri potongan harga sehingga 43%. Jika anda ada kupon diskaun CIMB, TM atau mana-mana pembekal lain anda boleh dapat lagi diskaun tambahan atas harga sedia murah. Memang berlipat kali ganda untung.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-3-iklanlahpercuma

Penghantaran percuma pula tu. Lepas tu jangan terkejut, saya buat pesanan semalam selepas sahur dan sehari sahaja penghantaran sudah dibuat. Oleh kerana produk ini dibekalkan oleh Lazada sendiri jadi mereka menggunakan khidmat LazadaExpress dan bukannya PosLaju atau khidmat kurier lain.

Rider Lazada akan telefon anda dalam masa 30 minit sebelum penghantaran. Bungkusan diterima dalam keadaan selamat dan rider akan minta anda tandatangan dokumen penghantaran menandakan anda sudah menerima produk tempahan dengan selamat.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-4-iklanlahpercuma

Anda boleh tengok sendiri setelah bungkusan plastik polimer dikoyakkan, bungkusan produk ini ada menggunakan bubble wrap untuk menjaminkan produk anda selamat dan tidak rosak. Plastik polimer bungkusan yang digunakan sangat tebal dan kenyal jadi kita sebagai pelanggan Lazada tidak perlu rasa risau.

Selain itu saya pasti produk ini tidak dicampak begitu sahaja kerana penghantaran bukan menggunakan lori, van atau kereta dengan jumlah bungkusan yang banyak tetapi rider motosikal untuk menjimatkan kos Lazada. Kita sebagai pelanggan juga merasa cukup puas hati kerana produk belian dapat layanan istimewa “handle with care” rider. Dilampirkan sekali juga satu salinan invois tempahan anda.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-5-iklanlahpercuma

Setelah bungkusan bubble wrap dibuka kita dapati powerbank Pineng PN-988 masih elok dalam kotak. Dengan perasaan gembira saya terus buka satu kotak untuk mengeluarkan produk tempahan.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-6-iklanlahpercuma

Anda boleh lihat sendiri produk ini berada dalam keadaan baik. Produk ini tidak dibekalkan dengan kepala adapter 3-pin 5V dan juga bag kain berjerut Pineng. Tetapi ini tidak menjadi masalah besar kepada saya kerana saya mempunyai banyak plag adapter 3-pin 5V daripada powerbank dan smartfon lain.

Jika anda ingin menggunakan plag adapter usb 3-pin anda, pastikan ia membekalkan kuasa 5 voltan. Kalau terlebih akan menyebabkan powerbank ini rosak atau meletup. Selain itu anda boleh menggunakan port usb laptop atau komputer untuk mengecas unit powerbank ini. Masalah selesai.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-7-iklanlahpercuma

Sekarang masa untuk kita memeriksa produk. Jika anda tidak tahu, keistimewaan produk Pineng ini adalah ia mempunyai 2 port output. Setiap port ini mempunyai voltan yang sama iaitu 5V tetapi dengan ampere yang berbeza, satu dilabel 2.1A dan satu lagi 1.0A jadi memang ada perbezaan arus elektrik yang digunakan. Perbezaan arus elektrik ini dapat mengurangkan masa mengecas penuh bateri gajet, contohnya 2 jam menjadi 1 jam sahaja.

Jika anda hendak mengecas gajet seperti smartfon atau tablet dengan pantas, bolehlah menggunakan output port 2.1A tetapi ada pihak yang mengatakan ia akan menyebabkan jangka hayat bateri gajet anda tidak tahan lama. Jika anda risau bolehlah gunakan output port 1.0A sahaja untuk menyedapkan hati anda.

Bolehkah kedua-dua port ini dipakai untuk mengecas 2 gajet serentak? Nanti saya cuba dan kemaskini sini kemudian.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-8-iklanlahpercuma

Sekarang masuk bab yang paling penting bagi kesemua pembeli produk powerbank Pineng. Tidak kira anda beli di kedai atau dengan kawan sendiri, adalah amat penting produk yang dibeli tulen. Banyak orang kata apa nak risau, asalkan boleh caj sudah kira bagus. Mungkin anda juga berkata begini kerana anda belum baca “Panduan Membeli Powerbank” saya.

Jika anda sudah baca anda tahu bahawa ada kemungkinan anda mungkin tertipu membeli produk yang tiada kualiti. Powerbank anda mungkin boleh mengecas gajet anda hari ini tetapi ia mungkin rosak esok lusa siapa tahu. Produk tulen mungkin juga boleh rosak tetapi ia mendapat jaminan syarikat pembekal dan ia tidak akan meletup dan mencederakan anda.

Bagaimana nak mulakan semakan atau ujian ketulenan Pineng? Sila rujuk belakang kotak produk anda. Terdapat satu sticker berlabel dengan kod bar 3D. Jika anda perhatikan betul-betul, bahagian bawah label tersebut ada bahagian perak seperti kad gores dan menang atau kad tikam hadiah masa sekolah dulu.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-9-iklanlahpercuma

Gunakan duit syiling atau kuku anda untuk gores lapisan perak ini dengan cermat. Hasilnya anda akan dapat satu nombor siri 16 digit. Saya sudah kaburkan 4 digit terakhir dalam gambar diatas. Ya, tulisan font dia halus jadi bagi mereka yang rabun bolehlah menggunakan kanta teknologi.

Snap guna smartfon dan zoom gambar untuk baca nombor siri 16 digit Pineng dengan jelas. Selepas itu sila pergi ke laman web Pineng http://en.pineng.cn dan bukan laman web lain. Jika anda google fungsi tersebut, anda mungkin pergi ke laman web reseller dan bukan laman web Pineng di negara Cina. Jangan risau, saya pun tidak boleh berbahasa mandarin, kerana itu ada kod en di depan domain Pineng untuk versi bahasa inggeris.

Buka laman utama dan cari borang dengan perkataan “Security check”. Webmaster Pineng mungkin mengalihkan kedudukan borang kecil ini setiap kali ia lakukan kemaskini rupabentuk laman tetapi saya pasti borang ujian ketulenan Pineng mesti wujud. Syarikat Pineng tidak mahu anda beli produk palsu. Mereka yang rugi jika anda beli produk OEM.

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-berjaya-iklanlahpercuma

Setelah anda jumpa borang tersebut, sila masukkan nombor siri 16 digit produk powerbank anda dan berdoa agar produk yang dibeli adalah tulen. Syukur alhamdulillah produk saya tulen. Ada mesej mengatakan nombor siri ini disemak pertama kali dan ia adalah produk original.

Syabas Lazada kerana menjual produk tulen dengan harga amat murah!

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-tidak-berjaya-iklanlahpercuma

Jika semakkan anda tidak berjaya, mesej akan ditulis seperti diatas. Apa maksudnya?

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-tidak-berjaya2-iklanlahpercuma

Menggunakan khidmat alih bahasa kita dapati nombor siri 16 digit yang baru kita gores tadi sudah tidak selamat atau tercemar. Ia sudah digunakan oleh sindiket penipuan terancang yang membekalkan powerbank Pineng palsu. Nombor siri yang sama sudah dicetak atas sticker label pengesahan dengan banyak.

Carian pertama adalah produk tulen yang sebenar. Tetapi carian nombor 2 dan ke atas sudah pasti adalah bagi mereka yang membeli produk OEM palsu. Dalam kes di atas anda merupakan pembeli yang sudah kena tipu kali ke 91. Semua ini bergantung kepada nombor carian tersebut. Jika anda perasan saya cuma masukkan nombor siri 16 digit ikut susunan nombor di papan kekunci sebagai demonstrasi ujian ketulenan Pineng dengan hasil ujian tidak berjaya.

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-palsu-iklanlahpercuma

Ini pula adalah paparan mesej jika nombor siri yang anda masukkan tersebut adalah palsu. Memang terus akan dapat amaran jangan masukkan nombor siri palsu. Semoga ujian ketulenan Pineng anda juga berjaya.

 

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-siap-iklanlahpercuma

Selepas ujian ketulenan berjaya, kita perlu membuat ujian fizikal powerbank pula. Mana tahu produk yang dibeli merupakan salah satu daripada produksi kilang yang tidak bernasib baik. Syukur alhamdulillah apabila saya cucuk cable usb untuk mengecas smartfon, lampu backlight LED menyala dengan warna biru.

Jikalau powerbank yang dibeli tidak berfungsi, jangan menggelabah, sila hubungi semula Lazada untuk servis jaminan. Apa tunggu lagi jom beli powerbank Pineng di Lazada hari  ini juga. Anda boleh semak semua jenis powerbank Lazada dan buat pilihan terbaik. Powerbank 20,000mAh pun murah tidak sampai RM60!

Akhir kata terima kasih kerana membaca artikel unboxing dan ujian ketulenan Pineng ini. Jika anda suka sila kongsikan dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Jemput datang lagi.

 

Comments Off

Unboxing Acer Liquid Z3s – StoreKini.com

| Unboxing | 27/02/2014

Acer Liquid Z3s

Terima kasih kepada StoreKini.com satu portal membeli-belah LYN.

Saya baru terima smartfon Acer Liquid Z3s tadi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, smartfon ini adalah smartfon bajet sahaja. Jadi ia adalah sangat sesuai untuk anda yang baru hendak beli smartfon. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang perlu menggunakan dua talian pada satu masa kerana kerja.

Teringat gurauan teman saya, handset dual sim ini sesuai untuk mereka yang ada simpan 2 teman wanita. Bagi mereka yang sudah berkahwin, ada hubungan sulit ataupun bini nombor 2 kahwin dekat Siam. Apa-apa sahajalah.

Tetapi ciri-cirinya yang cukup menarik perhatian saya yang membuatkan saya tergerak hati untuk membelinya adalah kerana spesifikasinya yang menarik dan banyak. Saya pernah juga keluar sampai dekat RM700 dahulu masa zaman telefon bimbit sms biasa sebelum smartfon dan data plan. Rugi betul rasanya.

Spesifikasi Smartfon Acer Liquid Z3s

  1. CPU: Dual Core 1 GHz
  2. Memory: 512MB
  3. Storage: 4GB (dengan slot microSD)
  4. Android OS, v4.2.2 (Jelly Bean)
  5. 5 megapixel camera
  6. Dual sim
  7. Saiz kompak kecil 109 x 60 x 10.4 mm
  8. Berat 115 gram (dengan bateri)
  9. Skrin 3.5-inch HVGA (320 x 480)
  10. Sambungan: 3G, Wifi, Bluetooth, AGPS
  11. Lain-lain: FM radio

Tanpa berlengah-lengah lagi,  jom tengok gambar Acer Liquid Z3s…

1) Pakej baru terima menggunakan khidmat kurier, TA-Q-BIN

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-1-iklanlahpercuma.com

 

2) Bungkusan di koyak dan ada kotak yang dibalut kemas dengan bubble wrap.

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-2-iklanlahpercuma.com

 

3) Di dalam ada 3 barang. Satu kotak smartfon acer. Hadiah percuma skrin protector dan hadiah istimewa untuk 30 pembeli pertama merupakan traveler charger. Oh ya, saya terlupa, dapat juga satu car sticker LYN percuma. Saya memang suka barang-barang percuma ni :)

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-3-iklanlahpercuma.com

 

4) Setelah barang-barang dibuka daripada kotak masing-masing. Charger smartfon Acer Liquid Z3s adalah plag 3 pin usb yang berwarna hitam. Ia didatangi dengan satu beg kecil comel sekali. Charger plag 3 pin berwarna putih pula adalah charger traveler yang saya sebut diatas tadi.

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-4-iklanlahpercuma.com

 

5) Tiba masa untuk buka badan smartfon dan masukkan bateri untuk caj. Sekurang-kurangnya 4 jam baru boleh masukkan kad sim telco dan switch on.

acer-liquid-z3s-unboxing-storekini-5-iklanlahpercuma.com

Itu sahaja buat masa ini. Masa untuk keluar cari dan beli microSD 16GB. Smartfon Acer Liquid S3s ini boleh terima storan sehingga 32GB tetapi bajet saya dah habis bulan ni. Jika anda nak tolong, sila beli iklan premium di portal iklan percuma saya.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jika anda suka, boleh tolong kongsikan dengan klik butang media sosial dibawah.

Jemput datang lagi.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online