Selamat Datang, pelawat! [ Daftar | Log MasukSuapan RSS  | 

Comments Off

Panduan Install Windows 10 Percuma

| Panduan & Tutorial | 01/08/2015

download-windows-10-title-iklanlahpercuma.com
Mencari panduan install Windows 10 dengan betul? Ini adalah panduan komprehensif dan lengkap.

Anda mungkin sudah dengar yang Windows 10 sudah keluar pada 29 Julai 2015 lepas. Microsoft memberikan Windows 10 percuma untuk semua pengguna Windows 7 dan Windows 8. Rugi kalau tak upgrade dalam masa 1 tahun ini. Boleh cuba Windows 10 dalam masa 30 hari, jika tak suka boleh downgrade semula, tiada masalah.

Sudah ramai orang upgrade dan memberi jaminan bahawa ini adalah operating system Microsoft yang terbaik. Jika anda belum muat turun Windows 10, sila rujuk panduan download Windows 10 dengan percuma terlebih dahulu. Jangan main muat turun daripada tempat bukan-bukan atau melalui tawaran dalam email. Anda mungkin kena scam dan PC kena peras ugut dengan trojan ransomware.

Mula Install Windows 10

Proses install Windows 10 secara naik taraf atau system upgrade ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Sebelum anda mulakan, sila pastikan:

  • Spesifikasi sistem anda sesuai. Minima CPU 1GHZ dan RAM 1GB.
  • Sediakan USB Windows 10 yang dibuat oleh Media Creation Tool sebelum ini.
  • Sambungan internet anda tiada gangguan.
  • Pengguna laptop memasang power adapter supaya tiada gangguan kehabisan bateri.

Pastikan anda sudah tutup semua aplikasi yang terbuka dan save semua fail kerja. Proses install Windows 10 ini memerlukan sistem restart beberapa kali. Anda tidak perlu boot thumbdrive tersebut. Ini bukan proses clean install tetapi proses upgrade kepada Windows 10.

Sila buka thumbdrive dan run setup.exe untuk mula install Windows 10 sebagai system upgrade.

install-windows-10-step01-iklanlahpercuma.com

Anda akan dapat satu skrin dimana Windows menyediakan PC anda untuk proses naik taraf.

install-windows-10-step02-iklanlahpercuma.com

Anda akan dapat satu skrin seperti di bawah dimana anda perlu download dan install kesemua update terbaru untuk sistem seperti driver perkakasan PC. Pengguna Nvidia digalakkan melakukan pilihan nombor 1 kerana maalah driver sebelum ini. Hanya pilih “Not right now” jika anda betul-betul pasti tidak perlu.

install-windows-10-step03-iklanlahpercuma.com

Setelah proses selesai muat turun semua driver anda akan terus dapat dua kemungkinan.

install-windows-10-step04-iklanlahpercuma.com

Product Key Windows

Jika product key anda tidak sesuai dengan ISO Windows 10 yang dimuat turun sebelum ini, Windows akan minta anda masukkan product key lain. Sila gunakan perisian ProduKey untuk mencari product key sistem sedia ada.

install-windows-10-step05-iklanlahpercuma.com

Semak senarai product key untuk Windows dan right click untuk copy product key.

install-windows-10-step06-iklanlahpercuma.com

Selepas salin product key sistem sedia ada, anda boleh buka semula skrin sebelum ini.

install-windows-10-step07-iklanlahpercuma.com

Masukkan product key tersebut. Windows akan buat semakkan dengan pengkalan data Microsoft. Pastikan sambungan internet anda tiada masalah untuk proses ini.

install-windows-10-step08-iklanlahpercuma.com

Jika product key yang anda masukkan tidak betul atau versi Windows ISO tidak sama dengan versi Windows sistem asal PC maka product key yang dimasukkan akan ditolak.

Jika anda pasti product key itu betul maka anda sudah muat turun versi ISO yang salah. Anda ada pilihan untuk download semula versi ISO Windows 10 yang betul. Sila rujuk panduan download Windows 10 sebelum ini.

install-windows-10-step09-iklanlahpercuma.com

Jika semua ok, maka anda akan dapat skrin Microsoft Software License Terms. Ia merupakan surat perjanjian penggunaan perisian Microsoft ini. Sila baca betul-betul, jangan tak baca pula. Jika anda setuju boleh klik butang Setuju.

install-windows-10-step10-iklanlahpercuma.com

Selepas itu Windows akan membuatkan semakan kemaskini terbaru lagi. Sabar sahajalah dengan semua proses semakkan ini.

install-windows-10-step11-iklanlahpercuma.com

Sekali lagi Windows akan memastikan sistem anda sudah sedia untuk pemasangan. Kena tunggu lagi.

install-windows-10-step12-iklanlahpercuma.com

Akhirnya baru ada skrin untuk memulakan proses pemasangan. Sistem saya sebelum ini adalah Windows 8.1 Single Language jadi saya perlu gunakan Windows 10 Home Single Language. Harap maklum bahawa Architecture 64-bit memerlukan minima 2GB RAM.

Pastikan anda buat pilihan simpan semua fail dan aplikasi lama. Jangan tekan pautan tukar jika tidak perlu. Lepas itu tekan butang Install. Sistem akan restart.

install-windows-10-step13-iklanlahpercuma.com

Sekarang anda boleh rehat. Sistem akan terus install tanpa memerlukan sebarang tindakan susulan daripada pengguna. Nak layan TV atau Astro pun boleh, silakan. Masa anggaran adalah lebih kurnag sejam sehingga selesai.

install-windows-10-step14-iklanlahpercuma.com

Proses sistem akan terus install sehingga selesai.

install-windows-10-step15-iklanlahpercuma.com

Bila sudah selesai anda akan dapat skrin login ke Windows. Sila gunakan akaun anda yang dahulu.

Minta maaf, beberapa skrin selepas ini rosak dalam proses jadi saya tidak dapat sertakan. Windows 10 akan meminta anda memilih untuk konfigurasi secara automatik atau manual. Jika anda tidak pasti apa nak buat, boleh teruskan dengan pilihan automatik. Ini kerana semua konfigurasi boleh ditukar di Settings kemudian jika perlu.

Saya memilih untuk membuat konfigurasi secara manual dan disable semua pilihan untuk berkongsi maklumat dengan Microsoft dan pengguna lain. Saya memang paranoid.

Tahniah! Sekarang sudah selesai proses install Windows 10 secara percuma.

install-windows-10-step-selesai-iklanlahpercuma.com

Sistem Windows 10 lebih selesa kerana UI (user interface) dia sama seperti Windows 7 sebelum ini dengan beberapa kemaskini terbaru dan terbaik.

Terima kasih kerana membaca panduan install Windows 10 ini. Sila kongsikan dengan klik butang media sosial di bawah.

Comments Off

Panduan Download Windows 10 Percuma

| Panduan & Tutorial | 31/07/2015

download-windows-10-title-iklanlahpercuma.com

Microsoft baru lancarkan Windows 10 pada 29 Julai 2015 yang lepas. Mana yang sudah daftar awal mungkin sudah terima jemputan khas untuk muat turun atau download Windows 10.

Operating System Windows 10 ini adalah percuma dalam masa 1 tahun ini jadi rugi  kalau anda tidak ambil peluang baik ini untuk upgrade. Tetapi bukan semua versi Windows boleh upgrade dengan percuma. Ia cuma percuma untuk mereka yang menggunakan Windows 7 dan Windows 8 sebelum ini.

Mana yang guna versi Windows cetak rompak boleh terus gunakan versi cetak rompak atau beralih kepada versi Windows yang baru ini. Berikut adalah jadual versi Windows yang boleh upgrade secara percuma.

download-windows-10-step00-iklanlahpercuma.com

Pastikan anda muat turun versi yang betul. Jangan jadi macam saya. Cubaan pertama saya gagal install kerana saya download versi Windows 10 Pro tetapi versi operating system asal atas laptop cuma Windows 8.1 Single Language.

Jadi saya cuma boleh upgrade kepada versi Windows 10 Home Single Language. Jika saya hendak upgrade ke versi Pro saya perlu buat bayaran.

Bagaimana untuk pastikan versi Windows sedia ada anda?

  • Semak Control Panel> System and Security> System> Windows Edition
  • Guna perisian Piriform Speccy
  • Guna perisian Belarc Advisor

Windows 8.1 OEM biasanya gunakan version Windows 8.1 Single Language jadi kita kena buat pilihan Windows 10 Home Single Language juga.

download-windows-10-step01-iklanlahpercuma.com

Sila pergi ke www.microsoft.com/en-us/windows/windows-10-upgrade untuk muat turun versi Windows 10 pilihan anda.

download-windows-10-step02-iklanlahpercuma.com

Anda akan muat turun satu perisian semakan dan penyediaan sistem seperti diatas. Sila save  file MediaCreationToolx64.exe bersaiz 18.7MB dan lancarkan.

download-windows-10-step03-iklanlahpercuma.com

Anda boleh pilih untuk terus “Upgrade this PC now” atau “Create installation media for another PC“. Saya buat pilihan kedua kerana saya mempunyai beberapa PC untuk di upgrade. Satu laptop Windows 8.1 dan satu PC Windows 7 Home Premium.

OS Windows 8.1 adalah OEM manakala Windows 7 Home Premium adalah versi retail.  Netbook saya pula di install dengan Linux untuk kerja-kerja troubleshooting network dan pentest. Saya tidak guna perisian cetak rompak dan saya tidak galakkan anda guna juga.

download-windows-10-step04-iklanlahpercuma.com

Cubaan pertama saya muat turun adalah versi Windows 10 Pro. Ia sememangnya gagal apabila Windows tidak mengiktiraf product key laptop Dell saya. Saya ingatkan pada asalnya versi Windows 8 saya adalah Profesional tetapi ia ternyata salah.

download-windows-10-step04B-iklanlahpercuma.com

Cubaan muat turun kali kedua dan ketiga saya juga gagal juga. Ini mungkin kerana saya cuba download kedua jenis architecture 32bit dan 64 bit. Selepas cubaan kedua saya gagal, saya format thumbdrive sekali lagi tetapi sebenarnya tiada masalah dengan thumbdrive saya.

Jadi pada kali keempat saya cuma muat turun versi 64 bit sahaja dengan harapan ia berjaya.

download-windows-10-step05-iklanlahpercuma.com

Anda perlu memilih untuk  muat turun ke “USB flash drive” atau sebagai “Iso file“. Saya masih ada bertimbun DVD kosong  tetapi sudah bertahun saya tidak burn DVD. Jadi saya memang pilih untuk download Windows 10 ke thumbdrive.

download-windows-10-step06-iklanlahpercuma.com

Media Creation Wizard Windows 10 memberi amaran semua file dalam USB drive akan dipadam.

download-windows-10-step07-iklanlahpercuma.com

Memang makan masa berejam lamanya untuk download Windows 10. Berjanggut jugalah orang kata. Saya siap boleh makan minum dan terlelap sekejap.

download-windows-10-step08-iklanlahpercuma.com

Lepas itu proses muat turun berjaya. Tetapi skrin ini adalah masa saya download Windows 10 Pro. Kerja sia-sia kerana versi ini tidak boleh guna untuk kesemua PC saya.

download-windows-10-step09-iklanlahpercuma.com

Cubaan kedua dan ketiga download Windows 10 memberikan mesej error yang paling lawak dalam sejarah Microsoft. Mungkin juga sejarah dunia perisian.

Sesuatu telah terjadi. Apa yang terjadi? Ada sesuatu. Sesuatu? Sesuatu yang rahsia. Memang sungguh lawak mesej error Windows 10 ini.

Mesej error Something happened ini sedang trending di internet seluruh dunia.

download-windows-10-step10-iklanlahpercuma.com

Saya masih sedang download Windows 10 Home sekarang ini.

Doakan saya berjaya kali ini ya. Saya doakan anda berjaya juga.

Nantikan panduan install Windows 10 saya selepas ini.

Terima kasih kerana baca artikel panduan download Windows 10 Percuma ini dan sila kongsikan dengan klik butang media sosial di bawah.

Entri Blog Terbaru

Iklan Premium

renew road tax online

Rakan Facebook

Rakan Google+

Pengikut NetworkedBlogs

Alexa Rank

renew road tax online